Assalamualaikum
Salam Jumaat. Hehehe... Dah tengahari baru nak update. Macam bz bebenor kan. Padahal kemalasan berganda.
Semalam aku cuti. Membawa 2 orang budak lasak ke klinik. Nasib baik la abah aku teman. Bawak abah sebab aku nak pi tengok rumah sekali. Survey rumah untuk dijual tu.
Abah pegang Hana. Meraung kejap minah kecik tu Tok Wan dia pegang. Lepas tu diam. Bagus. Nasib baik klinik dekat je. Kalau tak mau sambung meraung pulak.
Check up biasa aje. Takde cucuk pun. Tapi Amir asek la cakap dengan aku,
'Ummi, tak mau cucuk.'
Hahahaha! Ditakutkan dek tok dia. Dah besar ni tak nangis dah Amir. Tapi malu-malu. Heran aku. Malu ape tah la. Abang Misai call nak cakap dengan dia pun lari-lari lepas tu cakap,
'Amir malu.'
Kahkahkah! Nak terguling aku gelak. Dengan abah sendiri pun hang nak malu Amir oii... Peliks ummi.
Adik Hana berat 6.9kg saje. Makan kuat tapi berat alahai. Kalau banyak makan pipi je tembam. Badan menten. Panjang tak dapat diambil sebab dia meronta-ronta. Misi pun takut nak pegang. Aku kalau nak pakaikan pampers kat Hana jenuh bersilat. Amir pun tak macam tu. Jadi sudah berkira mau beli pampers sarung je. Kalau jalan-jalan senang sikit. Nasib semalam timbang nurse kata tak payah bukak baju segala. Jenuh mak kalau nak bersilat kat klinik tu karang.
Amir berat 14.5kg. Tinggi aku tak perasan pulak. Hehe... Comel je dia masa berdiri atas penimbang tu. Tersipu-sipu. Sekarang ni rapat sangat dengan aku. Ke mana-mana berjalan nak aku pimpin. Tak nak kat orang lain. Aku dok kelek Hana pun dia nak jugak aku pimpin dia. Kesian Amir. Dia kan masa kecik dok dengan abah. Tu yang manja sangat sekarang tu. Tapi selalu jugak la kena marah sebab tak dengar cakap ummi.
Aku amik perancang sekali semalam. Bagus. Semua sekali harung je.
N dapat la aku tido petang semalam dengan Amir n Hana. Macam best je dapat tido sama-sama time petang. Sebab Amir selalu dia kalau dah ada kawan dia tak nak tido. Ni dah takde orang aku paksa jugak. Hahaha! Keji sungguh ummi dia kan.
Tadi aku dah call untuk booking rumah tu. Booking la dulu. Bestnyeeeee... Tapi kalau tak jadi mesti aku frust tertonggeng. Sob... Sob.... Sebab bila aku calculate aku kena suffer 2-3 tahun gitu baru dapat stabil kalau beli rumah tu. Huuuuuuu.....
Doakan la aku dapat beli rumah tu ye.
Amin.....
1 comment:
kelakar baca entri ni :))
Post a Comment