SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, January 12, 2011

Sedih Sentiasa

Hmmmm....

Hari-hari pun aku tak ada mood sekarang ni. Hari-hari pun rindu sangat kat Amir.... T_T

Air mata jangan cerita la. Tengah-tengah buat keja pun boleh meleleh. Tengah drive nak pi keja pun tetiba je keluar.

Dah macam orang kurang siuman pulak.

Teringat pulak sms Abang Misai. Amir sekarang bangun-bangun tido je terus cari kasut nak pi rumah Tok Su dia. Macam mana kalau ummi balik kampung. Amir macam tu jugak ke? Dah tak ingat kat ummi ke?

Tadi ada la kawan aku call tanya pasal meeting esok. Dia tak pi sebab bos dia tak kalut macam bos aku. Ntah macam mana tetiba dia kata nanti ada la rezeki aku nak tukar. Tunggu je la.

Orang yang tak rasa apa yang aku rasa cakap macam benda tu senang je. Siap intonasi macam nak marah pulak bila suruh aku sabar tu.

Orang selalu kata jangan sedih sangat. Nanti effect kat baby. Aku dah cuba tak sedih. Tapi ntah la. Macam mana nak gembira bila hati asek teringat anak. Dengan tekanan kerja lagi. Dengan sakit pening sendiri lagi. Jalan sorang-sorang tengok orang lain jalan dengan anak dengan suami. Kalau yang pregnant jalan sana sini dengan suami.

Tak ke perit macam tu.

Kesimpulannya aku tengah sedih sekarang.

 

2 comments:

@e_da said...

sangat perit.. tak terluah dan tak tertanggung.. apa yg mampu ida lakukan hanya mendoakan dan terus berdoa agar amiys cepat2 dpt berkumpul sekeluarga..

mama_fatin said...

sabar yea amiys...
berat mata memandang, berat lg bahu yang memikul..
aku nak tolong pun x tau mcm mcmn...
sebak gak baca blog ko, tp ape kan daya..
hanya doa je yg aku mampu bg buat masa ni..semoga ko cepat2 dpt ddk sekeluarga, bersama anak dan suami...

anyway, bawa byk2 bersabar k..ko post ape ek..mana tau ada lubang kawan2 leh tlg, nnti aku roger...