SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, June 7, 2012

Sungkai = Dalam Hutan

Assalamualaikum


Aku akan ke Sungkai petang ni. Macam dah tak ada tempat lain nak pi kan. Apa la yang seronok sangat dok dalam hutan kelapa sawit tu.


Ada taklimat pasal keja. N aku adelah orang yang kena pi. Ada la sorang lagi tapi bosan kot dok situ sebab tak ada benda menarik. Nak cari sapedek malam-malam pun jangan la harap kalau ko takde kenderaan sendiri. Jadi sila bawak megi cawan sebagai bekalan ketika kebuluran di malam hari.


Keja pun berlambak lagi aku nak siapkan sebelum pi ke sana. Wawawawa.... Macam nak pengsan. Report semua dateline tarikh macam nak membunuh. Apehal tah.


Ni aku tak tau la apa pe'el si Hana malam ni bila aku takde. Tapi dia agak mengada bila ummi dia ada. Kalau aku takde boleh pulak ko bergolek-golek pi tido kat abah ye. Kalau aku ada dok macam-macam posisi nak menenen lepas tu bukan nak tido. Pi meragaih sana sini.


Amir pulak semenjak dah besar pandai bercakap ni asek la tanya aku nak pi mana. Awat tak bawak Amir? Ummi balik bila? Amir nak keropok.


Huhuhu... Siap dapat pesanan penaja oke kalau balik belikan keropok.


Pagi ni ingat nak la bermanja dengan laki aku suruh dia hantar pi keja. Memang, memang dia hantar. Tapi dia hantar dengan dok sebelah menjadi bos besar. Aku lak kena drive. Mencik tau. Dia kata tu kereta aku maka lebih afdol la kalau aku yang drive. Boleh gitu?


Dah, aku nak siapkan keja ni. Aku rasa aku kena bawak keja yang balance-balance ni pi buat kat Sungkai. Nak relaks pun tak ada masa. Sedih... Sob... Sob...


Ok la, bye.



1 comment:

diamieza said...

Salam, saya dah follow blog anda, sila follow blog saya ye..thankz