SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, May 31, 2012

Nak Jual Barang Pun Agak-agak La....

Assalamualaikum


Mood sedikit kureng hari ni. Maybe sebab kaki sakit. Aku sekarang selalu sangat kena simpul biawak *ke simpul mengkarung?* time tido. Selalu kena time subuh la. Amat sakit ye. Siapa pernah kena tau la macam mana. Dah la laki aku kalau jadi camtu dia bangun, gosok-gosok mata, tanya 'kenapa?' lepas tu dia sambung tido. Bukan nak tolong urut kaki aku ke hapa. Masa pregnant dulu pun dia tolong tengok je. Ape la.


Semalam mak mertua aku cakap pasal water filter. Ada la kawan dia bawak 2 orang kawan-kawan datang bertandang. Konon nak tanya mak mertua aku punya 'ubat' dah abes ke. Ubat yang dimaksudkan adelah makanan berfungsi dari company MLM Z*****N ye. Diorang ni orang-orang Z*****N tu la.


Malam tu dia cerita la kat anak sulung dia iaitu kakak ipar aku n laki aku. Memang dia ada beli jugak air water filter tu berbotol-botol besar. Kononnye buleh menyembuhkan penyakit. Ini adelah selepas dibrainwash dek kawan-kawan dia tu la. Dia cerita la kawan-kawan yang datang tu suruh dia beli water filter tu. Kalau dia on je terus diorang akan datang pasang. Kalau ikutkan petang tu jugak diorang sibuk nak pasang.


Harga dia sampai almost 3k. Yang mak mertua aku tu excited la nak pasang. Beria la dia cerita kat anak dia kalau minum air dari water filter tu boleh hilang sakit bagai. Aku tolong dengar je la. Nak menyampuk karang kecik ati pulak orang tua tu sebab aku rasa kawan-kawan dia agak melampau.


Siap cakap kalau tak mampu nak bayar cash boleh sandar barang kemas. Lepas tu bayar bulan-bulan sampai settle then diorang akan pulang balik barang kemas tu. Kawan-kawan tu pulak boleh pesan jangan bagitau kat anak-anak. WTF la kan. Ada bau-bau ikan di situ. Nampak nau la ko nak mengencing mak mertua aku tu. Sebab diorang tau kalau bagitau kat anak-anak yang cerdik bijak pandai ni memang tak dibaginya la beli.


N memang betul pun. Membebel la kakak ipar aku semalam. Dia kata banyak lagi water filter yang lagi murah n lagi bagus. Siap tolong promote water filter tupperware lagi. Hahaha! Aku pun diam je tak nak la aku promote even aku ni ahli tupperware. Aku tengok mak mertua aku cuba la defend kawan-kawan dia tapi last-last diam sebab kakak ipar aku dah fire machine gun berdas-das.


Aku kesian gak tengok dia macam nak sangat water filter tu sebab percaya cakap kawan-kawan dia. Tapi selama dia minum air tu aku tengok sama jugak la kesihatan dia. Jalan pun tak berapa nak larat. Sekarang lagi la batuk tak berenti. Makan ubat yang dia beli tu pun dah berkotak-kotak.


Yang kawan dia pun 1 hal. Bawak kawan-kawan lain untuk brainwash mak mertua aku. Kawan dia tu senyap je pulak tengok member dia dok auta mak mertua aku suruh beli water filter tu. Kot ye pun nak untung jangan la tipu orang tua macam tu. Mentang-mentang la orang tua tu tak tau apa-apa. Percaya je bulat-bulat kata korang tu. Korang pun brainwash dia abes-abes ye.


Lepas ni kalau diorang datang lagi confirm kakak ipar aku tu bahasakan je. Selamat la korang. Selamat tinggal.



1 comment:

Intan and The Boys said...

nampak bebenor helah diorang suruh beli fliter mahal2...adeh. cian mil ko tau.