Wargghhh!!!! *menggeliat baru bangun tido*
Hahaha.. Sangat tak senonoh perangai. Bangun-bangun tido terus mengadap blog. Dengan tak mandinya. Taik mata berselekeh. Muka berminyak.
Bukan aku tak nak mandi. Tapi mak mertua aku dok buat apa ntah kat dapur tu. Sebab toilet pun kat dapur kan. Mak mertua aku pulak kalau buat kerja jenis duduk kat lantai dapur tu. So, agak segan lah anak menantu yang comel ni nak tumpang lalu.
Dah lah bangun pun lambat. Gila buruk perangai. Wakakaka...
Abang Misai tak ada. Dia pi kawad. Training untuk hari Merdeka nanti kata dia. Pi kawad tak apa. Jangan melencong ke lain. Memang aku smack down aje sekali. Dush! Dush!
Aku belum rasa nak beranak lagi ni. Semalam pun dapat sms dari nurse dekat klinik dekat rumah aku.
Suruh amik surat reference ke hospital. Waaaaaa.... Ke hospital terus lah aku Isnin depan. Jumpa pakar. Pasal kes kepala baby not engaged.
Jangan jumpa-jumpa terus kena tahan kat hospital pulak. Kuasa aku nak dok hospital tu lama-lama. Isk... Isk...
Nak pi mandi lah. Melekit-lekit dah badan aku ni. Rasa-rasa mak mertua aku dah abes buat kerja kot. Boleh lah i tumpang lalu sat. Hehehe....
SaYa SayaNg AnDa :)
Thursday, August 13, 2009
Next week jumpa pakar kalau aku tak terberanak lagi la
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mak dara nii....elok no. nak kat kul 9am baru nak pi mandi.
ngehngeh.
takpe, bawak budak. boleh dimaafkan.
:D
puterikurekure - ahahaha... x larat sungguh nak bangun pagi2 sejak2 cuti nih...
malas berganda2.. nasib baik mak mertua faham... hehehe...
Post a Comment