Aku baru aje nak bernafas.
Ingatkan dah tak ada lah call dari opis. Setakat sms tu buleh lah aku nak layan lagi.
Tapi adekah masih ada call baru sat-sat ni. Haittttt!!!!! *aku nak bersilat*
Memang kirim salam lah aku nak jawab yeeeee... Aku dah malas. Kejap lagi ada aku off hp.
Korang cuti aku tak kacau pon!!! Jangan lah ganggu hidup aku sekejap. Cari semua benda alah tu sendiri pon boleh kan....
Nota serah tugas pun aku dah buat. Semua benda pun dah pesan. Apekah lagi yang tak cukup???
Setakat nak update data dalam sistem tu tolong lah explore sendiri. Takkan aku jugak nak ajar kot.
Waaaaaa!!!!
**Edited**
Nak tau aku dapat sms apa? Adekah mintak report yang baru je dapat arahan dari HQ kat aku.
Ape jadah oiii?!!!
Kan aku tengah cuti. Aku nak mengadap kerja apa time-time cuti ni. Kalau rumah aku belakang opis aje lain lah cerita.
Halahai.... Apekah gunanya aku bercuti ni. Cuti pun stress. Patut lah anak aku tak nak engaged lagi. Hukhukhuk....
No comments:
Post a Comment