Baru dapat mengupdate dengan jayanya. Semalam aku cuti. So, malas nak update. Sebab bersilat menjaga anak-anak yang sungguh la mencabar kesabaran ummi yang kepenatan dan tangan terpeleot ni.
Jumaat petang baru bertolak ke Shah Alam. Petang yang betul-betul petang la. Haru betul. Sempat la aku pi bank settle kan bayar deposit rumah. Lepas tu ke Politeknik pulak pi pejabat PTPTN. Yeahhhh... Clear sudah hutang PTPTN ku....
Ke bank n Poli dengan bawak budak 2 orang tu amat mencabar ye. Amir ok la. Dia memang dalam kereta akan duduk diam-diam. Tak banyak songeh sangat. Dari kecik memang macam tu. Relax je letak dalam car seat. Tapi Hana adelah amat payah ye.
Memula drive aku dah cakap dengan dia elok-elok. Dok sengih je la minah tu. Elok dah nak dekat sampai n cari parking dia sudah mula buat perangai. Nak loncat atas aku. Huwaaaaa!! Nasib la dah dekat parking. Kalau tak mau polis saman kalau terserempak.
Time balik pun kena umpan minah Hana ni dengan makanan. Baru la senyap. Dok mengunyah je.
Ok, sambung cerita bertolak ke Shah Alam. Bertolak petang Jumaat. Sampai Shah Alam pagi Sabtu. Macam kan jauh bebenor Shah Alam tu ye. Hahahaha!
Mana taknya, laki aku ni tetiba kata dia letih. Mengantuk pulak tu. Padahal dia dah tido tengahari sampai petang. Aku je yang terkebil-kebil tak tido. Mula-mula stop tido kat Tapah. Masa tu dalam pukul 10 kot. Lepas tu gerak balik stop kat hentian mana ntah. Tido lagi sampai pukul 4. Pukul 5 stop lagi kat Sungai Buloh pulak.
Pukul 6 berdesup ke Shah Alam then terus ke kedai mamak. Aku kebulur dah melayan si Hana yang dok tido atas pangku sambil menenen. Dah la masa stop kali kedua tu dia takmo tido dah. Tak larat aku melayan.
So, sampai Shah Alam pagi tu tido kejap sejam. Bersiap n terus pi kenduri. Gambo pengantin tarak. Aku tak sempat snap. Pasal lapar sangat tunggu pengantin lambat gila. Pulak tu anak aku punya perangai alahaiiiiiii sabo je la ummi hang ni.
On da way ke kenduri. Belum sampai muka dah berlengas. Jerawat pulak naik dengan banyaknya. Dah tua-tua sibuk la jerawat nak naik.
Ni gambar buat muka itik. Dok melepak luar dewan
kenduri.
Amir macam biasa bila suruh senyum. Huhuhu...
Malam lepas kenduri. Dok dekat hotel bajet yang tak berapa nak bajet dan mencari restoran Upin dan Ipin @ Seksyen 7. Amir dengan excitednya nak bergambar dengan Upin Ipin. Menyengih dengan gigi rongak. Hahahahaha!
Masa ni nak balik dah kot. Tak ingat dah aku.
Tu je la pun cerita ceriti sepanjang aku kat Shah Alam. Makanan kenduri sedap. Laki aku makan bertambah. Lepas tu sakit kepala makan daging banyak. Hai bang, takkan darah tinggi kot. Aku nak makan tak boleh concentrate pasal Hana sibuk cekuh nasik dalam pinggan. Tak nak suap sendiri. Memang la susah nak bawak pi majlis tau budak ni.
Amir behave je. Tapi malam lepas pi makan kat kedai Upin Ipin dia sudah mengamuk lor. Nak mainan kat kedai yang kitorang berjalan cari kasut ulat adik dia. Kasut ulat dia tak ada saiz. Menghempas-hempas kat kedai tu. Tak beli pun pasal mainan kat rumah berlambak dah.
Ahad pagi check out n terus ke pasar kat Stadium Shah Alam. Saje bawak budak-budak n bapak budak yang tak pernah datang ke situ. Amir pernah aku bawak time dok dengan aku kejap dulu. Si Hana tak pernah. Abang Misai pon tak pernah. Dan dia adelah geram tengok kedai yang jual sup gearbox tu. Hahahha! Lain kali kita datang lagi beli bungkus lepas tu melantak la sepuas hati ye.
Amir buat perangai kat kedai makan pasal dia nak belon yang terapung-apung tu. Kena la beli atau anda akan melihat aksi menghempas badan kat atas jalan. Dekat Hana belikan dia bear naik basikal. Nak round setiap lorong tak larat pasal cuaca sangat la panas membahang. Rentung kulit anak aku. Dah hitam macam ummi. Kahkahkah! Padahal baru pukul 10 pagi tu.
So, pukul 11 bertolak balik. Sampai rumah pukul 4 petang. Terus malam tu pengsan 4 beranak. Kepenatan. Maka Isnin aku cuti semata-mata nak mendobi baju yang penuh 2 bakul.
T_________T
Itu la pekerjaan aku semalam. Mendobi tanpa henti.
Sekian, cerita cuti dari saya.
No comments:
Post a Comment