SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, August 14, 2009

Di mana dia anak kucing saya? Anak kucing saya dah mati kena gelek.... T_T

Hooo... Amat penat. Rasa nak tido.


Padahal bangun pun lambat. Hehehe...


Basuh baju tadi. Dah penuh sebakul. Lepas tu 2nd round basuh segala baju baby, barut baby yang belum didobi lagi.


Lepas sidai baju sendiri basuh baju baby lak. Lepas keringkan baju baby aku makan-makan lah kejap. Konon lepas makan nak sidai lah.


Sekali tengah syok makan mak mertua aku pi sidai baju tu. Rajin sungguh mak mertua aku. Sayang bebenor kat menantu dia nih. Muakakaka...


Sebelum ni pun aku nak sidai baju dia tak bagi. Cakap takut jatuh longkang lah. Ada batu lah. Alahai....


Masak kat rumah ni pun aku tak pernah buat lagi. Aku nak tolong potong sayur pun mak mertua aku tak bagi. Huuuuu... Bukan aku yang malas oke. Aku rajin tau... *up diri sendiri*


Tadi kakak aku sms. Kucing kat rumah dia mati kena gelek dengan kereta husband dia.


Kucing tu dok melepak bawah kereta. Abang ipar aku pulak tak perasan kucing tu masa dia dok reverse.


Kucing tu dulu aku yang rajin bagi makan. Lepas tu dah jadi manja kat situ. Aku nak bela kucing kat rumah ni laki aku tak suka sangat dengan binatang berbulu yang comel tu. *patut la cermin kereta dia selalu kena sembur kencing kucing. Huhuhu*


Sedih lah jugak. Nasib baik aku tak nampak depan mata. Kalau tak mau aku melalak sehari semalam. T_T


Akak aku kata nanti dia cari kucing lain buat ganti. Dia nak kidnap anak kucing kat rumah mak mertua dia. Hohohoho...


So, kita tunggu bila kucing tu nak mai.


Mesti comey... Heeee...


2 comments:

Mr & Mrs MonDoK said...

.:: Owh!!! Pernah terjadi masa uk umah bujang dulu... Dalam keta ngan member.. Reverse keta... Elok jek kuar pagar, nampak anak kucen yang kami slalu buat main tu menggeletek baru lepas kena gelek ngan tayar keta... Huwaaaa!!! Seharian member tu dok melalak sebab rasa bersalah. Walhal, before reverse keta dah syioh-syioh anak kucen tu suoh main jejauh... Huhuhu!!! Dah ajal... ::.

AmiYs said...

Mrs Mondok - sgt sedih gak... sebab kucen tu bela dari kecik lagi.. huhuhu...