SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, January 6, 2011

Double Parking

Salam

Pagi ni hujan lebat. Dari pukul 4 lebih kot aku tersedar gitu dengar bunyi hujan mencurah-curah. Terus tarik selimut tido dengan bestnya. Hehehe...

Sampai sekarang pun dok hujan lagi tu. Kan best kalau dok lepak kat rumah. Ada Amir lagi best. Dia pun dok golek-golek dengan ummi sampai tertido. Hari tu ada sekali aku lepak dengan dia masa dia dok kat Shah Alam dengan aku. Kitorang dok dalam bilik bergolek-golek sampai dedua tertido. Bangun kejap lepas tu sambung tido balik sampai petang. Rindunya kat anak ummi ni....

Hari ni pagi-pagi dah pening kepala dah. Time drive nak pi keja tu menahan je la. Sapu-sapu minyak cap kapak sikit. Sedih kan. Time sakit pening ni dok sorang-sorang. Pi klinik sorang-sorang. Nangis pun sorang-sorang. :(:(:(

Sebab UiTM dah start sem baru maka setiap petang adalah perlu balik awal. Kalau balik lewat parking tak ada ye. Almaklum je la. Budak zaman sekarang pi kelas kebanyakan bawak kereta. Kot yang dok rumah sewa tu 1 rumah 5 orang kebarangkalian 3 orang pakai kereta n 2 orang lagi ada motor gitu.

Dasat kan budak zaman sekarang. Aku dulu dok la menapak. Heh... Asal start sem baru je mula la topik ni aku bukak. Zaman dah berubah, dunia dah maju.....

Tapi sangat teruk la parking sekarang ni compare time aku memula dok situ. Double parking sampai tak ada ruang dah. Dulu mana ada teruk sangat double parking tu. pagi tadi je berapa banyak hon aku dengar tak putus-putus. Tu semua sebab kereta kena block la tu tak boleh keluar.

Kena pulak yang buat double parking tu tarik handbrake. Dah tarik handbrake bijak pulak tu. No hp apa pun tak tinggal. Abes, orang tu nak keluar macam mana. Kot la ko dah block kereta orang tu esok pagi ko memang stok bangun awal dari orang lain tak apa. Ni tak. Macam nak putus telinga la dengar bunyi hon panjang-panjang dengan harapan tuan punya kereta yang memblock tu boleh dengar.

Eh, ok la. Aku nak buat slide untuk presentation orientasi pegawai baru. Tengahari nak submit.

p/s: aku online ni guna broadband sendiri. Internet opis hancus.

 

2 comments:

ejaMaria said...

dulu-dulu gi belajar mmg la naik bas ngan menapak je... JPA bagi cukup2 je utk duit skolah ngan makan... ;p

PuteriKureKure said...

sama la. aku dok study kat penang yang panas azab panas pulau tu dulu rileks je jalan kaki dan turun naik bas mini. budak2 skang semua nak ada kereta. adik aku kat s.alam tu pon bawak kereta sebab dia kata uitm susah, berbukit bukau. haihhh~ manja sangat.