SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, November 27, 2008

Kenapa mesti minta bantuan jika tak perlu


Aku masih menaip di atas lantai. Pinggang dah rasa nak patah. Request meja dah sampai berbuih mulut.


Aku punya cuti dah approved sebab aku yang degil ni hantar juga borang tanpa ubah apa-apa tapi dengan syarat. Siapkan semua kerja sebelum bercuti. Oh... Baiklah bos. Kalau itu yang kamu mahu. Aku sanggup berkorban apa saja demi bangsa dan negara.


Macam bagus kan ayat tu.


Macam lah sebelum ni aku pernah tak siapkan kerja sebelum bercuti. Aku siapkan okeh.


Aku memang suka turun buat field work. Memang suka lah membantu rakyat negara kita ni. Tapi hanya yang betul-betul memerlukan bantuan.


Sebab rakyat negara kita ni bukannya ramai yang miskin tapi ramai yang suka buat-buat miskin. Nak mengharapkan bantuan. Pernah aku turun ke sebuah kampung untuk meninjau rumah untuk dibaiki. Dan tersampai lah ke sebuah rumah yang pernah memohon untuk dibaik pulih rumahnya.


Oh... Rumah dah cantik. Tak perlu dibaik pulih. Memang bagus sangat nak melindungi diri dan keluarga dari hujan panas. Lantai mar-mar. Berkilat...


"Depan ni aje yang nampak cantik cik. Belakang tu teruk."


Aku tinjau pula ke belakang rumah. Bahagian belakang memang dah agak teruk tapi sebenarnya dah tak digunakan. Dah nak dirobohkan pun.


"Saya sayang nak robohkan belakang ni. Lagi pun saya tak pernah lagi merasa dapat bantuan ni. Harap-harap dapatlah ye."


Aku tersengih sumbing.


Pada aku kalau rumah tu dah cantik dan selesa apa perlu kau nak menambah dengan mengharapkan bantuan. Kira bagus lah dah ada rumah. Orang yang duduk dalam kandang kambing tu macam mana pula?


Aku tak kisah kalau kau memang miskin tahap daif, rumah dah boleh nampak langit biru di mana-mana. Aku akan bersimpati dan tolong apa yang patut.


Tapi yang tak patut dapat itu lah yang sibuk-sibuk memohon. Tak fikir orang lain ke?


Kenapa mentaliti perlu begitu.


Ada juga yang bagus. Aku tak nafikan. Rumah memang dah uzur sangat-sangat. Tapi ayat dia buat aku terharu.


"Pakcik rasa ada lagi orang yang perlukan bantuan lebih daripada pakcik. Rumah pakcik ni ok lagi. Tak apa lah cik."


Pakcik itu tak mengharapkan bantuan sebab dia kata dia masih ada tulang empat kerat yang Tuhan anugerahkan untuk mencari rezeki. Ye, aku kagum dengan pakcik itu.


Entah berapa ramai lagi yang masih bersikap macam pakcik tu kan.


2 comments:

b3nz said...

aku tag ko!

org yg x reti dek untung tu x payah ditolong. mungkin, aku bleh jugak mintak bantuan.

"cik, saya xde umah cik" kehkehkeh

Unknown said...

spesis manusia yg mcm pakcik tuh memang makin berkurangan..kalo dah raja kertas penuh kat hati,susah nak nmpk langit itu warna biru...