SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, August 3, 2009

Bila kepala baby nak engaged ni?

Aku pi klinik tadi. Biasa lah. Dah kena check up every week. But ini last time aku ke klinik Seksyen 7 itu. Hari Ahad ni kan aku nak balik kampung.


Ramai orang gile lah. Parking memang sangat jauh dari klinik. Dah lah kena menapak. Kena turun bukit. Dengan perut boyot ni. Sorang-sorang pulak tu. Penat woooo....


Appointment pukul 11 bersambung-sambung sampai pukul 2. Hamik kau! Mati keras dalam klinik.


Tapi lepas abes jumpa nurse dalam pukul 1.30 dia suruh aku pi makan dulu. Sebab nak kena jumpa doktor lak.


Sakit ok bawah perut kena tekan-tekan. Huuuu... Sebab nurse kata kepala baby belum engaged lagi.


Aku pi beli makan n balik rumah jap. Dalam 2.15 aku ke klinik balik.


Dekat-dekat pukul 3 baru lah doktor panggil masuk bilik.


Doktor pulak terus suruh aku baring-baring.



Doktor : Puan ada rasa tanda-tanda nak bersalin ke?

Aku : Tak ada pun.

Doktor : Tau tak macam mana tanda-tanda nak bersalin.

Aku : Hmmm.. Ada lendir campur darah. Lepas tu sakit selang 5 minit. *aku pun ingat-ingat lupa. Main bantai je. Nasib baik betul. Hehe..*



Lepas tu doktor tu pulak tekan-tekan bawah perut tu. Adoi laaa... Senak ok.


Doktor : Eh, kepala baby belum engaged lagi ni.

Aku : Errr.. Kenapa kalau belum engaged doktor?

Doktor : Awak dah 37 minggu. Patut dah engaged ni. Awak ada rasa nak kencing tak? *sambil scan perut aku*

Aku : Tak ada pulak.

Doktor : Awak pi toilet kencing dulu.

Aku : Tapi saya baru lepas ke toilet doktor.

Doktor : Takpe. Pi je toilet. Keluarkan apa yang boleh keluar. Kalau pundi kencing penuh maybe sebab tu kepala baby tak engaged. Lepas kencing terus masuk jumpa saya.



Aku pun pi je lah. Ikut aje kata doktor. Padahal tak rasa nak kencing langsung ye. Lepas tu masuk balik bilik doktor. Baring balik atas katil.


Lagi sekali kena tekan-tekan. Pun kepala baby still tak turun. Ades...


Doktor : Kepala baby tak engaged lagi. Hmmm...

Aku : Err.. Bahaya ke kalau tak engaged.

Doktor : Takut awak tak boleh bersalin normal je lah.



Hoooo.... Takut pulak aku dengar. Apekah kena c-sect jika begitu??? Tapi nak bersalin normal pun takut ok.


Doktor : Tak apalah. 2 more check up n kita tengok kepala baby engaged ke tak.

Aku : Tapi weekend ni saya balik kampung la doktor.

Doktor : Awak pi klinik kat sana inform doktor kat sana lah. Nanti saya refer dalam buku merah ni.


Dalam pukul 3.30 abes check up. Tapi aku ke opis balik lor. Huhuhu...


Ingatkan nak balik rumah je terus. Tapi adik aku yang kat opis tu siapa pulak kerja nak hantar dia balik.


Lagi pun banyak kerja nak settle sebelum cuti ni. Waaaaaa....


Dah lah 3 hari starting esok tak dapat calling-calling n msg-msg dengan Abang Misai. Sedihnya lah mak buyung ni.






2 comments:

@e_da said...

org kata kalau kepala baby dah ke bawah mmg selalu rasa nak terkencing.. tp ida tak rasa sgt tgh malam pun tak bgn malam tuk ke toilet coz my baby duk melintang2 tgh2 perut.. ida dah confirm czer.. huhuh

AmiYs said...

eida - mmg xde pun rasa nak terkencing sgt.. maybe baby nak tggu balik kpg bru nak turun betul2 kot...
huhuhu...