Hana dah 8 bulan. Sekejap je dah besar dah heroin aku ni.
Tapi lasaknya Ya Rabbi. Kalah abang Amir dia okeh. Aku lasak sangat ke time pregnant kan si Hana ni. Hahaha!
Mari kita tengok apa progress budak bertuah sorang ni.
- Mulut kuat bercakap. Cakap bahasa dia la. Papapapapa... Babababa... Sampai menyembur air liur bila bercakap tu. Becok boleh tahan. Hahaha!
- Dah boleh duduk dengan tegapnya. Kalau tak dia duduk senget. Lepas baik demam terus berjaya duduk betul-betul.
- Suka buat bunyi cicak. Ajuk orang la. Kalau orang buat dia pun sibuk nak buat jugak.
- Masih dengan hobi kesukaan iaitu memasukkan segala benda yang dikutip ke dalam mulut. Tah apa yang sedap aku pun tak tau la.
- Paling suka kertas dengan tisu. Dimamahnya sampai hancur. Kalau aku nampak memang kena babap la.
- Baru je selsema pulak. Hidung dok berhingus tu.
- Suka berdiri paut kat kerusi n baby cot. Lepas tu berjalan tepi-tepi kerusi n lepas tangan. Cepat betul nak berjalan minah ni.
- Tak nak dengan orang lain. Nak ummi jugak. Kalau aku drive n akak aku pegang dia kat sebelah. Telinga aku ni macam nak rabak dengar dia menangis. Letak dalam car seat sekejap je la aman. Lepas tu melalak jugak. Tersedu-sedu. Macam kena pukul. Jenuh aku berenti tiap-tiap stesen minyak nak bagi dia senyap masa lepas hantar abang Misai hari tu.
- Kat rumah pun tak nak orang lain jugak. Hadoi laaaa.... Aku nak buat segala keja memang kena tunggu dia tido.
- Tapi pesen tido dia ni sekejap sangat. Tekanan wokey. Aku sempat mandikan Amir je lepas tu dia bangun. Abes semua keja lain terbengkalai.
- Berat tak naik-naik. Mesti nurse bising checkup next week kalau tak naik jugak. BMI sudah kuning woooo....
- Pandai dah babai orang. Kalau cakap babai je terayun-ayun la tangan dia.
- Suka dok kat luar. Tak suka dok dalam rumah. Pesen nak ajak aku berjalan je keliling rumah. Kurus ummi hang dik oiii...
- Suka makan nasik. Bubur-bubur tak main. Geram pulak aku budak perasan dah besar ni. Segala nasik aku makan dia pun makan sekali. Bila tak bagi mulut dia bunyi 'Uhhh! Uhhh!'
- Masih bergayut dengan nenen time nak tido.
- Suka kacau Abang Amir. Haha! Tapi Abang Amir amat sayang adik. Tak kisah adik panjat badan dia pun.
Babai*sambil ayun tangan ala Hana*
No comments:
Post a Comment