Aku rombongan ada la merasa 2 kali kot. Rombongan sekolah sekali je. Lagi 1 tu aku teman mak aku ikut rombongan UMNO dia pi jalan-jalan ke Wang Klian.
Rombongan sekolah rendah. Itu pun tak jauh mana. Masa tu aku sekolah kat Kluang. 1 sekolah dengan Puan Yat Mommy Qies. Tu la 1st time aku pi ikut rombongan. Last time jugak la kot sebab aku dah tak sekolah dah. Rombongan tu ke Ayer Hitam.
Paling tak boleh lupa bila menyinggah ke Tropical Village. Aku tak tau la wujud lagi ke tak tempat ni. Puan Yat, ada lagi ke? Hahaha!
Aku tak ada duit nak masuk situ. Sekali masuk RM5, dan ye, aku cuma ada RM5 sebagai duit belanja. Abah bagi. Cukup-cukup untuk makan. Masa kecik family aku susah. Aku mana la tau. Merempan jugak nak ikut rombongan. Abah tak sampai hati kot so bagi la jugak berbekalkan belanja RM5. Orang lain bawak puluh-puluh RM.
Jadi aku cakap dengan cikgu aku nak dok kat luar je. Tak nak masuk. Aku cakap aku tak ada duit sebab abah bagi duit untuk makan je. Kalau aku nak masuk jugak alamatnya aku makan angin.
Disebabkan semua pun nak masuk. N cikgu tak nak aku dok sorang-sorang kat luar maka terbang melayang duit cikgu RM5 sponsor aku masuk situ.
Dan sepanjang masuk Tropical Village tu aku cuma tengok kawan-kawan lain bersuka ria. Masuk rumah hantu n macam-macam lagi. Yang semuanya memerlukan ongkos dan aku tak ada ongkos itu. Terkebil-kebil la aku tengok diorang bergelak ketawa. Dalam hati /╯﹏╰\
Kenangan masa sekolah banyak yang tak berapa nak best untuk aku kenang. Kalau terkenang memang sebak je rasa. Rasa terpinggir sangat dek kerana keselebetan sebab hidup yang susah.
Eh, tetiba pulak emosi.
⊙_☉
2 comments:
oit..elly pun pegi gak la..ingat lagi kes p masuk rumah antu tu
masa kat dalam kasut tertinggal sebab org dok berhempet2..keluar nangis2 sbb takut tak dapat pakai kasut balik..heheheh
mamaelly - elly rupanya antara yg nangis2 tu ek... hehehe... sy tengok je korang2 ni nangis... nasib x masuk jugak... hahaha!
Post a Comment