SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, June 1, 2009

Isnin = Monday Blues

Isnin adalah hari malas aku. Apa orang kata? Monday blues? Gitu lah gamaknya.


Kan aku story yang kaki aku kena simpul biawak hari tu kan. Sampai hari ni rasa lagi sengal-sengalnya. Nak jalan pun slow je. Sakit siot. Masa kena tu Abang Misai memang lah ada kat sebelah. Tapi tak membantu pun. Huhuhu...

Dia tak pernah kena n tak pernah tau apa benda simpul biawak tu. Berguling lah aku tahan sakit. Dia boleh pulak tanya,


"Nak abang buat macam mana ni?"


Huuuuu... Tak payah lah buat apa-apa bang. Tengok aje lah bini abang ni sakit. Wuwuwuwu... Sudahnya aku ok sendiri je. Abang Misai setakat pegang-pegang aje lah betis kiri aku yang cramp tu. Lepas tu aku sambung tido balik.



Esoknya pulak gigi aku pulak sakit. *jangkit dengan Abang Misai lah ni* Sakit gigi lah yang paling aku tak suka. Sampai hari ni pun sakit jugak. Aku nak mengunyah pun seksa. Dah macam orang tua pulak kena mengunyah kat depan sebab yang sakit tu geraham. Confirm lah berlubang tu. Nak pi cabut tapi aku ni penakut jumpa dentist.

Teringat masa zaman kecik-kecik mak aku nak bawak pi klinik gigi. Aku melalak berguling-guling buat cerita hindustan depan klinik tu. Dentist tu pujuk bagi gula-gula pun aku tak nak.

Tak adanya sebab gula-gula sebijik tu aku nak termakan pujukan untuk cabut gigi. Sakit tau tak masa kena bius tu. Mak aku hangen 1 badan je sebab aku dah malukan dia. Muahahaha! Last-last tak masuk pun klinik tu tapi aku buat muka tak tau malu pi ikut mak aku makan KFC. Muka tak bersalah gila pulak tu.

Ni tengah sakit gigi lah ni. Confirm siapa buat lawak bodoh lepas tu buat angin aku tak baik memang kena pelempang aje. Siapa-siapa pernah kena sakit gigi ni mesti tau macam mana mood orang yang sakit ni. Memang tangkap ke kepala betul lah.



Tapi dalam sakit-sakit tu hari Sabtu sempat jugak merayap ke Jusco Bukit Raja. Saje jalan-jalan. Ingat nak tengok cerita Night At A Museum 2. Pukul 11.30 dah full pulok. Tak suke! Hmmm... Dengan hati yang separuh rela tengok lah cerita X-Men Origin:Wolverine. Padahal cerita tu dah berkurun kat panggung.

Tengok aje lah. Nasib baik menarik perhatian jugak. Sebab ada Hugh Jackman kan. Di samping pelakon hensem bernama Daniel Henney. *gatai sungguh*


Then makan-makan kat Johnny's *betul ke aku eja tu*. Mak buyong ni teringin nak makan steambot. Hamik ko! Jenuh nak habiskan. Tapi banana split aku tibai sorang-sorang sampai abes. Jaki aje Abang Misai tengok. Hahhahahaha!


Sabtu malam hantar Abang Misai ke stesen bas. Masa kat rumah sebelum hantar tu air mata dah meleleh dah. Sedih... Lepas hantar pulak kat rumah aku melalak sorang-sorang dalam bilik.


Waaaaa!!!!! Saya mahu pulang ke kampung!!!!!



No comments: