Hari ni pagi-pagi lagi rezeki i dah murah. Alhamdulillah.. Amin...
Nak tau kenapa?
Baru sat tadi bos belanja makan nasi kerabu. Dah orang belanja tu sebat aje la labu. Alhamdulillah la orang nak belanja time poket macam telur di hujung tanduk ni kan. Even nasi kerabu kosong aje tapi sebab orang belanja maka rasanya amat lazat lemak berkrim disukai ramai. Hahahaha!
Lepas tu pulak time baru aje bukak polisterine nak melantak nasi kerabu bos belanja *panjang umor bos.hehehe..* staf aku masuk bawak air teh n lempeng dengan kari ayam. Banyak pulak tu. Waaaahhhhh!!!!
Jadinya tadi adalah sesi kenduri nasi kerabu dengan lempeng. Nasi kerabu tu punya la banyak.
Tapi lempeng tu tetap aku sapu jugak. Perut gedabak punya besor sekarang ni. Muahaha...
Gambor tak ada sebab aku dapat makanan terus ngap macam orang kebuluran. Tak menyempat-nyempat nak snap dah. Heeeeee....
Jemput makan ye u alls.... :)
SaYa SayaNg AnDa :)
Friday, October 30, 2009
Rezeki murah di pagi hari
Tiket raya haji dah beli
Horeyyyy! Malam sat gi naik tren balik kampung.
Terus mood nak buat keja macam sepoi-sepoi bahasa je. Hahaha! Erti kata lain malas nak mati dah. Kalau dah malas tu memang banyak benor la alasan.
Pagi-pagi ni aku dah sakit perut. Adus... Nak kata sakit perut nak poo poo idok la pulak. Angin kot.
Raya haji bulan depan kan. Haaaa... Aku dah beli tiket balik kampung. Hehehe... Jangan jeles.
Mesti korang kata aku ni sewel kot beli tiket awal-awal. Raya pun belum lagi. Puasa pun tak ganti-ganti sibuk nak raya haji. Wakakaka!
Beli awal takut abes lor. Itu pun time aku dok kelebet web KTMB tu tiket pun dah macam nyawa-nyawa ayam je. Sebelum abes harus lah aku beli. Tak kuasa aku nak drive sendiri balik Penang. Confirm jalan jammed.
Nak tau berapa haribulan punya tiket aku beli?
25hb November bersamaan hari Rabu. Hahahaha! Lagi gila. Cuti pun tak apply lagi dah sewel amik tiket awal. Padahal raya haji hari jumaat 27hb tu.
Pedulik la kan. Aku yang nak balik. Bos tak approved cuti pun aku tetap jugak nak balik.
Hahahaha!
Thursday, October 29, 2009
Kalau dapat minum ais memang sodap
Tajuk tak ada kena mengena pun dengan entry. Huhuhu....
Sangat letih.....
Padahal dok opis aje. Bukan keja buruh binaan pun. Huhuhu...
Letih mengadap sistem ni la. Punya la lembap. Adoi... Orang dah la nak siapkan keja cepat-cepat ni. Kejap lagi balik rumah tak ada la mimpi horror pasal keja lak.
Dahsyat tak sampai tido pun termimpi pasal keja? Confirm memang dah stress abes tu.
Hahaha.. Baru masuk keja tak sampai 2 minggu dah stress. Apa masalah aku sebenarnya ni. Ngada-ngada kot.
Nak balik rumah. Bantal n katil sudah memanggil-manggilku.....
Hahaha! Baru sehari ganti puasa dah melalut dah. Lagi 29 hari tu macam mana la gamaknya.
Kalau aku berenti keja nak makan apa pulak
Sekali sistem pulak buat hal. Lembap terkedek-kedek sungguh. Nak update 1 data je makan masa seploh minit. Kalau aku tak puasa ni sempat la abes nasik sepinggan.
Hari ni dah hari Khamis. Kejap aje rasa. Esok dah Jumaat. Dah boleh balik kampung.
Ini la pekerjaan aku sekarang. Ulang alik sampai lembik.
Ntah bila nak dapat tukar ntah.
Bila call hq kata memang tak ada kosong. Kena tunggu orang naik pangkat or bersara. Uiiissshhhh.... Bila zaman la tu.
Tanya orang kat sana pun tak ada yang nak tukar suka sama suka since semua memang asal sana. Cis!!! Rasa macam nak berenti aje la. Hoh!
Tak ke tekanan aku ni. Makin banyak la rambut aku gugur. Tak pasal-pasal botak. Eh, ngeri la nak pikir.
Takkan nak jadi cenggini kot.
Ini botak yang cun. Kalau aku botak tak adanya nak cun cenggini. Huhuhuhu...
Tolong bagi derma kilat kat aku..huhuh...
Fuh.. Fuh.. Fuh... Tercungap-cungap.
Bukan sebab aku semput. Lari pun dah tak ada maknanya nak buat semenjak jadi mak orang ni. Maka aku bukan tercungap-cungap sebab semput mau pun mengah.
Sebabnya adalah...........
Duit dah makin ilek pocik dalam bank mau pun kat dalam wallet Bonia celup aku ni haa.
Tengah dok pikir cukup ke sampai gaji bulan depan ni. Adoi laaa...
Hari ni pun dah start puasa ganti di samping menjimatkan duit. Hohohoh!
Orang awal bulan makan besor, aku awal bulan telan megi aje la karang. Sadissss......
Wednesday, October 28, 2009
Kawan-kawan, kalau dpt emel ni jgn caya ek
Aku check emel semalam. Bukak je spam folder dapat emel ni.
Pada sesiapa yang dapat emel cenggini jangan la korang percaya k. Ini namanya phishing. *betul ke aku eja tu?*
Orang yang hantar emel ni nanti senang-senang je kelebet duit korang masuk akaun diorang. Haaa.. Tak ke meraung korang nanti tengok-tengok dalam akaun dah tinggal seposen. Tu pun kalau diorang baik hati la nak tinggalkan seposen kan. Kalau dia kaut semua???
Mau terjun jambatan kot kalau duit semua kena kaut. Lain la kalau dalam akaun memang tak ada duit. Hehehehe...
Berhati-hati lah ye. Dah banyak orang kena ni. Apa-apa emel konon kata dari bank mintak korang sign in dari emel jangan bukak. Aku kata JANGAN BUKAK! *hahaha..motif nak marah?*
Korang pun semua bijak laksana kan. So, jangan terpedaya pulak.
Sila la buat opis ni macam aku punya
Aku baru masuk opis. Selamba wawa je masuk lambat kan.
Aku pi klinik tadi. Sebab rasa tempat bedah tu macam pedih-pedih balik. N dada aku ni sakit bila nak tarik nafas panjang-panjang sikit. Dah aku rasa macam tak cukup nafas je lately ni.
Pi klinik gomen. Almaklum la, bajet bulan ni berlari kencang. Cukup-cukup makan aku aje. Mana taknya, bila pi jalan-jalan nampak aje barang baby mula la aku membelek. Bila dah membelek memang tak sah la kalau tak beli. Sehelai baju pun jadi la.
Maka poket pun makin menipis. Nak tunggu gaji pulak lambat lagi. Hujung bulan depan. Hari tu dapat gaji awal bulan berjimba sampai tak ingat dunia kan. Jadi sila lah menggantikan puasa anda masa dalam pantang tu bagi menjimatkan kos. Huhuhuhu....
Bila pi klinik gomen menunggu sudah tentu la sejam. Tunggu jumpa doktor setengah jam. Tapi jumpa doktor 5 minit je? Memang betul la orang kata penantian tu 1 penyiksaan. Hohohoh!
Dapat pun sejenis je ubat, ubat tahan sakit masa mula-mula kena bedah dulu. Huk aloh.... Doktor kata tengok luka bedah aku ok je. Tak nampak bengkak pun.
Reason aku sakit maybe sebab banyak sangat berjalan n buat kerja berat. Kerja berat tu mungkin kureng la. Tapi berjalan banyak tu memang ye.
Dah kata tiap-tiap minggu ulang alik Selangor ke Penang kan. Naik pulak train. Duduk pulak dekat seploh jam sampai kejung dalam train tu. Memang menempah penyakit la namanya.
Minggu ni pun aku balik lagi. Huhuhu... Memang lepas ni aku pulak kena buat belanjawan 2010. Wuwuwu...
Tuesday, October 27, 2009
Apa itu PAP SMEAR
PAP SMEAR BENARKAH IA MENYAKITKAN?
PENTINGNYA rawatan pap smear ke atas wanita yang sudah melalui hubungan seksual memang tidak dinafikan. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar tentang kepentingan ini. Kebanyakan daripadanya tidak langsung menganggap pap smear salah satu rawatan benar-benar penting dalam kehidupannya.
"Saya pernah melaluinya ketika mengandung anak pertama dahulu. Cukuplah sekali. Takut melihatkan alatnya yang besar. Saya pun rasa kurang selesa dan sakit semasa rawatan dijalankan." Akui Lina
"Bayangkan doktor lelaki pula yang buat. Eee....malunya. Lainlah kalau memang tengah sakit, rasa malu bolehlah di tolak ke tepi." Kata Mimi pula.
Selain kurang prihatin tentang kesihatan diri, ini antara faktor penyebab mengapa wanita tidak mahu melakukan ujian pap smear. Rasa takut dan malu begitu tebal dalam diri mereka sehingga sanggup mengetepikan risiko yang mungkin akan dihadapi jika tidak dikesan daripada awal.
"Pap smear penting bagi wanita yang sudah melalui seksual aktif. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar kepentingannya. Malah saya sendiri kurang menerima pesakit wanita yang datang ke sini semata-mata untuk menjalani ujian pap smear. Saya tidak nafikan, wanita tak mahu jalani ujian pap smear kerana rasa takut, sakit dan malu." Akui Dr. Ismail Thamby.
DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA
MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.
Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita.
Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.
Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.
Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.
KEPENTINGAN PAP SMEAR
Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.
Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.
Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.
Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.
Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.
Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.
Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.
Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:
* Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
* Mereka yang kerap bertukar pasangan.
* Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.
BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?
Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.
Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.
Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.
Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.
Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.
Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.
Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:
* Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
* Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.
NONA, JUN 1998, M/S 32-33
hasil dr copy n paste dari sini ye...
Aku dah buat PAP SMEAR test? Korang dah?
Lupa nak cite.
Semalam kan aku bawak Amir pi klinik untuk cucuk. So, nurse tu tanya la dah period ke belum. Aku pun macam agak-agak confuse sebenarnya sebab hari tu dah cukup 44 hari bleeding dah stop. Then, hari ke 58 ada lagi.
Rupa-rupanya semalam klinik tu ada buat PAP SMEAR test. So, dah alang-alang aku ada dia suruh aku buat sekali. Aku pun ok aje la. Kata check free kan. Siapa yang tak nak.
Hoooo... Sakit rupanya test PAP SMEAR tu. Wawawawa... Aku ingat tak sakit. Kena seluk jugak la macam masa doktor nak check ketuban aku betul ke dah pecah masa nak beranak hari tu. Guna vagina spatula yang plastik tu. Adededes...
Tapi tak apa la. Dah check pun. Free pulak lagi. Kira ok la tu kan.
Siapa-siapa yang tak tau apa PAP SMEAR tu nanti aku update lain k. Aku nak mamam sat.
Pedih kat tempat bedah
Perut aku pedih la. Kat tempat bedah tu.
Kawan-kawan yang cser, korang ada tak rasa sakit-sakit lepas 60 hari?
Bila pedih tu datang mula la aku jadi nenek bongkok 3. *boleh nyanyi lagu nenek2 si bongkok 3 tu*
Jalan jadi terbongkok-bongkok sebab nak tahan sakit tu. Siyes pedih gila. Nape ek?
Bos, tolong buat bilik air kat opis boley?
Ohh... Baru masuk kerja balik hari ni. Malasnyeeeee.....
Semalam aku EL. Jahat tak? Hahhaha! Memang saje aku nak dajalkan orang. *gila jahat*
Semalam Amir punya check up. Dia kena cucuk. Alalala.. Sian anak umi. Tapi dia nangis kejap je lah. Lepas tu buat muka sebek n tengok kat abah dia. Nak mengadu la tu. Amboi.. Amboi... Kecik-kecik dah pandai ngadu ek.
Balik dari klinik dari pagi sampai petang kerja Amir tido dan tido dan tido... Penat kot. Lali sebab ubat agaknya.
N malam semalam aku naik tren balik KL. Sengal leher aku sebab amik kelas ekonomi je. Semenjak dah ada anak ni kena la jimat. Nak amik tempat tido boleh pitam kalau nak ulang alik tiap minggu. Huhuhu...
Ni kat tempat kerja la ni. Sampai aje KL Sentral terus naik komuter balik Shah Alam.
Dan aku adalah tak mandi. Hahahahaha! Aku jujur dan berterus terang oke. Memang kambing abes la kan. Hakhak! Tapi orang bukan tau sebab aku dah sembur perfume. Hehehe... Korang aje la yang tau pun.
Mana sempat nak mandi segala wei. Sampai kat Shah Alam pun dah ngam-ngam pukul 7. Amik kereta kat Komuter Raya terus berdesup pi opis. Ngam-ngam sampai opis kul 7.30. Kalau aku balik mandi semua confirm punch card merah punya la.
Aku kena buat proposal kat bos la suruh dia tambah bilik air untuk mandi kat opis ni. Hohohoho!
Friday, October 23, 2009
Rasanya Amir bukan cirit la
Ahhh.. Bosan... *sambil tepuk dada macam hulk*
Laki aku kata Amir dah ok. Tapi kan, aku rasa Amir bukan cirit la.
Susu badan kan senang hadam. Maybe tu yang buat dia terberak-berak. Selalu kalau minum susu FM time nak berak tu dia macam meneran jek. N kadang-kadang sehari tak berak.
Yang laki aku ni dah panik n nak buang EBM tu. Jangan la dia buang dulu. Penat aku pam tau. Dah la sakit.
Tak sabar nak balik petang ni jumpa Amir...
Thursday, October 22, 2009
Amir cirit..
Tujuan bukak pc kat rumah ni nak buat kerja. Tiba-tiba time balik tadi bos mintak report. Aku dah tak larat dah sebab dah bengkak n malas nak pam kat ofis.
Bila dah on pc tadi tiba-tiba laki aku cakap Amir cirit. Dia kata lepas bagi minum susu badan yang aku simpan kat freezer tu.
Aku pelik la jugak. Dah tercemar pulak ke susu badan yang aku simpan tu?
Sebab apa baby boleh cirit ek?
Runsing.. Runsing...
Terus tak ada mood nak buat kerja...
Header yang baru
Header i dah bertukar. Bertukar!!!! *macam cerita Justiriser tu. wakakaka!*
Itu adalah hasil ada kerja tapi tak nak buat kerja n buat benda lain sebab tak ada mood.
Semua pic Amir dalam hp aku pi cantum-cantum. Senang aku boleh tengok sekali banyak. Ahahahaha!
Dah tengok pic Amir ni rindu la pulak. Apa la Amir tengah buat sekarang ni. Hope tak lupa la kat ummi dia.
Excited nak balik kampung esok
Pagi-pagi dah bermeeting. Nak breakfast pun tak sempat. Kan tak pasal-pasal gastrik aku dah menyerang balik. *poyo jek asal makan lambat kena gastrik*
Kerja dah start banyak ni. Tapi buat-buat macam tak ada kerja jap. Menyelit update blog. Mana tau kan, lepas ni jadik glamer, bila dah glamer income pun lebat. *pui..pui.. perasan.. wakaka!*
Tak sabar ni nak balik kampung ni. Rasa macam lambat aje masa berjalan. Sikit-sikit tengok jam. Sikit-sikit tengok kalendar. Kalau boleh nak putar sendiri jam ni kasi cepat sikit hari esok. Hahaha.. gilo!
Semalam aku masak makan malam. Sila mengagumi aku. Huhuhu... Ye la, sepanjang-panjang dok rumah mertua harap aku tunjuk skill masak air aje. Buat air pun idok le. Ada la 2 kali dok masak kat rumah akak aku lepas abes pantang 44 hari pasal jaga akak aku pantang. *ye ke aku jaga dia? macam dia je jaga aku. hauhauahau!*
Ala, masak simple aje. Tauhu dengan tempe goreng kunyit. Aci tak? Ahahaha! 1 lauk tu aje pon yang aku masak. Pasal aku dah lapar tahap boleh telan kambing sekor. Tengahari semalam aku tak makan pasal tak ada orang nak kirim beli makan. Aku nak keluar sendiri memang kirim salam aje la.
Balik rumah perut masuk angin. Tu yang gigih main masak-masak kat dapur tu.
Hooo.. Aku dah kuat makan sekarang ni. 1 periuk nasik dalam periuk kecik tu aku boleh abeskan sekali ngap je. Punya la buruk lantak ummi si Amir ni. Wakakaka! Tapi kat rumah mertua i tak tunjuk la kebuluran i tu. Malu la i... ;p
Apa pun, yeay..yeay... Esok nak balik kampung jumpa Amir. Weeeeee!!!!!! *lompat-lompat sampai cecah siling*
Wednesday, October 21, 2009
Sama tapi tak serupa..hehehe...
Hahaha... Abaikan sepah-sepah kat belakang tu. Time tu kakak aku sibuk dok punggah cari baju nak kasi Amir pakai.
Comey sangat bila tengok pic ni. Yana dah botak dah. Abang dia si Fik tu pun dah join kelab botak. Bapak dia botakkan sebab kakak aku tobek rambut dia. Muahahaha...
Gambo Fik aku update nanti. Dah macam upin dan ipin pun ada.
Berangan aje la kejanya
Kerja apa ek, yang tak payah pi opis, boleh buat kerja dari rumah, tapi boleh dapat banyak duit. Kira masyukkkk la. Bukan buat kerja yang tak senonoh oke.
Harus lah berangan kan nak duduk goyang bontot kat rumah. Jaga anak. Jaga laki. Anytime suka-suki boleh shopping mopping.
Ada tak kerja macam tu?
Kalau ada aku nak!!!!!!
Sebab aku nak dok mengadap anak aku kat rumah. Macam Kak Red tu. Bestnya lah kan. Dapat makan angin sana sinun pulok.
Berangan.. berangan... berangan.... Dadada~~
sakit perut
Apekah perasaan anda bila anda sakit perut dan rasa nak berak tapi bila pi toilet apa pun tak nak keluar?
Geram?
Marah?
Kecewa?
Huuuuu... Itu la yang aku rasa sekarang ni. Perut berpusing macam mesin basuh tapi tak ada hasilnya. Mencik!
Pagi yang mencabar
Aku lapar. Wuwuwuwu...
Pang sekali kat dahi tu. Bangun lambat lagi. Kan dah tak sempat nak masak bekal segala.
Wooo... Aku ngantuk gila la. Semalam sampai rumah pukul 10. Balik tu perut dah sakit sebab masuk angin pasal makan lambat. Tapi aku sumbatkan jugak nasik.
Lepas tu dah tido terbangun pulak pukul 3 pagi. Perut memulas-mulas. Cibi pulak dah.... Termenung pulak dalam toilet.
Ni pun tengah sakit perut lagi ni. Masuk angin plus cibi. Kejap lagi aku buat marathon ke toilet pulak.
Sampai opis pagi-pagi dah dapat call mintak tolong itu ini. Nak makan pun tak menyempat dah.
Kejap lagi ada meeting lagi.
Tuesday, October 20, 2009
Kerja macam sewel
Aku kat...........
OPIS LAGI........ TETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT......... *adekah aku mencarut?*
Bongok aje rasa tiba-tiba hari 1st datang kerja dah balik lewat kan.
Ini adalah kerana aku seorang pekerja yang berdedikasi dan amat cintakan tugas. *dan statement itu adalah tipu*
Petang tadi ada meeting n dalam meeting tu tiba-tiba kitorang kena buat survey untuk 900++ responden dalam masa 5 hari.
Dengan questionnaire baru hegeh-hegeh nak print malam ni. Maka hidup aku dah kembali tunggang terbalik.
Ni aku dah siap buat lak tiba-tiba printer buat hal. Apa kes?!
Eeeee... aku gigit printer ni karang...
Cerita sadis di pagi hari
Baru nak pukul 12 aku dah ngantuk... Pukul 10 tadi dah pam susu. Sekarang nak buat kerja pun macam tak tau hujung pangkal nak buat apa. Report pun dah tengok.
Aku pam susu dalam bilik aku je. Malas nak angkut beg pink yang menyala tu ke surau. Staf aku yang sangat baik hati dah tolong tampal cermin bilik aku dengan kertas. Cermin ni tak ada tirai. So, can see through la kalau buat apa-apa pun. Nak curi tido pun susah. *ada niat tu nak tido time keja* Jadi boleh la aku nak mengerjakan tek aku secara aman.
Tapi time nak pam tu kena bukak lagu kuat-kuat. Breast pump Tollyjoy ni bunyinya Ya Rabbi punya kuat. Housemate aku kata macam bunyi mesin rumput. Wakakaka! Nak buek camno. Itu aje yang mampu beli pun. Mesin rumput pun mesin rumput lah. Asal boleh elak tek aku bengkak aku ok aje.
Dapat lah 3oz sekali pam tadi. Haaa... Ni ada la cerita sedih pagi tadi. Wuwuwuwu... Aku bangun pagi pukul 5 sebab nak pam tek yang dah bengkak. Punya la gigih pam. Sekali dah sampai 5oz tiba-tiba aku nampak 2 ekor makhluk berenang-renang dalam susu tu. Apekah???!!!!
Semut ntah datang dari mana boleh masuk dalam botol susu aku ni? Maybe masa nak pam tu aku tak perasan yang dalam botol susu tu ada semut. Maklum je la, baru bangun tido. Mamai lagi so tak perasan.
Kesudahan yang tak best adalah aku terpaksa buang semua 5oz susu tu. Takkan nak simpan bagi Amir minum pulak. Ada jadi pelupa anak aku karang.
Nak meleleh air mata aku ni time buang susu tu dalam sink. Punya la penat plus sakit mengepam tapi buang macam tu aje. Nak marah pun tak boleh. Semut tu bukan ada akal pun. Salah aku jugak la tak check dulu.
Botol dah basuh pun semut nak hurung jugak. Aku musykil betul. Rumah aku memang banyak semut la. Datang dari mana aku pun tak tau. Air masak pun semut tu masuk jugak. Semut sekarang ni jaga kesihatan kot. Minum air masak je. Huhuhu...
Moral of the story, lepas ni nak pam kena check betul-betul segala peralatan pam tu. Kalau tak jadi macam aku. Menyesal kemudian tak ada gunanya. Huuuuuuu..... Sadis....
Cooler bag i yang very the pinky
Aku di ofis dengan perasaan separuh rela. Boleh tak macam tu? Huuuuiiii... Dah sedap cuti 2 bulan katanya kan jadi sakit malas tu memang susah la nak ubat.
Kejap lagi kerja aku mengepam susu lak. Amir dah tak nenen memang bengkak sentiasa lor. Guna pam eletrik Tollyjoy. Sakit ooo... Nak guna pam manual karang berapa lama pulak aku nak bertapa dalam bilik.
Oke, ni pic cooler bag yang aku beli kat Tesco. Atas permintaan Ida yang tengah dok survey cooler bag jugok. Tapi cooler bag ni gabak besor sikit la Ida. Itu paling kecik yang ada pun.
Very the pinky la cooler bag i... hehe.. itu aje kaler yang ada pun.. sebat je la..
Daripada aku ulang alik angkut susu pi peti ais aku beli aje la benda ni. karang simpan dalam peti ais pun haru jugak. Sebab sini ramai yang join kelab mengepam ni. Tak pasal-pasal silap amik susu orang pulak. Hahaha!
Ni pulak ice pack kasi susu tahan lama sebelum balik rumah. Beli kat Tesco jugak. Ada yang lagi kecik daripada ni. Yang ni harga dia RM6.90 saje. Tapi harga kat Tesco la yang macam tu. Kat Giant adalah berbelas ringgit ye. Bengong apa jual mahal-mahal ntah la.
So, Ida lepas ni boleh la survey cooler bag untuk Ida pulak. Meh sama-sama kita mengepam susu untuk baby. Hehehe...
Monday, October 19, 2009
Cooler box mahal nak mati kat Giant
Aku baru balik bershopping... Ngeh.. Ngeh...
Niat aku nak cari cooler box aje. Memang tak ada la sawan nak beli barang lain pun. Mula-mula hala tuju adalah ke Giant seksyen 13.
Cari punya cari terus nampak kat hujung ceruk Giant tu cooler box. Laju ni pi tengok. Sekali tengok harga terus aku rasa nak pengsan kat situ jugak. RM99.90 yea. Mahal yang amat. Gila babi betol.
Ice pack yg cinonet tu pun sampai 9 hengget. Nak aje aku bakar Giant tu. Kata harga murah setiap hari. Murah tengkorak hang la.
Aku beli barang lain dulu terus simpan niat survey kat Tesco pulak.
Pi Tesco harga cooler box yang sama dengan brand n saiz yang sama RM69.90 saje ye. Musykil tak? Ice pack tu pulak baru 6 hengget. Gila banyak untung Giant sapu. Even aku pernah kerja Giant tetap tak puas hati gak aku dengan harga cekik darah tu.
Sudahnya aku tak beli pun cooler box tu. Aku beli cooler bag pulok. Kat Tesco ada jual cooler bag. Lagi murah kan. So daripada aku merepek beli cooler box mahal tu baik aku beli cooler bag. Kaler pink lagi gitu.
Sekarang tak risau lagi. *macam ayat iklan pulak* Dah ada cooler bag so senang la nak bawak balik susu badan ke kampung. Hehehe...
Banyak pulak susu aku ni. Baru dok sehari dah berapa bekas dadih tu aku sumbat dalam peti ais.
Ada pulak kena beli peti ais baru karang. Wakakaka... Mula nak merepek dah aku ni. Huhuhu...
Kalau dah malas keje tu ada aje alasan..hehe...
Aku kat rumah. Tak pi kerja pun hari ni.
Rasa tak sedap badan lak. Dengan mata bengkak. *dan-dan tu la tak sedap badan...huhu*
Alasan macam-macam padahal malas. Hohohoho...
Tapi betul laaa... Aku rasa macam nak demam ni. Demam rindu. Tambah pulak tek asek lah bengkak. Kalau Amir ada senang. Sumbat aje mulut dia sekejap je dah surut.
Nak kata aku tak pam dah pam banyak kali dah. Freezer peti ais tu tak lama lagi penuh lah dengan susu.
Aku nak kena cari cooler box. Nak bawak balik susu tu ke kampung nanti. Semalam aku survey hampeh tak jumpa. Time cari time tu lah tak ada. Bila tak cari bersepah-sepah.
Arrr... Mau balik kampung....
Sunday, October 18, 2009
Lagi-lagi rindu kat Amir
Malas...
Malas sangat...
Malas sangat-sangat lah nak pi kerja...
Boleh tak kalau aku tak nak pi kerja esok.. Huhuhu...
Nak layan blues ingat kat Amir...
Rindu sangat-sangat...
Macam nak tercabut jantung ni punya rindu...
Dah lah call laki aku tadi dia tak jawab. Bila sms dia kata bz main-main dengan Amir...
Mau tak meleleh air mata aku....
Amir!!!! Ummi nak balik peluk cium Amir....
Tek ummi pun dah bengkak ni... Selalu Amir la dok bergayut dekat ummi...
Ok.. Confirm aku nak menangis dah ni...
Hukhukhuk... Sedihnya....
Rindu sampai boleh gila... wuwuwuwu...
Bosan n sedih...
Aku dah ada kat Shah Alam. Pukul 12 lebih malam tadi sampai.
Sepanjang jalan dari Penang ke Shah Alam air mata berjurai-jurai lah macam air terjun. Dok teringat kat Amir. Nangis sampai tersedu-sedan. Kalau boleh banjir dah banjir dah.
Nak tido pun boleh menangis lagi. Tak sedar pulak tu aku menangis.
Aku rindu gila kat Amir...
Friday, October 9, 2009
Amir yang lasak
Sakitnya perut nih.. Rasa macam nak memerut. Tapi sempat lagi nak mengarang.
Bosan oke. Abang Misai kata dia kena pi KL. Maybe 2-3 hari. Abes bini dia ni nak dok rumah saje-saje jek?
Pasti lah mati keras kebosanan. Nak keluar macam kesian lak kat mak mertua. Karang tinggal sorang-sorang.
Tapi kalau nak keluar pun macam mana lah aku nak bawak si Amir. Car seat dah beli dah tapi tu nak kena tunggu Amir dah tegap sikit n boleh didudukkan. Nak beli yang untuk newborn punya car seat tu rasa macam rugi lah pulak.
Ye lah. Kejap aje lah muatnya karang. Dah lah baby cepat besar. Kalau ummi Amir ni kaya macam Paris Hilton tu apadehal lah nak beli kan. Ini kaya hutang aje. Hohoho...
Kalau nak letak kat seat sebelah untuk drive pi rumah kakak n mak aku boleh lah. Itu pun kena tengok-tengok jugak. Sebab Amir ni lasak. Kaki tu kuat betul menendang. Lepas tu suka tolak badan sampai boleh berpusing.
Memang tak reti dok diam lah. Mana taknya, masa dia baru 20 hari dia dah meniarap oke. Seriussss... Tak tipu.... Tak sempat nak rakam je sebab masa tu tengah nak siapkan air mandi dia. Tinggalkan dia sorang-sorang dalam bilik. Masuk-masuk aje dia tengah tertonggeng sorang-sorang. Nasib baik tak jadi apa-apa. Huhuhu...
Itu lah sekali Amir meniarap. Sekarang ni memang kena tengok selalu tak boleh tinggal. Karang tertonggeng lagi sorang-sorang. Tak menyabor sungguh anak aku ni.
Adededes... Tak boleh tahan sakit perut. I nak ke bilik termenung sat ek. Hehehe..
Thursday, October 8, 2009
Malam-malam tak reti nak tido
Eh.. Eh.. Apesal tak tido lagi nih..
Aku tengah tak boleh tido nih. Asek lah dok pikir nak tinggal Amir kat kampung. Dok layan blues. Amir dah tido dah. Jap lagi time dia jaga baru lah aku sibuk nak tido. Alamatnya bengkak lah mata i.
Eh, boleh pulak aku blogging memalam buta nih kan.
Abang Misai tak ada lor. Dia kerja. Siang tadi dah kerja. Ni malam pun kerja. Gila kerja ke apa laki aku ni. Dia kata schedule macam tu kena lah ikut.
Pi kerja tak apa. Pi melencong tempat lain memang menempah tiket lah. Aku lari dari rumah bawak Amir. Hohoho...
Ok lah. Nak tido. Amir dah ngok.. ngek.. ngok.. ngek... cari ummi dia tak ada kat sebelah. Sebelum dia melalak baik aku landing sekali.
K... Tata...
Tak mau pi kerja boleh tak?
Hoh.. Penatnyeeee....
Baru lepas tidokan budak kecik Amir. Dia bangun masa sibuk aku dok gigih dengan semangat jitu memerah susu nak buat stok sebelum aku balik Shah Alam.
Baru dapat 2 bekas aje. Semalam dapat lah 3oz. Hari ni 2.5oz sajek. Meleleh air mata. T_T
Tapi tak apa. Think positive. Air susu aku banyak. Kejap lagi membuak-buak meleleh-leleh lah tu. Boleh pam.
Kena cari kucai ni buat sup.
Memang lah nanti aku tinggal kan Amir kat kampung. Memang lah dia dah minum FM. But still aku nak gak dia minum susu badan. Dengan harapan tak adalah dia rindu sangat kat ummi dia nanti.
Aisey... Dah start sedey... Air mata nak meleleh dah ni. Tak mau lah kerja!!!!
Nak dok dengan Amir.
Sob... Sob....
Ummi will miss u so much sayang.....
Kenapa internet slow kalau guna broadband kat pc laki aku ni?
Agak bengang ni...
Sebab apa bengang?
Ni haaaa... Celcom Broadband adalah sangat siput.
Kalau balik rumah laki aku guna pc dia mesti broadband ni macam tooootttt aje. Guna laptop ok lah pulak.
Apa sebab dia ek? Sebab pc ke sebab kedudukan rumah ni yang betul-betul kat belakang loji kumbahan taman perumahan ni?
Meh sama-sama kita fikirkan.
Wednesday, October 7, 2009
Jerawat yang tak best dah naik kat muka i
Siapa suka ada jerawat sila angkat tangan. Huhuhu...
Semua orang tak suka kan jerawat-jerawat nih. Dan segala benda yang sewaktu dengannya yang menempek kat muka.
Haaa... Problem aku sekarang ialah jerawat kecik-kecik bermaharajela kat dahi. Orang panggil jeragat. Tapi adik beradik aje tu.
Sebelum preggy muka aku memang lah ada gak naik jerawat. Tapi tak ada lah macam sekarang ni. Huuuuuu... Sadis....
Time preggy pulak elok halus mulus aje kulit i nih. Rasa anggun aje. Akekeke...
Sebab apa ek jadi cenggini? Hormon ke?
Sila-sila propose kan petua yang boleh hilangkan jerawat, jeragat dengan parut-parut dia sekali. I pun nak merasa kulit licin berseri bak telur dikupas. Hehehe....
Amir yang kuat nenen
Ok Amir dah tido. Maka boleh lah aku berkarya agung sat. Hahaha.. Macam bagus aje bunyi berkarya tu. Padahal sendiri karang sendiri baca je.
Amir sekarang suka berjaga. Letih ummi dia ni dok melayan. Pulak tu tak suka dok baring saje. Ada aje akal dia nak suruh orang kelek. Adoi laaaa... Nak kata aku ajar berdukung sana sini rasanya tak ada lah sangat. Ni yang risau nak hantar ke pengasuh ni. Huuuuu...
Lagi satu kalau malam suka melekat bawah ketiak. Nak nenen. Kalau bagi susu botol pun dia nak jugak tido melekat kat tetek. Sampai laki aku kata susah lah macam ni. Nanti ummi balik Shah Alam Amir tak boleh tido pulak. Kalau tetek boleh tanggal n tinggal kat kampung tak apa lah. Lagi lah aku sedih nak tinggalkan.
Aku dah bagi Amir formula milk. Mula-mula tu niat suci murni aku dari hati yang tulus mulus lagi ikhlas ni nak fully breast feed Amir. Tapi kan dia tak puas nenen. Nak melekat kat tetek sampai berjam-jam. Aku lepaskan nak pi makan dia punya melalak satu taman rumah aku boleh dengar. Wuwuwuwu....
Nak tak nak terpaksa lah bagi FM. Kalau tak memang apa kerja pun aku tak boleh nak buat. Sekarang pun kalau bagi FM memang lah dia minum. Banyak pulak tu. Aku buat selalu 5oz. Dia boleh abeskan 4oz. Bila bagi lagi dia dah tak nak dah. Tapi tak mau nak tido. Sudahnya sumbat tetek elok aje dia tido.
Macam mana ni? Huhuhu.. Siapa-siapa ada pengalaman tolong lah tunjukkan. Aku nak pam pun paling kuat aku boleh dapat 3oz. Selalunya 2oz jek lah. Nak buat stok pun tak sempat. Ye lah, 2oz sekali sumbat kat Amir tak sampai 5 minit je dia nyonyot. Aku guna pam manual aje. Sadistik kan. Ingat kan nak beli pam brand Spectra tu. Tapi tengok harga dia buat aku rasa macam nak nangis pulak dah. Hukhukhuk....
Ok lah. Aku nak makan n minum sat sementara hero aku tengah lena ni. Karang dia bangun jangan harap lah aku dapat makan dengan aman. Dia pun nak nenen gak.
Sat lagi kalau sempat aku berkarya lagi. Haha!
Monday, October 5, 2009
Anak buah gegirl yang comel
My cute Amir
Ni pic latest Amir. Dia dah debab sekarang. Check up sebulan hari tu berat dia 4.6kg n panjang dia 60cm. Banyak lagi pic tapi aku tengah malas nak upload ni. Muahahaha! Tengok yang ni dulu lah ye.
Pengalaman aku lagi
Diam tak diam Amir dah 48 hari. Huuu... Aku pun dah abes pantang.
Tapi hari ni baru nak berurut. Pelik tak? Sila lah pelik.
Aku kan cser. Pulak tu orang yang nak urut tu pun tak berani lah nak urut. Nak pulak perut ni bukan berjahit macam orang dolu-dolu tu tapi bertampal.
Sekarang pun rasa macam ngilu-ngilu lagi. Punya lah sakit bila bius dah hilang tu. Sehari lepas tu time nak bangun pi toilet tu lagi lah rasa macam nak terkeluar segala isi perut.
Tapi gagah perkasa bangun jugak. Kalau tak bangun harapan untuk keluar cepat dari hospital adalah hilang di sebalik awan mendung yang berarak. Huahuahaua!
Keluar hospital hari ke 3 lepas bersalin. Tapi hari ke 4 admit ke hospital balik. Tapi hospital lain pulak.
Sebenarnya hari ke 3 tu time nak keluar hospital kepala aku dah start pening-pening. Time doktor tanya tu belum pening lagi. Lepas doktor tanya pulak kepala ni buat hal. Elok aje discharge dari wad n masuk dalam lif nak turun aku termuntah.
Pulak tu nak cover tak nak terhambur muntah dalam lif tu aku tahan dalam mulut aje. Nasib baik tak tertelan balik. *Sila jangan geli*
Hari ke 4 tu nurse klinik desa datang buat lawatan ke rumah. Tiba-tiba lah pulak suhu badan Amir tinggi. Dengan warna kuning dah nampak lagi. BP aku pulak naik mendadak, 140/80. Nurse tu suruh ke hospital.
Sampai hospital bila check suhu badan Amir normal lah pulak. Just kuning aje tinggi. Tapi kena tahan kat wad sebab BP aku yang tinggi. Tak pasal-pasal bermalam lagi kat hospital. Dengan luka bedah sakit lagi. Adededes....
Duduk wad sehari semalam je tapi memang aku nyaris nak jadi gila lah. Tak boleh tido sebab Amir melalak non stop. Doktor suruh aku letak Amir bawah lampu biru tu. So, sebab kena pakai pampers je n baring dalam baby cot tak beralas Amir pun tak selesa lah.
Yang nurse pulak aku rasa macam nak seligi je. Sikit-sikit masuk bilik aku tanya kenapa anak menangis. Bila aku tak letak bawah lampu sebab nak susukan dia pulak diorang bising lagi. Cuba kena kat diorang. Tau lah rasa macam mana.
Esoknya dapat discharge dari wad memang lega sangatlah. Merdeka!!!!
Banyak lagi benda nak story. Nanti dulu lah. Mau makan. Hehehe...
Saturday, October 3, 2009
Pengalaman bersalin aku
Hello.. Hello... Testing 1,2,3.. Haha!
Selamat Hari Raya kawan-kawan. Maaf Zahir Batin. Hehehe... Dah hari raya ke 14 baru lah sibuk nak ucap n mintak maaf semua.
Sori ye... Lama tak update pulak tu. Kalau boleh bersawang blog ni agaknya dah tebal berinci-inci.
Kakak aku pun sibuk tanya bila nak update.. Bila nak update... *tiba-tiba rasa glamer..hahahaha*
Bukan tak mau update. Tapi busy dengan si kecik. Sekarang dah faham sikit pe'el dia boleh lah update. Hooo.... Mari-mari i nak story pengalaman bersalin i oke. Basi pun nak story gak. Tak mau baca pejam mata. Hahaha...
Aku ikut kronologi lah ye. *macam nak buat buku sejarah pulak* Start dari hari aku kena admit kat wad.
17 OGOS 2009
8.00 AM - Jumpa pakar kat Hospital Seberang Jaya kes kepala baby tak engaged. Dengan tanpa rasa bersalah dan hati riang ria ke hospital macam orang tak ada problem.
10.00 AM - Jumpa doktor. Doktor check kata kepala baby dah engaged. But kena scan lah pulak. Ikut aje lah.
11.00 AM - Masuk ke bilik scan. Lama gila tunggu. Padahal bilik sebelah menyebelah aje pun. Tapi sebab orang lain yang scan redha je lah. Dah scan tiba-tiba kata air ketuban kurang pulak. Haisyoooo....
12.00 PM - Jumpa balik doktor tadi. Dah tak pasal-pasal kena admit ke wad. Bakal di'induce' lah aku. Tapi riang gembira sebab dapat MC. So cuti tahun adalah tidak dikira. Huahauhaua... Balik rumah makan-makan dulu. Tido jap. Hehehe...
3.00 PM - Terhegeh-hegeh ke hospital. Ke dewan bersalin. Lama gila tunggu. Ingat nak kena induce dah. Rupanya nak check aje. Kena seluk kat bawah tu. Oh... Malu oke. Jalan tak bukak lagi. Soheh lah kena induce. Tapi esoknya lah. Malam tu tido lah kat hospital. Tangan pun kena cucuk. Cakit wooo....
6.00 PM - Dengan rasminya masuk wad n kena pakai uniform pinky. Ntah berapa kali buat CTG pun aku dah tak reti nak bilang.
18 OGOS 2009
8.00 AM - Bangun pagi n mandi manda. Bakal di'induce' lepas breakfast.
10.30 AM - Tunggu giliran nak kena induce. Hooo... Ramai sungguh yang nak kena induce. Dok tunggu dah macam orang beratur dekat bank tu. Ingatkan macam mana lah induce ni. Rupanya calit macam krim tu haaa... Since jalan tak bukak lagi wajib lah aku kena kan. Tak rasa sakit pun masa mula-mula diorang induce tu. *chewah..berlagak sungguh ayat*
Lepas induce kena baring atas katil 2 jam tak boleh pi mana-mana. Nak kencing pun cannot ye. Maka tahanlah segala rasa nak terkencing terberak itu sampai cukup 2 jam. Bosan gila weh. So, kerja aku selama 2 jam tu adalah tido.
Tengah syok tido pulak tiba-tiba datang 2 orang nurse pelatih ni nak praktik apa yang diorang dah belajar. So mintak izin dengan aku nak check breast. Sebab aku pernah rasa macam mana jadi student so aku bagi lah. Tiba-tiba datang pulak staff nurse diorang. Terus satu badan aku kena check. Paling tak boleh handle bila diorang nak dengar heart beat baby cara manual. Habis perut aku ni ditonyoh-tonyoh. Hampeh je.
12.30 PM - Dah boleh bangun. Dapat je bangun dari katil terus ke toilet. Tak tahan nak terkencing oke. Then makan time... Still tak rasa sakit. Kalau jalan tak bukak lagi pukul 2 gitu diorang nak check n induce lagi sekali. Ades... Tak larat asek nak kena seluk kat bawah tu. Huhuhu... Lepas makan kena buat CTG pulak.
2.30 PM - Doktor check dah bukak jalan belum. Baru bukak 1cm. Maka perlu di'induce' lagi sekali. Tapi tak jadi sebab graf CTG aku hilang. Dah lah doktor tanya aku banyak kali ada tak buat CTG lepas 1st induce tu. Banyak kali jugak aku jawab ada. Tak percaya cakap aku. Tak patut betul. Sebab graf hilang tak boleh nak induce coz diorang nak tengok heart beat baby macam mana. So, kena lah buat CTG lagi sekali. Dah lah ramai yang tunggu turn nak buat CTG tu.
5.00 PM - Masuk bilik CTG. Punya lama tunggu baru diorang panggil. Sekali buat CTG tu lama. Ada lah dalam 1 jam. Masa ni dah start sakit macam senggugut tu.
6.00 PM - CTG selesai. Keluar je tengok family aku dok melawat. Diorang tengah melepak kat katil aku. Husband aku pun ada. Masa ni sakit dah start nak menggila. Time tu pulak time makan malam. Memang hilang selera terus. Asal nak menyuap je sakit. Time tu lah lengan Abang Misai jadi mangsa kena picit. Nasib lah. Huhuhu...
Tengah syok borak-borak dengan abah aku sambil muka kerut-kerut tahan sakit tiba-tiba rasa macam ada air keluar. Bangun je dari katil terus basah kain aku. Ohhhh... My water broke... *english broken abes* Terhegeh-hegeh lah aku pi bagitau nurse kat kaunter tu. Diorang suruh masuk bilik untuk check. Dah lah yang check doktor lelaki Cina badan agak besar ye. Huhuhu... Tapi baru bukak 1.5cm je. Adoi... Eden dah sakit bonar ni...
9.00 PM - Buat CTG lagi. Masa ni memang aku dah tak boleh baring diam-diam dah. Kejap mengiring ke kanan. Kejap ke kiri. Tapi boleh lah nak tahan lagi.
11.00 PM - Aku ke hulu ke hilir dalam wad. Tak boleh nak tido. Sakit woo.. Baring nak pejam je terbangun sebab sakit. Last-last aku keluar dok dekat kerusi dekat kaunter. Nurse yang ada tu tanya kenapa aku tak tido lagi. Aku kata sakit tak boleh handle dah. So, diorang suruh check. Time tu dah bukak 3cm. Terus aku kena hantar ke dewan bersalin.
11.30 PM - Dekat dewan bersalin tu lagi sekali kena pasang mesin CTG tu. Rimas betul aku. Langsung tak boleh nak bangun berjalan ke apa. Yang dok jaga aku sorang nurse pelatih. Sakit memang sakit lah. Jenuh aku nak tahan. Sampai nurse pelatih tu aku picit-picit sampai dia menjerit. Ahahahaha... Ada lah aku ajak dia berborak kan. Konon-konon nak kurangkan sakit. Tak ada maknanya.... Sakit tetap sakit.
19 OGOS 2009
2.00 AM - Aku memang dah jenuh tahan sakit. Ada lah tarik nafas... Lepas... Fuh.. Fuh.. Fuh... Nurse lah ajar macam tu. Siap cakap 'memang lah sakit kak. Sabar ek'. Macam lah kau dah beranak kan. Bunyi nafas aku dah kuat abes dah. Sampai kena sergah dengan staff nurse kat situ. Orang sakit nak sergah-sergah. Aku sekeh karang. Dah lah setiap berapa lama entah doktor datang masukkan tiub nak buang air kencing tu. Sakit tau. Bila check baru bukak 4cm. Apekah???!!!
4.00 AM - Aku terbangun dari tido. Itu pun paksa diri tido. Psiko diri sendiri aku tak sakit tapi tengah baring-baring tepi pantai sambil menghirup udara nyaman. Sampai staff nurse yang sergah aku tadi pelik apesal aku dah tak bising. Hohoho.. Diorang dah risau ingat aku dah tak rasa contraction. Padahal time sakit aje macam nak luka bibir aku ni aku gigit. Bila aku dah terbangun maka rasa sakit tu memang datang balik n aku pun start lah buat bising balik. Time ni baru bukak 8cm. Huuuu....
7.00 AM - Aku memang dah tak tahan sakit dah. Contraction every 5 minutes. Nurse tu kata kalau rasa nak terberak bagitau. Aku rasa setiap kali contraction aku rasa nak terberak pun. Time ni ramai orang sebab diorang nak tukar shift. Doktor datang check lagi but still 8cm. Huhuhuhu... Doktor suruh aku teran, aku pun teran lah. Masa ni stamina memang dah tak ada. Rasa nak pengsan ada lah.
7.30 AM - Doktor yang check aku pi mana entah. Tiba-tiba ramai orang dok kerumun aku. Aku dah pening-pening lalat macam confuse. Apehal nih??? Datang doktor perempuan ni bagitau aku nak kena cser. Hoh?! Tapi masa ni aku angguk aje lah. Dah mamai. Nurse ni pulak suruh aku telan ubat apa ntah. Yang sorang lagi dok masukkan tiub air kencing. Yang sorang dok bukak baju aku. Adoi laaa....
Doktor cina yang check aku petang semalamnya pulak datang mintak aku sign surat pelepasan untuk kena operate. Memang dah tak rupa sign aku dah. Sakit-sakit mintak sign aku pulak. Lepas tu tanya nombor fon laki aku pulak dah. Nasib baik aku bagi nombor betul. Dah lah tengah sakit rasa macam nak sepak orang je ni. Then terus aku kena sorong ke OT.
8.18 AM - Aku selamat melahirkan seorang baby boy seberat 3.11kg, panjang 49cm, ukur lilit kepala 35cm diberi nama Muhammad Amir Ridhwan. Aku adalah orang pertama yang di'cser' pada hari tu. Haaaa... Pecah rekod tu. Emergency cser terus. Masa operate tu baru lah tau aku allergic pada ubat tahan sakit Petadine. Masa diorang cucuk ubat tu masuk ikut tangan aku habis naik bintat macam kena gigit nyamuk yang besar-besar kat tangan aku. Nasib baik tak jadi apa-apa sebab aku sendiri tak tau aku allergic dengan ubat tu.
Macam tu lah pengalaman aku bersalin. Cser jugak akhirnya. Alhamdulillah semua pun dah selamat. Ada lagi cerita lepas aku dah bersalin pulak. Huhuhu... Lepas 4 hari bersalin masuk hospital balik. Itu nanti aku cerita k.
Amir dah uwek uwek nak ummi dia berzikir tepi telinga baru boleh tido. Kalau tidak berpusing-pusing dia. Aku pun nak pi minum dulu. Daaaa....