SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, April 11, 2013

Rumah Oh Rumah

Assalamualaikum

Macam lama tak update kan. Maklum la, bz. Mood pun kureng sangat sekarang ni. Badan letih gila dah. Terkejar ke sana sini.

Adik laki aku dah selamat bernikah. Gambar ada tapi malas nak upload. Boleh gitu. Jap aku try tengok. Asek la malas. Tang mana rajin pun tak tau. Hahahhaa!

Gerhana sungguh kulit adik aku since keja posto ni. Hahahaha! Ni je sekeping. Lain aku malas tepek. Takdak mood.

Aku sebenarnya dalam proses nak beli rumah. Dah seminggu la apply kat bank. Pakcik yang jual tu pulak almost every day call aku. Masa aku confirm tu dia tak mintak la duit booking lagi. Aku dah standby dah duitnya pun.

Lepas tu call kata ada orang lain nak beli jugak. Siap boleh bayar duit booking. Confirm dengan aku tapi bila dengar orang lain nak bayar duit booking terus macam nak jual kat orang tu pulak. Duit booking selalunya 1% dari harga jual tapi aku bagi lebih. Pulak tu siap mintak tambah lagi. Yang tambah tu memang aku tak boleh bagi la.

Lepas tu selang sehari sms or call. Padahal aku baru je hantar sume dokumen complete hari Khamis minggu lepas. Ahad bank cuti pun tanya aku macam mana dengan loan, boleh dapat ke tak. Adesss....

Semalam call lagi tanya. Aku dalam meeting. Aku emel orang bank tak reply. Aku sms. Tengahari baru reply n kata application pending approval. N petang or esok *hari ni la tu* dia try tengok.

Petang semalam time aku baru keluar opis orang bank sms. Kata still pending approval. N mintak aku booking receipt n draft SnP. Booking receipt tu aku ada kat opis oke. Aku dah keluar opis nak balik dah. Memang baru tadi je la aku emel kat dia. Yang aku pelik dia mintak aku draft SnP. Aku ni memang la agak bongok bab prosedur beli rumah. Tapi SnP kan ke lawyer yang buat. Aku tanya kakak aku. Memang dia dulu SnP lawyer yang setel. Aku dah siap cakap masa hantar dokumen aku nak guna lawyer bank je.

Aku tanya balik draft SnP apa pulak walaupun rasa soalan tu macam agak bodoh. N reply dia SnP yang kata nak jual rumah tu dengan harga yang tuan rumah nak jual. Soheh sangat la SnP tu patutnya lawyer yang kena buat yang mana aku memang guna lawyer bank terus. Tak cari lawyer sendiri dah.

Aku reply, 'Draft SnP tu lawyer yang buat kan. Saya kan nak guna lawyer bank jugak. So macam mana saya nak bagi draft SnP tu.'

Dia balas balik, 'Ok.. Nanti saya minta lawyer prepare'

T_____________________________T'

Orang bank ni faham ke tak aku dah cakap hari tu nak guna lawyer bank. Dah hari tu dia yang kata akan inform balik segala details n kos. Ni tetiba mintak aku draft SnP. OMG sangat tau.

Kalau aku tak tanya gamaknya sampai ke sudah la SnP tu tak buat. Patut la pending approval.

Nasib la aku ni sopan santun tak ada mood nak marah ke hape. Cuma agak potong mood aku yang dah sedia merudum ni.

Ok la. Tu je nak cerita. Aku ada meeting sat lagi ni. Minggu ni meeting berderet. Lepas tu tanya aku pasal paperwork. Celah bedah mana aku nak siapkan kalau dari pagi sampai petang melangut dalam bilik meeting tu. Nak buat kat rumah sorry la.

Dah, nak prepare meeting ni. Ai is chair person.

Babai!


No comments: