SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, October 27, 2009

Bos, tolong buat bilik air kat opis boley?

Ohh... Baru masuk kerja balik hari ni. Malasnyeeeee.....


Semalam aku EL. Jahat tak? Hahhaha! Memang saje aku nak dajalkan orang. *gila jahat*


Semalam Amir punya check up. Dia kena cucuk. Alalala.. Sian anak umi. Tapi dia nangis kejap je lah. Lepas tu buat muka sebek n tengok kat abah dia. Nak mengadu la tu. Amboi.. Amboi... Kecik-kecik dah pandai ngadu ek.


Balik dari klinik dari pagi sampai petang kerja Amir tido dan tido dan tido... Penat kot. Lali sebab ubat agaknya.


N malam semalam aku naik tren balik KL. Sengal leher aku sebab amik kelas ekonomi je. Semenjak dah ada anak ni kena la jimat. Nak amik tempat tido boleh pitam kalau nak ulang alik tiap minggu. Huhuhu...


Ni kat tempat kerja la ni. Sampai aje KL Sentral terus naik komuter balik Shah Alam.


Dan aku adalah tak mandi. Hahahahaha! Aku jujur dan berterus terang oke. Memang kambing abes la kan. Hakhak! Tapi orang bukan tau sebab aku dah sembur perfume. Hehehe... Korang aje la yang tau pun.


Mana sempat nak mandi segala wei. Sampai kat Shah Alam pun dah ngam-ngam pukul 7. Amik kereta kat Komuter Raya terus berdesup pi opis. Ngam-ngam sampai opis kul 7.30. Kalau aku balik mandi semua confirm punch card merah punya la.


Aku kena buat proposal kat bos la suruh dia tambah bilik air untuk mandi kat opis ni. Hohohoho!



2 comments:

Khairi said...

salam,

blog walking hehe.

anyway, anak saya pun kena cucuk semalam (5bulan). sebek jek.

amir riduan mmg comel tp syg ummi dia gi keje tak mandi huhu.

:)

AmiYs said...

khairi - ahahahaha! nak buek cane... x jumpa bilik mandi lor.. hauahaua! kira ok la dah sembur perfume n gosok gigi... ;p