SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, June 21, 2012

Lipas Kudung Hari Ni. Sape nak beli Tupperware baca nota tapak tangan kat bawah sekali.

Assalamualaikum


Seharian aku dah macam lipas kudung. Kejap berlari ke sana. Kejap ke sini. kadar kelajuan menaip pun luar biasa daripada hari-hari sebelum. Huhuhu...


Semalam nak siapkan keja sampai petang tapi 5.30 dah kena keluar opis sebab aku tak pegang kunci. Orang yang nak pegang kunci sudah mau pulang. Adekah perlu aku terkurung sorang-sorang dalam opis. Scary oke.


Dan semalam sangat penat sebab jalan jammed gila. Aku pun tak tau apesal jammed teruk sangat. Maka aku pun pusing la ikut jalan lain sebab malas sangat aku nak menyelit masuk ke depan KOMTAR tu.


Ingatkan ikut depan Padang Kota tu tak jammed. Tapi ceh! Sama je. Aku keluar dalam 5.30, aku sampai kat jambatan pukul 6.30. Sejam kaki aku ni dah cramped dok kejap-kejap tukar gear. Bermuscle kaki dah ni.


Sampai rumah pukul 7.15 malam. Itu pun aku pecut seadanya. Atas jambatan tak jammed. Tapi nak dekat sampai hujung tu jammed. Ada eksiden. Siap ada ambulan segala. Motor kot yang eksiden. Kena langgar or terbabas tidak la diketahui. Yang buat jammed tu pasal ramai sangat rakyat prihatin nak tengok apa jadi. Aku pun prihatin jugak tapi tengok sepintas lalu je la. Tak ada la sampai nak slow motion gitu. *tak ngaku. Haha!*


Dah, aku nak sambung buat keja. Banyak benda nak cerita tapi aku yakin akan jadi pekasam je la. Ni pun akak aku dah bising bila aku nak tolong promote tupperware dia kat blog. Macam la blog aku ni traffic deras bukan main. Hahaha!


Ok, bahbai.


Nota tapak tangan: Kakak aku baru call masa aku dah nak dekat publish ni. Ada sesape nak beli set periuk Tupperware tak, harga RM2790. Water filter Tupperware RM2090. Tu harga belum less. Nak less jadi ahli dapat 25% less. Yuran keahlian RM70. Harga adelah sah untuk order hari ni saje. Barang dapat bulan 7. Sila roger-roger aku. Nanti la aku up gambor. Aku BZZZZ! Kalau tak sabor nak tengok gambor pi google kat web Tupperware.



1 comment:

Anonymous said...

apapun berhati2 ye di perjalanan!