"Aku nak cuti lama pun suka hati akulah!"
Nak aje aku jawab macam tu. Tapi yang tanya tu bos besar. Jadi aku jawab dalam hati ajelah.
Lokasi kejadian di cafe parlimen. Saat soalan ditanya, aku baru nak menyuap nasi ke mulut.Potong stim betul. Sudah lah masa tu perut aku boleh tahan lapar. Terus hilang rasa lapar kena perli mcm tu.
Semuanya sebab aku apply cuti untuk nikah bulan depan. Aku dah apply awal-awal. Senang... Nanti tak adalah orang sibuk-sibuk nak bagi kerja last minit kat aku. Dan boleh lah aku bercuti dengan aman sentosa.
Aku apply cuti tak lama pun. 6 hari aje. Dari 5hb sampai 12hb. Nak siapkan barang-barang hantaran. Sebab aku punya barang hantaran serah time nikah. So, terpaksa lah aku cuti lama sikit. Aku nak settlekan terus hal kenduri bulan 12 nanti. Bulan 12 nanti tak adalah aku cuti lama-lama sangat.
"Saya dulu cuti tak lama pun. 1 hari aje. Eh, saya tak amik cuti pun. Saya nikah 31 Ogos, time merdeka."
Muka aku dah macam apa dah. Malu dengan kawan 1 ofis yang dengar. Macam aku ni kemaruk sangat nak berlaki sampai cuti lama-lama. Tapi ok lah, tunang aku dekat Penang. Aku dekat Selangor. Bukan selalu jumpa pun. Apa salahnya aku cuti lama sikit.
"Masa tu highway ke Johor pun tak siap lagi."
Aku dah mula rasa nak angkat kaki. Tapi nampak tak sopan lah pulak. Itu bos. Bos balik sarung baju melayu salam tok kadi, tak payah fikir apa dah. Perempuan ni lain sikit. Nak facial lagi. Kasi comel-comel. Walaupun muka tak cantik mana. Lulur lah, mandi susu lah. Nak bagi ayu. Nak fikir gubahan hantaran lagi walaupun bukan aku yang gubah. Kalau tak cantik kena kutuk.
"Nanti time kenduri awak dah tak ada cuti."
Sebab aku dah budget cuti lah aku berani ambil cuti lama.
"Betul tu bos. Saya dulu pun tak cuti lama."
Ewah.. Ada pulak tu nasi tambah. Nak aje aku sekeh-sekeh. Tapi dia bos kecil pulak. Kalau ada award untuk nasi tambah ni memang boleh bagi pada dia lah.
"Saya bagi barang hantaran time nikah bos. Sebab tu cuti lama sikit. Lagi pun takde siapa yang nak tolong handle. Barang pun banyak tak beli lagi."
Aku tengok bos terdiam. Lepas tu dia angguk-angguk kepala. Tu lah, lain kali tunggu aku jawab dulu. Aku simpan cuti lama tau. Dari awal tahun aku jarang cuti. Sebab nak simpan cuti untuk kahwin.
Lama sikit tu pasal aku nak beromantika d'amor dengan husband aku nanti. Takkan lah tak faham. Kami ni nanti dah kahwin pun duduk jauh. Nak minta transfer mesti lambat baru dapat.
Tak lama lepas tu aku dapat makan dengan aman.
Sebab bos aku dah tak bersuara dah lepas tu.
No comments:
Post a Comment