SaYa SayaNg AnDa :)

Sunday, June 10, 2012

Cicak Durjana


Assalamualaikum

Selamat hari ahad la ye. Aku tengah bergolek-golek dalam bilik. Budak bertuah 2 orang tu abah diorang angkut pi rumah kakak ipar. Konon nak bagi aku mengemas rumah dengan aman. Tapi aku bergolek atas katil. Miahaha!

Pagi tadi aku sakit perut. Maka pergi la menjambankan diri. Tengah dok termenung tu tetiba aku rasa ada sesuatu merayap naik kaki aku.

Pelik.... Apa bendakah?

Dan ianya adalah cicak!!!!!!!

Huwaaaaaa!!!!!

Besar pulak tu. Terlompat aku dalam jamban sambil kibas kaki. Boleh pulak cicak tu lompat pi kaki  sebelah lagi. Huhuhu....

Makin galak la aku melompat siap dengan pakej menjerit dalam jamban kan. Mesti mak mertua aku dengar aku terjerit-jerit. Hahaha!

Nasib la kaki aku tak terperosok dalam lubang jamban tu tau.

Terus potong mood aku nak memerut dengan lebih lanjut. Hilang terus sakit perut.

Memang sangat durjana tau cicak itu.

Ewwwww! Geli!



Posted via MyAndroid

2 comments:

umialya/k.tini said...

geliiii

yusuflaili(Goku) said...

salam kenal;
Kalau nak halau cicak,singgahlah ke blog aku...

http://yotokuu.blogspot.com/2011/11/tipspertua-menghalau-cicak.html