Assalamualaikum
Aku cuti Jumaat lepas. Dan syukur la aku cuti sebab Abang Misai kata jalan kat Penang jem yang amat. Kan ke pagi tu hujan lebat non stop. Syok je aku tido. Hahaha!
Aku cuti sebab tak ada orang nak menjaga 2 orang budak lasak. Abang Amir punya lasak boleh tahan lagi. Adik Hana punya lasak ya ampunnn.... Dah la dia tak nak kat orang lain selain aku dengan Tok Su dia je. Tok Su dia pulak ada kenduri family so nak tolong-tolong tak dapat la nak jaga budak bertuah 2 orang tu.
Sebab 3 hari melekat dengan Hana pagi tadi dia telah membuat perangai. Bangun pagi tengok aku bersiap nak pi keja menangis tersedu sedu. Kalau boleh berdiri melekat kat kaki aku pun tak apa. Tapi macam mana aku nak bersiap. Abah diorang seronok la bila si kecik tu tak nak dekat dia.
Semalam aku ngantuk gila-gila tapi Hana pulak mata buntang bukan main. Pi hang main dengan abah kat luar. Aku masuk bilik tido. Memang tak boleh tahan dah mata aku. Bagi dia main sampai letih baru la pas baton kat ummi ye.
Kalau ikutkan nak je aku sambung cuti. Nak cuti panjang. Cuti aku memang banyak sesangat la. Haiiii.... Tapi dah amik cuti hari tu pun kena tarik balik kan. Apekah gunanya cuti yang banyak tu kalau bos tak bagi cuti.
Ni ngantuk pun tak hilang lagi. Apehal tah letih sangat.
Sambung buat keja sebelum mata aku ni shut down. Huhuhu...
No comments:
Post a Comment