Assalamualaikum
Esok aku coti.... Eh, tak bagitau bos lagi. Matik la dia membebel. Aku dah apply lama tapi tak bagitau dia. Hahahaha! Nasib la.
Adik aku nak menikah esok ni. Ohohoi... Banyak la benda aku nak kena settlekan hari ni. Keja dah la berlambak. Nangis... Huwaaaaaa!
So, dah lunch hour pun aku tak boleh la rehat. Pagi tadi dah brunch terus. Ni pun pasal nak release sikit tension.
Jadi mari la sambung keja. Lama kot aku tak update blog. Tak ada benda nak diupdate pun. Sama je rutin aku tiap-tiap hari. Pagi pi keja. Kalau ada yang tak best time drive kat tengah jalan aku mengomel-ngomel sorang-sorang. Sampai ofis buat keja. Lepas tu balik keja. Melayan pulak hero n heroin kat rumah. Sorang hero air mata. Sorang heroin aksi lasak. Hahaha!
Malam awal aku dah membuta. Esok pagi bangun balik macam biasa. N ulang balik benda yang sama. Cumanya minggu ni aku kebizian kena buat keja luar. Kena organize meeting.
Jap lagi nak siapkan agihan keja luar. Siapkan slide meeting. Isnin ada meeting pulak. Nak siapkan paperwork. Tak lama lagi nak kena buat jurnal. Fuhhh... Dah macam doktor pulak aku rasa.
Jangan la bos lantik aku jadi penyelaras 5S. Confirm pitam.
Ok, dah sakit perut pulak. Makan apa je tadi pun. Tu je kot. Babai!
No comments:
Post a Comment