SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, October 17, 2008

U ni mix ke? Tak nampak macam mix pun.


Aku memang mix. Mix mak dengan abah aku. Bugis campur Rawa.



Soalan tu memang dah buat kebas telinga aku. Asal orang dengar nama aku mesti tanya macam tu. Atau pun...



"Awak asal Jepun ke?"



"Mak or ayah awak orang Jepun ke?"



"Kenapa nama pelik sangat?"



"Mesti ada sebab parents awak letak nama macam tu"



Ye... Semuanya sebab nama aku yang pelik. Dalam adik beradik yang 8 orang cuma kakak, aku dengan adik nombor tiga je yang nama pelik.



Soalan kat atas soalan yang biasa aku dengar dari zaman aku tadika sampai lah sekarang. Masa interview nak kerja pun orang tanya.



Pernah masa kecik aku terfikir nak pergi pejabat pendaftaran angkat sumpah tukar nama. Sebab dah tak larat nak jawab soalan orang. Kawan-kawan mengejek lagi. Kadang-kadang terfikir kenapa lah abah bagi nama macam tu dekat anak dia. Kesian aku yang menanggung ni.



"Kutu..Kutu.."



"Hoi, Buku!"



"Haha.. Nama dia Kufu."



"Kookoo... Kookoo... Mcm burung pulak. Hahahahah!"



Bila aku cerita dekat abah, abah senyum je.



"Biaq pi lah depa nak kata apa."



Kata abah.



Paling tak boleh lupa zaman sekolah and study dekat U. Cikgu dengan lecturer semua ingat nama aku. Time soalan-soalan kena tanya mesti nama aku naik dulu. Memang tak boleh lari lah walau pun aku tak dapat jawab. Aku ni tak berapa nak cerdik sangat. Tapi dah nasib nama aku glamour. Lecturer yang aku baru first time jumpa pun akan kata...



"Oh..So you ni la yg nama macam jepun tu ye..."



Ye... Nama aku pelik. Macam nama Jepun. Dan sama sekali aku tak ada keturunan Jepun. Mak aku Bugis, abah aku Rawa. Tak tau lah kalau dalam Malaysia ni ada lagi nama macam aku. Sebab aku tak pernah cari. Malas pula nak cari.



Tapi aku pernah dengar ada satu nama tu, Wira Pahlawan Negara. Lagi best.



Aku pernah juga tanya abah, kenapa bagi nama aku macam ni. Abah senyum lepas tu dia jawab "Dasar Pandang ke Timur".



So, setiap kali orang tanya aku kenapa nama aku macam tu aku akan jawab, dasar pandang ke timur. Time pergi interview pun aku jawab macam tu juga.



Lepas tu bersedialah pulak aku nak jawab, "Apa yang awak tau pasal dasar pandang ke timur?"



Kadang-kadang aku tak puas hati jugak dengan jawapan abah. Aku tanya lagi kenapa abah bagi nama pelik dekat kami bertiga.



"Tak apalah nama pelik. Senang orang nak ingat dan kenai. Manalah tau, abah bagi nama macam Jepun nanti hangpa dapat pi Jepun ka."



Itu jawapan abah. Aku rasa abah mesti teringin sangat nak pergi ke Jepun. Tapi hakikatnya tak seorang pun anak abah pernah sampai ke Jepun. Buat masa sekarang lah. Tak tau lagi kalau in the future, ada rezeki lebih aku dapat ke sana.



Tengok lah ye bah. Mana tau nanti anak abah dapat pergi ke Jepun bawa abah makan angin ke sana.



2 comments:

CiK BeN`z said...

yuhuuuuuuuuuuuuuu!!! ceh...apsal aku x ter-link kn ko nye blog nih! bz2 rajin gak updates ekk..ehehehhe...

AmiYs said...

cik ben`z - aku bru je kenal dunia blogosfera ni.. haha! igt nak main aci nyorok tp jumpa jgk ek.

otak tepu. sebab tu update. :D