SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, June 6, 2012

Bercekau di FB? Apa Pekdahnya?

Assalamualaikum


Morning semua. Pagi ni hujan lagi. Dari semalam hujan non stop. Bukan la hujan lebat yang non stop tu. Dia macam kejap hujan lebat lepas tu gerimis lepas tu lebat balik. Gitu la. So, cuaca mendung sepanjang masa. Tido pun tergedik-gedik aku cari selimut. Selalu tu kalau boleh tak pakai baju pun takpe. Miahaha!


Aku bz lagi hari ni. Banyak benda nak settle sebelum pi Sungkai esok. Ada taklimat. Dok opis sekarang every awal tahun, tengah tahun, akhir tahun messssti ada taklimat. Benda yang sama pulak tu. Bosanova oke. Tapi redha aje la kan.


Jadi sebelum membzkan diri mari la kita hilangkan stress dengan berblogging. Sambil-sambil tu bukak fb kat hp. Opis aku semua benda pun diorang blocked. Kedekuit sungguh. Hahaha!


Bila dah bukak fb terbaca la status sorang member lama. Housemate di zaman study dulu. Aku ingat kan apehal la.


Bercekau dengan laki dia kat fb. Adoi laaa.... Yang laki pun sama naik pi balas status bini tu apehal la. Tapi siap cakap bini tak cium bau syurga segala agak mengerikan la pulak aku baca ayat tu.


Dibuatnya tak sempat bermaaf-maafan kena musibah *mintak dijauhkan la* macam mana la?


Pada aku fb tu tak payah la dijadikan medium nak bergaduh. Datang pulak lagi orang mencucuk sana sini. Haaaa!!! Dah tambah asam garam segala perisa buat jadi gaduh lagi besar punya. Tak ke haru.


Ni ingatan untuk diri sendiri jugak. Sebab aku ni kekadang emo tu jadi hilang ingatan lupa diri. Kat blog ni pun kadang-kadang aku merempan. Huhuhu... Lepas ni zip mulut rapat-rapat.


Hope diorang berdua tu berbaik-baik la. Time berchenta dulu boleh give n take takkan la dah kawen hilang segala perasaan pulak ye dak.


Sekali lagi, ingatan untuk diri sendiri yang mudah lupa.


;)







1 comment:

man said...

jgn buka cerita dalam kain kepada org ramai..btl x?