SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, March 31, 2011

Sukses! :D

Assalamualaikum

Hehehe... Gumbira pagi ini wokey. Selalu kan mandom je. Hari ni timbalan cari aku pun aku nyorok sebab kalau jumpa karang muka aku mesti macam tooot je.

Sebab apa gumbira. Seperti tajuk di atas la.


Nampak apa tu. Itu la dia rendang yang berjaya dimasak pada pukul 12 tengah malam tadi. Gigih tunggu nak masak pukul 3 baru aku tido pasal terus mata aku terbuntang tak boleh nak tido even rendang siap pukul 1 lebih.

Paras rupa agak kerendangan bagi orang yang pertama kali memasak rendang. Ni tak guna rempah segera okeh. Adabi ke, Pakcik Brahim ke, tak ada ye. Ni semua guna bahan tradisional. Gigih ko. Hahaha!

Rasa rendang pun ada la. Cuma aku macam rasa masin terlebih. Kak Ita makan dia kata ok je. Asal ada rasa sudah. Tak sedap shadap u! Muakakaka! Cumanya kering sangat pada pandangan aku. Semalam time dah masak tu ada je nampak kuah-kuah. Abes diserap dek ayam kot.

Sambil melayan DVD Surirumah Yang Desperate. Sambil masak rendang. Sambil mengghongges ni...




 Sebenarnya ada 4 bijik. Sebijik aku ngap. Aku cari pelam muda ok. Hari tu pi pasar malam pakcik jual buah tu kata yang hijau tu muda lagi. Tapi pepagi buta tadi aku rasa tak masam langsung. Manis ada la. Ni bukan muda pakcik. Huwaaaa!!! Acik ngidam nih.... Ada sesiapa nak sedekah mangga muda kat aku tak? *muka kesian*

Sampai opis tadi punya la payah nak cari parking. Aku lupa ada meeting belia pagi ni. Cis... Dah aku terpaksa parking belakang lori mana hala tah.

Perut agak lapar tetiba pulak ada orang datang bagi ni...

Pulut kuning berlaukkan sambal bilis. Ni antara menu pot luck la ni. Staf aku bawak. Sedap sambal tu.

Ok, aku nak tengok balik figure-figure ni sebelum timbalan cari aku lagi. Payah tol nak explain kat dia sebab banyak sangat figure. Pening tau tak.

Sebagai penutup siapa yang rindu kat budak bertuah ni. Ni pic latest sebelum aku balik Shah Alam hari tu.

Amir yang sedang membotol ;)
 
Rajin pulak aku upload gambar hari ni kan. Heheh...

Wednesday, March 30, 2011

Aku Tak Reti Masak Rendang Wehhhh

Esok pot luck. Aku dah menggelupur. Sebab dalam list tu aku bawak nasi impit dengan rendang ayam.

Untuk pengetahuan anda semua saya adelah tak pernah masak rendang. Selalu time raya sebelum kawen adelah tugas kakak aku yang masak menda alah tu. Aku masak lodeh, kuih raya, karamel tu semua bagi je la kat aku.

Time dah kawen pulak keja aku adelah mengangkang makan aje. Huahuahaua! Keji ok. 1st raya bersama suami aku dalam pantang beranakkan Amir bertuah. So, keja aku tolong makan je. Ngehngehngeh...

Raya tahun kedua pulak aku balik 2 hari sebelum raya kot. Tak ingat pulak. Aku kan dok jauh dari laki dengan anak dengan family. So, balik adelah tido berdengkur bangun-bangun tengok mak mertua dah siap masak semua. Perangai menantu yang keji.


Tapi mak mertua aku sepanjang raya sekali dengan dia ni tak pernah la dia masak rendang. Masak kari ayam dengan kuah kacang. Aku tak masuk la kuah kacang ni. Tak suka. Tapi makan nasi impit dengan kuah kari tu kira dah besar rahmat la tu.


Raya tahun ni nampak gaya aku dalam pantang lagi la.....

Setakat masak kari ayam reti la aku. Kurma ayam ke. Ayam goreng kicap ke. Rendang tak pernah masak oooo....

Bila tanya akak aku kata dia masak rendang la paling senang. Ko campak je semua lepas tu ko pi la buat apa ko nak. Jangan tido sudah. Mau hangit rendang tu kalau tak sedar dari tido. Atau pun ko rentung bersama rendang.

Aku pun gigih menggoogle resepi rendang ayam yang paling senang sekali di alam maya. Nampak macam boleh je aku buat ni. Hahahaha! Perahsan ok.

Petang ni misi mencari bahan. Cari kat kedai runcit je sudah.

Sedap tak sedap belakang cerita. Asalkan aku bawak rendang. Tak sedap dok makan diam-diam jangan komplen. Kalau sedap sila puji. Muakakakaka!


Rasa-rasanya menjadi tak rendang aku malam ni. Huhuhu...







Tangan Lenguh

Assalamualaikum

Aku kat opis. Masuk lambat lagi. Aku ade masalah susah nak bangun pagi la sekarang. Tido pun aku tak boleh nak tido awal. Dah tak boleh tido tu melayan game kat hp sampai rasa macam nak tido. Tapi tak boleh tido jugak. Sudahnya tutup aje mata tu paksa tido.

Ni tangan tengah lenguh ni. Semalam pi check baby aku sekali kena cucuk. Rasa nak gantung je tangan kasi hilang lenguh.

Dapat la MC semalam. Setelah buat muka sedih n cerita kat doktor aku telah melanggar kereta orang dengan jayanya. Stress sangat katakan. So, selamat annual leave di situ.

Eh, aku nak pi cari borang cuti. Lusa mau balik kampung. Tak ada orang kat rumah. Tak berani aku dok sorang-sorang. Bukan tak berani pasal takut pikir benda pelik-pelik. Tak berani kot jadi apa-apa kat aku la. Aku ni bukan boleh time-time mengandung ni. Keja asek sakit kepala nak pitam je.

Kalau ada benda nak update aku update lain.

Tuesday, March 29, 2011

Baby Breech

Sudah pi check baby. Tadi scan. Punya la ramai manusia kat klinik tu. Dari pukul 11 datang pukul 12.40 baru masuk jumpa doktor.

Baby ok. Dok bergendang dalam perut. Baby dalam kedudukan breech. But doktor kata still banyak masa untuk dia pusing-pusing. Ok, kita nantikan la baby pusing-pusing ye.

Jantina? Tak clear. Aku nampak macam geng main bola Amir je. Doktor pun tak berani nak confirmkan. So, masih samar bayangan di situ. Hehehe... Tak kisah la. Aku nak tau pun sebab nak bagi nama cepat. Boleh la panggil dengan nama dia cepat-cepat.

Ok, nak relaks-relaks. Kaki kejang pulak.

Esok la update lain. Ingat Jumaat nak amik cuti sebab tak ada orang kat Shah Alam ni. Adik aku nak balik kampung.

So, see u tomorrow. Tata~~

Aku Accident Tapi Aku Ok Je

Assalamualaikum

Cuba teka aku kat mana? Teka la.. Teka la...

Aku kat rumah. Tak nak sangat pi opis kan kekdahnya. Terus hari ni dapat apa yang aku nak. Alkisah macam mana aku tersadai kat rumah? Sebab semalam aku dah hentam kereta orang.

Dah hentam kereta orang lagi macam gembira kan. Hahahaha! Nampak sangat la aku ni macam dah biol.

Macam mana aku boleh hentam kereta orang? Kereta apa yang aku hentam? Macam ni la kisahnya.

Balik keja semalam kepala aku pening-pening. Lepas tu sampai kat simpang ni nak tunggu la jalan clear dari kereta so kena tunggu traffic light jalan bz tu merah. Aku dok belakang 1 honda city ni.

So, traffic light dah merah. Nak keluar kena toleh ke kanan. Aku tengok jalan dah clear. Kereta honda city depan aku pun aku perasan dah keluar. Aku sambil tengok dia dah keluar tu aku toleh ke kanan n press la minyak. Sekali macam BAMMMMM!!!!

Eh, apekah itu? Apekah???? Rupanya kereta depan aku tu memang dah keluar tapi dia stop balik depan sikit dari kereta aku. Cisssss......

Tengok kereta honda depan aku tu dah stop. Keluar la sorang perempuan ni. Dengan muka stressnya. Aku pun keluar la kereta jugak. Takkan nak beku dalam kereta kot. So, keluar-keluar tu aku cakap la,

'Eh, sorry... Sorry... Saya tak sengaja la.'

'Sorry apa?! Ni nak buat macam mana ni?!'

'Sorry la. Saya tak sengaja. Saya ingat awak dah lepas tadi.'

'Nak lepas apa. Kereta kan banyak.'

Aku musykil gak masa dia kata kereta banyak tu. Sebab aku yang belakang perasan kereta macam dah clear. Adekah aku dah rabun? Tapi takpe la. Aku yang cium belakang kereta dia so salah aku la.

'Ni nak buat macam mana ni? Tau tak saya tengah stress ni?!'

Masa ni aku nak tergelak. Dah langgar kereta orang pun nak gelak. Memang nak makan penampor kot. Aku mana la tau dia tengah stress. Bukan patut tu dialog aku ke? Dialog yang patut aku cakap macam ni,

'Sorry tak sengaja. Saya tengah stress tak perasan terlanggar kereta awak.' Hehehe.. Boleh gitu....

So, aku pun jawab,

'Saya pun stress jugak.'

'So, nak buat macam mana ni? Awak call saya.'

Masa ni nada suara dia dah slow sikit.

'Takpe la, awak hantar je bengkel nanti awak call saya. Resit semua bagi saya n saya bayar. Boleh macam tu?'

Dia pun ok. Aku pun ok. Terus dia blah. Aku pun blah la jugak. Nak tunggu apa kan. Kemek sikit la bonet depan kereta aku. Plet kereta patah tapi tak jatuh. Kira kukuh melekat lagi la kat kereta aku. Aku pulak sampai rumah macam blur.

Nampak sangat la stress melampau. Sebab aku dok teringat muka sedih Amir yang kena hantar rumah Tok Su dia kelmarin. Aku pun macam sedih-sedih. Tu yang cium bontot kereta orang tu. Banyak sangat aku pikir kot.

Eh, berapa kos repair bumper honda city ek? Bumper perempuan tu la yang terkeluar cat n tepi tu alignment bumper tu nampak terkeluar dek hentaman aku. Tengah nak kira bajet ni.

Kepada perempuan itu yang aku hentam keretanya aku mintak maaf bebanyak. Saya tak sengaja ye awak.

Ok, aku nak pi klinik. Nak check condition baby. Ummi dia dok terkejut ni. Macam mana la dia kat dalam tu. Rasa elok je dok tendang sana-sini. Tapi kepala aku ni ada pening-pening la. Pikir nak keluar duit. Hahahaha!

Dalam pada dah langgar kereta orang sempat lagi gelak-gelak makan kat Pak Li Kopitiam semalam. Cover risau. Huhuhu...

Daaa~~

Monday, March 28, 2011

Dengki Betui La

Tengah melayan pening kepala masuk sorang staf dalam bilik aku ni.

'Puan, esok puan kena pi Ampang ikut lawatan TPM tu Puan ***** suruh.'

Hoh! Apekah perlu nak bawak aku jugak. Aku semenjak perut dah maju ni memang susah la nak jalan jejauh. Cepat penat. Mengah tu jangan cerita la. Sakit belakang dah wajib. Macam pakej pulak.

Saje la tu dengki. Nama aku sebenarnya tak ada pun dalam senarai lawatan tu. Tak payah pi pun takpe. Tapi sebab dia kena pi nak suruh aku pi jugak.


Pi ke Ampang pulak tu. Aku tengok buku lawatan kerja tu dari tengahari sampai malam pulak tu. Hoiiii.. Ehhhh... Tak larat ok. Nak drive pi keja pun pikir seploh kali. Nak balik keja pun gagah jugak aku drive. Ni nak bertunggu tangga sampai ke malam. Pitam aku ko nak angkat.

Aku MC pulak esok.


Hampeh betui la.

Nak Bawak Apa Untuk Pot Luck Ni

Perut sengkak. Sengkak bebenor dah ni. Padahal makan tak banyak mana pun.

Pagi tadi ada meeting. Bos buat meeting laju-laju. Sebab dia bz. TPM nak datang buat lawatan esok kat Selangor.

So, pagi tadi bekpes free adelah soto. Nak kata makan banyak sangat aku amik sup je yang banyak. Selalu aku ni jenis cepat kenyang n cepat lapar la. Tapi adekah kerana sup soto tu dah memenuhi ruang perut maka aku jadi kenyang je.

Tengahari kirim nasik kat staf aku. Pukul 3 tadi baru makan. Tapi tak abes ye. Perut dah rasa macam nak meletup ni. Huhuhu...

Ni siapa pulak nak abeskan nasik ni. Membazir amalan syaiton betui la.

Eh, Khamis ni bebudak ni nak buat pot luck besar-besaran. Sempena diorang dah abes kontrak n maybe tak dapat nak sambung lagi. Sob.. Sob... Pengsan la wei buat keja 3 orang je.

Aku tengah pikir nak masak apa untuk pot luck ni. Selalu aku bawak spageti je. Tapi ade la pulak staf aku ni pun suka jugak bawak spageti. Hmmm... Hmmmm... Hmmm...

Mau bawak apa deh. Aku dah pikir nak bawak nasi impit sebab nampak ketupat segera dalam kabinet tak berebus-rebus. Lepas tu masak rendang ayam.

Korang ada cadangan tak?

Jangan bagi cadangan bakar-bakar ek. Sebab rumah ai tak ada oven. Hehehe...

Amir Dah Sihat

Assalamualaikum

Aku di opis. Sampai dari Penang pagi tadi. Cepat pulak adik jantan aku tu tercatuk kat stesen komuter. So, merasa la punch card suci je hari ni. Nguahahaha!

Semalam dalam tren pinggang sakit gila macam nak tercabut. Nak nangis pun ada. Lepas ni memang nak kena beli tiket tempat tido je la. Baby dah tak larat tersepit ummi duduk lama-lama.

Abang Misai kena pi Langkawi sampai rabu pulak. Hari tu kata Isnin je. Ni ada apa la kat Langkawi ni rajin benor ke sana ni... Hmmmmmmmm....

N Amir kena dok rumah Tok Su dia. Semalam adik Abang Misai hantar sebik je muka dia. Ummi yang sedih. Pi masuk bilik nangis. Sayu je tengok muka dia sebab dia dah manja dengan ummi.

Amir dah sihat dah. Dah boleh lari-lari macam biasa. Makan pun banyak. Senang hati ummi tengok Amir gelak-gelak sokmo.

Agak-agak bila la aku dapat pindah dekat dengan laki n anak. Kesian sangat tengok Amir asek kena tinggal.

 

Friday, March 25, 2011

Dah Nak Balik

Dah nak balik. Yeahhhh....

Tak sabar nak jumpa hero kat kampung tu. Hero bertuah yang lepas kena cucuk terus demam tu la. Siapa lagi. Hero sorang lagi esok dah sibuk nak naik kapal pi Langkawi. Nyampah tauuuuuuu....

Opis ni bau durian ok hari ni. Ntah siapa bawak. Haru betul. Nasib baik la aircond rosak. So, bau tu tak berapa menyengat.

Aku suka je makan durian. Tapi kalau bau kuat sangat boleh pening jugak kepala. Dah la hari ni dari pagi tadi aku memang pening gila.

Nak kena siapkan paper untuk presentation esok. Bukan aku yang pi. Officer sorang lagi. Ada 2 paper. 1 dia buat, 1 lagi aku buat. Dedua humban kat dia alamat tak siap la. Banyak benda renyah HQ ni mintak. Merepek-repek je keja diorang.

Ok la. Nak standby mau pulang.

Hari Jumaat Murah Rezeki

Assalamualaikum

Morning semua. Aku tengah sengkak perut ni. Pagi tadi sebelum pi keja makan nasik. Bekpes nasik tu. Pagi-pagi dah kebulur ok. Makan nasik lauk ikan patin masak tempoyak. Huiiii... Aku panaskan nasik je. Lauk tak panaskan. Teori aku adelah bila ko letak lauk yang tak panas atas nasik yang panas = lauk akan panas jugak. Hahahahaha! Memang stok nak kena lempang dengan lecturer math aku.

Sebelum pi keja menyinggah beli nasik untuk lunch pulak. Eh, nasik lagi. Aku kuat makan nasik la sekarang. Tapi kena makan sikit aje. Sebab perut tak muat nak masuk bebanyak sekali. Dapat free pisang. Aku amik 2 bijik terus. Sebijik makan dalam kereta time drive. Hari Jumaat kan banyak kedai makan sedekah pisang. Orang bagi kita amik je.

Sampai opis dapat nasik lemak pulak. Nasik lemak daun pisang. CC belanja. Terima kasih CC. Tak sampai setengah jam aku dah tibai sampai abes. Kena pulak telur mata tu kuning dia cair-cair. Memang feveret tu.

Murah rezeki hari Jumaat ni kan.

Oh, petang ni aku balik kampung. Tengok Amir. Abah dia kata badan dah susut sikit. Takmo makan sangat. Pastu still ada la cirit sikit.

Hmmmm... Tak apa. Ummi balik ni ummi bagi makan banyak-banyak kat Amir.

Thursday, March 24, 2011

Lapar Sungguh La

Assalamualaikum

Aku lapar gilaaaa.... Pagi-pagi dah lapar. Nak pi beli breakfast. Mak buyung lapar mcD gitu. Kan ada kupon yang bli minimum RM5 dapat big bekpes 2 set free. So, mari kita guna. Hahaha! Gila tamak nak makan sorang-sorang ke hape.


Tak ada la makan sorang. Sharing is caring kan. So, aku share la dengan bebudak opis ni. Staf aku kan bersusun kekdahnya.


Semalam call tanya Amir dah ok tapi cirit birit tu still ada. Nak buang panas la tu. Jalan pun ok tapi hencot-hencot la. Tersenget-senget kata laki aku. Kira ok la tu dia dah nak jalan-jalan. Daripada dok memerap baring je atas katil. Dah la dia memang lasak.


Minggu ni aku balik kampung. Laki aku kena pi Langkawi pulak. Asal aku balik je out station. Marah betui tau. Ai nak manja-manja dengan sape. Huhuhu...


Jangan time aku nak terberanak dia pi out station. Aku bakor tempat keja dia. Kita bakorrrr!!!!! Muahahahaha!


Eh, ok la. Aku nak buat keja. Target nak kena capai! Target nak kena capai! Poyos la!



Wednesday, March 23, 2011

Aircond Rosak Lagi Hoh

Sangat kepanasan di opis ok. Ketiak ni dah berkepam punya berpeluh. Aircond rosak dari minggu lepas. Hampeh....

Pulak tu major damage. Ntah apa yang rosak tak tau la. Tension sungguh aku ni weh. Nak buat keja dalam keadaan kepanasan n ketiak berkepam memang sakit la kepala.

So, kena la bukak mana tingkap yang ada kat opis. Aku ada la kipas. Tapi tak cukup extension mehhhh...

Dah bukak tingkap lagi la haru. Dengan bunyi bising. Lepas tu bau-bauan dari cafe yang baru je beroperasi since ada penyewa opis lain kat tingkat atas. Tambah lagi sakit kepala nak tahan bau.

Bila la aircond nak elok balik ni...... Tak larat wooo....

 

Kaki Amir Tak Ok Lagi

Assalamualaikum

Hari ni masuk opis lambat. Subuh-subuh tadi kaki aku cramp. Ala, yang orang panggil simpul biawak tu. Ada yang panggil tarik mengkarung.

Maybe sebab sejuk sangat kot. Lepas tu aku ni kurang makan benda berkalsium. Maka terima la padahnya. Punya la sakit. Tido pulak sesorang. Memang nanges la nak luruskan balik kaki tu.

Jalan pun dah terhencot sebelah. Elok la boleh pairing dengan Amir. Dia pun tengah jalan hencot-hencot kata abah dia. Jalan 2-3 tapak dah tak nak jalan. Kaki dia sakit. Aku suruh abah dia bawak pi hospital tak bawak-bawak sampai sudah. Geram betul aku. Lepas tu cara-cara nak menyalahkan aku pulak macam aku buat anak dia jadi gitu.

Malas dah nak cakap. Lagi aku sakit hati ada. Macam la aku tak sedih tengok anak aku gitu. Hish....

Demam Amir dah ok sikit la. Tapi kaki dia tu. Apesal aaa... Aku musykil ni. Takkan cucuk sampai tak boleh jalan pulak. Kesian tengok dia. Kalau pegang kat tempat cucuk tu mesti nangis.

Sorry ye Amir. Ummi jauh. Kalau ummi balik hujung minggu ni ummi bawak Amir pi klinik ye. Tengok kenapa kaki Amir sakit.

 

Tuesday, March 22, 2011

Tersepit Aku Di tengah-tengah

Kepeningan dan kekusutan kepala otak tahap extreme.

Dah la kusut masai memikior pasal anak sakit kat kampung. Ni tetiba pulak staf aku masuk tanya kontrak dia sambung ke tak.

Aku ni terima arahan dari HQ je. Kalau kata tak sambung tak sambung la. Diorang ni pun kategori macam aku la. Lantikan jabatan lain tapi dipinjamkan ke tempat lain. So, jabatan yang melantik dah ada keja untuk bulan 4 ni.

N diorang dibagi kata putus untuk lapor diri 28 or 29hb ni kat sana. Kalau tak job tu terlepas. Kontrak diorang untuk opis ni pulak sampai 31hb ni. So, dah bercanggah la kat situ. Kalau ikut kontrak diorang kena settle la dulu keja kat sini.

Tapi karang kalau aku halang yang kat sini pun tak dapat nak sambung kontrak memang nanges la bebudak tu. Masing-masing dah pikir nak cari duit susu anak kat mana la. Duit bayar kereta la.

Dah aku pulak yang tersepit. yang jabatan kat sana pun 1 hal banyak cekadak nak kena lempang kot. Berlagak tak tentu hala. Tau la korang ada kuasa melantik. Tapi tolong jangan langgar kontrak orang boleh tak. Dengan angkuh pulak tu kata takkan nak bagi bebudak ni lapor diri lambat. Special sangat ke diorang? Nak je aku lempang siapa yang berkata-kata tu.

Haiiiii... Diluah mati mak. Ditelan mati bapak dah aku ni.

HQ pulak tak dapat lagi bagi kata putus.

Konon penurunan kuasa kat pegawai dalaman untuk buat siasatan bagi aku punya seksyen ni boleh jalan kot. Pegawai seksyen lain pun ada keja jugak. Masa bagi diorang surat lantikan tu masing-masing keluar ayat perli baik punya.

Abes tu siapa nak buat keja berlonggok tu. Haaa... Lain kali nak buat janji nak menang hati rakyat tu berlapik la sikit. Tak pikir susah orang bawah. Ingat senang diorang je.

Tetiba hangen masuk bab politik pulak. Dah... Dah... Karang kena ISA lak aku.

 

Risau Yang Teramat

Assalamualaikum

Aku tak ada semangat pagi ni. Semalam aku EL. Sebab badan tak berapa nak sihat. Hari ahad keja asek rasa nak pitam je. Jalan pegang-pegang dinding. So, melepak kat kampung. Tapi timbalan hangen 1 badan. Eh, diktator ok timbalan baru ni.

Isnin pulak pagi-pagi bawak Amir pi klinik. Cucuk sebulan setengah. Nak amik berat dengan tinggi dia macam nak pi berperang. Sampai ke sudah aku pujuk dia tak nak ukur tinggi. Terpaksa la nurse guna tapi tape ukur dari kaki ke kepala. Halahai....

Lepas tu time cucuk. Nangis meraung 1 klinik boleh dengar. Lepas cucuk dia ok. Aku balik singgah rumah mak aku. Dia main dengan sepupu dia Fik n Yana.

Balik dari klinik dalam pukul 11. Pukul 1 aku tengok dia macam dah lalok-lalok sebab lepas cucuk terus bagi ubat paracetamol syrup tu. So, bawak balik rumah. Badan dah macam dedar-dedar panas tu.

Balik tu dia still ada selera makan. Makan cucuq seketul n nasik 3 suap. Dia berak pulak. Basuh berak n bagi susu terus dia tido.

Aku pun membongkang sekali tepi dia. Dalam 3 lebih Amir terbangun. Usik-usik aku. Rasa-rasa badan dia panas betul. Check suhu dah 38 degree. Aku dah risau. Amir tarik tangan aku suruh peluk dia sebab dia takut bunyi guruh. Hujan lebat gila petang tu.

Sepanjang dari pukul 3 tu peluk dia sampai pukul 4. Bagi susu semua tak nak. Nak peluk je. Aku bangun pi amik ubat bagi dia makan. Memang bersilat la tapi nak tak nak kena bagi jugak. Reda sikit panas.

Abah dia balik dalam 4.30 dia dah sengih-sengih. Bagi makan keropok n minum susu. Abes la 3 keping keropok. Tapi 1 je yang merisaukan. Kaki yang kena cucuk tu dia tak bagi orang bengkokkan. Asal usik je melalak. Patut la dia baring kaki yang kena cucuk tu tegak je.

Angkat dia duduk dia nangis. Suruh berdiri pun tak nak. Abah dia paksa jugak suruh jalan sikit-sikit. Haram tak mau. Merengek je.

Dalam sejam lepas tu badan dia naik panas balik. Panas sangat la. Dia lembik n tido balik. Aku just lap-lap badan dia dengan towel basah. Dok aje la tepi dia tengok dia tido. Tapi tetiba dia macam tersentap-sentap. Aku dah risau gila. Kejap-kejap badan dia cam gigil-gigil. Macam tanda sawan je.

Malam semalam pukul 8 terus hangkut pi klinik dalam taman tu jugak. Doktor pun musykil. Sebab Amir langsung tak nak orang pegang kaki dia. Badan panas menggila. Doktor kata selalu budak cucuk tak macam ni. Demam pun tak teruk. Nak kata salah cucuk doktor kata dia rasa ok. Just bengkak sikit kat tempat cucuk tu. Bila aku cakap Amir tersentap-sentap dia pun dah suspek takut sawan.

So, masuk ubat bontot. Nangis je dia.

Semalam jugak aku kena balik Shah Alam. Berat hati sangat nak tinggalkan dia macam tu. Dah la dia nak aku peluk je.

Pagi-pagi pukul 4 Abang Misai sms. Kata suhu Amir cecah 39.4 degree. Pukul 6 sms lagi kata badan Amir sentap-sentap lagi. Aku dalam tren dah rasa macam nak tercabut jantung. Rasa nak terbang balik Penang time tu jugak. Rasa nak suruh tren patah balik pun ada.

Ni pun Abang Misai EL. Kaki Amir still kalau gerakkan dia nangis-nangis. Aku dah risau macam hape ni. Dengan semalam dapat call dari opis kata timbalan marah-marah la. Ape la. Kalau dah rasa nak sangat capai target buat keja tu sekali dengan kitorang boleh tak? Ni mulut je bising. Dia sesedap cuti tak apa.

Sedihnya hati ummi. Rasa bersalah sangat tinggalkan Amir macam tu.

:(:(:(

Friday, March 18, 2011

Tabah la hati....

Gelap je kat luar. Mendung. Nak hujan.

Semendung hati aku sekarang. :(:(

Tengok Amir dah rasa nak nangis. Tengok perut yang makin besar ni pun sama. Teringat pulak Abang Misai asek tanya siapa nak jaga baby nanti. Lagi la hiba....

Tabah la hati....

Bongok!

Aku baru dapat tembus call HQ.

N macam aku dah agak. Diorang jawab endah tak endah je. Aku dah serius sakit hati ni. Hari tu cakap beria.

Lepas tu kata saya tak boleh nak buat apa la. Tunggu je la bila ada kosong. Macam WTFFFFFFFFF!!!!!

Sedih gila la macam ni.

Tekanan Melampau OK!

Tetiba nak tekanan ok.

Aku call hq. Nak tanya pasal pertukaran aku. Dengan pegawai yang handle masa aku terhegeh-hegeh ke hq tapi tak dapat jumpa KP tu. Tau tak pegawai tu dah takde..... Dah lama bertukar.

Aku ni punya la berbulunyaaaaaaaa.....

Confirm sangat la kan bila benda dah bertukar tangan ni memang dah tak kena endah lagi. Aku call no lain yang diorang bagi masuk voicemail. Lagi buat aku rasa nak ngamuk.

Ni rasa nak amuk 1 jabatan ni.

Dah tak larat nak sabar dah.

Hari Ni Jumaat

Assalamualaikum

Hari ni dah Jumaat. Abang Misai dah abes kursus. Petang ni on da way la dia ke Shah Alam. *senyum.. senyum...*

Harus la gembira. Jumpa suami tercinta. Ngehngehngeh... Macam gatal pun ada. Huahaua!

Amir pulak hari ni last dok dengan ummi kat sini kan. Sob.. Sob.. Dengan keletah dia yang kadang-kadang naik geram jugak menengoknya. Tapi selalunya menggelikan hati. Penghibur duka lara ummi.

Tu pun dok sibuk berlari sana sini dalam opis ni. Orang pun dah tak heran dengan dia. Asal balik bilik je bawak coklat, kerepek, jajan. Macam-macam. Pulak tu langsung tak takut orang dah. Selamba je masuk bilik orang. Hahaha!

Hidung aku ni kembali kronik pulak. Semalam batuk adelah mencabar ye. Time tu dah terlelap sebelah Amir yang memang keletihan tu. Tetiba pulak gatal gila rasa tekak. Dah geram sangat bangun-bangun terus pi dapur cari kicap. Buat macam petua Intan bagi. Makan sesudu kicap campur dengan limau nipis.

Dengan izin Allah, Alhamdulillah malam semalam tido aku tak ada batuk yang mengganggu. Terkebil-kebil jugak la muka nak mengabeskan sesudu kicap. Heheheh... Kicap lemak manis Jalen la jadi mangsa. Botol kicap pun baru bukak semalam ok. Hari ni ada la batuk sikit-sikit. Tapi hingus pulak tak berenti meleleh ni.

Ok la. Aku nak sambung buat keja. Ada 2 memo nak kena buat. 1 surat. N nak settlekan kes yang sampai mati pun tak abes-abes.



 

Thursday, March 17, 2011

Bos Mengamuk

Assalamualaikum

Lambat aku update hari ni. Sebenarnya dah malas nak mengupdate. Kepala otak dah tepu, beku, semua la. Mood nak berblogging ni dah makin pudar sepudar semangat aku yang tak dapat pindah. Tu dah macam salah satu tanda depression dah. Hilang minat pada apa yang aku suka buat.

Pagi tadi kecoh kejap. Konon bos besar mengamuk kat aku. Heran la pulak kan. Tak ada angin ribut tetiba pulak nak mengamuk kat aku dah kenapa.

Rupanya bos kecik cuti tetiba. Dia pulak letak nama aku as pengganti dia untuk masuk meeting petang. Timbalan pun kebetulan EL sebab mak sedara dia meninggal. Pagi ni pulak ada meeting jugak.

Meeting pagi kat Tanjong Karang patutnya timbalan chair. Tapi dah timbalan EL turun la kat bos kecik. Bos kecik pun cuti dengan tetiba maka naik la nama aku diorang suruh chair meeting. Ehhhhh... Mana boleh. Meeting tu tahap bos kecik ke atas je yang kena chair.

Maka bos sudah hangen. Sebab tak ada orang langsung yang boleh chair meeting tu. Pulak tu dah jadi salah faham macam mana tah sebab aku kena ganti bos kecik masuk meeting petang maka aku la yang kena chair meeting pagi jugak. Ohh....

Bos mengamuk n suruh bos kecik cancel cuti, pi tanjong karang chair meeting n masuk meeting petang sebab timbalan KP yang jadi chairman. Hamik ko.

Aku yang nak mintak cuti 2 hari next week ni pulak tetiba tak berani nak mintak. Takut kena sembur dengan bos. Haiyoooo....

Seperti tersepit di tengah-tengah lor.

Eh, hujan lebat la kat luar. Macam mana nak balik? Kereta parking kat tempat tak berbumbung. Ish....

Wednesday, March 16, 2011

Makan Madu Perut Memulas

Assalamualaikum

Update macam kilat. Amir takde kat opis. Tinggal kejap kat Kak Ita sebab pagi ni aku ada meeting. Ni nak berdesup pi Putrajaya lepas hantar emel report minggu ni. Amir seronok okeh dok dengan Kak Ita. Langsung tak nangis kena tinggal. Sampai je opis Kak Ita tadi dia pulak yang siap buat macam rumah sendiri. Nak hangkut tikar pi tengah laman. Hahahaha!


Batuk masih macam gempa bumi kat Jepun. Bergegar 1 badan. Petua makan madu semalam aku dah cuba. Alhamdulillah, dengan izin Allah kurang la sikit n aku boleh tido la jugak. Tapi lepas makan madu tu perut aku berpusing-pusing sakit dia. Rasa nak berak tapi takde apa pun keluar.


Pagi ni makan lagi sesudu madu. Orang kata lagi afdol makan madu titis dengan limau. lagi mujarab. Tapi aku selongkar limau dalam fridge non ado. Limau sunkist ada la. Boleh terima ke? Huahuahaua! Pagi ni pun sama jugak. Memulas perut macam nak tercabut.


Intan bagi petua makan sesudu kicap dengan perah limau. Nanti balik kita cuba ek Intan. Hehehe...


Ok, dah kena lari-lari ni. Aku cabut pi meeting kata nak pi Putrajaya. Karang meeting abes aku ada lagi kat opis nak jawab hape. Huhuhu...


Tata~~



Tuesday, March 15, 2011

Batuk Yang Teruk

Assalamualaikum

Dah petang baru update. Bz sikit. Ni baru nak bernafas ikut mulut sebab hidung kejap ok kejap tak.

Amir tah apa dia buat kat luar bilik tu. Pandai ngorat awek-awek kat luar tu. Bertuah punya anak bujang. Ikut perangai sape la tu.

Dah la tadi dia tumpahkan air oren atas meja. Disebabkan hari ni mood ummi baik so ummi tak bertukar jadi hulk la ye. Kalau tak dah selamat tangan tu kena kutil dengan ummi.

Malam semalam tak boleh tido lagi aku. Batuk macam nak tercabut diafragma la. Non stop. Sebab dah tak tahan sangat aku dok selongkar almari jumpa ubat batuk. Errr... Bahaya tak pada baby. Tapi serius la, teruk sangat. Sampai tak boleh tido. Terkencing-kencing la punya batuk tak berenti.

Dah lama kot tak kena batuk macam ni. Batuk jenis kalau aku buat keja semua tak timbul. Time elok aku nak baring tido mula la batuk tu melampau-lampau pulak.

Hari ni nak try makan madu pulak la. Kot boleh ok. Batuk yang teruk adelah sangat menyeksakan. Sebab dada sakit, kepala sakit, perut pun sakit jugak la nak menahan. Baby mesti dok rasa macam gempa bumi je dalam perut tu. Huhuhu...

Ok, mau sambung buat keja. Lalala~~

 

Monday, March 14, 2011

Pekerja Cemerlang Bulanan.. Hahahaha!

Selsema aku still tak baik lagi. Nak bernafas ikut hidung adelah tipis ye. Kalau tido malam mesti ternganga. Sampai kering tekak-tekak. Dengan batuk melampau-lampau. Macam mana nak hilangkan batuk ni ek? Pembawakan budak ke hape?

Kelmarin pulak hidung aku berdarah. Perasan time mandi. Masa nak buang segala hingus yang beraja dalam hidung. Hembus-hembus keluar darah sekali.

Panas dalam kot badan aku sampai jadi gini. Tambah pulak tekanan. Dengan menjaga hero yang lasaknya bukan main.

Ni adik aku pi bengkel kat Behrang pulak 4 hari. Sampai Khamis. Pengsan la aku dikerjakan dek hero sorang tu time tengah tak larat ni. Selalu adik aku la dok tolong tengokkan Amir. Time aku demam tu pun Amir tido dengan adik aku. Takut terjangkit demam aku dengan Amir.


Tadi time lunch Abang Misai call. Tanya aku merajuk ke. Tak la. Aku sukeeeeee sangat. Hoh! Mesti la merajuk.


Tapi bukan nak pujuk pun. Balik-balik aku jugak la yang salah. Tak bagitau dia awal-awal la. Dia keluar dengan kawan naik kereta kawan la.


Aku rasa dah bagitau kot aku pun main terjah je pi Melaka tu. Adik aku pun aku tengok relax lagi kat rumah pukul 10 baru iron baju segala. Ingatkan dia tak jadi pi. Sekali jadi rupanya. Aku pulak semalam dah lembik macam sayur layu dah. Nak menghandle budak bertuah Amir memang tak larat la sorang-sorang.


Dia pulak bukan tak boleh bagitau dia pi mana. Macam la kitorang tak boleh cari sendiri. Tak ada aku nak susahkan kawan dia tu la nak suruh cari kitorang pulak.


Dah la suara aku ni dah serak-serak macam tak nak keluar suara dah. Nak suruh aku cakap banyak-banyak pulak. Dah! Aku malas nak cakap. Suara dah hilang asek jadi tarzan kat si Amir.


Ni pulak lusa ada meeting. Bosannyeeeee.... Baru je dapat anugerah pekerja bulanan cemerlang tapi merungut macam-macam. Hahaha!


Ye, jangan tak caya. Aku dapat anugerah ok. Jumaat lepas bos bagi sijil tapi aku tak masuk pun bicara ilmu sebab jaga Amir. Tak tau pulak dapat anugerah. Tetiba staf aku naik bagi sijil je.


Ntah apa kriteria untuk aku dapat anugerah pekerja cemerlang aku pun tak tau. Sebab aku ni dah menunjukkan ciri kemalasan maksimum. Adekah sebagai penaik semangat atau perli? Hahahaha! Tidak la ku tau.


Ok la, pekerja cemerlang nak sambung tugas. Muekekeke.... Muntah... ;p~~







Semalam Ke Melaka

Assalamualaikum

Kat opis. Masuk lambat. Sebab aku tak boleh tido semalam. Batuk mengokol-ngokol. Time aku terbuntang mata tak nak pulak batuk. Elok aje aku baring tutup mata mula macam nak tercabut dada ni.

Sampai ke pagi aku batuk. Siap termuntah-muntah. Dada memang perit gila la.

Eh, semalam aku pi Melaka. Sempat lagi tu. Planning terkejut-terkejut je. Hehehe...

Pi Melaka balik hari aje. Pi kenduri adik Kak Ita kawen. Ingatkan boleh la jumpa Abang Misai. Dia sibuk nak keluar dengan kawan dia. Dah janji la, ape la. Macam la tak boleh jumpa kejap. Bukan nak ajak berdating pun. Nak jumpa kejap je.

Dah tetiba dia bagi alasan macam-macam. Lepas tu kata macam aku pulak planning berterabur. Masalahnya aku follow adik aku je. Tengah tak larat tak koser aku nak tinggal kat rumah berdua je dengan hero aku tu. Dah la melasak. Aku pitam kat rumah sorang-sorang karang lagi haru. Baik aku follow.

Sampai ke sudah tak jumpa laki aku. Aku dah malas nak sms lepas dia kata dia dengan kawan. Macam kan aku tak boleh menyinggah kejap kat tempat dia dengan kawan dia tu.

Merajuk. Sampai hari ni pun aku merajuk.


Kawan lagi penting kot dari bini dia ni.


Sob.. Sob...





Friday, March 11, 2011

Kenapa Aku Tak Update....

Assalamualaikum

Setelah sekian lama tak update akhirnya aku kembali. Hahahaha! Dengan hidung tersumbat dan kepala yang sakit.

Hari Selasa aku tak update pasal pi Putrajaya. Ada meeting. Amir aku tinggal kat Kak Ita. Dok dengan orang dia behave sikit. Kalau dok dengan ummi macam nak pi berperang.

Time meeting tu dah rasa tekak dah sakit-sakit. N pipi ala-ala panas. Salam dengan orang dok laga-laga pipi time nak balik tu pun diorang dah kata pipi aku panas. Ok, aku memang ada rasa nak demam pun tapi tahan lagi.

Balik dari meeting terus berdesup pi tengok Amir. Masa tu dah pukul 2 lebih. Kepala dah mula pening-pening. Dengan Kak Ita sekali half day bawak Amir balik rumah. Tak masuk opis terus aku petang tu.

Selasa malam tu terus menggigil 1 badan aku. Yeee... Demam sudah melanda. Esoknya badan panas. Mintak tolong adik aku half day tolong jagakan Amir sebab aku dah lembik gila. Petang tu pi klinik doktor yang aku selalu jumpa tu dah abes shift. Ganti dengan doktor lelaki yang rambut serabai.


Doktor ni macam merepek je. Dah la kata aku selsema sebab resdung. Lepas tu macam nak jual produk MLM kat aku. Hoh! Tak suke ok.


Hari Rabu dapat MC. Tapi Khamis aku EL. Sebab still tak larat lagi. Masa balik dari klinik pun aku tak larat nak jalan lama-lama. Macam nak pitam. Checkup kat gomen pun berat aku naik 0.1kg saje. Nasib la tak refer kat doktor. Kencing kotor pulak tu. Hadoiii....


Hari ni gagah gak ke opis. Even kepala still berat n aku dah macam ikan bernafas ikut mulut sebab dedua lobang idung tersumbat. Dengan si Amir lagi. Nasib la ada sorang staff aku bawak gak anak dia baya Amir. Seronok la dia nak berkawan.


So, itu la kisah kenapa aku tak update blog sepanjang 3 hari ni.


Dan keja aku pun dah berlambak.


Buat keja dulu la ye. Daaa~~



Monday, March 7, 2011

Amir Kat Sini

Assalamualaikum

Hoh... Penat sungguh. pagi-pagi dah penat. Dah la masuk opis lambat. Sebab tunggu Abang Misai la. Dia kan nak ke Melaka. Karang aku keluar rumah dulu alamat terkunci dalam rumah la dia. Terus tak pi kursus. Kursus rumahtangga kat rumah dengan aku je la. Muahahaha! Gatai!

Ni Amir ada sekali ni. Aku dok menaip dia sibuk tolak kerusi dengan kaki dia sambil makan jajan rota. Dok kelebet-kelebet beg family day untuk bebudak yang orang bagi aku ni ada jajan la pulak.

Eh, nanti sambung la. Bibik cleaner nak vacum bilik aku. Amir ni karang terlompat pulak dengar bunyi vacum. Dia ni bukan boleh dengar bunyi mesin-mesin ni. Mesin trim rambut punya bunyi pun dia melalak macam kena dera. Hahaha!

Daa~~

 

Friday, March 4, 2011

melangut

Aku kat kl sentral. Tunggu tren nak balik kampung. Delay pulak sampai pukul 10.30.
Ni online dari hp. Hp dah leh connect wifi. Ertikata lain dah pakai hp baru. Muahahaha! Poyos. ;p
Ala, hp biasa2 je. Konon nak la rasa pakai hp canggih. Beli la touch skrin punya. Hamik ko! Terhegeh2 nak guna. Huhu..
Ok, tak leh update panjang2 sangat. Kejap lagi tak perasan tren dah sampai.
Gudnite all. :)

Saman UiTM

Ni nak cerita pasal saman lak. Bukan saman polis. Tapi saman UiTM.

Adik aku la kena saman. Aku bukan student dah. Apejadah nak saman aku. Aku saman ko balik karang. Hahaha!

Dah la aku baru balik hari Rabu tu. Dengar pulak adik aku kata dia kena saman sebab bawak kereta aku. Eh, marah tetiba la kan. Tengok surat saman sebab tak ada pelekat UiTM.

Aku bukan hari-hari masuk UiTM tu ko nak suruh aku lekat sticker. Dah la tak tanya apa kat adik aku tetiba keluar surat saman. Berlonggok lagi bebudak student tu tak ada sticker selamba badak je masuk pun.

Setakat masuk dalam nak amik member pun kena beli sticker ke?

Pak guard tu memang gila kuasa la. Baru jadi guard kot. Seronok menyaman je keja dia.

Kerana Sakit Perut Merah La Punch Card

Assalamualaikum

Punch card aku merah lagi pagi ni. Cissss..... Pagi tadi sebelum bersiap tetiba pulak perut aku sakit. Memerut la jawabnya. Ye la, berapa hari simpan. Dah macam iklan dalam tv tu. Yang isi perut jerit-jerit mintak tolong sebab dah berapa hari tak melepas.


Lepas tu sakit pulak kepala. Tapi sebab tak nak lewat gagahkan diri drive. Kalau laki aku tau ni mau kena bebel. Nak buat macam mana. Dok sesorang kat sini pandai-pandai la bawak diri. Kalau ada laki dekat boleh la mintak tolong hantar.


Sampai sekarang kepala sakit. Sampai ke belakang tengkuk ni. Teringat lagi cerita Shutter. Hampeh betol.


Ingatkan dah gigih drive time pening tu sempat la punch card cantik tapi tidak ye. Cantik kaler lain ada la. Lewat 2 minit saje. Hadoi laaaa....


Hari ni balik kampung lagi. Ada sepupu nak bertunang. Plus amik Amir. Macam kan laki aku tak hantar. Muahahaha! Ye la, nak biar laki aku dengan Amir travel berdua je macam kesian pulak. Karang anak bujang tu buat perangai time abah dia drive tak ke haru. So, ummi berkorban la balik then ikut sekali.


Cumanya tadi macam ada orang nak suruh aku pi PD kot. Ada bengkel. Last minit kalu memang tak boleh la aku nak pi. Dah la nak kena tambah duit hotel RM200 sebab bukan level aku yang patut pi.


Semua pun bertolak-tolak ye. Yang timbalan pulak selalu bukan main lagi nasihat pasal keja. Aku ada hal pun kena gak pi kalau pasal keja. Tapi dia tetiba lak kata tak boleh pi sebab ada hal lain. Apa hal lain yang penting sangat la tu. Pandai nak mengelak je. Semua tolak kat orang bawah.


Dah, aku nak semak claim bebudak ni. Tata~~



Thursday, March 3, 2011

Kalau Macam Tu Apa Kata Encik Tolong Bayar Gaji Maid Tu

Aku kan EL Isnin Selasa hari tu.

Sebenarnya nak mintak cuti formal. Tapi timbalan aku tu kalau ada meeting apa benda dia mesti tak nak approve punya la cuti aku. Macam kalau aku tak ada tak boleh nak meeting pulaknya.

Alasan aku cuti sebab nak balik jaga anak. Ye la, dah 2 minggu tak balik. Budak bertuah tu dah pandai merajuk sekarang. Marah pasal aku jarang balik jenguk dia.

Balik je dari kampung aku tengah dok soksek soksek dengan staf aku timbalan nampak pulak. Tetiba dia datang dekat. Dia tanya la apesal aku EL. Aku kata jaga anak.

Cadangan terbaik dia *dia kata la*,

'Awak cari la pembantu rumah. Senang nak jaga anak awak. Kalau berterusan macam ni susah la.'

Ewahhhh... Sedapnya bagi cadangan. Aku jawab la aku ni tak mampu lagi nak menggaji pembantu. Duit aku nak balik kampung je dah berapa. Kalau aku hire maid alamat tak jenguk la anak aku kat kampung. Dengan sewa rumah kat sini lagi.

Orang gaji besar ni cakap senang je. Macam duit tu daun kering sepah-sepah aku boleh kutip bayar gaji maid.

Aku dah bagitau aku tak mampu still lagi bagi cadangan yang sama. Adekah anda tak faham bahasa melayu?

Dia blah aje semalam staf aku cakap,

'Dia cakap senang la. Gaji basic dia je dah berapa. Tak pikir langsung.'

Aku senyum je la.

Tiger Bunyi Auuummmmm

Teringat kat Amir. Next week dia dok dengan ummi 2 minggu. Abah kursus kat Melaka. Tido bawah ketiak ummi ye.

Amir tak pandai cakap lagi. Setakat panggil abah kalau dia rajin. Fish, tu kalau tunjuk ikan. Lain-lain dia uuu..uuuu...uuuu... Memang tak faham la.

Tapi ada yang kelakar. Bila tanya dia,

'Amir, tiger bunyi macam mana?'

'Auuummmmm.'

'Oooo.. Pandai anak ummi. Lembu bunyi macam mana pulak?'

'Auuuummmmm.'

Hahahaha! Tanya la cat ke, kambing ke semua pun bunyi auuuummmm. Penat ummi ajar lembu bunyi dia moooo tapi bunyi auuummmm jugak la yang keluar.

Tu yang bertambah la rindu kat budak bertuah tu.

T_T

 

Berita Kurang Menyenangkan

Assalamualaikum

Aku takde mood. Sebab semuanya dah hancur lebur petang semalam.

Ingat tak yang aku ada tweet kat DS Shahrizat tu. Pasal aku nak mintak tukar. N dia dah mintak pegawai dia call aku n mintak report aku tu. Ingat takkkk????

Aku rasa macam dah lama kot aku hantar report. Ada la 3 minggu tapi feedback ilek. So, dengan berani-berani cuak aku emel pegawai dia 2 hari lepas.

N semalam petang lepas balik dari pasar malam ada la pegawai dari KPWKM call. Bukan pegawai hari tu. Tapi yang lain.

Apa yang dia cakap dah mematahkan hati dan perasaan aku. Dia kata memang dia dah siapkan surat. Tapi diorang cuma boleh bagi surat sokongan je. Hmmm...

Ada ayat tambahan. Dia tanya lagi nak ke dia hantar sebab takut aku kena backfire balik dengan bos besar kat jabatan aku tu. Itu nasihat yang dia dapat dari pegawai yang dari jabatan yang sama dengan aku yang kena hantar ke KPWKM jugak.

Pulak tu cakap siap ada pekeliling tak boleh guna pengaruh luar. Nanti kena tindakan tatatertib. Abes tu nak mintak tolong sape lagi kalau bos jenis keras hati macam batu. Kebajikan pekerja sikit pun tak jaga.

Takkan nak tunggu sampai jadi apa-apa kat aku baru nak amik tindakan. Sampai bila aku nak tunggu ada kekosongan. Sebab semua orang pun takut nak mintak tukar.

Aku sampai opis pagi tadi terus cari pekeliling pasal pertukaran tu. Memang ada klausa,

'PENGARUH LUAR
13. Pegawai adalah dilarang menggunakan apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar bagi menyokong permohonan mereka untuk bertukar atau sebaliknya.'

Tapi tak sebut tindakan tatatertib la. Cuma DILARANG! But for sure diorang akan cari salah aku jugak sampai jumpa. Aku try cari pekeliling ni malam semalam tapi celcom berukband hanya menerima makian sepanjang masa. Teruk benau line celcom semalam.


Sekarang aku sangat sangat sangat sedih. Tak terkata sedih aku ni macam mana. Aku mintak nak fikir dulu dengan pegawai KPWKM tu. Dia kata apa-apa hal email la dia. Dia hold dulu untuk hantar surat tu.


Aku dah nak gila. Semalam sedih sangat. Nangis tak berenti aku. Tapi nangis sorang-sorang la dalam bilik. Takkan nak tunjuk depan adik dengan housemate aku. Sampai tertido la nangis. Aku bukan pikir diri aku sekarang. Aku pikir anak.


Amir dah la kurang kasih sayang aku. Yang dalam perut ni lagi. Laki aku pulak tak abes-abes tanya siapa nak jaga baby nanti. Asek desak aku. Aku kalau boleh tak nak la pisahkan Amir dengan adik dia. Takkan nak biar Amir abah dia jaga, adik Amir aku jaga. Tapi laki aku tak faham bila aku kata tak nak pikir pasal benda tu. Baby pun belum lahir lagi dia dah push-push aku. Dia kata dulu time Amir belum lahir dia dah sibuk tanya siapa boleh mengasuh. Risau aku kalau baby dalam perut ni dengar. Merajuk pulak dia.


Dah la semalam dapat cadangan tak membina dari timbalan aku. Nanti la aku cerita yang tu. Sekarang aku dah tak tau nak buat macam mana. Elok-elok semalam aku lapar gila terus mati selera aku. Makan 2-3 suap dah tak lalu. Tapi malam tu aku try jugak abeskan nasi sebab kesian kat baby even nasik rasa dah macam pasir je.


K la. Aku nak buat keja. Walaupun semangat dah takde.








 

Wednesday, March 2, 2011

Susulan Cerita Dalam Tren Semalam

Assalamualaikum

Nak taip salam tu pun banyak kali aku tersasul. Mengantuk yang amat. Huish... Sebab semalam aku dah macam orang merempat dalam tren bahana budak yang aku rasa nak sepuk kepala dia.

Aku bukan la alim sangat. N aku lagi suka tengok orang alim baik pakai songkok segala. Tapi semalam agak mendidih la aku kan. Tapi kenderaan awam kot yang dia buat macam keretapi tu dia punya.

Semalam naik tren tempat aku nak duduk tu ada orang duduk dah. Memang seat dia sebelah tu kot. So, aku duduk aje la macam biasa. Budak ni pakai songkok, baju ala-ala raihan gitu. Macam budak sekolah agama.

Elok aje tren jalan n aku duduk sebelah tu budak tu cakap sambil makan kuaci,

'Kak, boleh dok depan tak? Kalau orang yang dok situ datang nanti akak dok la sini balik.'


Dengan tak ada mukadimah salam ke, ayat penyedap kata mintak tolong ke, cenggitu je dia sound aku. Aku bengang dah la masa tu. Kalau dia rasa tak selesa kenapa dia sendiri tak beralih tempat. Ni mintak aku yang tengah mengandung ni pulak buat macam tu.


Tak boleh pikir ke kalau orang tu datang aku tengah tido dah orang tu nak kejut aku. Aku yang tengah tido sah-sah la bengang kan kalau orang kacau aku tido.


Bila orang check tiket lalu aku tanya la kot ada kosong tempat tido. Aku nak tukar tempat. Tambah duit pun tambah la. Tapi kena tunggu sampai Taiping pulak. Masa tu baru pukul 10 lebih. So, ada la dalam sejam lebih lagi. Aku pun tahan la mata even dah ngantuk n mamai-mamai.


Sampai je Taiping tetiba ada orang naik n tempat aku duduk tu seat dia. Aku bangun la nak beralih ke kerusi aku. Tengok baik punya dia landing songkok dia kat seat aku. Budak tu pulak bagus punya tido siap berselimut. Aku dah tambah dosa dah masa ni maki dia dalam hati. Nampak sangat tak nak bagi aku duduk balik tempat aku.


Aku dah la dengan tak tidonya menahan mata. Dengan sejuk tak selimut sebab pikir karang nak kena kemas-kemas. Dia sedap je tido. Dah aku kena cari seat lain. Tengok seat 2 kat sebelah tu kosong. Tapi rasanya ada orang sebab awal-awal aku naik nampak orang duduk situ. Pi makan kot.

Orang check tiket pun hampeh tak lalu time aku nak tanya tempat tido yang kosong.


Dah berjalan la aku dalam gerabak tu cari tempat kosong dengan bengang dengan mengantuknya. Geram oke.


Nasib baik jumpa tempat duduk yang tak ada orang. Tapi nak duduk pun serba salah. Kot la karang tren stop ada orang naik itu tempat dia pulak. Dalam hati dah doa banyak-banyak biar la seat tu memang kosong.


Alhamdulillah, sampai KL Sentral memang tak ada orang claim itu tempat dia. Pukul 1 pagi baru aku dapat tido. Terbangun pulak pukul 4 pagi. Sampai KL Sentral time turun tu berapi je tengok muka budak tu. Hnss! Hnssss! *gaya macam api keluar ikut idung*


Banyak je aku rasa nak bebel ni. Pada aku kalau dah diri sendiri tak selesa ko sendiri la kena beralih. Ni dah la susahkan orang. Lepas tu buat tak reti sikit pun. Bayar seat untuk sorang tapi tibai dok seat untuk 2 orang tu ko sorang je duduk.


Aku tau aku bukan muhrim. Tapi tak ada koser la aku nak gesel-gesel dengan ko. Lagi pun aku bukan pakai seksi. Nak berbogel jauh sekali la kan. Nak suruh aku kena humban keluar dari keretapi tu ke nak bogel-bogel? Kalau tersentuh pun berlapik. Tu pun kalau dah ngada-ngada sangat dok terkangkang besar-besar. Memang la tersentuh.


Balik-balik pagi tadi pulak berbulu dengar cerita adik aku pasal dia kena saman pulak. Tu nanti aku sambung lain. Aku nak rehatkan otak kejap.





Tuesday, March 1, 2011

senang je suruh org tukar tmpt

salam. maybe aku tgh emo time taip ni. dr hp je. bengang pn ada. sy tau anda alim. tp perlu ke suruh aku tkr tmpt duduk n klu tmpt aku duduk skrg dh xde org maka aku diizinkn la duduk blk tmpt asal aku?
x nmpk ke perut aku yg dh maju ke dpn ni?
yg anda pula sdp2 mkn kuaci.
klu dr awal tau anda amat alim songkok x tinggal n pompuan xleh dok tepi anda nape x bli tket tmpt tdo atau single seat.
yg check tket lak bila aku nk tkr tmpt tdo suh aku tggu smpi taiping. konon takut ada last minit org bli dr taiping. td dh trgerak ht nk tkr kt stesen sistem offline pulak.
tp sblm ni aku pnh je buat. ok je.
dh kena tggu smpi kul 12 pulak. mmg lebam la bijik mata aku esok pg x cukup tdo.
bengang ah!