SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, May 30, 2013

Kentut ;p

Assalamualaikum

Ni kisah pagi tadi. Aku kan pagi-pagi hantar anak bertuah 2 orang tu pi rumah pengasuh. So, on da way dalam kereta tetiba dengar bunyi,

'Prottt'

Aku toleh tengok Amir. Amir tengok aku. Hana gelak-gelak.

'Eeee... Adik kentut ek?' aku tanya.

Hana gelak je. Sah la tu dia kentut. Sabor je ummi oiii.... Tiba-tiba Amir pulak bersuara.

'Ummi, Amir pun kentut jugak. Hehehe..'

Ades la, boleh korang kentut berjemaah dalam kereta ye. Tak lama lepas Amir cakap dia kentut tu aku terbau sesuatu yang kureng enak. Hahaha! Pasti la bau busuk.

'Eeee... Busuk. Apa ni Amir. Kentut busuk. Adik kentut tak bau pun.'

'Mesti la busuk Ummi. Bontot Amir kan lagi besar dari bontot adik.'

Adoi! Hahahahahahaha! Aku gelak macam dah nak menangis dengar Amir cakap. Mulut budak sorang ni memang tau. Memang banyak je ayat dia tu yang tak terjangkau dek fikiran aku.

Rupanya bukan pasal Amir kentut yang bau busuk tu. Adik Hana dia berak. Huhuhu...

 

Wednesday, May 29, 2013

Penuh Pulak Homestay Ye

Assalamualaikum

Haaa... Dah petang baru reti nak update kan senah. Hahaha! Ni namanya dedikasi terhadap tugas. Kohkohkoh.. Sila muntah berjemaah.

Pagi tadi ada meeting. Lepas meeting ada discussion pulak. Discuss pasal journal. Kena buat journal nok. Huuwaaaa!!! Rasa seperti kembali ke alam study. Kena cari literature review la, karang abstract la, kira itu ini la. Ohhh... Otak dah la berkarat.

Lepas tu teringat next week aku kena ke Putrajaya pulok. So, gigih la kumpul no fon segala mak nenek homestay. Sebab kat Putrajaya tu nak stay mana. Pullman? Menggigil aku nak bayar kos 2 malam tau.

Tapi alangkah kuciwanya hatiku. 7 homestay aku call. Tujuh-tujuh penuh tarikh yang aku nak book. Why??? Why??!!! Aku tau la cuti sekolah. Tapi mengapakah cuti sekolah perlu bercuti di Putrajaya. Huhuhu... Takkan korang pi melahu kat Alamanda kot.

So, terpaksa la mensasarkan tempat penginapan ke tempat lain. Cari kat Kajang le pulak. Tempat biasa orang-orang opis stay kalau pi HQ. Alhamdulillah, ada lagi kosong. Mak lega sangat. Dah la aku nak angkut laki n anak-anak. Takkan nak stay Shah Alam lepas tu nak ulang alik Putrajaya. Senak perut laki aku karang. Dengan nak jaga hero heroin yang lasak tu. Hohohoi... Pitam.

Jadi maybe ke Kajang la kita ye. Aku dah booking bilik. Harga pun patut padan la dengan poket aku yang jarang-jarang nak tebal. Kahkahkah!

Ok, mau kemas barang. Esok last day keja. Yuhuuuuu... Jumaat saya bercuti. Korang-korang yang lain selamat la bermeeting Jumaat ni ye. Koser sangat aku nak kensel cuti. Bos dah hint-hint tanya siapa nak present report kalau aku cuti. Ehhhh... Aku dah siapkan slide awal-awal n mintak tolong orang. Sorry naik lori aku nak kensel. I pun nak bercuti-cuti Malaysia jugak.

Tu je update hari ni. Update bengang kita simpan esok kalau aku ingat. Hahaha! Papai! Jangan la jalan jem. Cramped kaki haku tau.

 

Tuesday, May 28, 2013

Waze La Petang Ni

Assalamualaikum

Aku kena pi opis lawyer petang ni. Nak sign dokumen rumah. Hari tu baru sign SnP je. Ni dokumen bank pulak. Dan paling rasa nak ketuk kepala sendiri, aku lupa bawak GPS. Pagi tadi dah teringat. Tapi boleh tertinggal jugak sebab kelam kabut dengan Hana berak pulak. Memang pagi tadi aku hantar Amir je la. Hana melalak nak ikut aku tinggal biar abah dia je hantar.

Dah la buta jalan kan. Lepas tu tak bawak GPS. Memang fadan muka sendiri. Nasib baik aku dah download waze. Menatang GPS jugak tu tapi comel. Hahaha! Siap boleh share dengan member n ada macam-macam info. Ye, aku ketinggalan zaman. Orang lain dah berkurun ada waze aku baru hegeh-hegeh nak ada. Point pun tak banyak. Masih baby waze lagi pasal femalas nak bukak waze setakat pi balik keja.

Ok, dah ada waze lega sikit. Buta jalan pun haruk aje la. Jangan bawak aku ke tempat pelik-pelik sudah. Tadi dah try navi n rasanya macam betul. Hentam saja lah labu. Huhuhu....

Aku tengah bengang ni. Tapi nanti aku cerita. Bengang ganda dua. Nak cerita sekarang perut pulak buat perangai. Aku uruskan perut aku kejap. Hahaha!

 

Monday, May 27, 2013

Lemau Berganda

Assalamualaikum

Ikut hati kemalasan tahap super duper gaban nak update. Biasa la, bila dah cuti 3 hari. Lemau tu berganda-ganda. Rasa nak tido je sepanjang masa. Tapi tido apekah kalau dok rumah pun aku tak boleh tido sangat. Dok risau kain kat ampaian basah kena hujan kalau tido. Hahaha!

Weekend aku biasa-biasa aje. Dok rumah mendobi baju ntah berapa pusingan. Melayan anak 2 orang yang sekarang Ya Rabbi lasak. Hana keja asek nak menjerit je. Suara dah la nyaring. Amir keja asek la mengejar si adik. Bukan main sakan korang berlari merata ek. Aku la yang risau terjerit-jerit takut jatuh tertonggeng tersembam segala.

Hana sekarang macam orang tua ok. Panggil orang, 'woi! woi! wei!'

Haaaa... Sabor je la aku dengar. Main woi woi ikut suka hati dia je. Dah la sikit-sikit ke dapur nak berdukung. Aku nak buat keja pun susah kalau dah dia dok meleseh kat kaki.

Amir pulak bukan main pandai menjawab. Abah dia suka la sakat sampai dia melalak. Nak merajuk sekarang pun siap bagitau dulu,

'Amir nak merajuk ni.'

Lepas tu lari-lari masuk bilik sembam muka atas katil. Kahkahkah!

Semalam bawak la diorang berjalan-jalan. Jumaat dengan Sabtu lepak kat rumah je kan. Abah diorang keja. Ahad tu pun Abang Misai keja tapi balik petang. Amir pun menuntut janji manismu abah. Abah dia suka janji kalau nak suruh dia tido petang. Nak bawak jalan. Kan dah kena tuntut. Fadan muka.

Ke Jusco mengabiskan token free kat Molly Fantasy tu. Tapi ada lagi 2 token. Semalam Amir naik kapal korek dia je. Korek gula-gula. Dapat la 4 biji. Amir pun bagi la sorang sebiji. Hahaha! Ingat jugak kat ummi n abah dia ni.

Ok, aku nak rehat dah. Menghabiskan 3 ketul ayam goreng. Sebekas kek coklat. Sebungkus roti. Pagi tadi nasik pun aku dah balun. Gemuk laaaaaaa haku.....

 

Wednesday, May 22, 2013

Interview Hari Ni Setel

Assalamualaikum

Aku sepatutnya menginterview orang seharian hari ni. Tapi disebabkan tak ramai yang datang maka tengahari tadi dah setel. Kita tunggu esok pulak ye. Esok pun ada lagi sesi menginterview ni. Sehari jugak.

Tak ramai yang tau pasal info tak meluas. Lagi pun kekosongan ada la 30 je kot. Untuk pegawai sambilan harian a.k.a pembantu perangkaan sambilan. Kalau rasa nak cuba nasib sila la datang. Tingkat 6, bangunan persekutuan jalan anson, pulau pinang. Start pukul 9 pagi ye kawan-kawan.

Pulak tu tadi ada responden call. Speaking pulak tu. English aku ni dah lama tak diasah. Berterabur sungguh. Confirmmmmm sangat kena masuk kelas bahasa inggeris balik. Adesssss...

Dan aku tak lunch pun lagi. Nak lunch apa dah pukul 3 petang ni. Nasi confirm tak ada dah kat kafe tu. Kerepek banyak la.

Oh, dan tolong doakan kesihatan bapa sorang member aku yang masuk hospital sebab strok. Baru keluar dari ICU. Aku pun tak berkesempatan lagi nak melawat. Padahal bukan jauh nau hospital tu dari opis. Sob... Sob...

Ok la, aku nak buat keja lain pulak. Nak setel sebelum cuti Wesak ni. Koser sangat naik cuti nak buat keja banyak-banyak kan. Sementara ada masa ni baik la kita siapkan.

 

Monday, May 20, 2013

2 Taklimat Next Month

Satu opis ni membz 5S. Semua pakat sisih n sorok apa yang patut pasal esok ada audit dalam. Bilik aku ni ntah bila aku nak kemas. Tagging pun tarak. Mati la markah sikit sebab bilik aku ni. Huhuhu...

Oh, dan aku tension next month aku kena attend 2 taklimat. Apehal la naik nama aku dedua ni. Aku rasa next month jugak akan ada lagi 1 mesyuarat berpusat. Kalau bubuh nama aku jugak memang gila la namanya.

Taklimat yang aku kena pi next month tu pasal projek yang akan jalan next year. Bukan main awal kan taklimat. Harus la awal. Katanya projek tu adalah agak susah compared to last year punya projek. Borang soal selidik je dah almost 100 pages. Siapa yang nak jawab senah oiiiiiii kalau banyak macam tu!

Nak tak nak kena jugak soal siasat orang ni. Pasal benda alah ni la info yang penting untuk negara. Hohohoi... Korang next year kalau ada orang datang rumah bawak buku tebal tu layankan je la. Tak payah susah-susah bagi minum ke hape. Pasal tu memang keja kitorang.

Ok la, aku nak kemas serba sikit sebelum orang lain jeling-jeling aku kerana menyebabkan kekurangan markah untuk audit dalam esok. Sumbat dalam kotak bawak lari tempat lain. Hahahahaha!

 

Lawas Terlebih

Assalamualaikum

Di opis dengan tak laratnya. Pasal sakit perut asek nak berak je ni. Macam nak tercabut je vontot aku rasa.

Semuanya sebab fibre drink yang aku minum la ni. Aku beli benda alah tu lama dah. Tahun lepas kot. Pasal aku mengalami masalah nak membuang. Tapi biasa la. Beli je. Minumnya entah bila baru minum.

Masalah membuang aku agak kronik ye. Hari tu pi kursus sepanjang 3 hari tu aku tak membuang isi perut. Makan punya banyak. Tapi tak keluar. Maka telah menyebabkan aku sakit kepala.

Balik dari kursus dengan gigihnya aku minum fiber drink tu. Aku rasa ada kot aku up entry aku membeli benda tu. Hah, ko. Lepas je minum perut memulas-mulas. Bergelora macam nak tsunami. Memang stok tak boleh tahan harus berlari ke toilet dengan kadar kelajuan sepantas cahaya. Memang aku rasa bersih usus aku dari segala bahan kumbahan. Selagi ada selagi tu aku nak ke jamban ni. Macam makan julap pun ada rasanya.

Malam tadi je berapa kali aku ke toilet. Dengan mengantuknya. Jalan sambil mata tertutup dah.

Jadi siapa yang ada masalah nak membuang tu sila la korang amik benda alah ni. Lawas terlebih jadinya. Aku memang saspek fibre drink tu pasal memang tiap kali lepas minum aku akan membuang dengan terlebih berjayanya. Silap-silap boleh kurus. Kahkahkah!




Tapi memang ada iklan orang yang minum fibre diet ni kurus kan. Aku tak amik untuk kurus. Kira kalau kurus tu bonus la. Kihkihkih! Boleh gitu. Tengok kotak tu, 2 kali lebih berkesan. Ha'ah, berkesan bukan takat 2 kali. Tapi berkali-kali.





Sunday, May 19, 2013

Mesin Jahit Tukun


Assalamualaikum

Sila kagum aku update di hari ahad. Anak-anak tido. Aku nak tido tak boleh pasal sidai kain kat luar. Sat lagi hujan berderu ada la kain tu basah balik. Dah pernah jadi maka insaf. Hahahaha! Sebenarnya malas nak basuh balik.

Tadi aku memunggah mesin jahit kat bilik belakang. Pasal Abang Misai asek perli-perli. Konon mesin tu dah jadi tempat cicak n tikus bersarang. Eh, aku simpan dalam kotak ok. Selamat dari anasir-anasir menggelikan itu.

Sebab dah bising maka aku punggah. Tapi punggah je la. Letrik pun tak sambung macam mana aku nak godek. Takat baca manual tak thrill la. Kena praktikkan. Hohoho! Velagak sangat.

Alamak, hana dah bangun. Dengar suara dia merengek dalam bilik. Harus la kena stop menaip. Hana sekarang manja melampau. Asek nak berdukung je. Rebeh bahu aku ni.

Ok, tu la dia update di hari ahad. Membebel pasal mesin jahit.

Posted via MyAndroid

Friday, May 17, 2013

Saya Dapat PC Baru :)

Assalamualaikum

Morning semua. Aku tengah bengong sebentar. PC aku ni baru kena tukar kekdahnya. Semalam budak IT datang tukar. So, keyboard ni nak menaip pun rasa lain. Dengan monitor lebar pulak. Saujana mata memandang sungguh.

Pulak tu emel pun tak setup lagi. Aku boleh je nak setup sendiri. Tapi password server aku tak ada maka terbantut di situ. Aku nak tengok archive emel aku sebab banyak jugak la keja dalam tu yang nak kena refer.

Bukak webmail boleh je tapi segala archive tak ada dalam tu ye. So, meraban la kejap. Banyak pulak tu benda nak kena install lain. Adobe la, PDF creator la, Mozilla la.

Ni kejap lagi nak buat keja guna word pun pasti aku terkial-kial. Maklum la, baru kan. kehkehkeh...

Jadi mari la kita menggodek PC ni kejap. Banyak benda nak kena setup balik. Terganggu keja aku kejap ni.

 

Wednesday, May 15, 2013

Mengantuk yang amat


Assalamualaikum

Time menaip ni dah kurang sikit mengantuk. Tapi masa nak pi keja pagi tadi humang aiii... Gila-gila punya mengantuk. Sedaya upaya aku cuba bukak mata time drive tu. Nak stop celah mana kat tengah jambatan.

Tak tau la kenapa aku mengantuk sangat. Mungkin keletihan badan menguruskan macam-macam pasal kursus hari tu. Lepas balik dari Sungkai pun tak cuti. Staf aku ramai yang meruyup cuti. Siap ada yang mc. Aku je gigih datang opis.

Balik-balik je Hana pulak melekat je kat ummi dia ni. Takut aku tinggal lagi la tu. Dah 2 hari betul-betul lepas isyak aku pengsan. Tak sedar diri dah. Abang Misai la pi basuh botol susu segala. Maaf la ye bang. Binimu ini sangat keletihan.

Ni pun 2 hari ada taklimat. Tunggu masa nak tersengguk je aku ni.

Ok, taklimat nak start.

Fokus... Fokus...

Posted via MyAndroid

Tuesday, May 14, 2013

TQ Geng :)

Assalamualaikum

Eh, dah ada orang tau aku ada blog kat opis ni. Hahahahaha! Korang baca senyap-senyap tau. Jangan bagitau orang lain. Pasal ni blog merempan aku je. Wakakaka!

Semalam kata nak cerita pasal kursus. Tapi ampun maaf la ye. Aku nak siapkan report dulu. Janji dicapati sangat kan aku ni.

Esok lusa pulak ada taklimat. Lepas tu ada audit ISO. Wooooo.... Busy melampau sangat bulan ni. Tengok planner rasa nak nangis. Macam tak ada tempat kosong nak nyelit-nyelit. Mesyuarat seksyen pun aku tak buat lagi pasal hari tu MC. Isk... Isk....


Ok, ni dia geng urusetia. Setelah aku kelebet pic yang budak Dat bagi ada jugak pic kitorang. Dat yang tudung oren depan tu. Dia bukan urusetia tapi fasilitator dari HPI Consultant. Yang geng urusetia ni la yang banyaaaaaakkkk sangat tolong aku. Sayang korang sangat-sangat. Nanti apa-apa boleh kita jadi urusetia lagi berkejaran bertebaran ke sana sini ye. Kehkehkeh....

Terima kasih banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sila berhempas pulas buat blog tu ye. Aku nak baca apa korang merepek. Kahkahkah!

Tu je dulu. Aku nak buat report ni. Bos mintak dah semalam.

Daaaa~~~


Monday, May 13, 2013

Team Building - Teaser ;p

Assalamualaikum

Aku keletihan ni. 1 badan sakit-sakit. Mengantuk macam nak rabak mata. Nak tido lama-lama dalam bilik ni tak boleh pasal aku 1 bilik dengan officer laki. Tapi tadi bantai jugak aku lajak dekat pukul 3. Dah cakap dengan timbalan yang aku sangat tak larat.

Susah ok jadi urusetia. Terlari sana. Terlari sini. Tengah makan orang call pasal ada yang pitam kat surau dan-dan tu tinggal nasi terus lari ke surau. Hahahaha! Sadis sangat kan.

Tu pun banyak ada jugak yang tanya kenapa aku tak join sekali group-group persembahan segala. Kalau aku ni boleh klon badan aku pasti aku join. Ni baru je nak join kejap-kejap ada je benda lain aku kena buat. Maaf la ye. Kalau tak puas hati aku n geng urusetia tak join sila bagitau pengarah.

Nak cerita banyak otak masih weng-weng. Jadi aku buh gambar sikit. Handfon tengah snychronize dengan pc ni. So kira macam teaser la. Kahkahkah!





Cerita esok la ye. Nak berehat sepenuh hati. Hehehehehe....

Friday, May 10, 2013

Jom Kursus!

Assalamualaikum

Aku kat opis ni. Tunggu geng urusetia datang. Lepas tu dalam pukul 8 kitorang blah. Siapa-siapa yang naik bas babai la ye. Apa-apa timbalan dah lantik ketua setiap bijik bas. Maka ketua la in charge.

Perut masih bergelora. Fuhhh... Macam mana ni. Semalam dah rasa macam nak demam. 1 badan bisa je rasa. Demam urat kot. Balik rumah terus aku telan panadol 2 bijik n tido. Pagi ni kureng dah tapi sakit kepala tu ada lagi.

Beg nak kata besar tu tak. Aku bawak beg kecik je. Tapi ada beg galas pulak. Hahaha! Dah nampak banyak. Dalam beg galas ada makanan ye. Hahahaha! Takut kebulur kat sana. Sana dok dalam hutan. Kedai pun jauh. So, bawak la sikit bekalan makanan.

Ok, dah nak pukul 8. Aku nak pi tunggu kat depan. Lambat karang kesian pulak budak-budak ni.

Kalau aku rajin maka ada la update dari sana ye.

Bye!


Thursday, May 9, 2013

Masih Sakit Mata Tapi Tak MC Dah

Assalamualaikum

Yuhuuuu... Aku kat opis. Walaupun mata masih tak berapa nak ok. Tapi merah dah kurang. Tak boleh nak MC lama-lama. Keja banyak. Aku kan kena jadi urusetia untuk kursus esok. What?! Esok?! Oh.....

Still pedih n gatal-gatal ni. Dengan tak cukup tidonya. Hana batuk-batuk pulak. Batuk yang jenis ada bunyi king! king! tu. Macam banyak nau kahak. Asal dia terbatuk je dia bangun nangis. Sakit dada la tu. Apa la yang boleh ummi buat. Bagi ubat dia sembur abes semua. Tu gaya dah tutup hidung bagi mulut dia terbukak tu. Dengan meronta macam nak terbalik dunia ni. Nak tido malam aku sapu vicks je la dengan baca doa mintak Hana dapat tido lena.

Aku bukan setakat sakit mata ni. Tetiba malam semalam cirit birit. Hamik kau. Time aku dalam jamban Hana bangun nangis-nangis cari ummi. Tu pukul berapa tah. Pukul 11 lebih kot. Lepas tu lagi sekali pukul 3.45 aku sakit perut. Pi jamban n again Hana bangun cari aku. Adessss... Hidung dia ni boleh bau kot kalau aku takde kat sebelah.

Dah lepas pukul 4 tu la baru dia tido lena. Aku tutup aircond n bukak kipas slow je. Sejuk nanti dia batuk. Dah la tak suka pakai selimut. Aku selimutkan dia pi tolak pulak. Sama je perangai macam Amir. Tapi Amir sekarang kalau sejuk dia pandai mintak selimut. Kalau tak dia bangun terus tutup aircond.

Ok la. Kena menyetel banyak benda untuk ke kursus esok. Doa-doa semua berjalan lancar. N tak ada la komen macam-macam. Ni pun aku dah rasa nak amukan je. Masing-masing nak suruh ikut cakap diorang. Ni siapa urusetia ni? Nak naik bas suruh berkumpul kat 1 tempat pun banyak sangat komplen. Suruh berkumpul kat opis kot. Ni nak suruh orang amik kat RnR segala. Berbulu betui aku.

Haaaa... Dah mula la keluar angin aku. Sebelum lagi banyak angin yang tersimpan ni bertiup maka elok la aku stop sini.

Babai!


Tuesday, May 7, 2013

Sakit Mata

Assalamualaikum

Hi kawan-kawan. Saya adelah MC tapi terpaksa ke opis juga. Cemerlang kan.

Aku MC pasal ni.

Merah tak mata aku. Boleh ganti Maya Karin dalam PHSM tak? Amik watak ponti. Kahkahkah!

Tu masa amik gambar kat klinik semalam. Start sakit mata hari Sabtu. Jangkit dengan budak Hana la ni. Pi klinik dapat 2 hari MC tapi aku punya keja punya berlambak nak kena submit dengan claim bebudak ni aku kena sign. Harus ke MC?

Aku datang lambat sikit pagi tadi pun dah ada yang call tanya pasal keja. Emel masuk bertalu-talu. Dah la kelabu je mata aku dengan taik mata time drive tadi. Mula-mula sakit mata sebelah kiri je. Semalam dah jangkit ke mata kanan.

Nak bukak mata time bangun tido dah tak boleh pasal dah kena gam dengan taik mata. Huhuhu... Bengkak pulak. Sakit woooo... Gatal rasa nak korek-korek mata ni tau.

Ni sat lagi aku balik awal. Koser sangat aku nak bertapa lama-lama kat opis ni. Berjangkit kat orang lain sat lagi aku jugak yang dipersalahkan. Hoh! Dah la nak kena pi kursus 1 opis Jumaat ni. Aku urusetia pulak tu. Ada pulak urusetia MC.

Ok, mari sambung buat keja yang berlambak ni. Aku nak balik cepat.


Thursday, May 2, 2013

Naik Cuti Mesti Lemau

Assalamualaikum

Semalam cuti hari pekerja. Hari ni masuk opis semua lemau. Aku sekali la yang lemau tu. Hahahaha! Kena pulak ada meeting sat lagi. Haiyooohhhhh... Macam ni la kehidupan opis aku. Hujung bulan je macam-macam meeting kena masuk. Kalau masuk dengar je takpe jugak. Kena buat presentation pulak. Oh....

Aku cakap dengan laki aku sempena cuti hari pekerja maka aku pun nak cuti dari segala kerja hatta kerja rumah. Aku nak tido je sepanjang hari. Kahkahkah! Mengada sangat kan. Tapi buat la keja jugak semalam. Sidai kain. Mandikan anak-anak yang terjerit-jerit nak ummi jugak-jugak.

Lepas tu petang keluar buat semakan kualiti. Semakan kualiti apa? Keja opis ni haaa... Aku kan keja kena merewang pi tengok rumah orang. So, kena check dulu rumah tu ada orang duduk ke tak sebelum aku serah kat anak buah buat keja luar. 1 peta dalam taman je. Sap sap soi sangat. 1 peta lagi kat tempat lain. Tapi diorang salah bagi peta la pulak. Tadi dah pi tukar. So, petang sat lagi mari la buat keja luar lagi sekali.

Jadi, cuti hari pekerja itu tetap la aku bekerja dengan cemerlang, gemilang, terbilang. Kain je tak sempat nak lipat. Sebab aku dah terpengaruh dengan game candy crush. Hoh... Geram tak lepas-lepas. Rasa macam nak beli je sebab ada limit time kalau tak lepas kena tunggu berapa minit. Ciskek sangat. Hahahaha! Ramai kot dah main game ni. Aku je baru nak menyibuk main.

Ok, la. Aku nak kena masuk meeting sat lagi. Nak prepare semua benda nak present. Present lagi. Sungguh la pekerja cemerlang. Muahahahaha! Ini semua poyo!