SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, April 24, 2013

Apa Itu Gwiyomi?


Assalamualaikum

Ok, soalan pagi-pagi buta aku. Menatang jadah apekah gwiyomi itu??? Sana sini orang sebut taip cakap pasal gwiyomi.

Memang banyak la link aku nampak kat fb tu tapi aku tak ada masa nak klik dan tonton. Banyak keja nak buat.

N artis pun ramai menggwiyomikan diri kekdahnya. Apekah semua ini? Trend terbaru kah?

Aku kalau pasal trend terbaru ke hape memang tak dapek la nak menolong. Orang trend menari kuda pun aku dah kurun ke berapa baru tengok video klip PSY tu. Lepas tu tengok anak aku beroppa gangnam kat rumah. Ye, si Amir dan Hana sakan op.. op.. op... oppa gangnam style. Tapi sebutan tah apa tah.

Tak apa la. Nanti kalau ada masa aku tengok apekejadahnya gwiyomi ni. Tapi aku baca banyak yang mengutuk je dari memuji. Teruk sangat ke weh?





2 comments:

adrianna syaz said...

Hehe..sya baru je tengok gyiwomi versi lelaki..haha..ada jugk yang cute2,ada jgk yg buat sya gelak guling2..:D

aMiYs said...

adrianna - saya baru tengok tadi.. nora danish buat.. sbb dia comel maka nmpk cute... klu lelaki buat rasa nak tampar je..