SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, June 11, 2012

Berkelana Ke Ipoh Pulak

Assalamualaikum


Aku bakal bertolak *larat ke nak tolak* ke Ipoh pulak petang ni. Penat tak hilang lagi. Dengan kaki sakit pulak dah. Belakang pun sama sakit. Beg pun baru siap packing pagi tadi.


Pi sampai Jumaat hoccay! Lama betul. Rupanya malam adelah free tanpa sebarang taklimat. Memang sangat la membuang masa. Kesian anak-anak kat rumah.


Aku bagitau Amir aku nak kena pi Ipoh pulak. Amir kena tido dengan abah n adik bertiga sampai Jumaat terus dia cakap,


'Amir nak ikut ummi la.'


Alahai.... Kesian anak aku. Sabtu aku balik tu Amir dok tido dalam kereta. Bangun dia tengok aku mata terkebil-kebil. Pagi semalam terbangun tido terus dia sebut,


'Ummi nak susu.'


Kalau dengan abah dia tak ada pun cakap gitu. Sedih la ummi nak pi lama-lama camni. Sob... Sob... T_______T


Hana toksah cerita la. Nampak aku terus sengih. Balik rumah langsung tak nak lekang. Aku pi mana-mana pun dia mengekor.


Cepat la Jumaat.....



1 comment:

Anonymous said...

take care n hati2 dlm perjalanan...