SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, August 31, 2012

Rutin Seorang Super Ummi Setiap Kali Cuti


Assalamualaikum

Macam nak tercabut pergelangan kaki aku rasanya. Maka mari baring-baring sambil menaip di henfon.

Amir n Hana tido. Jadi boleh rehat kejap. Eh, hari ni jumaat ye. Lupa... Ingat weekend. Heheh..

Baru setel masak. Dah mak mertua tanya aku nak masak ke? Takkan la aku nak jawab,

'Eh, tak. Mak la masak.'

Aku iyekan aje. Tapi memang aku nak masak pun. Haha! Masak simple-simple sudah.

Pagi tadi breakfast masak spagetti aglio olio la kunun. Padahal spagetti goreng je. Tu pun main campak-campak apa ada. Abang misai pulak buat muka pasal tekak dia kan tekak kampung. Nasib ada nasi lebih. Goreng nasi makan la sorang-sorang dia.

Lepas masak breakfast mandikan anak-anak pulak. Amir sah-sah tak nak orang lain mandikan. Yang Hana dah berak pulak so terus mandi je la.

Basuh plak baju 2 round. Lepas basuh kena la jemur. Mesin manual plak. Huwaaaa! Letih tau.

Lepas basuh baju semua kena masak untuk lunch. Bersilat lagi kat dapur.

Sekarang baruuu la dapat rehat. Itu pun hana terjaga cari nenen. Sambil tu aku menaip.

Itu la dia rutin aku tiap kali cuti. Tu pun aku belum mop lantai tu. Melekit sana sini dah. Semalam hana tumpahkan madu cuka epal tok dia kat lantai. Adessss...

Dah la. Aku nak lepak jap sebelum hero heroin ni bangun melasak.

Posted via MyAndroid

Thursday, August 30, 2012

Cerita Nak Raya

Assalamualaikum

Dah lama tak berupdate kan. Padahal ada je aku depan pc nih. Kesibukan melanda. Tambah lagi aku takde idea nak menaip. Otak tepu.

Mood raya dah tak berapa ada kot. Mood makan kuih raya je ada. Tu pun sebab kuih raya dok ada lagi dalam balang. Perabiskan selagi tak abes ye.

Raya tahun ni biasa-biasa aje. Aku la tukang masak juadah raya. Lepas tu sendiri telan. Ketupat ofkos yang segera. Tak kuasa sangat aku nak menggentel daun ketupat. Sehari gentel baru dapat 1 kelonsong baik tak payah. Yang mudah dan cepat je la ye. Hahaha!

Ketupat palas takde. Mak mertua aku sakit urat. Tak boleh makan pulut. Aku pun memang malas nak buat. Kalau ada karang ada la mak mertua aku dok capai makan jugak. Hoh, bahaya ye.

Malam sebelum raya aku bersilat kat dapur. Masak rendang n masak lodeh je la. Kuah kacang tak ada aku buat walaupun Abang Misai dok mengkritik bahawa ketupat nasi adelah enak dimakan dengan kuah kacang. Aku dah masak sila makan jangan banyak bunyi.

Pukul 2 pagi baru aku tido. Dengan menyental lantai lagi. Siang tu time berbuka dah dikecahkan dek Hana n Amir dengan makanan melekit-lekit. Mak mertua aku nak suruh mop lantai lepas berbuka. Abang Misai kata tak payah, esok pagi baru buat. Macam la dia nak buat kan. Sudahnya aku jugak yang terbongkok-bongkok gaya Oshin mengelap lantai bagi berkilat pada pukul 1 pagi.

Dan rendang aku termasin pulok. Jenuh aku nak mengalter bagi kemasinan tu kurang. Tambah gula la. Tambah air la. Main tabur je garam kan. Begitu la hasilnya.

Mak mertua aku dalam pada kata tak larat tu gigih pulak bangun pukul 3 pagi buat kuah sup n celur bihun. Aku ni tido kat depan since masuk bilik tengok 3 beranak tido atas katil masing-masing terkangkang baik punya sampai tak ada ruang kat aku kan. Tido la aku kat kerusi depan. Dengar la kelentung kelentang mak mertua aku kat dapur nun. Tido serupa tak tido dah aku.

Pukul 5 bangun pulak aku dok iron baju hero-hero dan heroin tu. Diorang syok lagi la tido. Lepas iron baju terus mandi.

Gambar raya pun aku tak snap. 1 pun tak ada. Tak dapat simpan pic Hana berbaju kurung. Amir pun segak berbaju melayu. Alahai... Tunggu la raya haji.

Ok la, aku nak sambung buat minit. Dah seminggu aku siapkan minit ni tau. Gila banyak. Huwaaahhhh!!!!


Thursday, August 23, 2012

Selamat hari raya all


Assalamualaikum

Baru nak ucap Selamat hari raya kan. Hari ni dah raya keberapa? Raya ke 5. Hehehe...

Nak kata raya sakan tak pun. Raya pertama pi 4 buah rumah je. Tu pun rumah yang memang tiap-tiap tahun mesti pi. Rumah toksu amir, tok anjang amir, tok wan amir (rumah parents aku la) n rumah akak aku.

Raya kedua melongo kat rumah. Raya ketiga keempat pun begitu jua. Kelmarin ada la keluar makan mcD. Aku teringin foldover tapi dah takde rupanya. Dah ganti dengan GCB. T_T

Hari ni ingat nak pi rumah kakak aku tapi laki aku merayap pi kedai kereta pulak. Tadi ntah apa dia dok kelebet kereta dia.

Jadi aku tunggu dia balik lepas tu aku nak jalan. Geram dengan amir ni. Dia kebosanan kat rumah lepas tu nak buat ummi dia jadi hijau. Grrrr!

Ok la. Selamat hari raya maaf zahir batin.

Posted via MyAndroid

Friday, August 17, 2012

Jambatan dah jem.. Baru pukul 4..


Aku tercangak kat usm. Tunggu kakak aku balik. Tapi sebelum pi usm tadi lalu kat lim chong eu. Jambatan dah jem woooo...

Terbeliak-beliak mata aku yang dah memang besar macam burung hantu ni tengok. Baru pukul 4 tu.

Sat lagi kematu la vontots ayu aku ni. Balik awal sikit pun jem jugak.

Banyak weh barang aku nak beli. Esok kena bangun awal pi pasar la. Huuuuu....

Posted via MyAndroid

Opis Dah Sunyi

Assalamualaikum

Awal sungguh aku sampai opis hari ni. Sebelum pukul 7.30 ye. Cipta rekod tu. Selalu lepas 7.30 baru dapat punch card.

Hari ni opis dah sunyi sepi. Aku menaip ni pun boleh dengar bunyi keletuk keletak aku tekan keyboard sampai luar bilik. Ramai yang dah cuti. Aku je rajin terlebih. Rajin terlebih pun tengahari ni al-cabut la aku.

Eh, dah mintak time off semalam ye. Bukan sesuki hati mencabutkan diri.

Mood keja biasa la, ke laut dah. Walaupun aku tak berapa rasa nak best je raya. Malam semalam angkut anak bertuah 2 orang pi kedai cari songkok Abang Amir. Kepala sama besar dengan apak eh. Tu selalu sangkut kalau nak pakai or bukak baju.

Adik Hana menjeles oke tengok kitorang dok belek-belek baju n songkok Amir. Belikan sepasang baju melayu untuk Amir jugak walaupun adik aku dah belikan sepasang. Menjerit-jerit dia tak nak bagi aku amik baju tu bila dia dah pegang. Sudahnya bawak Hana pusing 1 kedai n belikan stokin. Tu pun bukan main lagi dia memilih. Hahahaha!

Pagi ni hujan kat belah Pulau ni. Kat seberang cerah je. Macam dah lama tak hujan kat kawasan rumah aku tu. Tido pun kepanasan rasa nak berlenggeng je.

Ok, aku nak semak borang-borang n siapkan report. Bos tak ada tapi tak boleh nak berjimba sesuka hati.

Daa~~


Thursday, August 16, 2012

Lagu Raya Dah Berkumandang Kat Bangunan Ni

Assalamualaikum

Bangunan tempat opis aku ni dah mula pasang lagu raya. Mendayu-dayu pulak tu. Dodoi didodoi. Apekah??

Aku tengah pening lalat sebenarnya ni. Dari pagi tadi. Tak cukup tido. Semalam aku balik lambat. Pukul 9 lebih baru sampai rumah.

Ada majlis berbuka puasa kat opis ni. Menu nasi tomato. Tapi sedap la nasi tomato tu. Cuma aku je tak boleh nak makan banyak. Perut sebu. Kurma sebijik, samosa seketul, karipap gila bapak gedabak seketul pastu makan nasi tomato pulak. Padahal tak ada la banyak mana. Selalunya aku rasa sepinggan tak cukup. Hahaha! Bihun goreng yang sedap pun aku tak boleh nak sumbat dah. Takat rasa sesudu je.

Orang terawih aku cabut balik sebab ada kerja luar nak settlekan. Malas pulak aku nak keluar opis hari ni lepas tu patah balik. Buang duit minyak kereta aku je tau. So, aku terus buat malam semalam. Nasib la kedai tak tutup.

Nasib jugak uncle tokei kedai layan aku ok. Dah la aku banyak songeh. Beg sandang yang orang tu jual pun nak kena ukur. Sebab kena ikut spesifikasi. Kejadahnya la kan. Oh, yang aku buat ni ala-ala orang yang buat Quality Check kat kilang tu la. Staff sebelum ni dah buat tapi aku kena check balik.

So, dah settle semua baru balik rumah. Sampai rumah tengok dah gelap gelita. Dah tido ke semua? Amir dengan Hana dah terbongkang rupanya. Kesian anak-anak aku. Tunggu ummi dia balik sampai tertido. Lagi-lagi si Hana. Merengek-rengek cari nenen kata laki aku.

Itu la budak Hana punya pe'el sebelum tido. Dah minum sebotol susu pun tetap cari aku jugak.

Ok, aku nak tido jap. Serius mengantuk ni.


Wednesday, August 15, 2012

Ke Manakah Semangat Rayaku....

Esok opis ni mesti dah agak lengang. Staf aku je 2-3 orang dah start cuti. Jumaat lagi la, ramai sungguh dah apply cuti.

Aku?

Jumaat aku mintak time off je. Lepas tu cuti aku apply 2 hari. Tapi kalau aku rajin sehari tu aku cancel la.

Ntah la. Mood nak raya aku ni kureng sikit tahun ni. Seronok tengok anak-anak je la. Tengok Amir n Hana pakai baju raya. Tengok macam mana happy diorang dapat duit raya n makan kuih raya.

Paling seronok mesti la Amir. Birthday dia 1st day raya. Nak beli kek kat mana la raya-raya ni. Nanti aku survey. Kalau ada boleh la celebrate. Kalau tak tunggu la 2-3 hari lepas raya.

Hana pulak dah merata berjalan. Mesti seronok tengok dia terkedek-kedek. Hehehe...

Oh, tadi aku dapat sampul duit raya. Aku kan tak merayap mana-mana sangat so sampul duit ni memang tak tercari la. Kebetulan ada member bagi. Tq ye Yan. Sanggup pos kat aku. Hahaha!

Sampul yang aku dapat kat opis ni adelah sampul dari Biro Tatanegara. Ada muka PM n TPM kat depan sampul. Belakang ada rukun negara. Semangat gagasan 1 Malaysia kekdahnya.

Huiii.. Borang banyak lagi aku tak semak. Sempat pulak update blog ye. Aku bosan sebenarnya. Hehehe...

Ok la, jumpa lagi.


Bz

Assalamualaikum

Bz hari ni. Nak buat surat. Nak check borang yang dah berlambak. Jumaat ni last bebudak kena hantar borang. Nak buat report. Nak buat minit. Arrr... Mati la minit tak buat lagi. Huhuhu...

Petang ni pulak opis buat majlis berbuka puasa. Last minit punye notis ni. Berbulu la haku kan. Lepas tu aku ada keja luar nak kena buat. Dah la keja luar kat seberang perai sana. Perlu ke aku nak patah balik ke opis untuk majlis berbuka pulak. Hadesssss.... Tekanan oke.

Jadi otak adelah serabut sikit hari ni. Macam bukan sikit tapi banyaaaakkkk.

Ish...

Buat keja dulu la.

Oh, lagi 1 lupa. Tahniah untuk juniorku merangkap sahabatku Puan Hazilah Abdullah yang telah selamat melahirkan sorang baby girl yang sangat comel kiut miut pukul 12.12 pagi. Puteri diberi nama Haziqah Aleesa binti Mohd Khairul Anuar. Nak menjenguk jauh nun di seberang laut tu haa... Selamat berpantang ye Puan Ajee.

:)




Tuesday, August 14, 2012

Tekak Tak Sama Rasa... Majoriti La Menang...

Assalamualaikum

Kat opis masing-masing dah mood raya kot. Tengok macam malas je nak datang keja. Termasuk la aku. Kihkihkih....

Mak mertua aku sakit kaki. Semalam berbuka dengan lauk yang laki aku beli. Tapi Abang Misai pi berbuka kat luar. Ada majlis berbuka puasa dengan bos besar. Dan aku sudah nampak sinarnya bahawa aku la yang akan berhempas pulas kat dapur menyiapkan juadah raya.

Masalahnya sekarang aku ni tekak jawa. Time raya makan ketupat nasi, kuah lodeh dengan rendang. Silap-silap aku buat ayam masak ungkep. Tapi family laki aku tekak utara. Makan ketupat palas, kuah kacang dengan kari ayam. Halaaaahaiiii....

Dan agak kekagetan bila Abang Misai suruh aku buat ketupat palas raya ni. Haku mana reti la weiiii... Makan reti la. Hari tu pun terkial-kial aku tolong mak mertua aku balut ketupat palas tu. Ketupat segera lagi aku terror kan.

Tak pasal-pasal je tadi aku menggoogle cara-cara memasak ketupat palas. Sebagai persediaan kalau kena suruh dek mak mertua. Kari ayam tu aku boleh lagi handle. Kuah kacang pun aku tak reti sebab aku tak suka makan kuah kacang sangat.

Nampaknya aku kena menggoogle cara masak kuah kacang pulak. Huhuhu...

Ni yang tak suka bila tekak ni tak sama selera.


Monday, August 13, 2012

Hana Tak Buleh Cucuk Minggu Ni....

Assalamualaikum

Bukan main lagi lagu raya berkumandang kat opis ni. Aku takde perasaan pun. Sebab nak excited balik kampung aku dah memang kat kampung pun. Rumah mak pak pun 1 taman. Naik kereta 1 minit sampai dah. Hahaha!

Baju raya aku adik aku yang belikan. Baju melayu n baju kurung hero n heroin aku tu pun tak beli lagi. Tah bila aku nak menjengah kedai baju pun tak tau la.

Pagi tadi bawak la si Hana ke klinik. Kunun nak cucuk setahun. Anak bertuah tu kan dah setahun. Tapi aku lupa la pulak dia baru je abeskan antibiotik dia minggu lepas. So, tak buleh cucuk. Adoi laaaa....

Kena datang balik klinik 27hb pulok. Ades... Jadual cuti raya pun bos dah keluarkan. Cane la ni. Tensen mak nak. Kena pi mengadap la ni bagitau aku nak ubah tarikh cuti. Or nak tambah cuti. Tekanan perasaan terus.

Ni pun banyak keja nak setel before raya. Aku rasa 17hb aku masih bekerja dengan gigih. Opis dah sunyi takde orang la masa tu. Aku ada apply cuti 17hb. Tapi sangat cerah la masa depan untuk tak bercuti tu kan.

Aku nak sambung buat keja sat sebab aku masuk opis lambat pagi tadi. Nasib ada parking. Dengan skill memparking secara masuk vontot kereta dulu yang dah lama aku tak praktikkan aku berjaya parking dengan 3 kali pembetulan. Ewahhh!

Dah, aku dah merepek ni. Ok, nanti update lain.


Saturday, August 11, 2012

Maaf, entry sampah. Tak payah baca sebab tuan tanah nak lepaskan geram je.


Argggggggghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

Huwaaarrggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!

Waaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!

Hukhukhukhukhukhuk.......

T________________T

Ok... Dah....

:-(

Posted via MyAndroid

Friday, August 10, 2012

Kisah Pil Perancangku

Assalamualaikum

Dah Jumaat. Kejap lagi rehat time. Aku tak pi mana la kot. Dok melahu je dalam opis. Bukan la aku umat yang merayap time opis hour tu ye. ;p

Walaupun aku cuti puasa tapi tetap la macam orang puasa. Nak makan apa? Sini kedai makan cafe kat tingkat bawah je. Kalau rasa nak tukar selera pi la bangunan depan. Bulan puasa ni memang orang pandang je kalau pi. Malu ah! Hahaha!

KFC ada la yang dekat opis ni. Tu lagi la kalau beli bawak masuk opis. Dengan bau yang menyengat. Confirm orang cari mana datang bau. Tak memasal kantoi di situ. So, option KFC pun tak sesuai.

Dok la dendiam dalam opis makan biskut je. Biskut tu aku beli semalam. Masa merayap kat Giant time rehat. Kononnye nak cari pil perancang kat Guardian. Aku biasa amik Regulon. Selalu amik pil tu kat klinik kesihatan gomen ni. Tapi asek nak time off la, cuti la. Bos pun dah pandang semacam. Jadi meh kita cari kat farmasi.

Tak ada rupanya kat Guardian. T________T'

Balik semalam singgah pulak farmasi dekat kawasan pekan yang dekat dengan rumah. Punnnnn tak ada.... Siap pakcik jaga farmasi tu explain nama ubat lain nak suggest kat aku. Dia kata diorang tak jual Regulon sebab tak pernah orang request. So, bagi mengelakkan kerugian akibat ubat expired maka tak jual. Lagi 1 Regulon tu agak baru la kata dia.

Aku tak mo la ubat lain. Sebab tak biasa makan. Memang cara makan sama. Tapi agak menakutkan untuk switch dengan tiba-tiba kan.

Jadi hari ni Abang Misai dikerah untuk amikkan ubat aku. Tak kira, sila amik jugak. Aku cakap tak boleh nak time off banyak kali sangat. Isnin depan dah la nak bawak Hana pi cucuk setahun. Abang Misai kata amik la terus hari Isnin tu. Apekejadahnya aku kena start ubat hari ni tapi amik Isnin.

'Kalau abang rasa nak bagi adik kat si Hana silekan amik hari Isnin.'

'Ooo... tak boleh delay ek.' sambil sengih-sengih.

Suka hati dia je nak delay-delay. Ingat ni Keretapi Tanah Melayu ke boleh delay.


Thursday, August 9, 2012

Bonus = Senyum Lebar

Assalamualaikum

Hari ni gomen dapat bonus. Tersengih semua staf-staf gomen sampai ke telinga ye. Hikhikhik... Aku termasuk sekali la tu. Hahaha!

Sedang mencongak duit raya. Berapa nak bagi kat anak-anak buah. Sepupu kecik-kecik. Terus botak kepala. Bonus je abes kat duit raya.

Duit raya pun tak tukar lagi. Tak apa. Adik aku keja repair mesin ATM. Boleh mintak tukar kat dia. Hahaha! Suka hati je kan.

Semalam tak celebrate pun birthday Hana. Nak celebrate sekali dengan Amir. Ye la, si kecik tu bukan tau apa lagi. Mengkecahkan rumah dia tau. Dah la tak padan kecik, nak makan suap sendiri. Macam dah besor sangat la perangai dia.

Asal aku hidang time berbuka nanti dia merengek-rengek tunjuk atas meja. Nak makan nasik jugak. Macam posa ko ye dik. Selagi aku tak senduk nasik n suap dia mesti dia merengek berdiri tepi meja. Kena la ummi suap dia dulu.

Amir pun sama. Dia marah kalau orang cakap dia tak puasa. Siap tunggu azan sekali lepas tu baru makan. Ummi jugak kena suap. Ummi pun sempat jamah 2 bijik kurma je la dulu sambil menyuap anak-anak. Apak eh melepaskan diri makan dulu. Dah abes makan baru la dia angkut bebudak tu masuk bilik n baru la ummi dapat makan dengan tenang.

Amir masih menuntut hadiah birthday. Huhuhu... Bila la nak pi beli mainan dia tu. Kalau ikut malas nak beli sebab dia dah banyak sangat koleksi kapal korek a.k.a backhoe tu kat rumah. Kalau beli jugak dah ada 3. Tu pun tak campur lagi yang dah buang sebab jahanam. Memandangkan yang dia nak ni bertayar lipan maka beli la jugak.

Dah la pagi tadi dia bermandi muntah. Time sahur buatkan susu. Dia minum sambil mata terpejam. Tetiba batuk melanda. Amir ni kalau batuk memang akan pakej dengan muntah. Dari kecik macam tu. Tak memasal penuh 1 baju dengan muntah susu. Abah dia la tolong cuci. Aku tengah makan sahur *walaupun tak posa.hehehe*.

Bila la nak baik batuk anak-anak ni. Si Hana pun batuk berjemaah dengan Amir. Ubat dah abes sebotol pun macam tu jugak.

Fenin kepala ummi.


Wednesday, August 8, 2012

Happy Birthday My Princess! Setahun Sudah... :)

Assalamualaikum



Ye, hari ni genap la setahun puteri beta Nur Amirah Raihanah. Budak yang lasak tak hengat mengalahkan Abang Amir. Lasak pun tetap menjadi adik kesayangan Abang Amir dia walaupun Abang selalu dibuli.

Tapi time birthday ni la dia batuk-batuk. Sebelum ni demam. Lepas tu membawak ke batuk. Semalam tido pun batuk. Abang Amir pun sama. Kelmarin Abang Amir batuk n muntah terus. Pakej.

Nak cerita banyak pasal Hana nanti la ek. Aku ada meeting hari ni. Nak edit balik slide presentation aku untuk meeting sat lagi.

Yang pasti ummi love u so much Amirah Raihanah. Semoga jadi anak yang solehah, cerdik, bijak dan mempunyai segala sifat mahmudah. Dan semoga sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T.

Amin...


Tuesday, August 7, 2012

Kemalasan Setelah 3 Hari Bercuti

Assalamualaikum

Cuti 3 hari. Tak buat apa sangat. Dok rumah jaga anak. Pasal laki aku punya jadual keja tunggang langgang. Kejap malam, kejap siang. Orang cuti dia keja.

Melayan la budak dua orang yang sorang tu keja asek nak suruh bawak dia berjalan. Mentang-mentang dah pandai berjalan. Kena pulak baru beli kasut baru untuk dia. Sebelum ni tak berkasut. Hana la, siapa lagi. :D

Amir pulak mulut pot pet tanya macam-macam. Ayat mesti dimulakan dengan perkataan feveret dia,

'Ummi, awat blablablabla....'

Ye, mesti start dengan 'awat'. Kihkihkih... Sampai abah dia dok ajuk. Lepas tu dia gelak-gelak. Tapi ini budak sensitif woo... Kadang-kadang aku kuat suara sikit dia sentap masuk bilik golek-golek atas katil sambil cakap sorang-sorang dengan air mata bercucuran. Padahal aku tak marah pun. Bagi warning je. Hehehe...

Kasut raya Hana dah beli. Baju kurung je tak beli lagi. Aku punya baju pun tak beli. Hmmm... Amir pun tak beli baju melayu lagi. Laki aku lagi la, dah berapa tahun pakai baju melayu yang tu je. Aku nak beli baru dia tak nak. Sebab dia kata pakai time pi sembahyang raya je. Lepas tu dia tukar t-shirt n jeans. Maka tak minat nak beli baju melayu baru.

Dok mikior bila nak beli baju raya.

Eh, esok birthday Hana. First day raya birthday Amir. Ingat nak celebrate sekali la birthday budak 2 orang tu. Amir dah request hadiah. Kapal korek tayar lipan. Nanti la ummi beli. Hana ni nak beli apa la untuk dia.

N apa hadiah yang sesuai untuk budak umor 8-9 tahun ek?


Friday, August 3, 2012

Over mengantuk


Bulan puasa ni seriously mata aku sangat la tak boleh diajar. Asal masuk meeting je mengantuk gila. Siap tersengguk-sengguk lagi.

Macam semalam ada taklimat memang macam orang gila aku tahan kantuk.

N hari ni, sambung taklimat. Start je orang buka mulut bagi taklimat aku pun dah mula nak belayar.

Maka aku pun update blog kasi bulat sikit mata aku ni.

Takkan nak sendal mata dengan batang mancis pulok ye dak.

Posted via MyAndroid

Selamat Naik Pangkat Puan

Assalamualaikum


Hari ni ada sesi sisih mensisih sempena 5S. So, datang opis pakai slack n T-Shirt konon-konon nak kemas bilik. Tapi keja aku berlambak bila la masa aku nak kemas.


N dapat email dari pengarah yang timbalan aku a.k.a immediate bos aku dinaikkan pangkat. Jadi pengarah kat HQ. Berkuatkuasa 6 Ogos. Maknanya hari ni dia last.


Tadi aku pi bilik dia sebab nak mintak sign untuk time off yang Hana demam tu. Tengah sign surat time off sambil cakap-cakap dengan aku dia buleh nangis. Aduhhh... Aku pun sebak la jugak.


Dia cakap tak sangka secepat ni. Dia nak mintak tangguh sampai lepas raya. Bos besar tak bagi pulak. Tak sempat dia nak jumpa anak-anak buah semua. Sedih pulak. Drama emosi di pagi hari.


Timbalan aku ni masa aku memula masuk dia punya garang dengan aku tu alahai.. Jatuh jantung aku tau. Sekarang dah ok. Tapi dah dia kena balik HQ pulak. Lepas ni ntah siapa la pengganti dia.


Hmmm... Tak apa la. Rezeki dia di bulan Ramadhan dapat naik pangkat. Aku doakan yang terbaik untuk dia.


Jom la kita menyisihkan apa yang tak patut ada dalam kabinet aku ni haaa... Zaman tok kaduk punya barang ntah sesapa punya ni.



Thursday, August 2, 2012

Sudah Merasa Arnab Panggang

Semalam dah berbuka arnab panggang yang diidam-idamkan. Pesan kat Abang Misai suruh beli. Pelik-pelik je bini dia ni nak makan. Hahaha!


Tapi dibelinya jugak. Dia pun nak rasa macam mana la keenakan daging arnab tu. Harga aku tak tanya. Karang ada dia suruh aku bayar. Hahaha! Jadi kita makan je.


Hari ni tak tau ape yang mak mertua aku masak. Aku selalu sampai rumah pun dah pukul 6.45 n above. Kalau aku nak masak untuk berbuka boleh. Tapi makan megi je la. Amacam? Mau ka?


Hari Jumaat lagi la sadis. Aku balik sharp pukul 5 last week. N terperangkap dalam jem yang dahsyat ye. Start jem dari KOMTAR tu. Rupanya all da way Lim Chong Eu Expressway memang jem. *nanges*


Dan aku berkesudahan berbuka kat stesen minyak dekat politeknik Seberang Perai nun. Sadis kan. Beli la air n roti untuk alas perut sementara nak balik rumah sebab sampai je kat poli dah nak azan.


Maknanya esok aku kena standby sesuatu kat dalam kereta. Atau bersiap sedia la anda untuk berbuka puasa dengan telan air liur dan korek idong secara melampau.


Ok la, sambung keja. Banyak keja sebenarnya ni. Claim sendiri pun tak terbuat lagi.



Kesedihan Dengan Berita Kemalangan

Assalamualaikum


Hmmm... Pagi ni mood kureng sikit. Pagi-pagi dah baca berita yang menyedihkan pasal eksiden kat Keramat tu. Yang husband n wife yang tengah pregnant tu terpenyek antara 2 bas.


Pulak tu ada anak yang baru nak masuk 2 tahun. Kesian budak tu dah jadi yatim piatu sekelip mata.


N baby dalam perut pun tak dapat diselamatkan.


Teringat anak-anak kat rumah. Yang manja sangat dengan aku walaupun aku adelah tiger mommy.


Teringat Amir yang petah bercakap. Hana yang suka berkepit.


Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban. Juga untuk arwah Syaleza kakitangan tv9. Pun meninggalkan anak kecik.


Dan semoga Allah panjangkan umur kita yang masih bernafas ni untuk tengok anak-anak membesar dan berjaya. Amin....


Oh, dan sesiapa yang nak menghulurkan derma untuk anak kecil kepada mangsa kemalangan di Keramat tu boleh la bank in sumbangan anda kepada:


MAYBANK ACC : 164409539522 (NORSHAMIZA BINTI NORANI)


Acc ni milik kawan sekerja kepada arwah Siti Noor Edayu Roslan. Siapa nak bagi sumbangan boleh la bagi sebelum Sabtu 4/8/2012 sebab kawan-kawan arwah akan ziarah adik Hanif di Melaka pada hari Sabtu ni.


Sumber dari facebook.

Wednesday, August 1, 2012

Sayang Kamu

Dah 1 Ogos...


Lagi 7 hari puteriku Nur Amirah Raihanah nak cukup setahun...


Ummi Love U... ♥♥♥



Semalam Punya Cerita

Assalamualaikum


Yeahhh... Baru nak update. Aku kat opis. Tak cuti pun. Semalam beria la aku balik awal. Sebab risaukan budak Hana. Aku sms Abang Misai suruh hantarkan ubat kat rumah Toksu. Lepas tu tanya la Hana ok ke. Abang Misai cakap dia baru lepas muntah segala. Panik mak nak. Terus berkira-kira nak balik awal.


So, aku pi meeting dulu. Lepas abes meeting dengan gigih menghantar sms kat immediate bos mintak time off. Tunggu punya tunggu dari pukul 12 sampai pukul 1 lebih tak balas pulok. Adeh.... Tensen.... Dah la semua bos tak ada kat opis. Aku nak mintak time off pun kena sms tapi tak berbalas.


Oke, kita hantar kat pengarah pulak. Kot la dia balas kan. Tunggu la kot ada reply. Tapi harapanku hancur berderai. Nak blah macam tu je aku macam waswas. Ye la, tak pasal pulak kena bambu. Punya la jujur, tulus dan mulusnya. Akekeke, puji diri sendiri.


Sebab dah tak ada reply aku pun pi la surau solat dulu. Tak apa la, Hana ok je kot. Balik macam biasa aje la rasanya.


Masuk je bilik lepas abes solat hp berbunyi. Timbalan aku call. Tanya aku ke yang sms. Dia tak simpan nombor aku pasal baru tukar hp. Amboi bos, baru tukar blackberry dah lupa nombor staff ye. ;p


Dia ingat aku dah balik lepas hantar sms tu. Dia tanya aku kat mana. Lagi sekali dengan penuh kejujuran aku cakap aku kat opis. Terus kalut bos aku suruh balik. Hahahahaha! Ye la, aku sms dia ckp aku nak mintak time off pasal anak aku demam n muntah.


Maka berdesup la aku balik. Heeeee.... ;p


Dan selamat juga aku balik awal. Dengar radio ada eksiden atas jambatan pukul 5. Oh, confirm jammed. Yang eksiden tu rupanya ada staff sini jugak. Bumper to bumper diorang cakap atas jambatan tu. Ntah berapa bijik kereta tak diketahui.


Sampai rumah Toksu Amir dan Hana belum masuk rumah lagi aku dah dengar riuh rendah suara Hana. Aik??? Tak demam ke?


Oh, Hana dah pandai cakap sikit-sikit. Kalau abah dia panggil bah! Bah! Terjerit-jerit selagi orang tak jawab dia panggil. Aku dia panggil mah! Mah! Apekah? Aku bukan Kak Mah okeh. Hahaha! Tak reti lagi nak panggil ummi. Tibai je la kan. Tapi kadang-kadang semua pun dia panggil bah. Abang Amir dia panggil Aba. Hehehe... So sweet la budak Hana ni.


Tengok oke je budak bertuah tu. Badan dia tu on off panas. Aku suspek pasal gigi dia nak tumbuh. Gigi atas sekali keluar sampai 4 batang tu. Mana la tak demam. Dah la suka gigit aku sekarang. Paling sakit bila time menenen dia tertido pastu dia ngap tetek aku. Huwaaaaa! Sakit gila. Dah nak kena cerai susu dah budak ni. Lagi pun dia nenen tu bukan sebab lapar ke haus. Saje je ketagihan. Time nak tido je mula la mencari.


Pagi tadi masa aku iron baju lepas sahur tetiba je Hana keluar dari bilik cari aku. Dengan muka baru bangun tido tu. Comel je la hai. Abah dia boleh tak sedar Hana turun dari katil cari ummi pasal selalunya kalau dia bangun aku tak ada dia mesti melalak. Abah dia kata,


'Abang sedar tapi tak terbangun.'


Cait. Macam tu pun ada ke?


Hoih, panjang pulak entry ni. Petang ni nak suruh Abang Misai beli daging arnab la. Tak pernah rasa. Semalam masa cari ayam golek tersinggah kedai ayam percik. Brader tu ada jual daging arnab n rusa tapi dah abes. So, nak tengok hari ni ada ke tak. Macam sedap je. Sebab ayam percik brader tu jual sedap btui. Cukup rasa.


Eh, mengidam melampau pulak. Mengalahkan orang mengandung. Hikhikhik...