SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, May 6, 2011

Checkup n Pencarian Nama Baby

Assalamualaikum

Hari ni opis agak kesunyian ye. Ramai yang takde. Weekend ni ada family day yang HQ buat untuk semua. Sebenarnya yang pi berapa kerat je. Yang ramai-ramai takde ni amik kesempatan la kan. Tak ada la nampak sangat ko memonteng. Muahahaha!

Amir macam biasa la. Sampai je opis abes ditawafnya. Setakat hari ni dia tak berani pi jauh-jauh sangat. Dok main-main dekat seksyen ni je.

Semalam pi checkup hasilnya kureng memberansangkan la. Hb naik sikit je. 10.7 sahaja. Itu still bertanda merah ye. Urine ok. Clean n clear sebab aku minum air sampai senak pundi kencing. Berat turun. Pelik bin ajaib betul penimbang kat klinik ni. Kejap naik kejap turun. Ke memang berat aku ni yang turun.

Baby pulak masa nak check heart beat terus dia tendang ye. Hahaha! Marah la tu perut ummi kena tekan-tekan. Dia tengah relax-relax berenang kuak lentang tu kena kacau pulak.

Kedudukan baby aku tengok nurse tu tulis cephalic. Maknanya baby dah berpusing la kan. Tapi bukan scan la. Dia tekan-tekan perut je rasa kedudukan baby. Kat klinik seksyen 7 tu payah la nak dapat scan. Kecuali ada kes. Macam kes Amir dulu. Kepala tak engaged pada waktu sepatutnya. Baru la dapat merasa scan klinik gomen.

Nanti la, ada masa nak pi scan kat klinik swasta. Nak tengok sekali baby boy ke girl. Senang ummi nak panggil nama baby siap-siap n beli baju bajan.

Oh, pasal nama baby. Aku dah ada nama baby girl. Tapi Abang Misai macam tak suka je. ;(

Sob... Sob...

Aku nak bagi nama starting A lepas tu ada Nur n belakang huruf R. Senang cerita nama depan tu Amira Nur R.... Tapi Abang Misai nak Nur tu kat depan. Aku cakap la biar la nama starting A. Time sekolah nanti apa-apa dapat awal. Abang Misai lak kata biar la Nur tu kat depan. Ramai la kawan-kawan so tak ada la gabra sangat. Boleh gitu?

Nama baby boy still cari lagi. Hmmmmm..... Pun Abang Misai ada suggestion lain jugak. Hari tu beria je suruh aku yang cari nama. Tapi dia pulak tak berkenan. Eeeee.... Geram ah!

Ok la. Aku nak pi buat pemantauan kat budak bertuah Amir. Ke mana hala je dia pi tu.

1 comment:

ejaMaria said...

ala biasa la tu... dia nak cari malas... kita yg kena pikir... pastu tak kenan...
senang je nak settle... nnt isi borang pendaftaran tu... nko isi sendiri mcm mana nama nak... hehehehe... biar dia tinggal hantar je... apa-apa hal cakap - ala dah tulis... ;p