SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, April 30, 2013

Kurang Sihat

Assalamualaikum

Kurang sihat hari ni. Start petang semalam sakit tekak. Rasa bengkak je kat tekak tu. Kepala sakit. So, lepas settle pi opis lawyer n bank aku balik berdengkur kejap. Amir n Hana biar dulu kat rumah pengasuh.

Abang Misai balik baru aku terbangun. Ala, bukan lama mana pun tido. Setengah jam je. Boleh la buat cover sakit kepala tu. Pi mandi n tengok kereta tak ada. Laki aku pi amik anak. Bagus.

Petang tu pulak tiba-tiba tergedik nak berjalan. Angkut anak-anak ke Aeon Big Seberang Jaya. Beli barang sikit n survey henfon ko. Hadiah harijadi laki aku yang dah lepas kekdahnya. Suruh pilih sampai pening-pening. Over sangat kan.

Tu je la pun yang kitorang buat semalam. Malam semalam terus panas badan aku. Demam sekejap. Bangun pagi tadi pun tak berapa nak larat lagi. Tapi kalau aku MC bising la orang kat opis itew. Sebab hari ni ada meeting gigih la pi keja jugak sebab ada benda nak kena present.

Pagi tadi pulak lepas je dari hiway BKE hujan lebat selebat lebatnya. Lagi la menambahkan kemalasan aku ni. Kena pulak aircond sejuknya mak hang. Nak bukak tingkap sat lagi bermandi air kat tepi jalan la aku. Lebat sangat sampai bertakung air kat tempat yang rendah.

Ok la, aku nak touch up sikit presentation aku. Nak tambah apa yang patut. Selamat bekerja uols. Esok cuti kan. Hehehehe....


Monday, April 29, 2013

Cuti Tapi Keja

Assalamualaikum

Cuti tapi kat opis. Bijak tak? Huhuhu...

Aku nak pi opis lawyer sat lagi. Appointment pukul 11 gitu tapi aku keluar awal. Nak siapkan keja sikit. Lepas tu trick budak 2 orang tu yang ummi dia pi keja. Kalau aku cakap aku cuti confirm berjurai la air mata nak ikut. Dah la laki aku tak dapat nak follow. Dia ada perhimpunan apa benda tah.

So, tunggu dalam pukul 9 lebih aku chow sin chi dari opis. Lepas pi opis lawyer boleh la huuhaaa pulak. Ceh, berangan nak huhahuha. Macam la cukup masa tu.

Ok, aku nak settle keja jap. Esok ada meeting. Harus la siapkan presentation. Kalau tak ada la kena perli time aku tak ada.

Babai!


Friday, April 26, 2013

Kursus Oh Kursus

Assalamualaikum

Aku serabut sikit kepala otak hari ni. Startnya dari semalam. Pasal keja la. Stress ahkak. Aku kan handle bahagian latihan. So, bulan 5 nak buat kursus. Consultant semua dah ada. Bos besar dah bagi green light. Tetiba semalam HQ call kata ada problem tang consultant. Company tu tak berdaftar dengan kementerian kewangan pulak. Aduhhhh....

Nasihat diorang cari consultant lain. Atenya nak cari lain masa dah suntuk ni. Aku dah pening-pening lalat fikir. Call consultant n dia kata bagi dia masa untuk cuba settlekan. Aku nak bagi masa macam mana ni. Hari ni dah berapa haribulan. Sob... Sob...

Nak tak nak kena cari consultant lain untuk backup. Dah la tak banyak company yang aku tau. Bajet pun tak tau consultant lain macam mana since consultant yang sekarang ni dia ikut bajet pejabat.

Stress-stress pun tetap bangun pagi masak nasi goreng. Again, jenguk-jenguk periuk malam tadi tengok nasi banyaaaak daripada semalam. Kalau tak goreng memang membazir la. Mak mertua aku pun dah lama tak keringkan nasi aku tengok. 

Oh... Aku pun mula-mula dok sekali pelik tengok mak mertua aku keringkan nasi ye. Tu untuk bagi itik makan. Kitorang tak bela itik. Tapi pakcik-pakcik husband aku ada bela itik. Nasi yang tak abes mak mertua aku akan basahkan. Lepas tu tapis. Lepas tu jemur sampai kering. Sekarang sebab mak mertua aku kurang sihat sangat dia dah tak buat la. Jadi daripada membazir menggigih la aku bangun awal.

Semalam goreng berencah minced chicken. Stok minced chicken dah abes semalam kita ganti minced beef pulak. Hehehehe... Bawak bekal lagi aku hari ni. Dah selamat pun dalam perut licin aku kerjakan. Walau otak serabut dan stress makan tetap makan. Lepas tu gemuk stress lagi.

Apa pun semoga Allah permudahkan urusan aku untuk handle kursus ni. Semoga consultant tu dapat berdaftar dengan secepat mungkin sebelum tarikh kursus. Atau aku dapat cari consultant lain yang menepati syarat dan boleh menggembirakan staf-staf time kursus nanti.

Tolong doakan aku ye. Amin.....


Thursday, April 25, 2013

Kerajinan Sikit Pagi Ni

Assalamualaikum

Ye, hari ni gaji gomen kan. Maka M2U pun jammed sudah. Langsung tak boleh bukak. Mesti ramai dok check gaji ni. Hahahaha! Yang tak dapat nak check dok dendiam buat keja dulu. Tunggu la petang sikit nak kelebet apa yang patut.

Pay slip pun aku bukak still tak ada. Pelik bin ajaib. Sepanjang-panjang aku keja ni aku rasa ni la 1st time pay slip masih tak kunjung tiba dalam sistem tu. Selalu seminggu sebelum tu dah ada dah. Gaji tak masuk lagi pay slip dah timbul dulu. Hmmmm....

Pagi ni aku terlebih rajin. Tengok semalam ada banyak nasi lebih dalam periuk. Terus berazam *hahaha! berazam ko* untuk bangun pagi dan masak nasi goreng. Turunkan minced chicken siap-siap kat peti ais bawah. Esok pagi bangun takde la aku hegeh-hegeh nak tunggu lembut pulak kan.

Terbangun pukul 4 pasal aku memang set jam pukul 4 n 5. Snooze kan jam sampai pukul 4.15 la konon. Sekali bunyi aku tengok pukul 5 dah. Terlompat dari katil. Nasib baik la si Hana tak bangun sekali. Kalau tak confirm melalak kalau aku tinggalkan dia. Padahal nak pi dapur je pun.

So, ke dapur la kita. Keluarkan minced chicken. Kecai-kecaikan. Eh, betul ke penggunaan ayat tu. Ah, lantak. Keluarkan bawang besar sebijik. Bawang putih 2 ulas. Cili boh. Mula-mula ingat nak bubuh telur. Sekali bila dah tumis bahan n masukkan minced chicken macam meriah sangat la pulak. Simpan balik telur. Hahahaha! Sayur pun aku bubuh kobis je.

Sebab aku letak cili boh sikit maka kena bubuh kicap lebih la. Bagi kurang rasa pedas. Nak bagi Amir bawak bekal kan. Dia tu bukan boleh pedas sikit. Pedas waima sedikit pun mesti dia tinggal je tak nak makan dah. Tapi tak apa. Adik dia Hana ada. Budak tu semua dia balun.

Itu la kerajinan aku pagi ni. Rajin masak nasi goreng. Tapi baju tetap malas nak iron. Eh, apa kena mengena baju dengan nasik. Kihkihkihkih...

Ok, selamat breakfast kawan-kawan.


Wednesday, April 24, 2013

Nah! Siapa Yang Nak Sangat Bergwiyomi

Ok, aku dah tengok gwiyomi. Pasal curious sangat nak tau apekebendanya menatang gwiyomi tu.

Aku tengok versi Nora Danish dengan Wawa Zainal je. Sebab mereka ni adalah comel maka nampak cute bila buat gwiyomi. Pi cari kat youtube sanun.

Aku tak tau macam mana rupa kalau lelaki yang buat. Mesti rasa nak pelempang berdas-das kan.

So, kalau ada sesiapa nak bergwiyomi kat bawah ni aku tepek kan Gwiyomi Dance Guide. Maka sila la feeling-feeling cute dengan bergwiyomi ke hulu, bergwiyomi ke hilir. Jangan sampai kena maki dah le... Kahkahkah!




Aku kalau nak buat pun memang buat pandang cermin je la. Koser nak rakam-rakam. Mau berdarah hidung kalau orang tengok aku bergwiyomi. Dah tua bangka tak sedar diri gamaknya. Hahahaha!


Apa Itu Gwiyomi?


Assalamualaikum

Ok, soalan pagi-pagi buta aku. Menatang jadah apekah gwiyomi itu??? Sana sini orang sebut taip cakap pasal gwiyomi.

Memang banyak la link aku nampak kat fb tu tapi aku tak ada masa nak klik dan tonton. Banyak keja nak buat.

N artis pun ramai menggwiyomikan diri kekdahnya. Apekah semua ini? Trend terbaru kah?

Aku kalau pasal trend terbaru ke hape memang tak dapek la nak menolong. Orang trend menari kuda pun aku dah kurun ke berapa baru tengok video klip PSY tu. Lepas tu tengok anak aku beroppa gangnam kat rumah. Ye, si Amir dan Hana sakan op.. op.. op... oppa gangnam style. Tapi sebutan tah apa tah.

Tak apa la. Nanti kalau ada masa aku tengok apekejadahnya gwiyomi ni. Tapi aku baca banyak yang mengutuk je dari memuji. Teruk sangat ke weh?





Tuesday, April 23, 2013

Kenduri Time

Assalamualaikum

Baru dapat mengupdate dengan jayanya. Semalam aku cuti. So, malas nak update. Sebab bersilat menjaga anak-anak yang sungguh la mencabar kesabaran ummi yang kepenatan dan tangan terpeleot ni.

Jumaat petang baru bertolak ke Shah Alam. Petang yang betul-betul petang la. Haru betul. Sempat la aku pi bank settle kan bayar deposit rumah. Lepas tu ke Politeknik pulak pi pejabat PTPTN. Yeahhhh... Clear sudah hutang PTPTN ku....

Ke bank n Poli dengan bawak budak 2 orang tu amat mencabar ye. Amir ok la. Dia memang dalam kereta akan duduk diam-diam. Tak banyak songeh sangat. Dari kecik memang macam tu. Relax je letak dalam car seat. Tapi Hana adelah amat payah ye.

Memula drive aku dah cakap dengan dia elok-elok. Dok sengih je la minah tu. Elok dah nak dekat sampai n cari parking dia sudah mula buat perangai. Nak loncat atas aku. Huwaaaaa!! Nasib la dah dekat parking. Kalau tak mau polis saman kalau terserempak.

Time balik pun kena umpan minah Hana ni dengan makanan. Baru la senyap. Dok mengunyah je.

Ok, sambung cerita bertolak ke Shah Alam. Bertolak petang Jumaat. Sampai Shah Alam pagi Sabtu. Macam kan jauh bebenor Shah Alam tu ye. Hahahaha!

Mana taknya, laki aku ni tetiba kata dia letih. Mengantuk pulak tu. Padahal dia dah tido tengahari sampai petang. Aku je yang terkebil-kebil tak tido. Mula-mula stop tido kat Tapah. Masa tu dalam pukul 10 kot. Lepas tu gerak balik stop kat hentian mana ntah. Tido lagi sampai pukul 4. Pukul 5 stop lagi kat Sungai Buloh pulak.

Pukul 6 berdesup ke Shah Alam then terus ke kedai mamak. Aku kebulur dah melayan si Hana yang dok tido atas pangku sambil menenen. Dah la masa stop kali kedua tu dia takmo tido dah. Tak larat aku melayan.

So, sampai Shah Alam pagi tu tido kejap sejam. Bersiap n terus pi kenduri. Gambo pengantin tarak. Aku tak sempat snap. Pasal lapar sangat tunggu pengantin lambat gila. Pulak tu anak aku punya perangai alahaiiiiiii sabo je la ummi hang ni.

On da way ke kenduri. Belum sampai muka dah berlengas. Jerawat pulak naik dengan banyaknya. Dah tua-tua sibuk la jerawat nak naik.


Ni gambar buat muka itik. Dok melepak luar dewan 
kenduri. 


Amir macam biasa bila suruh senyum. Huhuhu... 


Malam lepas kenduri. Dok dekat hotel bajet yang tak berapa nak bajet dan mencari restoran Upin dan Ipin @ Seksyen 7. Amir dengan excitednya nak bergambar dengan Upin Ipin. Menyengih dengan gigi rongak. Hahahahaha!

Masa ni nak balik dah kot. Tak ingat dah aku.

Tu je la pun cerita ceriti sepanjang aku kat Shah Alam. Makanan kenduri sedap. Laki aku makan bertambah. Lepas tu sakit kepala makan daging banyak. Hai bang, takkan darah tinggi kot. Aku nak makan tak boleh concentrate pasal Hana sibuk cekuh nasik dalam pinggan. Tak nak suap sendiri. Memang la susah nak bawak pi majlis tau budak ni.

Amir behave je. Tapi malam lepas pi makan kat kedai Upin Ipin dia sudah mengamuk lor. Nak mainan kat kedai yang kitorang berjalan cari kasut ulat adik dia. Kasut ulat dia tak ada saiz. Menghempas-hempas kat kedai tu. Tak beli pun pasal mainan kat rumah berlambak dah.

Ahad pagi check out n terus ke pasar kat Stadium Shah Alam. Saje bawak budak-budak n bapak budak yang tak pernah datang ke situ. Amir pernah aku bawak time dok dengan aku kejap dulu. Si Hana tak pernah. Abang Misai pon tak pernah. Dan dia adelah geram tengok kedai yang jual sup gearbox tu. Hahahha! Lain kali kita datang lagi beli bungkus lepas tu melantak la sepuas hati ye.

Amir buat perangai kat kedai makan pasal dia nak belon yang terapung-apung tu. Kena la beli atau anda akan melihat aksi menghempas badan kat atas jalan. Dekat Hana belikan dia bear naik basikal. Nak round setiap lorong tak larat pasal cuaca sangat la panas membahang. Rentung kulit anak aku. Dah hitam macam ummi. Kahkahkah! Padahal baru pukul 10 pagi tu.

So, pukul 11 bertolak balik. Sampai rumah pukul 4 petang. Terus malam tu pengsan 4 beranak. Kepenatan. Maka Isnin aku cuti semata-mata nak mendobi baju yang penuh 2 bakul.

T_________T

Itu la pekerjaan aku semalam. Mendobi tanpa henti.

Sekian, cerita cuti dari saya.





Friday, April 19, 2013

Berapi Macam Naga


Assalamualaikum

Aku kat rumah. Tak pi pun Shah Alam lagi. Tak payah pi lagi bagus kot. Aku tengah berapi gila-gila ni. Tunggu api nak menyembur keluar je macam naga.

Pasal apa aku berapi? Tak payah la aku bagitau pasal apa. Sat lagi kalau aku luah berjela-jela. Dah la taip guna hp. Penat hoh dengan taip banyak silap keja asek nak perbetul je. Jadi biar aku simpan sorang-sorang.

Itu pasal berapi. Ni pasal hepi pulak. Hutang PTPTN aku dah settle wehhhh! Hahahahaha! Gumbira! Gumbira! Tadi time tengah api menggelegak aku pi setel. Haaaa... Terus rasa bagai disiram ais. Kekekke... Lepas tu sambung berapi balik.

Nanti la aku cerita pasal PTPTN tu. Hana berak pulak dah. Bising suruh aku basuh dah tu.

Ok, babai!

Posted via MyAndroid

Thursday, April 18, 2013

Hadiah Apa Nak Bagi Ni

Assalamualaikum

Wahhhh... Dah settle keja pasal kursus. Bolehlah menari ayam sebentar. Hahahha! Esok dapatlah bercuti dengan aman dan damai.

Pasal beli rumah masih tak settle lagi. Ingatkan esok dah boleh la aku sign agreement. Huiiiii... Apa la yang diorang ni buat lama sangat. Dah almost 3 weeks pending. Letter offer tak siap la. Gambar rumah belum amik la. Why so lambat haaaa....

Eh, esok 19hb kan. Aku adelah terlupa. Esok harijadi laki aku la. Hahaha! Ingat sebenarnya tapi tak tau nak bagi hadiah apa kat orang tua tu. Dia kata nak Apple 5. Aku ni terpisat-pisat la cuba memahami apa itu Apple 5. Rupa-rupanya Iphone 5. wakakakakakkaka!

Gelak macam nak pecah perut aku. Nama handphone pun salah ada hati nak pakai ye bang. Kikikiki... Keji sangat gelakkan orang kan.

Hmmm... Disebabkan aku baru je mengorek simpanan untuk membeli rumah makanya terpaksa la aku cari alternatif lain kot sebagai hadiah. Lagi pun Iphone ni software dia banyak kena beli ye. Aku kan dah biasa guna android. Maka nak bagi yang lebih kurang sama je dengan aku. Boleh gitu? Hahahaha! Dengki!

Kot tak pun bagi je handphone aku guna sekarang. Aku beli handphone baru. Kihkihkih... Lagi la keji sangat perangai sebegitu.

Jom pikir jap.


Wednesday, April 17, 2013

Lori Roti Terbalik

Assalamualaikum

Pagi ni jem lagi. Hoh, nasib la punch card tak merah. Aku sampai kat opis lagi 4 minit pukul 8. Mencungap tau kejar masa.

Bukan pasal jalan kena tar. Kali ni rupanya pasal lori roti gardenia terbalik dekat susur nak masuk tol jambatan. Ramai penonton la jadinya. Semua slow pasal nak tengok. Lepas je dari tempat kejadian tak ada la jem pun. Hampehhhh.....

Ok, Jumaat ni aku cuti. Nak ke Shah Alam. Kenduri sorang budak yang kepala keras mengalahkan batu. Maybe Isnin pun cuti jugak. Kalau rajin aku datang keja.

Dah la kereta pun tak servis lagi. Dengan tayar dah botak. Macam mana nak pi Shah Alam ni. 

Dah nampak duit tumbuh kepak dan terbang melayang dengan banyaknya. Huhuhu....


Tuesday, April 16, 2013

Cerita Anak-Anak


Kelebet-kelebet gambar saje upkan gambar ni. Ada dalam insta dah ni. Masuk blog pulak. Cuba tengok muka budak Hana. Budak yang sekarang sangat suka main bukak tutup peti ais. Sampai naik syeh ummi mengamuk pun dia buat tak reti je.

Ni muka tengah memikir nak membuat onar apa pulak lepas menyepahkan lego kat belakang tu. Hahahaha! Ada je pekerjaan minah ni tau. Hari tu dia bukak peti ais lepas tu dia dok diam-diam celah peti ais tu. Senyap-senyap aku ngendap. Rupanya tengah main ubat demam.....

T_____________T'

Suruh makan ubat tak nak. Main ubat nak pulak budak bertuah ni tau.

Abang Amir good boy. Tapi kalau datang angin dia menyepah mainan langsung tak nak kemas balik tu yang geram tu. Dia cakap,

'Ummi la tolong kemas kat Amir.'

Amboi la hang. Dia menyepah suruh ummi kemas. Banyak cantek!

Ni pic latest Hana.


Dah potong rambut depan tu. Kalau tak keja asek menyelak rambut macam model iklan. Hahahaha! Nak potong tu pun jenuh melalak. Tapi bukan aku potong. Abah dia yang buat.

Koser aku nak dengar minah ni melalak lepas tu main gigit-gigit n cubit-cubit. Ada kena pang sekali.


Siapa Lambat Pagi Ni?

Assalamualaikum

Hari ni Selasa. Kepanasan badan dah tak ada. Tapi kesakitan kepala masih ada. Macam tak boleh menoleh tengok benda lain dengan laju. Tangkap kat kepala bisa berbisa.

Tapi semalam i datang keja tau. Gigih sangat kan. Pekerja cemerlang kekdahnya. Kahkahkah!

Oh, pagi ni mesti ramai yang datang lewat ke opis. Aku salah sorang yang nyaris sangat jadi mangsa kelewatan itu. Masuk je simpang dari BKE tengok hiway jemnyaaaaa.... Hiway depan Hospital Seberang Jaya tu.

Maka aku dengan bijaknya terus potong masuk jalan depan hospital. Tak masuk hiway terus. Sat lagi menangis tak berlagu tengok ink punch card kaler merah. Ku fikirkan ada accident. Tapi rupanya orang tar jalan.

Ok, agak annoying time peak hour orang nak pi keja tapi jalan adelah jem sebab keja tar jalan ni. Kalau bagi alasan macam ni kat bos siap la kena jeling. Nak dekat pilihanraya memang selalu kan macam ni. Time-time tu la nak tar jalan. Dah tak tau sangat nak perabis duit tang mana ye? Maka mari lah kita tar kan jalan-jalan di Malaysia ini. Tapi yang berlubang aku tengok macam tu la jugak. Yang takde masalah pulak sibuk tar baru. Ceh....

Tak boleh buat time lain ke? Time bukan peak hour orang nak pi keja. Lepas orang dah berduyun pi keja tu macam pukul 10 pagi ke? Lepas orang balik keja ke? Tak boleh ek? Wajib time peak hour jugak ek? *sarkastik*

Aku nak buat keja dah ni. Quotation aku mintak lain dapat lain ni. Pening kepala. Kalau tak dah boleh hantar dah paperwork ni pi ke HQ. Sat lagi berkicauan la orang kat depan tu kat aku. Fuhhhh....

Babai!


Sunday, April 14, 2013

Demam


Assalamualaikum

Ye, aku la yang demam itu. Start tak sedap badan petang jumaat. Malam tu memang menggigil. Badan rasa bisa-bisa.

Pulak tu Abang Misai kena outstation pulak ke johor. Asal aku demam je laki aku kena pi outstation. Dengan tak larat la aku kena jaga hero heroin yang lasak tak ingat tu.

Semalam pun aku basuh baju sikit. Lepas tu memang dah tak larat nak sidai. Hari ni nak tak nak kena abeskan jugak basuh dan sidai. Hukhukhuk...

Berdiri lama-lama rasa macam nak pitam. Mata pun bisa. Kepala sakit. Ohhhh...

Rasa macam nak mc je esok....

Tak larat sangat....

Posted via MyAndroid

Friday, April 12, 2013

Roket Ada. Kapal Selam Pun Ada.

Nak balik dah. Pagi tadi ada meeting. Sampai tengahari jugak la. Time rehat sebab kenyang perut suka hati makanan sponsor maka mari la kita tido.

Bangun tido buat keja n sekarang sambil buat keja menggugel kat mana hala felda hot spring apekejadahnya ni sebab nak kena buat paperwork sambil kita taip-taip blog yang dah sendu macam tuan dia jugak. Kahkahkah!

Oh, pilihanraya bulan depan kan. Siapa aku nak undi tak perlu tau. Hahaha! Sebab undi anda adelah rahsia. Dah la rumah aku kubu kuat sebuah parti. Woohooooo.... 

Yang aku nak pokpek kan kat sini aku tengok tahun ni macam-macam replika ada kat mana-mana tepi jalan ni. Kreatif sungguh la diorang ni.

Ada aku sempat snap. Cer tengok kat bawah ni.

Roket ni kat Lebuh Cecil. Kalau dah nama roket maka sendiri faham la ye. Kehkehkeh... Up, up n awayyyyyyy!



Gambo gelap pasal snap pagi-pagi masa stop kat traffic light. Ni kapal selam. Tapi kapal selam ni tidak berada di dalam laut tapi dok kat darat. Siap ada lampu lip lap lagi. Ni kat Kubang Semang depan masjid.

Ada lagi replika lain tapi aku tak sempat nak snap. Ate tengah drive kan. Ko nak mati macam orang kat luar negara sanun pasal guna handphone while driving. Ni pun pasal aku stop kat trafic light. Sempat la buat pekerjaan snap-snap ni.

Replika lain aku pernah nampak is kereta kebal. Kecik comel je. Depan masjid Kubang Semang jugak. Tapi sekali aje aku nampak. Esok lusa aku lalu dah tak ada. Simpan kot. Ke ada yang amik buat kenangan. Hahahaha!

Ok, tu je la yang aku nampak selain bendera yang bersepah merata. Tak ke membazir buat bendera banyak-banyak tu. Habis pilihanraya buang macam tu je. Tapi aku pernah dengar siapa cerita tah. Mak aku kot. Arwah opah aku dulu buat sarung bantal kain bendera tu sebab banyak orang buat tak tau.

So, pilihanraya kali ni tak ada masa aku nak speku. Sama je aku tengok parti mana-mana pun. Orang ni cari salah yang ni. Orang tu cari salah yang tu. Kang aku pangkah dedua kang *bukan pasal suka tapi menyampah* dah jadi undi rosak pulak. Huhuhu... Tapi mungkin tidak la kot.

Ok, walaupun tarikhnya adalah awal bulan depan aku ucap selamat mengundi awal-awal la ye kawan-kawan.



Thursday, April 11, 2013

Rumah Oh Rumah

Assalamualaikum

Macam lama tak update kan. Maklum la, bz. Mood pun kureng sangat sekarang ni. Badan letih gila dah. Terkejar ke sana sini.

Adik laki aku dah selamat bernikah. Gambar ada tapi malas nak upload. Boleh gitu. Jap aku try tengok. Asek la malas. Tang mana rajin pun tak tau. Hahahhaa!

Gerhana sungguh kulit adik aku since keja posto ni. Hahahaha! Ni je sekeping. Lain aku malas tepek. Takdak mood.

Aku sebenarnya dalam proses nak beli rumah. Dah seminggu la apply kat bank. Pakcik yang jual tu pulak almost every day call aku. Masa aku confirm tu dia tak mintak la duit booking lagi. Aku dah standby dah duitnya pun.

Lepas tu call kata ada orang lain nak beli jugak. Siap boleh bayar duit booking. Confirm dengan aku tapi bila dengar orang lain nak bayar duit booking terus macam nak jual kat orang tu pulak. Duit booking selalunya 1% dari harga jual tapi aku bagi lebih. Pulak tu siap mintak tambah lagi. Yang tambah tu memang aku tak boleh bagi la.

Lepas tu selang sehari sms or call. Padahal aku baru je hantar sume dokumen complete hari Khamis minggu lepas. Ahad bank cuti pun tanya aku macam mana dengan loan, boleh dapat ke tak. Adesss....

Semalam call lagi tanya. Aku dalam meeting. Aku emel orang bank tak reply. Aku sms. Tengahari baru reply n kata application pending approval. N petang or esok *hari ni la tu* dia try tengok.

Petang semalam time aku baru keluar opis orang bank sms. Kata still pending approval. N mintak aku booking receipt n draft SnP. Booking receipt tu aku ada kat opis oke. Aku dah keluar opis nak balik dah. Memang baru tadi je la aku emel kat dia. Yang aku pelik dia mintak aku draft SnP. Aku ni memang la agak bongok bab prosedur beli rumah. Tapi SnP kan ke lawyer yang buat. Aku tanya kakak aku. Memang dia dulu SnP lawyer yang setel. Aku dah siap cakap masa hantar dokumen aku nak guna lawyer bank je.

Aku tanya balik draft SnP apa pulak walaupun rasa soalan tu macam agak bodoh. N reply dia SnP yang kata nak jual rumah tu dengan harga yang tuan rumah nak jual. Soheh sangat la SnP tu patutnya lawyer yang kena buat yang mana aku memang guna lawyer bank terus. Tak cari lawyer sendiri dah.

Aku reply, 'Draft SnP tu lawyer yang buat kan. Saya kan nak guna lawyer bank jugak. So macam mana saya nak bagi draft SnP tu.'

Dia balas balik, 'Ok.. Nanti saya minta lawyer prepare'

T_____________________________T'

Orang bank ni faham ke tak aku dah cakap hari tu nak guna lawyer bank. Dah hari tu dia yang kata akan inform balik segala details n kos. Ni tetiba mintak aku draft SnP. OMG sangat tau.

Kalau aku tak tanya gamaknya sampai ke sudah la SnP tu tak buat. Patut la pending approval.

Nasib la aku ni sopan santun tak ada mood nak marah ke hape. Cuma agak potong mood aku yang dah sedia merudum ni.

Ok la. Tu je nak cerita. Aku ada meeting sat lagi ni. Minggu ni meeting berderet. Lepas tu tanya aku pasal paperwork. Celah bedah mana aku nak siapkan kalau dari pagi sampai petang melangut dalam bilik meeting tu. Nak buat kat rumah sorry la.

Dah, nak prepare meeting ni. Ai is chair person.

Babai!


Tuesday, April 9, 2013

Lupa Hari Ni Ada Meeting


Assalamualaikum

Ada meeting. Tiba-tiba rasa nak muntah. Eh, tak preggy. Maybe angin kot. Pasal tak makan lagi. Laparrrrr....

Badan sakit-sakit. Penat sangat gamaknya.

Tak ramai dah update blog ye. Masing-masing sibuk dengan Keek pulak. Video-video ni memang tak la aku join kot. Pemalu kekdahnya. Kahkahkah!

Ok, nak start meeting. Babai!

Posted via MyAndroid

Thursday, April 4, 2013

Esok Cuti Yang Bz

Assalamualaikum

Esok aku coti.... Eh, tak bagitau bos lagi. Matik la dia membebel. Aku dah apply lama tapi tak bagitau dia. Hahahaha! Nasib la.

Adik aku nak menikah esok ni. Ohohoi... Banyak la benda aku nak kena settlekan hari ni. Keja dah la berlambak. Nangis... Huwaaaaaa!

So, dah lunch hour pun aku tak boleh la rehat. Pagi tadi dah brunch terus. Ni pun pasal nak release sikit tension.

Jadi mari la sambung keja. Lama kot aku tak update blog. Tak ada benda nak diupdate pun. Sama je rutin aku tiap-tiap hari. Pagi pi keja. Kalau ada yang tak best time drive kat tengah jalan aku mengomel-ngomel sorang-sorang. Sampai ofis buat keja. Lepas tu balik keja. Melayan pulak hero n heroin kat rumah. Sorang hero air mata. Sorang heroin aksi lasak. Hahaha!

Malam awal aku dah membuta. Esok pagi bangun balik macam biasa. N ulang balik benda yang sama. Cumanya minggu ni aku kebizian kena buat keja luar. Kena organize meeting.

Jap lagi nak siapkan agihan keja luar. Siapkan slide meeting. Isnin ada meeting pulak. Nak siapkan paperwork. Tak lama lagi nak kena buat jurnal. Fuhhh... Dah macam doktor pulak aku rasa.

Jangan la bos lantik aku jadi penyelaras 5S. Confirm pitam.

Ok, dah sakit perut pulak. Makan apa je tadi pun. Tu je kot. Babai!