SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, May 2, 2013

Naik Cuti Mesti Lemau

Assalamualaikum

Semalam cuti hari pekerja. Hari ni masuk opis semua lemau. Aku sekali la yang lemau tu. Hahahaha! Kena pulak ada meeting sat lagi. Haiyooohhhhh... Macam ni la kehidupan opis aku. Hujung bulan je macam-macam meeting kena masuk. Kalau masuk dengar je takpe jugak. Kena buat presentation pulak. Oh....

Aku cakap dengan laki aku sempena cuti hari pekerja maka aku pun nak cuti dari segala kerja hatta kerja rumah. Aku nak tido je sepanjang hari. Kahkahkah! Mengada sangat kan. Tapi buat la keja jugak semalam. Sidai kain. Mandikan anak-anak yang terjerit-jerit nak ummi jugak-jugak.

Lepas tu petang keluar buat semakan kualiti. Semakan kualiti apa? Keja opis ni haaa... Aku kan keja kena merewang pi tengok rumah orang. So, kena check dulu rumah tu ada orang duduk ke tak sebelum aku serah kat anak buah buat keja luar. 1 peta dalam taman je. Sap sap soi sangat. 1 peta lagi kat tempat lain. Tapi diorang salah bagi peta la pulak. Tadi dah pi tukar. So, petang sat lagi mari la buat keja luar lagi sekali.

Jadi, cuti hari pekerja itu tetap la aku bekerja dengan cemerlang, gemilang, terbilang. Kain je tak sempat nak lipat. Sebab aku dah terpengaruh dengan game candy crush. Hoh... Geram tak lepas-lepas. Rasa macam nak beli je sebab ada limit time kalau tak lepas kena tunggu berapa minit. Ciskek sangat. Hahahaha! Ramai kot dah main game ni. Aku je baru nak menyibuk main.

Ok, la. Aku nak kena masuk meeting sat lagi. Nak prepare semua benda nak present. Present lagi. Sungguh la pekerja cemerlang. Muahahahaha! Ini semua poyo!


1 comment:

Teena Tna said...

Its called blue monday..haha
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

insanbiasabiasa.blogspot.com