SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, October 7, 2009

Amir yang kuat nenen

Budak kecik kuat nenen dengan ummi dia yang dah nak pengsan sebab letih. Huahuahaua!

Ok Amir dah tido. Maka boleh lah aku berkarya agung sat. Hahaha.. Macam bagus aje bunyi berkarya tu. Padahal sendiri karang sendiri baca je.


Amir sekarang suka berjaga. Letih ummi dia ni dok melayan. Pulak tu tak suka dok baring saje. Ada aje akal dia nak suruh orang kelek. Adoi laaaa... Nak kata aku ajar berdukung sana sini rasanya tak ada lah sangat. Ni yang risau nak hantar ke pengasuh ni. Huuuuu...


Lagi satu kalau malam suka melekat bawah ketiak. Nak nenen. Kalau bagi susu botol pun dia nak jugak tido melekat kat tetek. Sampai laki aku kata susah lah macam ni. Nanti ummi balik Shah Alam Amir tak boleh tido pulak. Kalau tetek boleh tanggal n tinggal kat kampung tak apa lah. Lagi lah aku sedih nak tinggalkan.


Aku dah bagi Amir formula milk. Mula-mula tu niat suci murni aku dari hati yang tulus mulus lagi ikhlas ni nak fully breast feed Amir. Tapi kan dia tak puas nenen. Nak melekat kat tetek sampai berjam-jam. Aku lepaskan nak pi makan dia punya melalak satu taman rumah aku boleh dengar. Wuwuwuwu....


Nak tak nak terpaksa lah bagi FM. Kalau tak memang apa kerja pun aku tak boleh nak buat. Sekarang pun kalau bagi FM memang lah dia minum. Banyak pulak tu. Aku buat selalu 5oz. Dia boleh abeskan 4oz. Bila bagi lagi dia dah tak nak dah. Tapi tak mau nak tido. Sudahnya sumbat tetek elok aje dia tido.


Macam mana ni? Huhuhu.. Siapa-siapa ada pengalaman tolong lah tunjukkan. Aku nak pam pun paling kuat aku boleh dapat 3oz. Selalunya 2oz jek lah. Nak buat stok pun tak sempat. Ye lah, 2oz sekali sumbat kat Amir tak sampai 5 minit je dia nyonyot. Aku guna pam manual aje. Sadistik kan. Ingat kan nak beli pam brand Spectra tu. Tapi tengok harga dia buat aku rasa macam nak nangis pulak dah. Hukhukhuk....


Ok lah. Aku nak makan n minum sat sementara hero aku tengah lena ni. Karang dia bangun jangan harap lah aku dapat makan dengan aman. Dia pun nak nenen gak.


Sat lagi kalau sempat aku berkarya lagi. Haha!


2 comments:

@e_da said...

wahh amir suka melekat bawah ketiak ibu dia yer.. perangai baby sama kan. my mika pun suka kena kelek.. kalau letak nagis.. kalau pegang elok jek dia diam,....

AmiYs said...

eida - tu la.. klu letak mmg nangis saje.. kena la pegang nak bagi senyap...