Assalamualaikum
Pagi ni jem lagi. Hoh, nasib la punch card tak merah. Aku sampai kat opis lagi 4 minit pukul 8. Mencungap tau kejar masa.
Bukan pasal jalan kena tar. Kali ni rupanya pasal lori roti gardenia terbalik dekat susur nak masuk tol jambatan. Ramai penonton la jadinya. Semua slow pasal nak tengok. Lepas je dari tempat kejadian tak ada la jem pun. Hampehhhh.....
Ok, Jumaat ni aku cuti. Nak ke Shah Alam. Kenduri sorang budak yang kepala keras mengalahkan batu. Maybe Isnin pun cuti jugak. Kalau rajin aku datang keja.
Dah la kereta pun tak servis lagi. Dengan tayar dah botak. Macam mana nak pi Shah Alam ni.
Dah nampak duit tumbuh kepak dan terbang melayang dengan banyaknya. Huhuhu....
No comments:
Post a Comment