SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, April 26, 2013

Kursus Oh Kursus

Assalamualaikum

Aku serabut sikit kepala otak hari ni. Startnya dari semalam. Pasal keja la. Stress ahkak. Aku kan handle bahagian latihan. So, bulan 5 nak buat kursus. Consultant semua dah ada. Bos besar dah bagi green light. Tetiba semalam HQ call kata ada problem tang consultant. Company tu tak berdaftar dengan kementerian kewangan pulak. Aduhhhh....

Nasihat diorang cari consultant lain. Atenya nak cari lain masa dah suntuk ni. Aku dah pening-pening lalat fikir. Call consultant n dia kata bagi dia masa untuk cuba settlekan. Aku nak bagi masa macam mana ni. Hari ni dah berapa haribulan. Sob... Sob...

Nak tak nak kena cari consultant lain untuk backup. Dah la tak banyak company yang aku tau. Bajet pun tak tau consultant lain macam mana since consultant yang sekarang ni dia ikut bajet pejabat.

Stress-stress pun tetap bangun pagi masak nasi goreng. Again, jenguk-jenguk periuk malam tadi tengok nasi banyaaaak daripada semalam. Kalau tak goreng memang membazir la. Mak mertua aku pun dah lama tak keringkan nasi aku tengok. 

Oh... Aku pun mula-mula dok sekali pelik tengok mak mertua aku keringkan nasi ye. Tu untuk bagi itik makan. Kitorang tak bela itik. Tapi pakcik-pakcik husband aku ada bela itik. Nasi yang tak abes mak mertua aku akan basahkan. Lepas tu tapis. Lepas tu jemur sampai kering. Sekarang sebab mak mertua aku kurang sihat sangat dia dah tak buat la. Jadi daripada membazir menggigih la aku bangun awal.

Semalam goreng berencah minced chicken. Stok minced chicken dah abes semalam kita ganti minced beef pulak. Hehehehe... Bawak bekal lagi aku hari ni. Dah selamat pun dalam perut licin aku kerjakan. Walau otak serabut dan stress makan tetap makan. Lepas tu gemuk stress lagi.

Apa pun semoga Allah permudahkan urusan aku untuk handle kursus ni. Semoga consultant tu dapat berdaftar dengan secepat mungkin sebelum tarikh kursus. Atau aku dapat cari consultant lain yang menepati syarat dan boleh menggembirakan staf-staf time kursus nanti.

Tolong doakan aku ye. Amin.....


2 comments:

adrianna syaz said...

Semoga cpt dpt consultant yg baru Amin..slmt pg amiys..rajinnya pepg mkn nasik goreng..sya bli kdai je..nmpk sgt malasnya tu.huhu..:)

aMiYs said...

adrianna - thanks.. :) terpaksa merajinkan diri.. nnti membazir sbb nasi tu byk.. hehe..