SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, December 30, 2008

Craving for waffle and kaya ball!!!! Arghhhh!!!!

Badan aku sangat letih. Alahan makin teruk pulak. Loya sangat-sangat. Nak makan pun memang tak ada selera.





Tapi aku rasa macam nak makan benda manis-manis yang lembut. Macam waffle and kaya ball.




Hmmm... Sedapnya....





Lagi satu yang paling penting aku kena cari buah-buahan yang memudahkan pelawasan. Sebab aku tak boleh berak semalam. 2 jam aku bertapa dalam toilet. Berpeluh-peluh macam orang baru lepas marathon. Semua sebab sembelit, tak boleh nak berak dengan perasaan yang best.





Seksa ye kawan-kawan bila tak boleh nak berak ni. Silap-silap boleh kena buasir sebab teran kuat sangat.





Tadi aku jumpa satu widget pasal perkembangan baby yang best. Siap ada bunyi heart beat lagi. Tapi kecik sangat lah pulak. Tak reti aku macam mana nak besarkan widget tu. Last-last widget gambar 3D kat sebelah ni lah yang aku bubuh.





Arrr...





Sabarlah ye wahai badan.





Macam kawan aku kata, dapat berjuta-juta pahala bila pregnant ni.





Oh, hujan turun lah.





Mesti syok kalau dapat tido time macam ni.





Mau pergi melepaklah.

Friday, December 26, 2008

Mood Cuti still on!

Sunyi aje ofis hari ni. Ramai yang sambung cuti sampai hari isnin. Aku mula-mula ada jugak simpan niat nak MC kan diri. tapi banyak pulak kerja. Datang aje lah. Bukan bos nak buat meeting pun.



Aku paling tak suka meeting sebab aku mesti tak amik port apa yang bos aku bebelkan.



Aku beli karipap pagi tadi. Sebab aku malas nak masak bekal. Lagi pulak hari ni rehat lama. Tapi bila makan macam ada rasa basi-basi aje. Huu... Nak terkeluar balik isi perut.


Makcik ni tak baik tau jual karipap basi dekat I. Nanti tak berkat tau.



Oh, pagi tadi bos lalu bilik aku dan wish Selamat Pengantin Baru. Bos tak tau lagi aku pregnant. Ada pulak orang lain kata aku demam pengantin tak habis lagi. Cisss.... Tak tau duduk diam-diam sudah, ok.



Pagi ni pulak hujan. Memang best lah kalau dapat sambung tidur. Tapi kan mata aku ni sekarang auto. Celik mata mesti pukul 5 pagi. Lepas tu aku dah tak boleh nak tidur balik. Golek lah macam mana pun. Semalam aje lah aku terlelap kejap sebab cuti kan. Tapi pagi-pagi lagi husband sudah call suruh bangun mandi dan sarapan. Pasti lah mata aku lepas tu dah tak boleh nak lelap langsung.



Aku memang rajin gila lah semalam pergi pasar. Beli ayam seekor. Ikan kembong sampai 5 ekor. (Beli banyak-banyak macam ada ramai orang aje kat rumah. Nafsu membeli memang tak mengira tempat lah.) Aku ingat nak masak gulai lemak cili padi ikan kembong. Yang nyampahnya bila sampai rumah baru aku teringat yang aku lupa nak beli santan. Last-last aku bantai masak sup ayam aje. Nak turun balik tingkat 4 semata-mata nak beli santan??? Oh, terima kasih aje lah. Tak sanggup.



Tapi aku tabik ally sebab berjaya menapak naik tangga ke tingkat 16 untuk mengetahui kemudian yang lif sudah boleh digunakan. Syabas bette!! Hahaha...



Kalau aku maybe dah termuntah bermacam warna kat depan rumah.


Ok lah. Aku harus sambung kerja. Terngiang-ngiang pulak suara bos dekat telinga ni. Hahaha!


Buat kerja....


Buat kerja.....


Buat kerja......

Tuesday, December 23, 2008

Hari tak larat

Sungguh tak larat.


Hari ni dari pagi sampai petang aku melepak aje dalam ofis.


Staf aku cakap muka aku dah sangat pucat macam hantu.


Aku pun tak tau lah betul ke tak sebab aku tak tengok cermin.


Macam ni rasanya pembawakan budak.


Nak makan pun tak lalu.


Tapi sampai hari ni aku sangat suka minum cincau.


Kejap lagi nak cari cincau lagi lah.


Nyam...Nyam...

Monday, December 22, 2008

Umi, Ibu, Mama, Mak, Mummy?

Makna sama aje untuk sebutan-sebutan di atas.


Tapi bunyi berbeza.


Mana satu yang best dan sesuai yea??



Hehehe...


Tolong pilih untuk aku?

Wednesday, December 17, 2008

Segan tahap kritikal

Aku dekat rumah mertua sekarang. Tak tau nak buat apa maka aku melepak dalam bilik.


Segan dengan mertua tapi aku tak tau nak borak apa dengan orang-orang tua ni. Siapa-siapa yang tak ada perasaan segan silu boleh tolong ajar aku tak?


Hmm... Baru lepas kenduri hari sabtu dan ahad lepas. Semalam aku telah mengalami food poisoning yang amat dahsyat sekali. Cirit birit sampai air je yang keluar.


Oh, tolong jangan geli. Aku cuma mahu beritahu bagaimana teruknya cibi aku.


Tak cukup cibi aku muntah pula bila mahu makan ubat sakit perut yang bulat-bulat macam tahi kambing tu. Apa orang panggil? Ci kit tek aun?


Husband pula tak ada cuti. Nasib baik ofis dia dekat. Tengahari dia balik dan hantar aku ke klinik. Oleh kerana keadaan aku agak kritikal maka aku telah berjaya disuntik di atas punggung. Sebab doc kata pasti aku akan muntah jika makan ubat dan itu akan menyebabkan pembaziran.


Semalam memang aku tak boleh makan apa-apa pun. Agak malu dengan mak mertua sebab berulang alik ke toilet dengan kekerapan yang melampau. Mak mertua juga tolong masakkan bubur nasi untuk aku sebab aku tak boleh makan macam biasa.


Aku rasa sebab aku makan burger mc chicken kelmarin maka badan aku telah melakukan situasi penolakan yang melampaui batasan kemanusiaan. Tidur malam pun sampai meracau-racau. Badan panas, muntah dan cibi. Tak pernah aku sakit seteruk itu.


Malu sebab baru aje duduk di rumah husband sudah buat perangai tak semenggah.


Sudah lah husband duduk dengan mak nya. Nak juga ajak pindah tapi kesian pula sebab mak tinggal sorang-sorang. Sudah lah husband anak tunggal lelaki.


Eish, malu dan segan lah.

Tuesday, December 2, 2008

"Jangan stress-stress ok?"


Itu pesan doktor yang aku jumpa tengahari semalam. Ramai betul orang sakit. Aku datang klinik pukul 12 lebih turn aku sampai pukul 2.


Oh, aku bukan saja-saja datang klinik untuk MC. Aku risau sebab aku bangun pagi semalam dan ada darah. Rupa-rupanya masa hantar kakak aku pergi tunggu bas pun aku dah bleeding. Aku aje tak perasan. Aku perasan masa nak mandi untuk pergi kerja. Lepas tu turun ke kereta ada comot-comot darah dekat seat.


Tapi bukan bleeding period. So, aku agak cemas sebab period aku baru aje lepas dan hari ni dah lebih 15 hari. Kalau keluar darah lepas 15 hari bukan lah darah haid. Itu darah penyakit. Macam ustaz aku cerita masa zaman sekolah-sekolah dulu.


Aku risau sebab aku tak pernah period lebih daripada 10 hari. Itu lah hari paling maksimum aku period.


Jadi aku cepat-cepat ke klinik. Sebab nak tau kenapa boleh jadi macam tu.


Husband dekat kampung dah risau-risau takut aku pregnant ke apa.


Hasilnya lepas kena scan doktor cakap maybe aku bleeding sebab stress. Itu boleh jadi punca turun darah. Nak kata ada baby tak nampak apa-apa pulak.

Aku dapat 3 jenis ubat. Ubat tambah darah, folic acid (yang ini bagus untuk wanita-wanita yang mahu hamil. bagus untuk perkembangan otak bayi juga.) dan juga ubat demam.

Dan hari ni badan aku masih panas. Aku tak larat nak pergi kerja tapi sebab bos sudah ugut supaya aku jawab depan ketua pengarah kalau banci tak siap dalam meeting semalam aku datang juga.

Aku cuba siapkan walaupun data ada lebih 11 ribu dengan tenaga kerja yang aku ada cuma 3 orang termasuk aku. Pula tu nak aku siapkan hujung bulan ni. (Ayat sedapkan hati sendiri.)

Pagi ni juga aku baru dapat sms dari seorang staf dia tak dapat datang kerja, MC sebab buasir yang teruk. Maka tenaga kerja tinggal 2 orang.

Badan makin panas.

Aku pula yang rasa nak MC.

Macam mana lah tak stress????



p/s: benz, tagged kamu nanti aku jawab bila aku ada mood. Sebab aku sangat depresi sekarang.

Thursday, November 27, 2008

Kenapa mesti minta bantuan jika tak perlu


Aku masih menaip di atas lantai. Pinggang dah rasa nak patah. Request meja dah sampai berbuih mulut.


Aku punya cuti dah approved sebab aku yang degil ni hantar juga borang tanpa ubah apa-apa tapi dengan syarat. Siapkan semua kerja sebelum bercuti. Oh... Baiklah bos. Kalau itu yang kamu mahu. Aku sanggup berkorban apa saja demi bangsa dan negara.


Macam bagus kan ayat tu.


Macam lah sebelum ni aku pernah tak siapkan kerja sebelum bercuti. Aku siapkan okeh.


Aku memang suka turun buat field work. Memang suka lah membantu rakyat negara kita ni. Tapi hanya yang betul-betul memerlukan bantuan.


Sebab rakyat negara kita ni bukannya ramai yang miskin tapi ramai yang suka buat-buat miskin. Nak mengharapkan bantuan. Pernah aku turun ke sebuah kampung untuk meninjau rumah untuk dibaiki. Dan tersampai lah ke sebuah rumah yang pernah memohon untuk dibaik pulih rumahnya.


Oh... Rumah dah cantik. Tak perlu dibaik pulih. Memang bagus sangat nak melindungi diri dan keluarga dari hujan panas. Lantai mar-mar. Berkilat...


"Depan ni aje yang nampak cantik cik. Belakang tu teruk."


Aku tinjau pula ke belakang rumah. Bahagian belakang memang dah agak teruk tapi sebenarnya dah tak digunakan. Dah nak dirobohkan pun.


"Saya sayang nak robohkan belakang ni. Lagi pun saya tak pernah lagi merasa dapat bantuan ni. Harap-harap dapatlah ye."


Aku tersengih sumbing.


Pada aku kalau rumah tu dah cantik dan selesa apa perlu kau nak menambah dengan mengharapkan bantuan. Kira bagus lah dah ada rumah. Orang yang duduk dalam kandang kambing tu macam mana pula?


Aku tak kisah kalau kau memang miskin tahap daif, rumah dah boleh nampak langit biru di mana-mana. Aku akan bersimpati dan tolong apa yang patut.


Tapi yang tak patut dapat itu lah yang sibuk-sibuk memohon. Tak fikir orang lain ke?


Kenapa mentaliti perlu begitu.


Ada juga yang bagus. Aku tak nafikan. Rumah memang dah uzur sangat-sangat. Tapi ayat dia buat aku terharu.


"Pakcik rasa ada lagi orang yang perlukan bantuan lebih daripada pakcik. Rumah pakcik ni ok lagi. Tak apa lah cik."


Pakcik itu tak mengharapkan bantuan sebab dia kata dia masih ada tulang empat kerat yang Tuhan anugerahkan untuk mencari rezeki. Ye, aku kagum dengan pakcik itu.


Entah berapa ramai lagi yang masih bersikap macam pakcik tu kan.


Tuesday, November 25, 2008

Lain Kali Bagi Complete Dulu Baru lah Pindah

Pagi-pagi aku dah kena angin puting beliung bos. Kalau aku tau sumpah aku tak pergi melepak dekat depan ofis tu. Memang mangkuk lah kan kena sound depan-depan staf lain. Pagi-pagi hari pula tu. Hilang lagi mood aku nak bekerja. Makin kuat lah jiwa ni nak minta tukar balik kampung.



Tak cukup kena sound kena pula panggil masuk bilik bos. Bos membebel-bebel pasal kerja yang dah tertangguh. Lah, habis aku nak buat macam mana. Dah budget pun tak ada.


"U call HQ tanya pasal budget tu. Negeri lain dah turun buat kerja luar tapi kita tak turun-turun lagi."


Aku angguk-angguk je lah. Padahal baru semalam aku tanya seorang lagi kawan yang handle benda yang sama. Budget tak lulus.


Disebabkan bengkak hati yang tak boleh ditahan-tahan aku call semua member dekat cawangan negeri-negeri lain.


"Mana ada kita orang turun lagi. Budget tak ada lah. Staf 2 kerat je hah. Nak turun macam mana?"


Cis!!!


Lima negeri aku call semua jawapan yang sama. Bos ni gabra lah. Ni lah bila bos-bos besar masing-masing pakat tak nak kalah. Bila bos aku call bos negeri lain semua cakap dah turun padahal habuk pun tak ada. So, bos aku ni dah macam apa takut kena tembak dengan bos besar.



Boleh tolong bagitau aku tak macam mana aku nak buat kerja?


Sebab sekarang aku tak ada meja untuk menulis. PC pun letak atas lantai. Paling best akses internet aku guna broadband yang aku beli 5 hari lepas disebabkan nak buat kerja hantar email dekat orang tak ada network.


Line telefon pun belum ada dan aku terpaksa telefon orang pasal kerja guna handphone aku sendiri sampai bil dia buat aku rasa nak pengsan nak bayar.


Paling best aku dengar network akan wujud lagi 2 minggu start dari pindah 17hb hari tu. Tapi hari ni dah seminggu pun aku belum lagi ada meja nak buat kerja. Patah pinggang aku mengadap PC atas lantai. Partition pun belum siap pasang. Wiring pun hampagas.


Pula tu power supply asyik trip.


Memang macam mangkuk kan?


Nak claim balik bil handphone tu? Besar rahmat lah kalau nak bagi.


Paling bagus pun akan dengar ayat... "Apa salahnya sesekali berkhidmat untuk negara."


Memang lah tak salah.


Tapi berpada-pada lah.


Aku nak tengok mana meja yang dijanjikan 2 hari lepas kat aku.


Lagi 2 bulan baru dapat kot.




**edited**



Aku tengah bengang ni. Cuti aku untuk kenduri kahwin bos reject. Dia suruh pendekkan lagi.



Aku dah 3 minggu tak jumpa husband aku. Dia orang ni semua ingat aku duduk sekali dengan husband aku. Padahal dah berbuih mulut aku bagitau husband aku kerja kat kampung. Penang dengan Selangor tu satu tempat ke?


Sebab tu bos reject cuti aku. Ingat nak buat kenduri kahwin boleh cuti sehari aje ke? Aku belum fitting baju. Pelamin lagi nak pasang. Kalau ada orang tolong handle untuk aku tak apa lah. Memang aku tak kisah langsung nak cuti sehari aje pun.


Tapi aku kena handle benda ni sendiri. Beli bunga telur. Hiasan-hiasan. Ahhh....


Kepala aku sakit!!!!

Friday, November 14, 2008

Pindah lah ke tempat yang lebih bagus


Dah lama aku tak update blog ni. Bukan sengaja tak nak update. Tapi aku sibuk. Hari ni pun sibuk tapi aku buat-buat macam tak sibuk. Sebab aku rasa macam dah nak termuntah tengok barang-barang yang nak kena kemas ni bersusun atas meja.


Oh, lupa nak inform. Ofis bakal berpindah. Ni tengah bersepah macam tongkang pecah. Network pula bakal mati petang ni untuk kerja-kerja pengemasan. Ofis ni pindah atas political reason. So tak payah lah aku terangkan panjang lebar. Sebab aku sendiri tak gemar berpolitik.


Aku balik-balik dari kampung lepas kenduri tengok kotak dah bersusun dekat meja-meja dalam ofis. Ingatkan lambat lagi nak kena pindah. Nasib baik barang aku tak banyak. Ada lah dalam satu kotak. Pagi ni kemas pun dah settle. Tapi disebabkan kami menumpang dalam library ofis maka dengan rasminya kami lah yang kena jadi tukang kemas. Tapi tadi aku tak kemas pun sebab ada meeting.



Pasal majlis nikah semuanya ok. Tak adalah meriah sangat. Tapi hantaran untuk pihak lelaki memang meriah tahap tak hengat lah kan. Semua serba purple. Hantaran untuk aku? Itu biarlah rahsia.




Ayat kecil hati. Huhu..




Sebelum aku terlupa, tengok lah barang hantaran yang maksu aku gubah. Aku tolong beli barang untuk menggubah je sebab aku diserang gastrik yg serius sehari sebelum majlis.




Ini sirih junjung yang memang meriah amat.





Ini pulak coklat yang adik n akak aku belikan. Sedap lah kot. Aku tak rasa pun.




Body care dan perfume



Ini pula kebanyakan hantaran untuk pihak lelaki. Ada lagi yang belum letak tu.

Aku letak banyak tu aje lah. Malas mahu meng'upload' lagi. Sebab aku mengantuk n aku nak tidur. Nanti aku nak cerita time nikah pula. Ada impian aku sejak kecil tak kesampaian. Huk...Huk...

Tuesday, November 4, 2008

Orang mabuk memang patut kena benam dalam kolam

Memang patut arak tu haram.


Kalau boleh aku nak tolong bakar kilang arak besar dekat Batu 3 tu. Biar semua peneguk-peneguk arak tegar sekalian tak dapat merasa kesedapan air kencing setan tu lagi.



Sedap ke? Bau pun busuk...



Sebab benda alah tu lah subuh-subuh pi'ie aku adik beradik dah buat lari pecut 100 meter. Kalah lah pelari pecut negara.



Kalau kau nak mabuk petai ke, mabuk cinta ke aku peduli apa lah kan. Tapi kalau mabuk arak atau todi aku memang tak boleh nak cope.



Aku ada banyak experience dengan orang mabuk. Maka aku sangat tidak suka kalau orang itu mabuk sampai tak boleh nak berfikir. Mabuk sampai fikiran tak waras.



Nak minum sampai mati pun aku tak kisah asal kan kau tak mengganggu ruang lingkup hidup aku.



Aku pernah kena raba dengan orang mabuk di satu function di hotel tempat aku bekerja part time sebagai banquet waitress. Nasib baik ada kawan-kawan tolong sabarkan aku. Kalau tak memang lah mamat tu aku dah hentak dengan dome sebab masa tu aku rasa kekuatan aku dah melebihi incredible hulk. Tinggal tak bertukar jadi warna hijau aje lagi.



Dan orang mabuk juga pernah tunjuk 'barangnya' yang memang hodoh pada aku. Menyebabkan aku rasa nak muntah. Suwey betul. Hilang ilmu aku tengok 'barang' yang hodoh dan hitam.



Pagi tadi pula aku adik beradik kena kejar dengan orang mabuk masa aku nak hantar kakak aku ke stesen komuter. Aku turun dulu jadi aku sempat masuk dan kunci kereta. Tapi adik dengan kakak aku terpaksa menjerit dan berlari sebab takut kena terkam dengan orang mabuk tu yang dah start ketawa kuat-kuat lepas tu berlari-lari nak terkam adik aku.



Haih, mabuk tu kalau tak kacau orang tak boleh ke?!



Monday, November 3, 2008

Air mata duyung

Kenapa bila sedih mesti menangis?




Tak boleh ke kalau sedih ketawa?


Tak normal ke kalau sedih-sedih tapi ketawa?



Pernah tak kau menangis depan orang ramai?



Aku nak ketawa ni.


Hahahahaha!!!!!




Tapi kenapa air mata yang keluar????






Shit!!!!!



Friday, October 31, 2008

Dinosaur pun tak makan macam kau


Pagi-pagi masuk kerja pukul 8 aku dah makan makaroni goreng dengan sebiji telur mata kuning cair. Adik aku yang amat rajin telah bangun pada pukul 5 pagi untuk memasak walaupun dia tak ada kelas hari ni.


Siapa-siapa rasa nak jadi adik ipar aku boleh cuba.


Aku lupa pulak dekat ofis hari ni bos nak belanja makan. Aku dah menyantap makaroni goreng tadi. Bos belanja apa ek?


Aku jengah-jengah. Bau macam sedap.


Owh...


Mee jawa rupanya.


Aroma mee jawa tu memang buat air hidung menjejeh.


Aku pergi ke belakang. Ambil air teh 'o'.


Uiks... Manis. Lori gula terbabas ke ni?


Aku jeling-jeling mee jawa tu.



+ Jangan makan lah. Tadi baru aje makan kan.


= Tu lah. Tak apalah, minum air aje.


+ Bagus... Bagus... Sedar diri pun dah makin debab.





***Bermonolog dengan diri sendiri...


.....................




"Sedap kan mee jawa ni?"


Aku angguk-angguk sambil menyudu penuh nikmat.


Masa tu baru pukul 10 pagi.


Cis... Aku berjaya menambah berat.




.....................




'Along, teman aku pi bangunan ****'


Aku sms minta sepupu aku teman. Kakak aku suruh belikan borang kerja kosong.





"Kau dah makan belum Long?"


"Aku bekpes makan roti je tadi."


"Kau nak makan kat mana ni?"


"Lepak seksyen 7 baru lah jom."



Masa tu baru pukul 12. Gomen hari ni rehat lama. dari 12.15 sampai 2.45 petang. Aku cabut awal sebab nanti tak sempat nak beli borang kerja kosong tu. Nak pergi petang nanti parking sesuka hati kena saman. Sana susah nak dapat parking.





"Kau tak makan ke?"


"Aku baru aje makan mee jawa kat ofis tadi."


"Oooo..."



Waiter datang.


"Akak dah order?"


"Blum."


"Nak order apa kak?"


"Bagi teh 'o' ais satu."


"Makan?"


"Hmmm..."








"Bihun sup satu lah."



Arghhhh!!!!



Thursday, October 30, 2008

Kawan-kawan, selamat berkhidmat untuk negara. Aku memang tak kuasa nak ikut.


9 November 2008


Tarikh apa lah tu ye?


Ohhh... Aku nikah hari tu.


Barang hantaran dah beli belum?


=Banyak lah jugak yang belum beli.


Eh, ada lagi seminggu lebih je lah.


=Memang pun.



Ahh.. Memikirkan pasal barang hantaran buat aku pening. Hari nikah dah dekat. Tapi yang aku tak beli barang-barang makanan aje macam buah-buahan.



Otak pun dah melayang-layang. Badan dekat tempat kerja. Fikiran ke kampung.


Mak bila aku tanya abah dah pergi jumpa tok kadi ke belum jawapannya, "belum lagi... Abah hang kata ada banyak hari lagi aih."



Arghhh!!! Kalut sungguh aku rasa. Abah memang suka buat kerja last minute. Kalau tanya banyak kali mesti abah marah. Kata aku ni kalut sangat. Aku tak nak lah majlis aku jadi kelam kabut. Tapi perangai abah aku tak boleh nak kata apa dah.



Aku rasa macam nak naik angin aje lah.Takkan aku nak marah-marah abah pulak. Apa jadah nak bergaduh dengan abah time nak dekat nikah. Dah lah dia wali aku. Memang cari nahas.



Dekat ofis ni pun kalut jugak. Time aku dah apply cuti time tu lah macam-macam bengkel dengan course yang wajibkan aku pergi.


'Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan terpilih untuk mengikuti bengkel dan perjumpaan tersebut pada 07-09 November 2008.'


Huwaaaaahhhh... Confirm memang aku tak boleh nak pergi. Sebab bengkel dekat Sepang. Tarikh pulak tak kena langsung lah sebab aku dah start cuti dan tunggang terbalik kat kampung.


Lagi satu yang best... 'Untuk makluman tuan/puan taklimat blahblahblah akan diadakan pada 10-11 November 2008 bertempat di Kota Bharu, Kelantan dan melibatkan blahblahblah. Dengan itu, pihak kami ingin menjemput pegawai-pegawai seperti di LAMPIRAN A untuk menghadiri taklimat tersebut.'



Kawan aku cakap "Apa susah, kau bawak je laki kau turun kelantan sekali. Kita orang nak tengok jugak rupa laki kau."


Hek kau orang lah.


Penang dengan Kelantan macam belakang rumah kau orang aje kot. Kadi cakap sah je aku kena lah rushing pergi airport? Macam tu??



Semua gila. Agak-agaklah nak berkhidmat untuk negara sekali pun.


Wednesday, October 29, 2008

Mata yang dah merah

Di ofis.


Mata dah merah-merah mengadap pc. Nak balik tapi ada bagi kerja pada staf. Kesian kalau aku balik senang lenang tapi anak buah menonggeng-nonggeng siapkan kerja.


Sekarang dah pukul 7. Kalau ikut jam aku lah. Kalau ikut jam ofis ni ada lagi 6 minit sebelum pukul 7.


Aku dah siapkan part aku. Tapi nak balik ke????


Tak sampai hati...


Balik???


Stay???


Balik???


Stay???


Ini lah perangai aku. Selalu tak sampai hati pada orang. Cepat kesian. Nak marah orang pun susah.


Tapi sekali aku dah marah terima lah akibat perbuatan kau.


Aku boleh buat-buat tak kenal kau macam aku tak pernah kenal kau seumur hidup aku.


Tapi hati aku ni cepat lembut jugak. Lama-lama aku maafkan walaupun aku boleh ingat perbuatan kau sampai aku mati.


Macam sekarang aku tengah menimbang-nimbang untuk ajak seorang kawan aku yang dah lama tak bertegur sapa ni ke kenduri kahwin aku.


Bukan sebab aku nak hadiah kahwin lebih ok.


Aku tengah fikir macam mana nak bagi kad kahwin dekat dia ni. Kirim dekat kawan aje ke atau bagi sendiri. Kalau bagi sendiri aku terpaksa menjadi pelakon wanita terbaik untuk pergi jumpa dia dan anggap tak ada benda pernah berlaku.


Hmmmmm....






Mungkin aku hantar guna pos aje lah.


Tuesday, October 28, 2008

kesian tengok tapi aku selalu lupa

Pagi tadi sebelum pergi kerja aku ternampak seekor kucing dekat tong sampah bawah flat aku tinggal.


Kucing tu memang comot sangat lah. Tengah cari makan dalam plastik sampah yang terburai kat tanah. Aku tengok rasa nak nangis. Sebab aku suka kucing macam dia ni jugak.Tak boleh tengok kalau ada kucing yang macam tak cukup makan kat tepi-tepi jalan. Rasa nak kutip dan bela tapi nanti pasti dimarahi tunang aku sebab dia tak suka dengan haiwan comel tu.


Warna kucing tu putih dan hitam. Tapi putih dia dah jadi warna kelabu. Kotor kena habuk. Kurus sangat pulak tu. Aku selalu nak belikan makanan untuk kucing tu. Tapi bila aku balik dah sampai rumah mesti aku lupa.


Hari ni tak taulah aku ingat ke tak kalau singgah mana-mana karang sebab aku banyak benda nak buat. Nak pergi bank, kawan aku belum gaji n "anak kesayangan" dia hospitalized so dia nak pinjam duit untuk bayar bil klinik. Nak ambik kakak aku baru balik kursus kat Melaka. Balik rumah nak masak nasi.


Adik aku sempat masak lauk aje. Dia pesan suruh aku masak nasi sebab dia tak sempat nak pergi fakulti ada kelas.


Nak kena set reminder kot untuk beli makanan untuk kucing tu. Kesian dia lapar. Punggah tong sampah. Sampai warna putih pun dah bertukar kelabu asap.

Thursday, October 23, 2008

Kalau tak minum susu nanti tulang rapuh tapi susu sekarang pun ada melamine.

Belakang n bahu aku lenguh semenjak dua menjak ni. Aku rasa sebab aku banyak mengadap pc untuk buat kerja.



Tapi minggu lepas (aku tak ingat hari apa) aku tengok Medik TV. Cerita pulak pasal sindrom bahu lenguh.



Dah ada ala-ala seriau lah tengok orang kena bedah walaupun cita-cita tak tercapai nak jadi doktor tu macam obor sukan olimpik lagi.



Aku dah rasa macam aku ada kait-mengait dengan penyakit tu. Bila baca artikel pun macam banyak aje yang sama.



Kalau nak tau lebih lanjut klik kat sini sebab aku nak terangkan pun aku bukan doktor. Lagi pulak adik aku ada yang sakit bab-bab tulang ni. Tak banyak sikit pun mesti kakak dia ada kena mengena.



Nak kata kurang kalsium tu mungkinlah kot. Sebab aku tak berapa berminat sangat nak minum susu. Lagi-lagi susu segar. Kalau susu coklat tu boleh lah jugak aku nak telan sebab dia ada rasa sedap-sedap sikit.



Coklat pun bukan cinta hati aku. Aku makan coklat bila ada mood aje.



Lagi pulak sekarang kecoh pasal susu ada melamine. Bukan susu aje, coklat dan jajan-jajan pun ada jugak tu yang ada melamine ni. Penambah perisa di samping penambah penyakit.



Jadi kau orang yang rasa dah macam senget-senget tu jangan ambil mudah lah ye. Mana tau kau orang pun kena sindrom bahu lenguh especially wanita-wanita.



Aku nak balik. Nak minum susu.

Wednesday, October 22, 2008

Company boleh lingkup kalau aku bercuti????

Tekanan perasaan!!





Kerja banyak....





Otak aku dah tepu....





Nak cuti nikah pun bos tak faham...(macam dia tak pernah kahwin.)



Sibuk nak persoalkan kenapa aku cuti lama-lama. Bos cakap, padahal nak bernikah je. Bukan kenduri pun.





Ini reason aku:



~~Aku nikah dekat kampung, Penang. Aku sekarang kerja dekat Selangor. Dari Penang ke Selangor dah 5 jam bagi aku yang amat beretika di jalanan. (Pada yang bawak kereta laju gila babi 3 jam dah boleh sampai. Lepas tu standby bayar saman lah.)



Macam Penang tu dekat belakang rumah sewa aku aje lah kalau nak aku cuti 1 hari.





~~Aku bagi hantaran time nikah. Tak ada siapa nak tolong beli barang hantaran dekat kampung. Semua aku beli dekat sini.





(Nasib baik kakak dengan adik aku tolong)





Nak gubah lagi. Ingat aku banyak masa ke nak buat semua tu. Kerja pun dah berlonggok. (tapi sempat lagi berblogging. heheh..)





~~Aku nak balik kampung buat facial n persediaan nak nikah. Baju nikah yang aku tempah pun aku tak fitting lagi. Kalau tak muat sebab aku dah semakin debab boleh lah nak repair.





[kawan aku tanya kau tak takut ke nak bernikah? Takut apa. Lagilah aku suka. Hahaha... Tapi tak taulah kalau menjelang time nikah aku diserang ketakutan pulak.]





~~Aku punya cuti suka hati akulah bila aku nak ambil. Macam bos tak pernah cuti lama-lama.





~~Aku nak settle terus hal kenduri bulan 12. Bunga telur pun aku tak beli lagi. Apa kes???





~~Nak spend masa dengan suami lah lepas nikah. Kata pun dah nikah, takkan tak boleh nak ehem..ehem... Bukan zaman dulu-dulu nak nikah gantung takut muka tak berseri atas pelamin kot. Lagi pun majlis aku tak ada sanding-sanding. Pelamin buat tangkap gambar je.



Lagi pun lepas ni aku dengan suami buat PJJ [Perkahwinan Jarak Jauh]. Nak lah habiskan masa lama-lama sikit. Bukan aku stay sekali dengan suami. Itu pun tak faham-faham.





So, aku rasa tak salah kalau aku ambik cuti sampai 6 hari tu.





Kalau aku tak ada ofis boleh lingkup kot??





Friday, October 17, 2008

U ni mix ke? Tak nampak macam mix pun.


Aku memang mix. Mix mak dengan abah aku. Bugis campur Rawa.



Soalan tu memang dah buat kebas telinga aku. Asal orang dengar nama aku mesti tanya macam tu. Atau pun...



"Awak asal Jepun ke?"



"Mak or ayah awak orang Jepun ke?"



"Kenapa nama pelik sangat?"



"Mesti ada sebab parents awak letak nama macam tu"



Ye... Semuanya sebab nama aku yang pelik. Dalam adik beradik yang 8 orang cuma kakak, aku dengan adik nombor tiga je yang nama pelik.



Soalan kat atas soalan yang biasa aku dengar dari zaman aku tadika sampai lah sekarang. Masa interview nak kerja pun orang tanya.



Pernah masa kecik aku terfikir nak pergi pejabat pendaftaran angkat sumpah tukar nama. Sebab dah tak larat nak jawab soalan orang. Kawan-kawan mengejek lagi. Kadang-kadang terfikir kenapa lah abah bagi nama macam tu dekat anak dia. Kesian aku yang menanggung ni.



"Kutu..Kutu.."



"Hoi, Buku!"



"Haha.. Nama dia Kufu."



"Kookoo... Kookoo... Mcm burung pulak. Hahahahah!"



Bila aku cerita dekat abah, abah senyum je.



"Biaq pi lah depa nak kata apa."



Kata abah.



Paling tak boleh lupa zaman sekolah and study dekat U. Cikgu dengan lecturer semua ingat nama aku. Time soalan-soalan kena tanya mesti nama aku naik dulu. Memang tak boleh lari lah walau pun aku tak dapat jawab. Aku ni tak berapa nak cerdik sangat. Tapi dah nasib nama aku glamour. Lecturer yang aku baru first time jumpa pun akan kata...



"Oh..So you ni la yg nama macam jepun tu ye..."



Ye... Nama aku pelik. Macam nama Jepun. Dan sama sekali aku tak ada keturunan Jepun. Mak aku Bugis, abah aku Rawa. Tak tau lah kalau dalam Malaysia ni ada lagi nama macam aku. Sebab aku tak pernah cari. Malas pula nak cari.



Tapi aku pernah dengar ada satu nama tu, Wira Pahlawan Negara. Lagi best.



Aku pernah juga tanya abah, kenapa bagi nama aku macam ni. Abah senyum lepas tu dia jawab "Dasar Pandang ke Timur".



So, setiap kali orang tanya aku kenapa nama aku macam tu aku akan jawab, dasar pandang ke timur. Time pergi interview pun aku jawab macam tu juga.



Lepas tu bersedialah pulak aku nak jawab, "Apa yang awak tau pasal dasar pandang ke timur?"



Kadang-kadang aku tak puas hati jugak dengan jawapan abah. Aku tanya lagi kenapa abah bagi nama pelik dekat kami bertiga.



"Tak apalah nama pelik. Senang orang nak ingat dan kenai. Manalah tau, abah bagi nama macam Jepun nanti hangpa dapat pi Jepun ka."



Itu jawapan abah. Aku rasa abah mesti teringin sangat nak pergi ke Jepun. Tapi hakikatnya tak seorang pun anak abah pernah sampai ke Jepun. Buat masa sekarang lah. Tak tau lagi kalau in the future, ada rezeki lebih aku dapat ke sana.



Tengok lah ye bah. Mana tau nanti anak abah dapat pergi ke Jepun bawa abah makan angin ke sana.



Thursday, October 16, 2008

Hai, Lama Cuti Nampak?!


"Aku nak cuti lama pun suka hati akulah!"



Nak aje aku jawab macam tu. Tapi yang tanya tu bos besar. Jadi aku jawab dalam hati ajelah.



Lokasi kejadian di cafe parlimen. Saat soalan ditanya, aku baru nak menyuap nasi ke mulut.Potong stim betul. Sudah lah masa tu perut aku boleh tahan lapar. Terus hilang rasa lapar kena perli mcm tu.



Semuanya sebab aku apply cuti untuk nikah bulan depan. Aku dah apply awal-awal. Senang... Nanti tak adalah orang sibuk-sibuk nak bagi kerja last minit kat aku. Dan boleh lah aku bercuti dengan aman sentosa.



Aku apply cuti tak lama pun. 6 hari aje. Dari 5hb sampai 12hb. Nak siapkan barang-barang hantaran. Sebab aku punya barang hantaran serah time nikah. So, terpaksa lah aku cuti lama sikit. Aku nak settlekan terus hal kenduri bulan 12 nanti. Bulan 12 nanti tak adalah aku cuti lama-lama sangat.



"Saya dulu cuti tak lama pun. 1 hari aje. Eh, saya tak amik cuti pun. Saya nikah 31 Ogos, time merdeka."



Muka aku dah macam apa dah. Malu dengan kawan 1 ofis yang dengar. Macam aku ni kemaruk sangat nak berlaki sampai cuti lama-lama. Tapi ok lah, tunang aku dekat Penang. Aku dekat Selangor. Bukan selalu jumpa pun. Apa salahnya aku cuti lama sikit.



"Masa tu highway ke Johor pun tak siap lagi."



Aku dah mula rasa nak angkat kaki. Tapi nampak tak sopan lah pulak. Itu bos. Bos balik sarung baju melayu salam tok kadi, tak payah fikir apa dah. Perempuan ni lain sikit. Nak facial lagi. Kasi comel-comel. Walaupun muka tak cantik mana. Lulur lah, mandi susu lah. Nak bagi ayu. Nak fikir gubahan hantaran lagi walaupun bukan aku yang gubah. Kalau tak cantik kena kutuk.



"Nanti time kenduri awak dah tak ada cuti."



Sebab aku dah budget cuti lah aku berani ambil cuti lama.



"Betul tu bos. Saya dulu pun tak cuti lama."



Ewah.. Ada pulak tu nasi tambah. Nak aje aku sekeh-sekeh. Tapi dia bos kecil pulak. Kalau ada award untuk nasi tambah ni memang boleh bagi pada dia lah.



"Saya bagi barang hantaran time nikah bos. Sebab tu cuti lama sikit. Lagi pun takde siapa yang nak tolong handle. Barang pun banyak tak beli lagi."



Aku tengok bos terdiam. Lepas tu dia angguk-angguk kepala. Tu lah, lain kali tunggu aku jawab dulu. Aku simpan cuti lama tau. Dari awal tahun aku jarang cuti. Sebab nak simpan cuti untuk kahwin.



Lama sikit tu pasal aku nak beromantika d'amor dengan husband aku nanti. Takkan lah tak faham. Kami ni nanti dah kahwin pun duduk jauh. Nak minta transfer mesti lambat baru dapat.



Tak lama lepas tu aku dapat makan dengan aman.



Sebab bos aku dah tak bersuara dah lepas tu.



Tuesday, October 14, 2008

Friday, October 10, 2008

Terdengar Guruh Di Langit, Air Tempayan Dicurahkan


Aku dekat ofis. Nak balik tak boleh. Bunyi guruh berdentum kuat gila. Aku memang seriau dengar bunyi guruh. Ternampak kilat belah langit depan mata lagi lah aku allergic. Sebab tu aku tak nak balik lagi walaupun ada kereta.



Nanti tak pasal-pasal aku drive terbabas masuk longkang. Masuk longkang tak apa lagi. Kalau aku terlanggar orang lain macam mana pulak?



Jadi untuk mengelakkan probability bakal menyebabkan accident aku buat keputusan duduk dalam ofis. Tunggu hujan reda.



Tapi aircond ofis ni memang macam taik juga lah. CC aku cakap x payah repair lah. Tunggu aje sampai pindah ofis baru. Bagus sungguh idea orang tua tu. Tak nak keluar duit repair aircond. Tak tau berkuap satu ofis ni. Berpeluh ketiak tau.



Berpeluh kalau tak keluarkan aroma tak apa. Cuba orang yang bau badan "harum semerbak"? Kan dah mengganggu sistem pernafasan insan-insan yang berkongsi oksigen dalam ofis ni. Shish...



Bila dah hujan ni lapar pulak.



Cepat lah hujan berhenti.



Aku nak ke pasar malam.



Beli nasi campur Haji Askan.



Thursday, October 9, 2008

Wajah Yang Bakal Rentung

"Korang buat la jadual untuk kerja luar tu. Saya rasa start minggu depan sampai 29hb awak kena pergi kerja luar."



Habis lah.... Kulit aku yang dah sedia gelap akan bertambah rentung.



Pasti akan nampak berbelang time nikah nanti.



TIDAK!!!!!!!




Monday, October 6, 2008

Sorang aje ke?

"Ha'ah, sorang je."




Soalan dari salah seorang staf dekat dalam ofis masa masuk kerja pagi tadi.



Dalam bilik aku hari ni ada aku sorang je. Staf aku yang sorang datang tapi dia duduk dekat luar bilik. Dalam bilik ni panas. Air cond rosak. Entah bila nak repair aku pun tak tau.



Staf sorang lagi rasanya masih dalam mood raya. Still bercuti. And sorang pegawai yang kongsi bilik dengan aku pulak "missing in action". Confirm lah ambil emergency leave tu. Memang tak ramai orang lagi dekat dalam ofis hari ni. Parking pun lengang. Tak macam hari-hari biasa. Jadi aku boleh lah cari parking yang dekat sikit. Tak adalah nak panjat bukit tinggi-tinggi sangat.



Aku balik dari kampung bertolak hari sabtu pukul 11 malam. Awal-awal perjalanan smooth je keadaan highway. Tunang aku lah yang mula-mula drive. Sampai hentian mana entah dia suruh aku bawak pulak. Dia cakap nanti tukar balik. Dia nak tidur lah kot. Tak apalah. Aku pun drive ajelah.



Sampai aje dekat Bukit Gantang tiba-tiba aku brake mengejut. Yee..... Adakah aku dah terpandang situasi yang memang aku tak gemar. Pastilah jalan jammed. Ades.. Kebetulan pulak aku yang drive. Di saat-saat kritikal macam tu lah fikiran aku melayang-layang. Tu lah, masa beli kereta tak nak beli kereta auto. Sekarang, padan muka aku.



Tunang aku dekat sebelah dah tersengih-sengih macam kerang busuk. Tensi sungguh. Adik-adik n kakak aku dekat belakang pastilah tak rasa apa-apa. Sebab diorang mana nak drive. Adik-adik aku tak ada lesen. Kakak aku lesen full tapi Ya Rabbi, takut gila nak drive. Sampai sekarang dia tak pernah drive kereta lepas aku menjerit masa dia try bawak kereta lepas dapat lesen dulu. Aku saje nak main-main. Padan lagi lah dengan muka aku. Lagi aku jaki bila dengar diorg berdengkur. Memang hampeh sangat lah.



Dari Bukit Gantang tu memang gear satu, gear dua. Nak masuk gear tiga adalah sekali sekala. Gear empat terima kasih ajelah. Langsung aku tak sentuh. Muka aku dah pucat-pucat dalam kereta. Kaki pulak rasa macam nak tercabut. Lenguh macam baru je mendaki gunung everest.



Lepas tu pulak ada driver yang memang dapat lesen terbang agaknya buat darah aku mendidih. Malam tu sebakul caci maki aku hadiahkan pada driver-driver yang memang tak pergi sekolah tu. Ada ke memotong dekat emergency lane. Siapa ajar entah. Budus! Kereta aku bercalar nanti siapa nak bayar. Kau? Sudah lah kereta baru.



Ye, dan penyebab jammed tu buat aku nak hantuk kepala ke steering kereta. Adakah jammed sebab orang ramai nak berhenti dekat R&R Sungai Perak yang dah kena tutup untuk renovation tu. Stesen minyak aje yang buka pun. Sampai dekat Sungai Perak aku pun stop jugak. Coz aku dah memang sangat-sangat tak tahan n rasa nak keluarkan segala isi perut aku. Mana taknya, dalam kereta yang beraircond aku berpeluh. Tunang aku pulak ambil alih. Tapi yang buat aku angin keluar aje balik ke highway jalan tak jammed pun. Huwaaaa!!!!!



Sampai dekat Tapah tunang aku stop lagi. Dia ke toilet. Rupa-rupanya dia mengantuk. Drive pun dah tersengguk-sengguk. Aku tak sedar pun pasal aku kat sebelah tidur. Penat pasal jammed lah kononnya. Lagi sekali aku jadi driver. Aku mengantuk lagi sebenarnya. Tapi bantai ajelah.



Finally, sampai jugak ke destinasi. Bertolak dari pukul 11 malam sampai pukul 6.30 pagi. Adalah dalam 7 jam aku bersarang dalam kereta. Biasa 4-5 jam aje. Memang sampai rumah sewa aku dah terbaring. Penat sangat-sangat lah.



Hari ni pulak kerja. Tapi mood raya tak habis lagi. Kuih raya pun banyak lagi dekat rumah. Semalam aku dah ada niat jahat nak EL, kalau tak aku nak cari klinik yang boleh bagi aku MC dengan alasan yang tak konkrit. Tapi hati aku cakap, "tak baik amiys...tak baik...jangan...".



So, dekat ofis lah aku sekarang sebab hati aku yang baik lagi cute ni dah buat aku serba salah kalau tak datang kerja.



Kerja sambil makan kuih raya.



Best jugak.


Friday, September 26, 2008

It's Time!

Di kesempatan ni aku nak ucapkan pada semua yang jenguk blog aku



"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...



MAAF ZAHIR DAN BATIN..."



Nak berpantun memang aku lambat sikit lah kan. Jadi terimalah ucapan yang tak seberapa tapi ikhlas ni.

Mari Pulang Ke Kampung!!!


Esok pagi lepas sahur aku berangkat pulang ke kampung, balik penang. Dah sebulan aku tak balik. Balik ni pun sebab nak raya. Kalau tak mesti cuti aku tak approved sebab kerja yang berlambak hasil kebijakan orang ibu pejabat. Mencik betul la!




Hari ni mood kerja aku sudah terbang entah ke mana. Dengan kepala yang pening tiba-tiba ni rasa memang tak ada mood lah nak buat kerja. Tadi pun aku dah mengular. Aku keluar pergi hantar kereta ke bengkel. Padahal baru je servis. Konon-konon nak check sebab nak balik kampung. Buat la alignment dengan balancing sekali. Check tak ada lah lama. Tapi bab buat alignment dengan balancing tu haruslah aku tunggu sampai dekat 2 jam. Kereta banyak sangat kata tokeh bengkel tu. Tak apa lah. Daripada aku duduk kat ofis maki bos aku sebab potong cuti rehat aku time bulan puasa ni baik aku jalan-jalan.





Ofis aku ni dah agak sunyi. Budak-budak sabah sarawak dah selamat sampai ke kampung 2 hari lepas. Budak-budak pantai timur pun semalam dah tersengih-sengih dalam bas. Siap dapat time off lagi tu. Huhuhu... Aku lah yang tercangak-cangak dekat ofis ni.




Kuih raya nak bawak balik kampung pun dah ada. Habis RM300 aku spend untuk kuih raya sahaja. Makan kuih raya sampai pengsan gamaknya. Habis lah, kereta aku penuh dengan kuih raya. Mesti tunang aku membebel sebab dia yang nak drive. Awal-awal dia dah pesan jangan bawa barang banyak-banyak. Nanti berat. Tapi biasa lah, aku ni degil. Heheh...




Okeh, kuih raya dah ada. Apa lagi yang tak ada ek? Baju raya? Hmmm... Dah ada tempah dekat kampung. Kasut raya lah yang tak ada lagi ni. Mana boleh tak ada kasut raya. Harus beli ni. Tunggu lah, beli kat kampung je. Tudung raya pun sama. Duit raya nak bagi adik-adik n anak buah je aku tak prepare lagi. Nasib baik baru sorang anak buah. Mesti kakak aku demand lebih ni. Cucu sulung lah katakan.




Aku betul-betul sakit kepala lah. Nak tido kejap. Rehat gomen kan lama hari jumaat yang mulia ni. ZzZzZz....

Thursday, September 25, 2008

Pagi Yang Tak Cerah


Aku baru je nak bermesra-mesra dengan dunia blogosfera. Setelah sekian lama mood untuk menulis hilang lepas masuk U. Membaca pun aku tak suka.



Dulu masa sekolah rendah dan menengah aku suka sangat menulis. Tapi bila masuk universiti minat aku mulai pudar. Mana taknya, hari-hari aku mengadap nombor. Walaupun aku sangat-sangat tak suka dengan nombor masa zaman sekolah. Entah macam mana masuk U aku ditawarkan jurusan diploma sains matematik seterusnya aku sambung pula degree juga dalam bidang matematik. Jadi otak aku dah dipenuhi dengan angka dan segala macam nombor, formula-formula matematik, sifir dan sebagainya.



Sebenarnya masa mula-mula dapat tawaran diploma tu aku ditawarkan diploma multimedia. Bunyi macam best so aku pun hantar balik surat setuju terima tawaran. Tapi bila sampai yuran nama course dah jadi lain. Disebabkan aku masa tu kemaruk nak sambung belajar aku pun terima je lah. Tak sangka pula rupa-rupanya course tu memang menyebabkan aku biol sampai lah habis degree.




Kerja sekarang pun main-main dengan angka juga. Hidup aku memang tak boleh lari dari angka agaknya.



Disebabkan kerja ni juga lah pagi yang cerah dah jadi tak cerah pada aku.




Sebab cuti ganti yang aku pohon untuk raya bos tak bagi. Dia potong juga cuti rehat aku. Padahal tak salah pun guna cuti ganti untuk cuti raya. Mazhab mana yang dia ikut kata tak boleh aku pun tak tau. Sengal betul.





Tak tau ke dia aku nak simpan cuti nak kahwin ni. Kejam betul lah.




Dah tinggal 20 hari je cuti aku. Sudah lah nikah dan kenduri selang sebulan. Dengan preparation yang masih tunggang langgang.




Pagi aku semakin tak cerah dengan berita 'baik' dari pegawai aku untuk kerja yang datang setinggi gunung kinabalu, standby untuk lepas raya. Perlu disettlekan penghujung bulan Oktober.




Agak-agak boleh tak kalau aku cabut kerja hari ni. Otak aku serabut lah.