SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, June 28, 2012

Minum sorang-sorang sambil layan blues.


Aku sedang melepakkan diri kat warung tepi jalan sambil minum kelapa muda n makan bihun ladna.

Seorang diri.

Ye, seorang diri.

Baru lepas abes keja luar. Bukan abes betul tapi surrender cari orang tak jumpa. Dah la 1 sesi aku interview orang tadi abes 45 minit. Tak campur lagi aku sesat terpusing-pusing cari rumah tak jumpa.

Tanya sana sini semua tak tau. Nasib la muka aku ni tak tau malu. Redah je tanya orang dok basuh kereta tepi jalan. Sampai la ada sorang brader dengan berbesar hari tolong aku. Jumpa jugak.

Rumah kedua aku pi takde orang. Malas aku nak tunggu lama-lama. Dah la dok tahan kencing dari tadi.

Makan sorang ni di samping melayan blues. Terguris hati dengan tak payah la aku cerita. Buat hati aku sebak je.

Sebab kalau aku cerita karang mula la keluar segala tak puas hati aku kat dia. Aku tak heran pun dia nak baca sebab aku dah perli sebijik dalam fb subuh pi'e tadi.

Macam baru hari tu aku up entry kata pasal gaduh kat fb. Hahaha! Tapi yang ni aku memang sengaja.

Pikir dulu sebelum kata kat orang. Ko sendiri dah menyusahkan orang tak pikir. Setakat nak tunjuk baik depan orang lepas tu mengata kat belakang lagi la keji perangai tu.

Podah! Semua pun hipokrit. Kalau berani cakap je depan batang hidung aku ni. Nak tengok aku jadi kurang ajar macam mana. Aku peduli apa dengan pangkat ko. X payah hadap muka ko lagi bagus.

Eh, tadi kata tak nak cerita. Panjang pulak. Muahahaha!

Kalau ko terbaca ni ada aku kisah!

Posted via MyAndroid

1 comment:

Anonymous said...

sabar bayk2 ye smbil layan makan2 tu!