SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, August 25, 2009

I'm back!!!

Salam semua....


Heeee... Aku dah selamat bersalin baby boy yang sgt cumel. *anak sendiri mesti lah cumel.. hehehe*


Tapi pengalaman bersalin itu sangat panjang aku nak story. Boleh buat buku. Hahaha...


Nanti aku update lain ye. Sekarang aku mau rest. Sebab baby aku sangat lah suka melontarkan vokal high note dia di waktu orang lain tengah syok tido pukul 1-2 pagi.


Tak cukup tido umi dia ni. Abah dia pun pengsan penat sangat. Huhuhu...


Jom tido jom...



Monday, August 17, 2009

Doakan aku ye coz aku masuk wad petang ni

Elloooo...


Oho sahabat sekelian. Aku belum bersalin lagi.


Tapi kan.... Aku kena masuk wad petang ni. *Huuuu... Ketakutan*


Sebab apa?


Tadi pi check up. Aku pi hospital sebab kena rujuk kat pakar kes kepala baby tak engaged.


Buku merah aku selamba kena cop RISIKO TINGGI. Hohohoho...


Tadi doktor check kata kepala baby dah engaged dah. Legaaaa...


But still kena scan jugak. Sekali scan hamik ko.


Air ketuban kurang lah pulak. 6.9 saje.


So conclusionnya.... Petang ni aku kena masuk wad. N pastilah kena induce.


Waaaahhhh... Sangat seram lah.....


Apekah rasa induce itu???? Adekah sangat sakit???


Doktor kata pagi esok. Tapi tak tau lah betul ke tak. Karang masuk-masuk terus kena induce pulaknya. Aku dah lah agak macam tak ready lagi. Ngaaaa....


Dup... Dap... Dup... Dap...


Rasa macam orang boleh dengar tu bunyi jantung aku berdegup-degup. Muka aje konon macam cool.


Sebenarnya tadi pun dah boleh masuk wad sebab barang semua pun aku dah bawak. Tapi sebab muka aku agak blur doktor suruh aku balik amik barang dulu. Hehehe... So, boleh masuk wad lambat sikit.


Apa pun doakan saya ye kawan-kawan. Mintak maaf kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa or kalau-kalau ada yang terasa bila baca blog saya ni.


Kalau baby n ummi dah selamat aku update ye.


Tata....


Salam peluk cium korang semua. MMMMUUUUUAAAAHHHH!!!!





Friday, August 14, 2009

Di mana dia anak kucing saya? Anak kucing saya dah mati kena gelek.... T_T

Hooo... Amat penat. Rasa nak tido.


Padahal bangun pun lambat. Hehehe...


Basuh baju tadi. Dah penuh sebakul. Lepas tu 2nd round basuh segala baju baby, barut baby yang belum didobi lagi.


Lepas sidai baju sendiri basuh baju baby lak. Lepas keringkan baju baby aku makan-makan lah kejap. Konon lepas makan nak sidai lah.


Sekali tengah syok makan mak mertua aku pi sidai baju tu. Rajin sungguh mak mertua aku. Sayang bebenor kat menantu dia nih. Muakakaka...


Sebelum ni pun aku nak sidai baju dia tak bagi. Cakap takut jatuh longkang lah. Ada batu lah. Alahai....


Masak kat rumah ni pun aku tak pernah buat lagi. Aku nak tolong potong sayur pun mak mertua aku tak bagi. Huuuuu... Bukan aku yang malas oke. Aku rajin tau... *up diri sendiri*


Tadi kakak aku sms. Kucing kat rumah dia mati kena gelek dengan kereta husband dia.


Kucing tu dok melepak bawah kereta. Abang ipar aku pulak tak perasan kucing tu masa dia dok reverse.


Kucing tu dulu aku yang rajin bagi makan. Lepas tu dah jadi manja kat situ. Aku nak bela kucing kat rumah ni laki aku tak suka sangat dengan binatang berbulu yang comel tu. *patut la cermin kereta dia selalu kena sembur kencing kucing. Huhuhu*


Sedih lah jugak. Nasib baik aku tak nampak depan mata. Kalau tak mau aku melalak sehari semalam. T_T


Akak aku kata nanti dia cari kucing lain buat ganti. Dia nak kidnap anak kucing kat rumah mak mertua dia. Hohohoho...


So, kita tunggu bila kucing tu nak mai.


Mesti comey... Heeee...


Tengah tak ada idea

Hari ni tak buat apa pun. Lepak kat rumah. Online tapi malas nak update. Boleh gitu?


Baju baby ada separuh lagi nak basuh. Ala... Rendam-rendam gitu aje kata mak mertua aku. Kejap lagi lah aku buat. Tengah malas gila nih.


Idea pun tarak.


Sebab perut tengah lapar. Huhuhu...


Pagi-pagi buta tibai sarapan cempedak goreng. Berangin 1 badan lah aku nih. Asek nak kentut aje.


Ok lah. Tengah tak tau nak story apa.



Thursday, August 13, 2009

Sila bagi aku bernafas dengan tenang

Aku baru aje nak bernafas.


Ingatkan dah tak ada lah call dari opis. Setakat sms tu buleh lah aku nak layan lagi.


Tapi adekah masih ada call baru sat-sat ni. Haittttt!!!!! *aku nak bersilat*



Memang kirim salam lah aku nak jawab yeeeee... Aku dah malas. Kejap lagi ada aku off hp.


Korang cuti aku tak kacau pon!!! Jangan lah ganggu hidup aku sekejap. Cari semua benda alah tu sendiri pon boleh kan....


Nota serah tugas pun aku dah buat. Semua benda pun dah pesan. Apekah lagi yang tak cukup???


Setakat nak update data dalam sistem tu tolong lah explore sendiri. Takkan aku jugak nak ajar kot.


Waaaaaa!!!!




**Edited**


Nak tau aku dapat sms apa? Adekah mintak report yang baru je dapat arahan dari HQ kat aku.


Ape jadah oiii?!!!


Kan aku tengah cuti. Aku nak mengadap kerja apa time-time cuti ni. Kalau rumah aku belakang opis aje lain lah cerita.


Halahai.... Apekah gunanya aku bercuti ni. Cuti pun stress. Patut lah anak aku tak nak engaged lagi. Hukhukhuk....




Next week jumpa pakar kalau aku tak terberanak lagi la

Wargghhh!!!! *menggeliat baru bangun tido*


Hahaha.. Sangat tak senonoh perangai. Bangun-bangun tido terus mengadap blog. Dengan tak mandinya. Taik mata berselekeh. Muka berminyak.


Bukan aku tak nak mandi. Tapi mak mertua aku dok buat apa ntah kat dapur tu. Sebab toilet pun kat dapur kan. Mak mertua aku pulak kalau buat kerja jenis duduk kat lantai dapur tu. So, agak segan lah anak menantu yang comel ni nak tumpang lalu.


Dah lah bangun pun lambat. Gila buruk perangai. Wakakaka...


Abang Misai tak ada. Dia pi kawad. Training untuk hari Merdeka nanti kata dia. Pi kawad tak apa. Jangan melencong ke lain. Memang aku smack down aje sekali. Dush! Dush!


Aku belum rasa nak beranak lagi ni. Semalam pun dapat sms dari nurse dekat klinik dekat rumah aku.


Suruh amik surat reference ke hospital. Waaaaaa.... Ke hospital terus lah aku Isnin depan. Jumpa pakar. Pasal kes kepala baby not engaged.


Jangan jumpa-jumpa terus kena tahan kat hospital pulak. Kuasa aku nak dok hospital tu lama-lama. Isk... Isk...


Nak pi mandi lah. Melekit-lekit dah badan aku ni. Rasa-rasa mak mertua aku dah abes buat kerja kot. Boleh lah i tumpang lalu sat. Hehehe....


Wednesday, August 12, 2009

Semalam check up n scan lagi

Semalam before pi klinik ada nurse datang wat check up kat rumah. Macam biasa lah, test urine, dok rasa baby dah engaged ke belum, dengar heart beat baby. N baby still tak jumpa jalan lagi.


Petang pulak pi klinik untuk scan. Punya lah lama doktor dok belek perut ni. Ditekan sana sini. Lepas tu tonyoh lak dengan gel. Rasa geli tapi takkan aku nak gelak berguling dalam klinik tu. Huhuhu...


N kes aku kena refer ke hospital pulok. Alalalala....


So, next check up tengok lah macam mana. Kalau tak jumpa jalan jugak baby nak mengintai dari tirai kamar lah tu. Huuuuu....


Dapat petua dari Mrs Mondok *thanks mrs mondok :)*, kena banyak jalan-jalan untuk senang bersalin. Nanti aku ajak Abang Misai pi shopping. Macam ada lagi barang baby yang aku tak beli ni. Hehehehe... *dan-dan lah ada barang lagi tak beli. kekekeke..*


Cuti aku still masih dalam mood tak aman. Pagi-pagi lagi dah ada call dari opis. Tak sukeeeeeee okessssss!!!!


Aku nak off hp karang ada pulak family aku call tak dapat. Macam semalam pun ada nurse call tanya pasal buku merah aku. Apekah tak boleh bagi aku rehat yang kusyuk dan tenang???


Aku dah jawab fon dengan nada boring pun still tak dapat detect lagi kot. Kesian lah kat aku weeeeiiiii....


Ni broadband ni pun memang lah menguji daya kesabaran aku nih. Apesal line macam tooottttt ni. Bukan broadband lagi, tapi berukband. Asek lah nak putus je.


Apesal time aku cuti ni benda-benda alah ni nak ngada-ngada pulak aaaa???


Aku nak pi jalan-jalan tengok pokok bunga jap. Apa khabo lah pokok bunga import dari Shah Alam dek Abang Misai tu. Huhuhu....




Tuesday, August 11, 2009

Cuti saya masih tak aman

Ok, even aku tengah cuti tapi adalah amat tak aman sentosa rasanya. Sebab apa?


Call yang tak reti nak stop dari opis aku.


Sangat lah mengganggu ketenangan aku yang baru je nak release tension.


Sebab Jumaat lepas officer yang nak tanggung tugas aku tu MC pulok. Sebab dia pun baru je masuk kerja balik lepas 3 bulan cuti. Dia kena operate kaki coz ligamen terkoyak.


Masuk-masuk kerja je dia dah pi keluar melawat kawasan. *Macam YB lak bunyinya*


Maybe kaki dia tak berapa nak ok lagi lah tu. Tapi dah dia sorang je yang boleh ganti aku. Yang lain cannot... Sebab semua officer kontrak.


Disebabkan hari ni ada meeting kat HQ yang sepatutnya aku kena datang so dia lah yang kena ganti. N sebab aku tak sempat nak explain pasal benda-benda yang dia nak kena buat dia dah macam blur-blur lah.


Dah dia pi ke HQ angkut staf aku sekali. Then, dari semalam staf aku dok calling-calling tanya itu ini.


Tadi pulak dok sms aku tanya pasal apa dia nak jawab time meeting. Kejadahnya lah.


Baik aku tak payah cuti kot. Susah-susah sangat buat video conference je dengan aku dari HQ. Dengan baju kelawar aku ni aku jawab soalan karang. Huhuhu...


Ni broadband ni pun satu hal pulak. Apesal lembap sangat ntah. Aku nak update pon susah. Kejap-kejap terputus. Aku bakar pulak broadband ni karang. Beli mahal-mahal dengan bayar bil bulan-bulan tapi buat darah aku mendidih je.


Nak suruh aku pacak pencawang depan rumah kot baru ok.


Eh, perut aku lapar balik pulak lepas sidai baju tadi. Oh, mak mertuaku sangat sayang menantunya ini. Risau benor aku nak pi sidai baju kat belakang rumah tu je pun. Siap nak tolong sidaikan lagi.


Hehehe.. tapi i malu ah.. Dah lah dok rumah tak tolong masak. Takkan lah baju mak mertua nak sidai kot. Lemak berkrim lah aku jadinya.


Nak jenguk dapur jap. Apahal nak dok memerap dalam bilik je tak jenguk mak mertua kat dapur kan.



Bergumbira di kampung~~

Aku di desa tercinta. Sambil mengadap pc n tak tolong mak mertua aku nak masak kat dapur. Huhuhu... *anak hantu sungguh*


Sampai kampung pukul 2 pagi Isnin. Sepanjang dalam kereta memang aku membongkang tak sedar diri. Laki aku lah gigih drive sorang-sorang. Penat wooo.... Even kerja aku dengar taklimat je. Bosan nak mati.


Haaa... Siapa tengok rancangan Nikmatnya Malaysia? Ala... Yang Aidid Marcello dengan Bel jadi host tu.


Sebab dalam 1 episod tu diorang telah makan asam pedas kat Pasar Borong Batu Berendam maka aku telah merengek dekat laki aku nak makan asam pedas jugak.


Hahahaha... Bengang sungguh Abang Misai dengan Aidid sebab buat bini dia mengidam asam pedas ye. Tapi... Akhirnya berjaya jugak aku makan asam pedas tu. Sodap sungguh.... Memang kaw-kaw. Abang Misai sampai merah-merah mata macam orang menangis. Ekekeke...


Adalah aku snap gambo tapi tahap kemalasan nak upload tu adalah di atas paras 100%. Tengok lah, kalau rajin aku upload. Kalau tak kirim salam aje lah.


Petang ni aku nak kena pi klinik lagi lor. Nak scan pulak. Semalam dah pi dah. Tapi jumpa doktor saje.


N kepala baby still tak engaged lagi. Harapan untuk di c-sect adalah amat cerah terbentang di hadapan mata. Buat aku rasa seriau je nih.


Hope petang ni pi scan dia dah ready lah. Jangan lah takutkan umi ye baby.


Aku nak pi jenguk mesin basuh jap. Karang ada mak mertua aku pulak tolong basuh baju aku. Huhuhu...



Friday, August 7, 2009

Marilah bergoyang~~ huhuhu

Nak dekat pukul 1. Tak sabor nak balik.


Sebenarnya rehat pukul 12.15 hari ni. Sebab adik aku PKS so kena la tunggu ngam-ngam 5 jam. Lepas tu boleh challo bette.


Kerja pun dah settle. Yang tak settle semua pun dah ada dalam nota serah tugas. So, goyang-goyang bontot segala lah aku.


Tapi balik karang tertonggeng sebab nak kemas baju nak balik kampung n pi Melaka.


Nyeh... Nyeh...


Chaiyok siapkan kerja!

Awal aku sampai opis. Awal ke 7.30 tu? Awal la tu kan.


Laki ku sudah sampai di rumah. Yeehaaa!!!


Aku keluar pi opis tadi dia tengah tido. Malas nak ngada-ngada suruh hantar lak sebab dia baru sampai pukul 2 lebih pagi tadi.


Aku dah kata laki aku tu degil. Malam semalam pukul 9 dia bertolak. Sampai-sampai depan pintu mata dah macam biji saga kaler merah. Wuuuu... Keliwon betul.


Eh... Apa aku buat ni? Apesal aku blogging ni? Kata datang opis nak siapkan kerja?



Syoh... Syoh... Pi siapkan kerja cepat. Boleh cabut awal. Nguahahaha!




Thursday, August 6, 2009

Tak buleh titon

Dah pukul 11 malam. Aku tak tido lagi. Oh.. Sangat kagum dengan diri sendiri.


Kenapa nak kagum pulak ni? Huhuhu... Sebab selalu kalau time macam ni aku dah sedap meleleh air liur basi kat dalam bilik. Wakakaka!


Selalu lepas balik kerja, mandi segala dalam pukul 9.30 aku dah selamat tergolek dengan bantal bulu purple beli kat pasar malam seksyen 7 tu.


Aku tak boleh tido lah. Bawak kerja yang ciput tu balik pun haram malas nak buat. *padahal memang malas pon*


Sobab eh laki aku nak datang ye. Dia dah on da way lah tu. Aku kata esok pagi pon dia buleh drive datang tapi nak jugak drive malam-malam ni.


Risau sket lar pasal dia baru aje abes camping dalam hutan. Tak letih gamaknya. Kalau aku balik camping jangan harap lah nak pi mana-mana. Balik tak sempat nak mandi aku dah tido sampai pagi esoknya.


Ni pun aku rasa agak sakit-sakit di bawah itu... Kepala baby macam dah turun je. Member pon ramai kata perut aku dah nampak turun.


Hoooo.... Baby... Sila bersabar sampai umi sampai kampung ye. Biar umi dengan abah pi honeymoon kat Melaka dulu.



Kuikuikui... Honeymoon lah sangatnyaaaaa....


Oh... Beg balik kampung belum kemas lagi. Wawawa... Esok lah baru nak terhegeh-hegeh mak buyung ni.


Sangat suka membuat kerja last minit. Dush sekali kat dahi tu. Huhuhu...



Esok last day kat opis sebelum i cotiiii.....

Kat opis lagi.


Tak reti-reti nak balik ke cik kak oi!! Isk.. Isk...


Nak balik dah lah ni. Esok kena datang kejap pagi-pagi buta.


Nak bagi penerangan kat officer yang nak menanggung kerja ni.


Ingatkan dah boleh lah relax jap. Dah lah barang nak bawak balik kampung hapah pun tak kemas lagi ni.


Apa nak jadi lah kat aku ni.


Huhuhu...


Gudbye lah meeting next week

Ok. Dah abes sesi mengajar. Merepek apa ntah lah aku kat dalam bilik meeting tu tadi.


Dan juga dah kenyang perut suka hati kerana makanan adalah hasil sponsor kerana meeting. Petang ni ada lagi makan free.


Ni ada lagi surat nak suruh aku pi meeting 11hb. Sori naik lori aku nak pi. Aku dah selamat kat kampung. Kalau still tak terberanak lagi aku tengah melepak-lepak kat rumah.


Cepat-cepat siapkan kerja dan nota serah tugas anda. Wohoho...



Jadi cikgu jom!

Okeh, mari menjadi tenaga pengajar hari ni ye kawan-kawan.


Hari ni aku kena jadi orang yang akan mengconduct sesi untuk kemaskini data. Dah lah kena bagi kata-kata aluan. Confirm kata-kata aluan adalah amat ringkas dan padat. Huhuhu...


Hep.. Hep.. Jangan gelak-gelak.


Aku garang nih.


Wakakaka... Memang tak ada bakat nak jadi cikgu.


Apa aku nak cakap pagi-pagi ni wei....



Wednesday, August 5, 2009

Banyak kerja tapi jom buat-buat macam tak ada kerja

Aku kat opis lagi. Gila kerja sungguh lah kononnya ni.


Banyak benda aku nak buat. Tapi belakang aku sengal-sengal lak. Tu yang jin malas dah bertandang atas kepala tu.


Doakan lah kepala baby aku engaged before aku check up lagi sekali Isnin ni. Kalau tak harapan nak c-sect tu pasti lah tinggi.


Hooo... Aku tak dapat membayangkan perut aku dibelah oke.


Wife member aku yang due dekat-dekat dengan aku dah kena tahan dekat wad pagi tadi. Hope semuanya ok for him n his wife also his baby.


Aku nak balik rumah. Sambung buat kerja kat rumah aje lah. Makcik dah ponat eh.


Macam ye-ye je aku ni nak buat kerja kat rumah.


Kejap lagi sampai rumah bedebum tergolek.


Heheh....



Sungguh penat bermeeting

Ada meeting lagi sebenarnya lepas lunch. Tapi macam tak berapa nak memerlukan aku kan. Hahaha! Macam lah penting sangat aku ni.



Jadinya aku balik ke bilik. Nak settle claim budak-budak ni. Karang tak dapat claim harus 1 opis ni kena amukan puaka.



N banyak lagi kerja lain nak settle. Dah asek bermeeting aje. Bila kerja aku nak siap.



Dengan nota serah tugas aku tergantung half way ni. Dadadada~~



Penat wooo...



Jom la membosankan diri meeting pagi-pagi ni

Aku ada meeting jap lagi.


Perut pulak meragam pagi-pagi buta nih. Nak memerut 1, berbunyi-bunyi keroncong 1.


Ah... Malasnya nak present....


Tak apa... Tak apa... Hari ni dengan esok je ada meeting.


Jumaat dah hip hip horeyyy!!!!


Tapi tak adalah betul-betul merdeka. Kena pi Melaka dulu.


Kenapa diorang ni tak kesian ek dah tau aku nak terberanak pun?


Huhuhuhu....


Tuesday, August 4, 2009

Aku dah burnout nih

Rasa nak pengsan....



Kepala sakit betul-betul ni. Arrrr....



Aku memang tak sabor nak cuti wehhhhh!!!!



Tepek minyak cap kapak pon tak nak hilang gak sakit kepala ni. Wuwuwuwu...



Rindu lah kat laki aku. Tapi kalau msg pon tak ada siapa yang reply. Kalau tak boleh ngadu itu ini.



Cepat lah hari Jumaat.



Tekanan pra cuti

Sungguh aku tak ada mood ok.


Dengan esok ada meeting. Kelam kabut donia aku.


Lusa pun ada sesi kemaskini data. Aku jugak kena ada. Kalau aku tak ada tak boleh jalan kot segala kerja. Pulak tu aku kena bagi kata-kata aluan. Halahai.... Apa lah aku nak merepek ni labu oiiii....



Nak kemaskini terus kemaskini je lah. Tak payah kata-kata aluan bagai. Aku bukan PM pon.



Kepala aku dah pening dah ni. Confirm stress. Dengan budak-budak ni mintak claim pun lembap. Korang nak duit ke tak nak ni?



Sign aku tengah mahal ni. Aku tak sign karang tak dapat claim korang. Haaaaa....



Nak tido pun tak ada mood.



Berlagak betul!

Pernah tak korang tanya orang baik-baik lepas tu tiba-tiba kau kena bantai even benda tu bukan salah kau?



Aku baru je kena tadi.



Aku mintak maklum balas je. Tak pasal-pasal aku kena marah oke.



Tau lah pangkat besar kan. Tapi jangan lah berlagak.



Aku cakap tadi punya lah sopan santun.


Menyampah aku orang berlagak macam ni.


Nape mesti kerja berlambak time aku start nak cuti nih

Tak ada mood.


Sakit bawah perut kena tekan-tekan tak hilang lagi. Lepas tu pulak 3 hari tak dapat msg n calling Abang Misai.


Sebabnya dia pi masuk hutan. Camping konon-konon bina semangat. Tak buleh bawak hp. Mencik!


Baguslah tu. Ngam-ngam dia masuk hutan aku punya hp kena bar pulok. Ape jadah! Bayar lambat sikit pun nak bar. Kedekut betul lah. Tukar prepaid balik lah macam ni. Huuuuu...


Nak siapkan kerja. Nak siapkan kerja!!!!!


Minggu depan dah nak cuti.....


Time-time ni lah kerja nak berlambak pun. Busukkkkk!!!!!!




Monday, August 3, 2009

Bila kepala baby nak engaged ni?

Aku pi klinik tadi. Biasa lah. Dah kena check up every week. But ini last time aku ke klinik Seksyen 7 itu. Hari Ahad ni kan aku nak balik kampung.


Ramai orang gile lah. Parking memang sangat jauh dari klinik. Dah lah kena menapak. Kena turun bukit. Dengan perut boyot ni. Sorang-sorang pulak tu. Penat woooo....


Appointment pukul 11 bersambung-sambung sampai pukul 2. Hamik kau! Mati keras dalam klinik.


Tapi lepas abes jumpa nurse dalam pukul 1.30 dia suruh aku pi makan dulu. Sebab nak kena jumpa doktor lak.


Sakit ok bawah perut kena tekan-tekan. Huuuu... Sebab nurse kata kepala baby belum engaged lagi.


Aku pi beli makan n balik rumah jap. Dalam 2.15 aku ke klinik balik.


Dekat-dekat pukul 3 baru lah doktor panggil masuk bilik.


Doktor pulak terus suruh aku baring-baring.



Doktor : Puan ada rasa tanda-tanda nak bersalin ke?

Aku : Tak ada pun.

Doktor : Tau tak macam mana tanda-tanda nak bersalin.

Aku : Hmmm.. Ada lendir campur darah. Lepas tu sakit selang 5 minit. *aku pun ingat-ingat lupa. Main bantai je. Nasib baik betul. Hehe..*



Lepas tu doktor tu pulak tekan-tekan bawah perut tu. Adoi laaa... Senak ok.


Doktor : Eh, kepala baby belum engaged lagi ni.

Aku : Errr.. Kenapa kalau belum engaged doktor?

Doktor : Awak dah 37 minggu. Patut dah engaged ni. Awak ada rasa nak kencing tak? *sambil scan perut aku*

Aku : Tak ada pulak.

Doktor : Awak pi toilet kencing dulu.

Aku : Tapi saya baru lepas ke toilet doktor.

Doktor : Takpe. Pi je toilet. Keluarkan apa yang boleh keluar. Kalau pundi kencing penuh maybe sebab tu kepala baby tak engaged. Lepas kencing terus masuk jumpa saya.



Aku pun pi je lah. Ikut aje kata doktor. Padahal tak rasa nak kencing langsung ye. Lepas tu masuk balik bilik doktor. Baring balik atas katil.


Lagi sekali kena tekan-tekan. Pun kepala baby still tak turun. Ades...


Doktor : Kepala baby tak engaged lagi. Hmmm...

Aku : Err.. Bahaya ke kalau tak engaged.

Doktor : Takut awak tak boleh bersalin normal je lah.



Hoooo.... Takut pulak aku dengar. Apekah kena c-sect jika begitu??? Tapi nak bersalin normal pun takut ok.


Doktor : Tak apalah. 2 more check up n kita tengok kepala baby engaged ke tak.

Aku : Tapi weekend ni saya balik kampung la doktor.

Doktor : Awak pi klinik kat sana inform doktor kat sana lah. Nanti saya refer dalam buku merah ni.


Dalam pukul 3.30 abes check up. Tapi aku ke opis balik lor. Huhuhu...


Ingatkan nak balik rumah je terus. Tapi adik aku yang kat opis tu siapa pulak kerja nak hantar dia balik.


Lagi pun banyak kerja nak settle sebelum cuti ni. Waaaaaa....


Dah lah 3 hari starting esok tak dapat calling-calling n msg-msg dengan Abang Misai. Sedihnya lah mak buyung ni.






Lagi 19 hari daaa...

Lagi 19 hari? Agagagaga...


Boleh ek tak perasan. Isk...


Hujung minggu ni kena pi Melaka pulak. Ada perjumpaan dengan jabatan. Gigih nak pergi jugak. Terberanak kat sana dah baby jadi orang Melaka. Huhuhu....


Lapar lah pulak pagi-pagi ni.


Jom jalan-jalan cari makan.



Sunday, August 2, 2009

Pagi Ahad di Giant 13

Hujan lebat betul time aku nak keluar pagi tadi.


Keluar sorang-sorang lagi.


Mula-mula ingat nak pi pasar je. Dah hujan-hujan tu macam malas pulak. Dengan pasar tu basah-basah time hujan lagi lah tambah basah. Dah basah mesti lah licin. Tak nak aku amik risiko tergolek dog kat pasar tu.


Jadi aku telah melencong ke Giant Seksyen 13. Ada bumbung. Sejuk pulak. Hehe...


Jalan nak pi Giant jammed dekat stadium. Ramai sangat orang menyinggah pasar tani. Sampai Giant pun ramai jugak makhluk. Nak cari parking pun susah.


Aku teringin nak makan kari ayam hari ni. Maka usaha gigih mencari bahan-bahan untuk dimasak.


Tak banyak yang aku beli pon. Beli bahan-bahan nak masak je.


Lepas tu dalam tu ada orang dok promote kordial delima. Baca n teringat pasal khasiat delima dalam blog Eida terus aku beli kordial tu. Nak cari buah delima kat celah mana lah pulak. Nanti aku taruk pic. Tengah malas nak upload ni.


Aku nak relax jap lor. Sakit belakang ni.


Elok lah tu, baru lepas makan nak baring-baring. Hikhikhik... Nasib baik Abang Misai tak ada. Kalau tak dah bising lah laki aku tu.



Relax sat yeaaa....



Saturday, August 1, 2009

Jalan sorang-sorang petang tadi

Petang tadi aku pi check up. Sorang-sorang jek. Lepas hantar adik aku balik kampus Puncak Alam. Lepas tu jalan-jalan kejap kat Shah Alam Mall Seksyen 9 tu.


Saje nak pi sorang-sorang. Sebenarnya pi Puncak tu bertiga. Tapi adik aku yang sorang ni ntah apa angin dia. Aku malas nak layan.


Aku hantar dia balik rumah lepas tu aku blah pi klinik.


Scan baby ye tadi.


Aku : Doktor, boleh ke tau berat baby ek?

Doktor : Eh, boleh je.


Masa tu doktor tengah sibuk-sibuk scan lah aku dok tanya. Doktor tunjuk jantung, kidney, kaki. Semua-semua lah.


Doktor : Berat baby dalam 2.82kg. Nanti time nak dekat bersalin tu dalam 3kg lebih la.

Aku : Ooo... Ok...


2.82kg ek. Nak dekat bersalin nanti 3kg lebih. Huuuuu... Dah dok terbayang besar mana lah anak aku tu. Macam mana nak keluar nanti. Mula lah kepala otak pikir bukan-bukan. Hohohoh...


Tadi masa nak hantar adik aku tu tengok banyak betul jalan jammed. Kenapa ek?


Sebab KL lumpuh pasal rusuhan ISA tu ke? Hoooo... Sampai ke Shah Alam jammed dia yea.


Aku pun pelik kenapa lah diorang ni sibuk nak merusuh segala. Korang ni... Kalau cedera ke hape siapa yang susah. Diri sendiri jugak. Agak-agak lah kan.


Tadi lepas check up tu Abang Misai call. Lepas tu aku cakap lah berat baby 2.82kg. Adekah cuba membandingkan berat baby dengan berat aku sekarang. Huuuuu...


Gurauan yang amat sensitip yeaaaaa.....



Tidakkkk!!!!!

Oh... Tidak!!!!


Perutku sudah tidak comel lagi...


Stretch mark itu sudah menonjolkan dirinya...


Huwaaaaa!!!!!!