SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, May 22, 2013

Interview Hari Ni Setel

Assalamualaikum

Aku sepatutnya menginterview orang seharian hari ni. Tapi disebabkan tak ramai yang datang maka tengahari tadi dah setel. Kita tunggu esok pulak ye. Esok pun ada lagi sesi menginterview ni. Sehari jugak.

Tak ramai yang tau pasal info tak meluas. Lagi pun kekosongan ada la 30 je kot. Untuk pegawai sambilan harian a.k.a pembantu perangkaan sambilan. Kalau rasa nak cuba nasib sila la datang. Tingkat 6, bangunan persekutuan jalan anson, pulau pinang. Start pukul 9 pagi ye kawan-kawan.

Pulak tu tadi ada responden call. Speaking pulak tu. English aku ni dah lama tak diasah. Berterabur sungguh. Confirmmmmm sangat kena masuk kelas bahasa inggeris balik. Adesssss...

Dan aku tak lunch pun lagi. Nak lunch apa dah pukul 3 petang ni. Nasi confirm tak ada dah kat kafe tu. Kerepek banyak la.

Oh, dan tolong doakan kesihatan bapa sorang member aku yang masuk hospital sebab strok. Baru keluar dari ICU. Aku pun tak berkesempatan lagi nak melawat. Padahal bukan jauh nau hospital tu dari opis. Sob... Sob...

Ok la, aku nak buat keja lain pulak. Nak setel sebelum cuti Wesak ni. Koser sangat naik cuti nak buat keja banyak-banyak kan. Sementara ada masa ni baik la kita siapkan.

 

1 comment:

K.A. said...

umaigudnisss...terlupa yang jumaat ni cuti... :'( kena siapkan keje cepat le ni...kalau tak, bakal diganggu 'nyamuk'...huu