SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, January 31, 2011

Hmmm.. Pikir La Sendiri

29 Oktober 2010


JANGAN PISAHKAN PASANGAN PENJAWAT AWAM

Bernama
29/10/2010
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan diminta agar tidak memisahkan tempat bekerja mana-mana penjawat awam yang sudah berkeluarga bagi memastikan ia tidak memberi sebarang tekanan kepada mereka.Beberapa anggota Parlimen penyokong kerajaan Rabu sependapat bahawa tindakan memisahkan pasangan yang sudah berkahwin, walaupun disebabkan kenaikan pangkat, bukan sahaja menyebabkan kenaikan kos sara hidup mereka, malah mungkin menimbulkan masalah sosial lain.Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang-Perbekalan 2011 (Bajet 2011), di Dewan Rakyat berpendapat penjawat awam yang sudah berkeluarga sepatutnya diberi keutamaan memilih lokasi di mana mereka mahu tinggal dan bekerja.

"Kita tidak boleh pisahkan mereka...ini akan sukarkan soal kasih sayang, penjagaan anak dan keselamatan mereka," katanya.Beliau menggesa kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan penjawat awam yang sudah berkeluarga, dan bertugas jauh daripada keluarga, untuk berpindah bagi membolehkan mereka bersama keluarga.Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mencelah perbahasan Mohd Jidin itu berpendapat, faktor berjauhan daripada keluarga boleh menyumbang kepada kekurangan produktiviti penjawat awam, selain perlu menampung kos hidup yang lebih tinggi.

"Kalau suaminya di Sabah, si isteri di Johor Bharu, perbelanjaan mereka akan tinggi kerana terpaksa menanggung dua rumah dan sebagainya."Jadi, kalau ditempatkan berhampiran, mereka boleh duduk di sebuah rumah dan dengan itu, saya percaya produktiviti mereka akan meningkat," katanya.Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) pula bertanya sama ada penempatan yang berbeza itu menyumbang kepada masalah sosial, khususnya penceraian yang semakin meningkat pada masa ini.Mohd Jidin berkata faktor kejauhan mampu menjadi masalah besar kepada pasangan yang sudah berkahwin dan boleh menggugat keharmonian rumah tangga.Beliau berkata adalah wajar kerajaan mempertimbangkan perkara itu bagi memastikan penjawat awam lebih berdaya maju.Persidangan dewan bersambung esok.-- BERNAMA 
Aku copy paste dari sini. Dah 2 tahun aku mintak tukar tapi haram langsung tak ada feedback. Aku yang hegeh-hegeh pi call sana sini merayu-rayu. Air mata ni dah berapa banyak keluar. Tapi kesian sikit pun tak ada.
Konon masalah aku ni remeh. Kecik je. Ada orang lagi besar masalah dari aku.
Bawak masuk parlimen pun hampeh jugak la kalau dah nama orang tu kejam tak ada hati perut.

Semua Cerita Aku Campur

Salam

Pagi ni aku masuk lambat. Tetiba pulak muntah-muntah. Lepas tu belakang rasa dah macam nak tercabut. Kepala pun berpusing semacam je ni.

Tapi kena jugak masuk opis. Report itu ini nak kena submit ke HQ la.

Hujan macam dah berenti je kat luar tu. Hujan dari hari Sabtu kan. Masa aku tengah melangut kat Teluk Gong. Ala, yang aku kena keja time orang lain berjimba tu. Sampai pukul 4 tercatuk kat situ. Dah la dok bawah khemah je. Lepas tu hujan lebat siap petir guruh semua. Kecut perut aku. Karang tetiba je keras bawah khemah kena sambar petir tengah padang.

Dok tunggu-tunggu YB tak datang-datang terus kitorang cabut. Koser la nak tunggu. Aku dah sakit-sakit perut dah. Kesian dengan anak buah aku la kena pi dari rumah ke rumah. Asal dalam surat suruh bukak kaunter je. Lepas tu bagi arahan kat kitorang macam kitorang ni keja dengan diorang je. Mangkuk!

Lepas cabut tu ke Jusco Bukit Tinggi. Dah dekat. Kebetulan adik aku tersesat jalan. Muahahaha! Motif sesat ke Jusco tu? Jalan punya jalan terbeli la baju. Hahaha! Lepas tu menyinggah makan kat pizza then balik.

Malam tu pulak aku pi kenduri cukur jambul anak staf aku. Dia beria ajak. Kesian la kalau aku tak pi. Dah la tak dapat pi PD. Kalau dia tau aku tak pi PD tapi tak pi kenduri dia kecik hati pulak kan. So, sebagai seorang bos yang best *nguahahaha! puji diri sendiri* maka pergi la aku dengan adik aku.

Lepas balik kenduri terus aku terlentang tido sebab ngantuk yang amat. Esoknya Ahad agenda lain pulak. Adik aku nak pi ziarah kawan dia dalam pantang kat Andalas. Aku follow je.

Lepas balik Andalas ke Giant pulak beli barang. Konon nak prektis buat mashed potato dengan gravvy sebab CNY verangan nak buat BBQ. Macam kitorang pulak raya kan. Hohoho! Tapi aku tido. Adik aku yang buat. Aku semalam macam orang mabuk dah. Nak termuntah. Lepas tu jalan pun dah terkengkang-kengkang.

Malam rindu kat Amir. Abang Misai cakap Amir dok tarik-tarik baju aku dalam almari. Bila abah dia simpan balik dia nangis. So, abah dia keluarkan balik baju aku letak tepi katil Amir. Dia pun membebel-bebel apa tah terus tertido sambil peluk baju aku.

Nampak sangat anak aku rindu kat ummi dia. Sedih betul la....

p/s : aku ada tweet kat Menteri Wanita. Tapi tak ada tindakbalas pun. Sibuk PRK kat Tenang nun. Ni Tenang dah menang ni nak aje aku retweet balik.

 

Friday, January 28, 2011

Al-Fatihah Buat Aisyah Maisarah Bidadari Syurga

Dapat berita dari kakak aku. Anak sepupu abang ipar aku meninggal hari ni. Aku kenal sepupu abang ipar aku tu sebab dulu dia 1 kelas masa sekolah menengah dengan aku.

Anak dia yang meninggal adalah anak kedua. Sebaya dengan Amir.

Innalillahiwainnalillahiroijun.

Aku ada jugak tengok fb dia. Dalam fb dia cuma ada kawan hantar dekat wall anak dia masuk hospital semalam. Sebab kecederaan dalaman di pundi kencing. N dekat fb wife dia ramai yang ucapkan takziah.

Harap kawan aku tabah hadapi dugaan. Dia baru je kehilangan bapa tersayang baru beberapa bulan lepas.

Takziah kepada kawan aku dan isteri.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat anakandanya yang dicintai.



Pagi-pagi Dah Hangen n Lambat Masuk Opis

Salam

Aku baru lepas cool down kot. Sebab pagi tadi hangen 1 badan dengan adik jantan aku. Punch card aku merah hari ni sebab dia ok.

Semalam dia pinjam kereta aku. Dia nak keluar tengok wayang dengan awek dia. Aku tak kisah la ko nak merambu ke hape. Ko tak isi minyak kereta pun aku tak pernah bising sebab tau budak student ni mana ada duit.

Lepas guna dia bawak balik rumah sewa dia sebab parking susah nak dapat kat rumah aku ni. Ate dok rumah flat. Parking tu memang simpang siur la kan. Tambah pulak student kaya raya sekarang. Takkan nak double parking. Aku tak larat ko nak tolak kereta dengan perut boyot ni.


So, pagi tadi aku call macam nak pecah dah hp dia tak jawab-jawab. Sah! Tido tak sedar diri. Lepas tu hp silent. Adik aku ni ada tabiat suka silent hp. Selalu kalau call mesti tak berjawab sebab dia tak dengar.


Awek dia pulak ada tumpang tido kat rumah aku. UiTM kan lepas pukul 11 dah tak boleh masuk dalam lagi. Aku pun tak kisah asalkan jangan korang pi merendek kat hotel ke hape. N nasib baik la awek dia ada no fon housemate dia. Mintak housemate dia kejut budak bertuah tu hantar balik kereta.


Pukul 8 baru aku keluar dari rumah. Padahal pukul 8 patut aku punch card. Pukul 8.30 baru sampai opis.


Sakit kepala aku tau. Pagi-pagi buta dah bengang ni. Tambah lagi bengang dengan timbalan aku yang tak mesra alam dengan anak buah tu. Ceh....



Thursday, January 27, 2011

Orang Lain Sedap Berjimba Tapi Suruh Aku Keja. Bagus Betul kan.

Weekend ni opis aku buat family day. Tapi aku tak pi la kot kan. Sebab laki dengan anak aku tak ada kat sini. Diorang pulak bagi bawak family induk je. Kalo bawak adik beradik sepupu sepapat segala bibik ko nak angkut bayar sendiri duit hotel tu. Apekah gunanya family day itu kalau laki dengan anak aku jauh di mata.

Dan dengan tetiba pulak ada 1 program bermesraan dengan rakyat. N dijemput la bahagian aku yang memang kena bermesra dengan rakyat ni untuk bukak kaunter pendaftaran. Dalam surat jemput bukak kaunter je k.

Dah la timbalan dengan arahan diktatornya kata aku kena bagi arahan dekat anak buah aku suruh pi jugak function tu. Jangan tanya siapa yang boleh pi tapi pilih nama n bagi arahan suruh pi. Takut jadi isu. Padahal semua pun nak join family day. Kalau korang buat family day dekat belakang opis tak apa la. Ni buat kat PD nun. Korang tak rasa aku ke yang bakal kena maki kalau bagi arahan cenggitu. Orang lain bersuka ria kita kena keja atas paksaan.

Aku serius dah malas nak pi pendaftaran ntah apekejadah ni. Sebab bila aku mintak cuti ganti untuk aku keja hari minggu sebab nak simpan cuti rehat aku tak nak pulak dia approve. Mau aku tak sakit hati. Ni paksa-paksa aku pulak. Dia sendiri tak nak turun padahal ada menteri turun. Memang buat aku lagi membara la.

Lagi best aku ingat nak la pi kejap je pendaftaran tu then dalam 2-3 jam boleh la balik. Bila aku call tanya pasal kaunter tu tetiba je orang yang handle tu kata kena turun dari rumah ke rumah sekali. Harghhhhh!!! Tak ada dalam surat ok. Ko nak suruh aku mencarut ke hape????

Menteri pulak pukul 3 baru datang. Abes, kalau aku datang pukul 10. Dengan harapan nak balik tengahari tapi menteri datang pukul 3 ko rasa aku boleh blah macam tu je ke? Pasti la tidak ye. Kena la tunggu menteri datang pulak.


Aku dah penat la. Penat! Penat! Penat!


Dah la orang lain happy-happy dok main pasir berkaraoke melalak segala kat PD tu. Aku kena suruh keja. Konon kalau dah stay 3 jam blah la dari situ n boleh la berjimba kat PD *cadangan orang yang bagi arahan tu la*. Cakap senang. Lepas tu bila aku mintak cuti ganti tak bagi. Suruh amik cuti rehat. Baik aku tak payah pi keja weekend. Pi balik tengok anak dengan laki aku lagi bagus.


Ko ingat aku robot ke?





Budak Sekecik Amir Pun Dah Tau Murung....

Salam.

Hari ni mood aku ke laut. Teringat kan Amir. Semalam Abang Misai sms kata Amir langsung tak nak makan. Minum susu pun jenuh kena paksa dengan Tok Su dia. Malam pulak merengek-rengek n baring je kat katil dia. Maybe sebab nak demam kata Abang Misai.

Sedih sangat aku. Nak berweb cam tak boleh sebab adik jantan bertuah aku pinjam lappy adik aku lambat pulangkan. Padahal pc dia sendiri ada. Tapi tak reti-reti nak pasang. Extension tak ada la. Itu la. Ini la.

So, aku mintak Abang Misai video call dengan aku. Aku nak sangat tengok Amir.

Bila dah video call aku pulak yang sebak. Hancur luluh hati tengok anak terbaring lembik je. Tapi bila nampak ummi Amir senyum-senyum. Tiba-tiba badan dia tergedik-gedik.


Lepas tu Abang Misai sms lagi. Dia kata Amir nampak aku terus tergedik-gedik. Tak lembik sangat. Maybe dia rindu kat aku. Lagi la air mata aku ni dah macam Niagara Falls.


Budak kecik macam Amir pun dah pandai murung. Diorang yang tak bagi aku pindah ni tak ada hati perut ke? Diorang tak ada anak ke? Apa perasaan diorang kalau duduk jauh dari anak lepas tu tengok anak tu lembik dari fon je. Bila nampak kita anak tu senyum happy.


Serius hati aku sangat sakit. Dan aku tengah sedih sangat.


Ummi rindu sangat kat Amir. Sori, weekend ni ummi tak dapat balik. Tapi CNY ni ummi janji ummi balik jumpa Amir ye.

T_T


Wednesday, January 26, 2011

Nasi Ambeng ;p~~

Oh... Hari ni ada pasar malam dekat-dekat rumah la.

Tetiba teringat nasi ambeng. Aku kan tak lalu makan nasi semenjak 2 menjak bawak perut ni. Tapi nasi ambeng boleh pulak aku telan sampai licin. Hahahaha! Anak yang ni selera jawa lor. ;p

Tapi kan dulu nasi ambeng makcik tu RM5 je. Sekarang dah RM6 sebungkus. Minyak naik harga ke apa makcik? Tapi bungkus makin kenit. Huhuhu...

Malam semalam jugak aku kagum dengan diri sendiri. Menakjubkan *sambil geleng-geleng kepala*. Aku berjaya makan nasi separuh polisterine sebab kebuluran gila. Tapi lepas makan tersadai la sakit kepala. Huahuahaua!

Nak lauk ayam masak cili padi ke masak kicap?

Nyam... Nyam...



Pagi Ni Meeting K

Salam

Aku ada meeting pagi ni. Meeting wajib 2 minggu sekali yang aku cakap tu. Tekanan? Ofkos la. Asek report benda sama jek. Rasa macam nak lempang orang.

Aku nak check rekod nama orang jap. Agensi kata tak ada rekod tapi aku check ada je. Cari pakai hidung ke hape?

Kalau rajin aku update lain. Tatitu. ;p

Tuesday, January 25, 2011

Adekah Korang Mengalaminya?

Dah 2 hari jadi gini.

Aku sorang je ke yang mengalami atau anda jua begitu. Pehhh... Skema sungguh ayat. Hahahaha!


Asal aku nak bukak blog orang lain kat new tab je mesti keluar under construction. Itu kalau aku klik kat tajuk blog ye. Bukan tajuk entry. Tapi bila klik kat tajuk entry saje boleh pulak view.

Berbulu je aku tengok.

Meeting Semedang

Meeting pagi tadi kalau aku tak masuk pun tak apa kot. Buang masa aku je dalam tu. Dah la HQ dok mintak report aku tak siap-siap buat lagi.

Lepas tu ada lagi meeting pegawai saje pulak. Dari pukul 10 melarat sampai pukul 1. Nak muntah aku dalam bilik meeting tu.


Dah la kebulur. Abes meeting pulak tu sorang pun tak ada kat opis dah. Aku pun dah malas nak keluar. Makan la biskut tiger susu jek. Sob... Sob...


Ni pulak baru lepas abes buat slide untuk meeting esok. Meeting 2 minggu sekali senah. Itu baru meeting bahagian aku tu. Belum lagi meeting lain yang aku kena masuk. Meeting pengurusan yang tak ada kena mengena pun taram suruh aku masuk jugak.

Dah masuk menganga la ko kat dalam tu.


Ni tunggu masa nak balik je. Kepala aku dah sakit gila babun ni.

Tetiba Kena Masuk Meeting Pengurusan

Salam

Hari ni internet kat opis masih macam toot. Pagi tadi ok. Tetiba dalam pukul 8 lebih dah buat lawak kambing. Benci betul aku. Guna la broadband yang belum bayar ni.

Hari ni gaji untuk gomen sekelian. Dah pikir bayar itu ini beli itu ini yang tinggal baki berapa sen la sangat.

Semalam aku balik rumah terus pengsan. Pengsan dalam ertikata aku balik terus terlentang atas toto kat ruang tamu. Kepala adelah sakit yang amat sangat.

Semalam jugak sebutir nasi pun tak masuk perut. Makan buah n mcD saje.

Hari ni boleh telan nasi ke tak entah.

Dah. Aku kena panggil masuk meeting pengurusan. Padahal tak ada kena mengena pun. Bongok la.

 

Monday, January 24, 2011

Aci Tak Buat Macam Ni?

Memula aku dengar HQ nak buat reshuffle bulan 1. So, peluang untuk dapat tukar awal nampak macam cerah sebab diorang dah bagi kata-kata manismu yang aku ni adelah 1st priority kalau ada kekosongan.

Tetiba aku pi opis 1 lagi semalam sorang staf yang aku kenal since aku praktikal kat situ kata bulan 3. Ok, semangat sedikit pudar di situ.

Tadi pulak berym dengan member yang duduk dekat-dekat dengan HQ diorang nak buat bulan 4 pulak.

Aku dah agak mental kat sini ye. Laki aku dah banyak kali sangat tanya baby siapa nak jaga kalau aku bersalin n tak dapat jugak tukar. Aku dah rasa macam nak hantuk kepala ke dinding everytime dia tanya macam tu. Bila aku tak bagi jawapan dia kata kena rancang dari sekarang in case aku tak dapat tukar. Serabut ok  kepala aku. Serabut!!!

Kalau boleh sebelum perut aku ni menggelembung 30 minggu aku dah harap dapat tukar. Sebab 30 minggu doktor kat sini dah refer aku ke kampung. Nak suruh aku ulang alik every week dari Selangor ke Penang ke untuk checkup???

Tetiba kepala otak aku ni nampak apa tau tak? Aku rasa nak hantar twitter ke, emel ke dekat menteri wanita. Susah sangat aku hantar terus kat PM. Ye la, dengar tagline sambutan ke 10 tahun bukan main lagi 'Utamakan Keluarga, Semakin Hari Semakin Sayang'. Tapi tak apply pun kat government sector ni.

Aci tak buat macam tu?

 

Pening Berpusing

Baru balik dari opis lagi 1. Kejap lagi kena pi balik. Diorang boleh pulak bukak CPU n baru nak pasang balik tapi dah tak jumpa pulak CPU tu. Kena angkut pi mana tah.

Kepala aku dah berpusing-pusing je dalam kereta tadi. Ni pun dah ada ala-ala nak pitam.

Jalan pun terhoyong hayang je.

Nak makan pun tak lalu. Ada beli mcD tadi. Aku mintak single cheeseburger tapi dapat yang double. Tu ntah berapa gigit je la yang aku boleh telan.

Nak tido kejap la. Hilangkan pening. Serius aku nampak skrin pc ni pun dah berpusing.

 

Isnin Memang Tak Ada Mood

Salam

Pagi semua. Berapa lama aku tak update aaa? Malas nak kira korang kira sendiri.

Ini pun malas jugak. Rasa macam nak rehat je dari blogging tapi aku ni nak merentan kat mana karang. Ni je la tempat aku merentan pun.

Kepala masih ada senget di sana sini. Dok rumah pun keja aku melepek je atas katil. Nak keja pun tak ada semangat. Aku dah lama tak ada semangat nak keja since diorang ni tak tau bila boleh bagi aku tukar. Sabarrrrr!!! Kata diorang. Fokus nak keja pun langsung dah melayang.

Pagi ni breakfast aku adelah anggur. Mat Saleh heh. ;p

Itu je yang aku boleh telan pun. Nak makan nasi silakan jika mahu jadi penunggu setia jamban busuk kat opis ni.

Ni aku tengah bengang dengan internet opis ni. Nak online kena guna broadband sendiri. Tapi nak masuk emel opis pun hampeh. Server down la tu.

Ok la. Aku nak buat planning apekejadah tah untuk HQ yang sibuk nak datang hari Jumaat ni. Tak ada semangat pun kena keja jugak.

Wednesday, January 19, 2011

Takde Tajuk

Salam

Belakang aku sakit gila dari semalam. Datang opis pun ikut la sukahati aku. Eh, tak apa ke sapu tiger balm kat belakang tu. Sebab semalam bontot dah rasa macam nak tercabut oh.

Baru je sampai opis call masuk. Dari opis lagi 1. Tak reti buat itu ini tapi dari awal tak nak bagitau. Lepas tu nak blame orang lain buat data corrupted la apa la. Dah la masa suruh hantar sorang wakil pi kursus untuk checking tu tak nak hantar. Konon sebab diorang sambilan. Takut berenti tetiba nanti tak sempat ajar orang lain. Sampai la aku tengok tak berenti pun.

Hish.. Pening kepala kerenah sorang-sorang. Ni dah kena pi sana nak ajar balik orang. Padahal dah bagi manual. Aku pun hari tu kena refer manual tu jugak.

Tension sungguh.



Tuesday, January 18, 2011

Kenapa Korang perlu Nak Melawat-Melawat Ni

Baru aje nak legakan tekanan tetiba masuk emel dari HQ. Nak buat lawatan flying squad apekejadah. Harrrgghhhh!!!!

Hari Jumaat depan pulak tu. Siap suruh sediakan pengangkutan dan menyelaras jemputan segala bagai sebab nak buat lawatan ke rumah orang sekali.

Confirm la lawatan tu cuma nak cover bahawasanya mereka nak pi berjalan-jalan. Ohhh... Jangan ingat aku tak tau.

Dah aku pulak nak kena jadi pengiring. Aku tengah meloya sepanjang masa ni. Ada aku muntah atas korang karang.


Aku dah la tak ada motivasi dah nak keja. Aku dah la tekanan perasaan melampau sekarang. Nak berfikir pun aku dah tak boleh. Kalau nak datang melawat nak tanya khabar aku yang dah macam sakai ni tak apa la jugak.


Karang tetiba datang kena fire. Memang sakit la kepala otak aku.









Sangat Sejuk Hoh Kat Opis Ni

Keadaan dalam opis adelah sangaaaaaaat sejuk. Serius sejuk. Sampai menggigil. Kejap tadi aku lari ke bawah cari tempat panas sikit.

Badan aku ni pulak tetiba aje gatal-gatal. Gatal bukan yang definisinya gatal bila nampak laki hensem tu. Ni gatal yang macam allergic tu. Adoiii.. Menggaru pulak dah macam beruk mat yeh.

Apa je pun yang aku makan tadi. Nak kata ada allergic tang makanan aku cuma tau aku allergic ketam je. Tadi pun aku makan roti sardin *yang sampai sekarang rasa macam tersangkut kat tekak*, roti sapu nutella dengan jeruk betik masam yang aku kemam-kemam bagi hilangkan loya.

Aku allergic dengan susu skim dalam nutella tu ke? Ke kacang hazelnut. Hari tu makan macam ok je. Tak ada pulak menggatal sampai macam ni.


Selera pun ke laut. Makan 3 keping roti je dari pagi tadi. Dengan air masak. Sebab doktor dah pesan kalau tak lalu makan pun minum je air masak banyak-banyak. Kasi ganti air yang hilang sebab asek muntah je.


Sejukkkkkk.... Aircond dah la centralize. Huhuhuhu.... 





Semalam Aku Pengsan

Salam

Morning. Hari ni baru ada update. Semalam aku pengsan sehari suntuk kat rumah. Sebab di bawah pengaruh dadah.

Aku patutnya keja. Tapi malam ahad tu sebelum naik tren aku makan ubat tahan muntah. Ubat tu memang power rangers la. Sampai esoknya aku dah sampai Shah Alam aku sambung tido kat rumah tak sedar diri terus.

Aku sampai dalam pukul 7. Aku tertido sampai pukul 3 ok. Mata macam kena gam gajah. Tak boleh bukak. Siap mimpi ntah apa-apa.

Maka emergency leave la semalam dengan alasan tak larat. Hahahaha!

Hari ni macam biasa la. Pagi-pagi dah pening. Asal masuk keja je memang pening. Esok balik kampung lagi. Letih tapi kesian kat Amir.

Masa aku balik tu dia punya la happy. Asal aku duduk relaks sorang-sorang nanti dia datang dekat tarik-tarik aku ajak main. Kalau aku mandi dia dok ketuk-ketuk pintu bilik air. Kesian dia. Sebak aku tengok.

Amir.. Amir... Kesian anak ummi...

Friday, January 14, 2011

Berpoco-poco Mereka Di Hari Jumaat

Rehat lama hari Jumaat kan. Pi lunch dengan kak Ita. Ingat balik opis nak tido la. tapi mata aku ni time rehat tak nak pulak tido. Dok terkebil-kebil bukan main buntang lagi.

Kena pulak kat belakang tempat makan-makan tu bising gila. Group perempuan suka menari poco-poco dah bukak gelanggang. Kan yang lelaki tak ada. Pi solat Jumaat.

Huiii... Aku balik tadi heran-heran je apesal la opis ni bising bergegar-gegar.

Ni tengah sakit perut pulak. Biasa la. Kalau dah tengahari tadi tak lalu makan tapi menyumbat jugak. Sendiri mau ingat la kan.

Pukul 3 kejap lagi ada meeting pulak.

Arghh!!! Malas! Malas! Malas!

Boleh Ke Nak Ulang Alik If Dah 30 Weeks Preggy?

Ye lupa nak cerita.

Semalam kan aku checkup kat gomen. Sebab aku pernah ada kes caesar maka doktor dengan berbesar hati nak jumpa aku.

Doktor tanya la apesal kena caesar semua. Aku ni sebenarnya agak confuse dulu apesal aku kena caesar. So, aku siap-siap bawak buku merah lama terus tunjuk aje kat doktor tu. Tak membazir air liur aku nak cerita panjang lebar. Hahahaha!

N doktor tanya aku dulu bersalin kat mana. N kalau yang second ni nak bersalin mana. Ofkos la aku nak bersalin kat kampung. N sebab pernah ada kes aku tak rasa hospital kecik nak terima aku. Confirm kena pi jugak hospital aku bersalinkan Amir dulu.

Dah doktor kata aku cukup 30 weeks je dia akan refer aku ke hospital kat kampung. Sebab senang boleh prepare awal.

Huiiii... Kalau aku dah dapat tukar aku agak gembira ye mendengar perkhabaran tu. Tapi kalau 30 weeks aku still tercangak kat Shah Alam ni apa cer???

Terus terbayang aku dengan perut boyot kena balik kampung every weeks untuk checkup. Rasa nak nangis je.

Takkan nak amik cuti pulak. Lama tu nak cukup kan due tu. Kalau la baby betul-betul nak cukup 40 weeks maka ada 10 weeks lagi. 10 weeks = 50 hari. Hoiiiii... Lama gila nak amik cuti.


Tolonggggg la HQ bagi aku pindah cepat-cepat sebelum aku ni pengsan tengah jalan.





Malam Ni Balik Kampung

Salam

Ok, tajuk entry tak ada kena mengena dengan isi entry ni.

Aku masuk opis lambat. Semalam lepas balik dari meeting kat HQ kan aku bengang sebab bos kecik ubah slide aku. Dah ubah lepas tu nak suruh aku present. Maka, wassalamu aje la. Terus aku berdesup ke klinik gomen. Hahahahahahahahaha! Gelak jahat gila nih.

Ko, menggelupur dia present sesorang. Sebab lagi sorang officer pun tak ada. Pi tapisan keselamatan kat HQ. Berdekah kah kah kah! Siap call aku tanya benda dah ada dalam slide. Lepas tu hangen-hangen ntah apa-apa.

Balik dari klinik gomen kepala aku sakit gila babun. Maklum la. Aku derma darah 1 tabung uji tu. Hb semua clear. Tak ada la sampai doktor bising suruh makan itu ini bagi tambah darah. Awal-awal ni memang. Tunggu perut ko besor sok.

Berat ada turun sekilo. Selera tak ada punya pasal kan. Ni pun baru balik dari lawatan ke jamban. Nak muntah tapi apa pun tak nak keluar. Sadis betul.

Sekarang nak menyetelkan LNPT. Kena hantar hari ni jugak. Hoh.... Dah la HRMIS tu asek la tak boleh bukak.

Ok la. Aku nak buat keja sambil makan roti expired yang disapu Nutella. Roti tu tarikh expired dia 9hb. Tapi teringat pesanan abah. Jangan membazir. Kalau tak nampak berkulat tu elok lagi tu. Huhuhu....

 

Thursday, January 13, 2011

Memandai Ubah Keja Orang

Baru balik dari hq n tengah berbulu 1 badan.

Apa perasaan ko kalau orang yang tak tau apa keja yang ko buat mandai-mandai je ubah apa yang ko dah buat. Rasa nak sepak tak?

Tu yang aku rasa sekarang.

Slide yang aku buat diubah dengan sesuka hati dek bos kecik yang bodo piang tak faham konsep padahal nak bukak sistem pun ko malas. Tak kuasa dah aku nak tapis-tapis ayat aku ni.

Dah la kalau ko nak bentang ko dok heret aku dok sebelah ko sebab takut nanti kena tanya n tak tau nak jawab. Ni pulak nak memandai macam tu.

Kejap lagi ko bentang ko tengok la. Aku nak blah dari bilik meeting tu. Biar ko menggelupur sesorang nak jawab. Pandai-pandai tukar data kan.

Kalau ko dah tukar n ko nak jawab balik benda yang ko buat tu aku tak heran langsung. Kejap lagi bila orang tanya,

'Saya serahkan pada pegawai saya untuk jawab sebab dia lagi pakar.'

Tok nek ko la! Pandai pulak tu lencong kat aku. Bongok! Aku nak jawab apa kalau macam tu?

Dah tau tadi aku ada meeting kalau aku dah tak jawab fon ko tak payah la mandai-mandai ubah benda tu. Stick aje la pada benda yang aku dah buat. Sebab aku tau la apa nak explain. Ni apa aku nak explain ni karang.

Hoih! Dah tak larat la aku nak main wayang. Bunguks!

Wednesday, January 12, 2011

Sedih Sentiasa

Hmmmm....

Hari-hari pun aku tak ada mood sekarang ni. Hari-hari pun rindu sangat kat Amir.... T_T

Air mata jangan cerita la. Tengah-tengah buat keja pun boleh meleleh. Tengah drive nak pi keja pun tetiba je keluar.

Dah macam orang kurang siuman pulak.

Teringat pulak sms Abang Misai. Amir sekarang bangun-bangun tido je terus cari kasut nak pi rumah Tok Su dia. Macam mana kalau ummi balik kampung. Amir macam tu jugak ke? Dah tak ingat kat ummi ke?

Tadi ada la kawan aku call tanya pasal meeting esok. Dia tak pi sebab bos dia tak kalut macam bos aku. Ntah macam mana tetiba dia kata nanti ada la rezeki aku nak tukar. Tunggu je la.

Orang yang tak rasa apa yang aku rasa cakap macam benda tu senang je. Siap intonasi macam nak marah pulak bila suruh aku sabar tu.

Orang selalu kata jangan sedih sangat. Nanti effect kat baby. Aku dah cuba tak sedih. Tapi ntah la. Macam mana nak gembira bila hati asek teringat anak. Dengan tekanan kerja lagi. Dengan sakit pening sendiri lagi. Jalan sorang-sorang tengok orang lain jalan dengan anak dengan suami. Kalau yang pregnant jalan sana sini dengan suami.

Tak ke perit macam tu.

Kesimpulannya aku tengah sedih sekarang.

 

Hari Ni, Esok, Lusa Meeting

Salam

Pagi ni ada meeting pukul 9 lebih. Condition aku turun je tengok bilik meeting tadi dah muntah. Dengan kaki sebelah kanan ni cramped pulak.

Esok meeting pagi petang. Lusa ada meeting lagi. 


Memang kejung sebab meeting je la.


Perut sakit sebab dok termuntah-muntah dari malam tadi.


So, kesimpulannya hari ni, esok, lusa memang tak best.





Tuesday, January 11, 2011

Banyak Nau Meeting. Tekanan!

Esok ada meeting. Lusa ada meeting pagi petang. 1 kat HQ 1 lagi kat opis ni.

Baru je niat nak pi klinik tu hari Khamis. Dah tergendala lagi.

Meeting kat HQ pulak baru hari ni tau ye. Elok je surat landing atas keyboard aku time aku tak ada dalam bilik tadi.

Sebenarnya yang kena pi pengarah. Tapi dia wakilkan kat timbalan. Yang timbalan pulak usung aku. Biasa la. Takut tak boleh jawab soalan. Asal ada je nama sistem tu memang muka aku ni la kena tala pi. Diorang takkan pi sorang punya.

Ye la. Dah semua tak tau apa-apa. Tapi bila bagi cadangan tak nak terima pulak. Tetiba diorang pulak jadi macam lagi terror dari aku pasal sistem tu.

Meeting petang Khamis pulak yang present bos kecik. But for sure aku kena ada kat sebelah. Takooot la dia tak boleh jawab soalan kan. Memang selalu gitu la. Ayat dia akan macam ni ye,

'Awak kena ada. This is ur baby.'

Abes kalau dah baby aku bukan ke tu cucu ko. Kalau cucu betul sakit sikit dia yang cuti terlebih-lebih. Ni tak nak pulak amik tau ye.

Entry Tak Ada Tujuan

Salam

Masih pening-pening. Semalam tonyoh minyak cap kapak pun tak jalan. Rasa macam nak je aku telan panadol. Tapi macam tak berani pulak even doktor pernah cakap itu la ubat paling selamat untuk preggy mommies.

Semalam aku rasa macam aku tido tapi tak tido. Faham tak macam mana? Ala, ko tido tapi ko macam boleh dengar bunyi kat keliling.

Hasilnya pagi ni aku bangun dengan kepala yang sakit sebab macam tak cukup tido. Arghhhh!! Dah la kepala tengah serabut pikir banyak benda n problem. Tido pulak dah macam ayam. Adekah itu tanda aku stress?

Semalam jugak ingat nak pi scan baby. Dah plan baek punya lepas je punch card bunyi petang terus berdesup aku keluar opis n pi klinik. Tapi harapan tinggal harapan ye. Tetiba timbalan panggil discuss apekejadah yang aku dah malas nak amik pusing segala pasal keja aku kat sini. Dah tersangkut sampai pukul 6.

Tak jadi la plan nak ke klinik. Ingat nak pi hari ni. Tapi nak siapkan slide. Pastu hari ni aku pakai jubah. So macam malas la kan. Kalau pakai baju kurung boleh la lagi. Pakai jubah ni kena pakai kain dalam la kalau ko nak pi scan sume. Apa ko dah rasa ko tu comel sangat nak selak jubah ko ke atas tanpa memakai kain dalam. Dah la tadi aku cari kain dalam aku tak jumpa. Hampeh betul.

Maka, tangguh la ke esok pulak kot.

Ok la. Aku dah macam melayang-layang je ni. Banyak benda nak cerita tapi perasaan nak pitam adelah tinggi.

Nanti la cerita lain pulak. *Ada ke yang nak baca.Hahahaha!*

 

Monday, January 10, 2011

Meloya Sepanjang Masa

Kepala masih pening. Macam kronik je aku rasa. Tadi dah ke toilet. Nak termuntah punya pasal. Tapi air je yang keluar. Sampai sakit tekak-tekak ni dok terjeluak.

Sekarang minyak cap kapak la kawan baik ke hulu ke hilir.

Selera makan masih la tak boleh nak terima apa-apa. Lapar tapi tu la. Dapat la makan suku pinggan je kot. Kesian baby dalam perut ni.

Ni nak buat slide untuk meeting lusa. Ada lagi 1 meeting. So, bagi je la slide yang sama. Tukar tajuk je kot. Malas dah aku nak buat yang baru.

Staf aku pulak dedua tak ada. Sorang kata masuk lambat sebab mabuk teruk. Sorang lagi EL teman mak pi hospital.

Dah tunggang terbalik la bos diorang ni sorang-sorang dengan pening n muntah-muntahnya.


Lupa pulak nak check tiket keretapi. Weekend ni nak balik la. Rindu sangat dekat Amir Ridhwan yang makin cerdik tu.


Ok, tu je kot. Kalau rajin aku update lain la.



Maaf, Pening...

Salam

Aku pening gila pagi ni. Dari tadi menahan isi perut dari keluar.


Kalau dah ok aku update lain la.

Sunday, January 9, 2011

Luahan Hati Di Hari Ahad

Salam

Aku kat Shah Alam. Tak balik kampung. Kan baru aje cuti panjang minggu lepas. Badan pun tak berapa nak larat.

Ni tengah sorang-sorang kat rumah. Update blog guna  lappy adik aku. Yeee... Aku yang membising nak beli lappy tak beli-beli. Adik aku pulak beli dulu.

Adik aku dengan Kak Ita pi meronggeng kat seksyen 13. Aku tak larat nak ikut. Kepala pening-pening.

Bila dah sorang-sorang mula la syahdu. Teringat kat Amir. Apa la yang dia buat sekarang ni kan. Selalunya aku la yang dok melayan dia main-main. Bawak dia tengok kucing melintas depan rumah.

Hmmm....

Amir kan aku angkut pi opis sebulan hari tu. Sekarang ni asal orang nampak aku mesti tanya mana Amir. Aku kata dah hantar balik kampung. Lepas tu mesti diorang cakap,

'Mesti rindu kan'

Ofkos la rindu. Sedangkan orang yang hari-hari dok berkepit dengan anak dengan laki nak pi keja pun macam tak nak n sedih-sedih hantar anak ke nursery inikan pulak aku yang seminggu sekalii jumpa. Kelat-kelat je la muka aku sengih nak jawab soalan orang.

Dengan aku yang tengah bawak perut ni nak berulang alik balik kampung seminggu sekali pulak. Aku tak faham reason macam mana lagi yang aku nak kena bagi supaya aku dapat tukar cepat. Ke nak tunggu jadi apa-apa kat aku baru diorang ni nak faham condition aku.


K la. Stop sini. Sebab aku tengah sedih sangat. Rindu Amir. N aku rasa aku dah tak boleh nak menaip sebab mata dah blur dengan air mata.



Friday, January 7, 2011

Handbag n Purse

Handbag dengan purse aku memang dah out of service.

Purse warna putih hadiah hantaran dah jadi kelabu asap. Siap koyak rabak bagai. Tambah pulak anak bertuah kesayangan hari tu main pen merah selamba dia conteng purse ummi dia. Pasrah je la. Apa yang budak tu tau ye dak.

Handbag pun dari tahun lepas sibuk kata nak beli haram tak beli pun. Handbag hantaran aku dah berlelas dah.

Disebabkan aku ni memang failed gila babun bab membeli handbag n purse maka tadi terberjalanlah aku ke bilik timbalan. Nak mintak dia semak maklumbalas meeting pengarah. Dan tertengok la katalog AVON sebab P.A timbalan adelah dealer AVON.

Bila dah tertengok maka ada la yang terasa nak beli. Hahahaha!

Kerana ada pulak jual set handbag n purse terus rasa nak beli. Sonang cito eh. Tengok pic saje lepas tu order, barang sampai, bayar.

Tapi kan warna handbag n purse adalah sangat merahnya mak ngah... Sesuai sungguh la dengan title aku yang mak ngah ni kan.

Dah la kulit gerhana bulan. Pakai pulak merah menyala. Adekah salah di sisi undang-undang?

Aku dah malas nak jalan cari benda alah tu semua. Pulak tu 1 kaler tu je yang ado. Harga RM60 gitu.

Pic ilek. Aku dah google tadi tak jumpa pulak. Ke aku yang bangang bab menggoogle gambar ni pun tak tau la. Huhuhu...

 

Rindu Yang Kronik

Salam

Pagi ni ada bicara ilmu. Sekali dengan jamuan perpisahan n sambutan hari lahir untuk staf lahir bulan 12 n 1.

Aku ingat dah nak blah pi klinik pagi tadi. Karang ada pulak orang cari kat opis.

Aku tak pi pun lagi check kat gomen. Ikut pengalaman masa Amir dulu punya excited aku pi masa tu baru sebulan lebih kot preggy nurse tu suruh balik. Pesanan dari nurse, datang balik bila perut tu dah nampak. Apekah???

So, sekarang aku malas nak pi awal-awal. Karang kena sound macam tu lagi. So, tunggu perut kasi nampak sikit. Sekarang pun dah membonjol. Baru 2 bulan lebih dah nampak. Hahaha! Sebenarnya sebab lemak tepu kat perut yang tak hilang sebelum ni ada lagi lor. Tak sempat nak hilangkan lemak dah ada isi pulak. ;p

Semalam dengan pagi ni agak kronik kot aku. Bukan kronik sakit. Tapi kronik rindu kat Amir. Tengok seat penumpang sebelah kosong pun aku boleh nangis. Tengok botol syampu mandi dia dalam bilik air pun meleleh air mata.

Hari-hari pun nangis.

Nak buat macam mana?

Thursday, January 6, 2011

Miss Him

Bosan!

Perkataan paling sesuai kot hari ni.

Dari pagi tak ada mood. Lepas tu kena buat inventory check pulak. Hish.... Dengan kepala pening-pening lalat.

Tengahari tido. Selamba katak bangun pukul 2.45 tu.

Sekarang tak sabar tunggu masa nak balik.

Hmmm... Rindu kat Amir sebenarnya.... Rindu time dia ada kat sini dok main-main dalam opis ni. N ummi cari dia merayap ke mana....

Rindu sangat....

 

Double Parking

Salam

Pagi ni hujan lebat. Dari pukul 4 lebih kot aku tersedar gitu dengar bunyi hujan mencurah-curah. Terus tarik selimut tido dengan bestnya. Hehehe...

Sampai sekarang pun dok hujan lagi tu. Kan best kalau dok lepak kat rumah. Ada Amir lagi best. Dia pun dok golek-golek dengan ummi sampai tertido. Hari tu ada sekali aku lepak dengan dia masa dia dok kat Shah Alam dengan aku. Kitorang dok dalam bilik bergolek-golek sampai dedua tertido. Bangun kejap lepas tu sambung tido balik sampai petang. Rindunya kat anak ummi ni....

Hari ni pagi-pagi dah pening kepala dah. Time drive nak pi keja tu menahan je la. Sapu-sapu minyak cap kapak sikit. Sedih kan. Time sakit pening ni dok sorang-sorang. Pi klinik sorang-sorang. Nangis pun sorang-sorang. :(:(:(

Sebab UiTM dah start sem baru maka setiap petang adalah perlu balik awal. Kalau balik lewat parking tak ada ye. Almaklum je la. Budak zaman sekarang pi kelas kebanyakan bawak kereta. Kot yang dok rumah sewa tu 1 rumah 5 orang kebarangkalian 3 orang pakai kereta n 2 orang lagi ada motor gitu.

Dasat kan budak zaman sekarang. Aku dulu dok la menapak. Heh... Asal start sem baru je mula la topik ni aku bukak. Zaman dah berubah, dunia dah maju.....

Tapi sangat teruk la parking sekarang ni compare time aku memula dok situ. Double parking sampai tak ada ruang dah. Dulu mana ada teruk sangat double parking tu. pagi tadi je berapa banyak hon aku dengar tak putus-putus. Tu semua sebab kereta kena block la tu tak boleh keluar.

Kena pulak yang buat double parking tu tarik handbrake. Dah tarik handbrake bijak pulak tu. No hp apa pun tak tinggal. Abes, orang tu nak keluar macam mana. Kot la ko dah block kereta orang tu esok pagi ko memang stok bangun awal dari orang lain tak apa. Ni tak. Macam nak putus telinga la dengar bunyi hon panjang-panjang dengan harapan tuan punya kereta yang memblock tu boleh dengar.

Eh, ok la. Aku nak buat slide untuk presentation orientasi pegawai baru. Tengahari nak submit.

p/s: aku online ni guna broadband sendiri. Internet opis hancus.

 

Wednesday, January 5, 2011

Pesan Ummi Pada Amir

Lunch hour. Tapi aku melepak dalam bilik je. Tak ada mood nak pi makan sebab aku tau kejap lagi mesti tengok makanan pun aku loya. Jadi, dok senyap-senyap makan roti. Roti je la boleh harap pun.

Nak tido tak boleh pulak. Mata macam tak mengantuk langsung. Penat la bergolek. Hish... Time nak buat keja bukan main lagi la rasa nak tido tu.

Bila dah dok melepak ni tetiba jadi syahdu je. Tengok kerusi tamu comot Amir dok lap tangan. Ternampak pulak kepala Ben10 kasut crocs dia yang putus kat rak in out ni. Macam ternampak-nampak je dia berlari-lari dalam opis ni sambil aku jerit-jerit panggil suruh dia masuk bilik.

:(:(:(

Sedih sangat hati ummi ni. Semalam lepas Amir bangun tido petang aku pesan kat dia,

"Amir dok baik-baik ye. Ummi nak balik keja malam ni. Amir kena tido dengan abah je. Jadi budak baik ye."


Amir diam je. Lepas tu terus dia cium-cium aku. Tepuk-tepuk kepala macam faham sangat la apa ummi dia cakap. Terus air mata aku macam air terjun. Amir pulak tengok air mata keluar dia cucuk-cucuk mata ummi dia ni konon nak lap mata.


Semalam pun time hantar ke stesen keretapi dia lambai-lambai tapi tak nangis. Faham kot apa ummi pesan kat dia.


Pagi tadi pun aku tanya kat Abang Misai dia nangis tak masa pi rumah tok su. Pun tak nangis. Elok je lambai-lambai abah dia nak pi keja.


Hmmm.... Ummi rindu sangat kat Amir sekarang ni.



Craving For Durian

Salam

Aku masuk opis pukul 11 hari ni. Suka hati aku je kan. Baru start keja di tahun baru tapi masuk keja macam opis ni aku yang punya.

Satu, sebab aku mengalami kemabukan tahap yang boleh tahan teruk la jugak. Aku rasa time Amir dulu memang tak selera makan tapi ada benda aku boleh makan jugak. Ni, apa pun tak menggiurkan pada pandangan mata aku. Makan nasik secotet lepas tu keluar balik. Malam je mula la demam tergigil-gigil. Orang lain panas je pun.

Dua, sebab aku tak dah tak ada semangat nak keja. Selagi tak dapat tukar macam tu la cara aku keja. Ikut suka hati aku. Tekanan perasaan ok bila ko dah la tak larat. Lepas tu sakit pening jaga la diri ko sorang-sorang. Keja pulak sampai cuti dok kejar aku jugak.


Dah, tak nak cerita pasal benda yang boleh buat aku tekanan perasaan berpanjangan. Meh cerita pasal makan even aku ni banyak sangat benda yang tak selera nak telan.


Balik kampung hari tu menyinggah la rumah mak aku. Pi dapur nampak kulit durian. Mula la tetiba rasa nak makan durian. Padahal bukan musim pun. Hahaha!


Merengek la kat laki aku nak durian.. Nak durian... Laki aku kata bukan musim tapi tak nak kalah ok. Aku cakap la kat rumah mak aku ada je abah aku beli durian. Jenuh la agaknya laki aku pusing cari. Huhuhu... Memang ngada-ngada eh.


N semalam abah aku datang hantar durian 2 bijik. Tapi tak berapa elok la abah kata. Kat opis abah je ada musim. Hahaha! Boleh macam tu? Sebab abah aku keja kat opis research pertanian ni. Ntah apa mimpi pulak durian tu nak berbuah time la ni.


Tapi aku ni gatal nak merasa je sebenarnya. Makan 2 ulas terus tak nak dah. Laki aku dah bising-bising siapa nak abeskan durian tu. Dah semalam aku naik tren bau durian sebab dia suruh aku bawak jugak balik Shah Alam. Konon kalau taruk dalam tupperware tak bau. Tak ada maknanya la. Huahuahaua!


So, pada sesiapa ada bau durian dalam koc semalam tu aku la tu buat onar. Sorry ye. :D:D:D





Monday, January 3, 2011

Esok Balik Shah Alam Dah :((

Salam

Aku kat kampung lagi. Cuti sampai esok. Tapi tetap cuti yang tak aman damai lagi sentosa. Sedih betul.

Dengan mabuk yang agak teruk. Apa pun aku tak selera nak makan. Tapi sumbat jugak la tak bagi perut lapar. Kesian pulak baby dalam perut tak cukup zat karang.

Tapi faham-faham sendiri la bila dah menyumbat tu. Confirm keluar balik. Berlari la aku ke toilet. Amir pulak dah ummi dok berlari terkedek-kedek dia lari jugak ikut belakang ummi. Lepas tu muka cemas-cemas tengok ummi muntah. Alahai anak ummi ni.

Esok aku dah nak balik. Macam mana la agaknya Amir kat kampung kan. Atau lebih tepat lagi macam mana la ummi nak tahan rindu kat Amir kan. Even kekadang tu hangen-hangen 1 badan bila anak bertuah tu melasak tapi still dia la buah hati pengarang jantung ummi.

Ok la. Aku nak tido kejap sementara anak bujang ni tido. Dia dah bangun karang jenuh nak melayan.

Daaa~~