SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, June 30, 2009

Kejadian horror di dalam toilet

Pagi-pagi buta dah sakit perut. Malas pulak rasa nak pi toilet.


Nanti jadi macam semalam. Horror betul.


Semalam ada 2 meeting sekali gus. Aku masuk aje even aku kena present dalam meeting ke 2. Lepas tu macam bosan-bosan aku keluar balik. Naik ke opis sementara tunggu meeting 1st tu abes.


Tengah dok buat kerja kat bilik aku tiba-tiba rasa sakit perut pulak. Ades... Mau memerut.


So, macam biasa lah. Kalau dah nak memerut mesti lah ke toilet kan. Takkan nak pi bersiar-siar pulak.


Tengah aku membuat pekerjaan dalam toilet tu boleh pulak tiba-tiba....



Eh, apesal golap yo sekeliling ni???


*pic from google



Adakah blackout di kala aku sedang menunaikan hajat. Cis! Cis!


Gila gelap oke. Tangan sendiri letak depan muka pun tak nampak. Dah aku meraba-raba dalam gelap tu.


Kalau pakai spenda terbalik pun dah tak perasan dah.


Cepat-cepat aku selesaikan apa yang patut. Raba-raba cari flush. Takkan lah takut sangat sampai tak flush kan. Aku selalu bising orang tak flush takkan aku nak buat gitu lak kan. Huhuhu....


Haaa... Of course aku cuci sebersih-bersihnya ye. Jangan pikir bukan-bukan. Aku karate kang.


Dah nak keluar pulak satu hal. Nasib baik toilet aku paling tepi dekat dengan pintu. Teraba-raba pulak cari pintu. Bukak-bukak je pintu sorang staf aku tercangak kat depan tu.


'Tak payah la masuk. Gelap gila kat dalam tu.'


Terus staf aku terkebil-kebil. Rupa-rupanya kat koridor je yang blackout. Dalam opis ok jek.


Memang hampagas je aku rasa. Apesal time aku dalam toilet pulak nak blackout?!





Monday, June 29, 2009

Banyak kerja hari ni

Kat opis. Jap lagi nak kena call orang. Pi opis orang.


Kepala tengah pening-pening. Apesal ntah. Dah seminggu macam ni. Nak kata terlebih tido tak pulak. Isk... Isk...


Lapor gila!!!! Tak sempat breakfast. Pulak tu lupa nak bawak roti pi opis. Yang ada dalam bilik ni milo packet, biskut tiger, maggi cup n nestum 3 in 1 saje. Macam tak mengenyangkan perut mak buyung yang dah makin membesar ni.


Semalam aje pagi-pagi aku makan roti 4 keping dengan telur hancur goreng sendiri. Tengahari tak makan. Petang tu nak masak tiba-tiba gas abes. Adakah wajar begitu?!


So, tunggu gas datang. Adik aku masak-masak. Dalam pukul 4.30 baru lunch. Kalau Abang Misai tau confirm dia membebel sampai terkeluar taik telinga. So, senyap-senyap eh. Jangan bagitau Abang Misai tau. :):):)


Pukul 5 pulak siap-siap keluar. Adik aku baru nak menghantar thesis dia pi buat hard cover binding. Aku dah bebel sampai air liur meleleh baru lah dia siapkan thesis dia.


Then, ajar dia bawak kereta kat bukit. Huuu... Sebab lagi sebulan aje tinggal sebelum aku cuti. Apesal ntah aku risau sangat adik aku ni bawak kereta. Time aku dulu siapa dok risau ek? Agaknya sebab aku 1st time terus bawak sorang so tak ada orang nak tolong risau.


Adik aku 1st time bawak aku kat sebelah mulut aku dah macam bontot ayam. Semua benda salah. Huahuahua!


Dalam pukul 7 pi makan lagi. Teringin makan western food. So, ke seksyen 11. Apa nama kedai pun aku tak tengok. Yang aku tau kedai tu ada jual western food. Order chicken chop. Gravy dia amat banyak black pepper. Berasap badan aku. Huuuu...


Balik rumah dekat pukul 8. Lepak-lepak. Tengok tv. Tergolek-golek depan tv tak bangun-bangun.


Dalam pukul 9.30 rasa lapar lagi. Makan nasik lagi. Housemate aku balik dari kampung bawak sepat goreng dengan daging masak kicap. 2 kali tambah. Waaaahhhh!!!! Jangan berat aku naik mendadak lak lepas ni. Pot pet pot pet nurse kat klinik tu karang.


Okies. Aku nak bancuh nestum. Lepas tu nak merayap ke opis orang. Petang pulak ada meeting.


Bosan betul asek meeting jek.



Sunday, June 28, 2009

Dukacita T_T

Aku agak berdukacita nih.


Pokok yang Abang Misai bagi macam nak mati jek. Hukhukhuk...


Bunga dia semua dah layu. Daun pun jadi kuning-kuning lepas tu gugur.


Aku pun tak tau dah macam mana lagi nak jaga. Pokok bunga ros mini ni memang susah nak jaga ke haaa...


Bila aku tanya Abang Misai dia kata,


'Tangan syg panas kot.'


Waaaaa!!!! Tangan aku ni tak boleh jaga pokok ke? Sedihnya.....


Sedih tau. Pokok tu Abang Misai bagi. Aku ni punya lah jaga. Siram-siram. Siap borak-borak dengan pokok tu. Tapi tak mau hidup jugak.


Isk... Isk... Abang Misai dok pujuk,


'Syg jangan lah sedih-sedih. Dah nak mati pokok tu nak buat macam mana. Tak apa, lepas ni abg beli pokok baru untuk syg tapi biar abg jaga.'



Adakah sebab dia tak nak pokok yang dia bagi kat aku mati lagi maka dia cakap macam tu. Huuuuuuu......


Sadis aje aku rasa hari ni.



Saturday, June 27, 2009

Jalan-jalan Bukit Raja

Penat eh hari ni.


Sehari suntuk aku merayap kat Jusco Bukit Raja. Pi sana tujuan awal nak redeem voucher. Aku dapat dari awal tahun hari tu. Aku buat pekasam. Sebab dah nak expired 30hb ni so gigih lah pagi-pagi buta aku ke Bukit Raja.


Tak jauh pun. Belakang rumah jek. Huhuhu...


Voucher RM40 saje. But still duit kan. Boleh tambah beli-beli barang baby.


Pagi-pagi Jusco belum bukak aku dah tercangak depan pintu.


Adik aku pulak merengek-rengek nak tengok wayang. Cerita Transformers. So, Jusco bukak je terus ke panggung wayang. Sanggup lah adik aku beratur beli tiket. Ramai betul manusia.


Tak sempat aku nak snap-snap gambo. Kitorang jadi 'Burung Awal' hari ni. Hahaha...


Tiket pukul 11.45. So, serang customer service Jusco dulu. Tanya pasal voucher. Tapi voucher belum keluar dari opis. Pi makan dulu lah. Baby dah lapar. *padahal ummi dia yang kebulur*


11.30 dah ada depan panggung. Excited ni nak tengok wayang. Hehehe... Sempat beli Transformers Combo. Buat koleksi. Adik aku yang nak buat koleksi tu pun.


Cerita abes dalam pukul 2 lebih. Huiii.. Lama jugak cerita tu ek. Tapi worth it lah. Cerita best kan. Lawak pun ada. Muahaha! Bengang jek Abang Misai masa aku bagitau kitorang tengok cerita Transformers. Hehehe...


Pi balik Customer Service. Redeem voucher then terus pi beli barang baby.


Nanti aku kumpul barang baby yang aku dah beli. Nak basuh segala dulu. Semua aku borong kat Shah Alam. Penuh lah kereta Abang Misai nanti. Ehek...


Dalam pukul 4 lebih baru abes merayap. Terus balik rumah.


Penat tak abes lagi ni.


Mau melepak sambil tengok TV.


Friday, June 26, 2009

My baby yang montel

Okeh, meeting dah abes n break time yang panjang. So, aku nak relax-relax jap even tensi jawab soalan merepek-repek dalam meeting tadi.


Sebelum meeting ada makan-makan. Bos aku suka makan mee jawa so menu hari ni mee jawa lah. Dia orang celebrate orang bertukar n birthday sekali.


Oh... Ada cupcake. Maka keinginan makan cuppies itu sudah terlaksana. Sedap..... :p~~


Sebenarnya nak update ini...


Hi ummi... :) Baby lambai-lambai.


Besar ke hidung baby ummi? Pipi baby tembam lah kan.


Baby suka tido ternganga macam ummi jugok. Hahahaha!


Nak mamam apa tu sayang?




Cuba teka cheese burger or hotdog? Heheh :):):)





Ahahaha... My baby itu adalah boy!!! Maka Abang Misai akan ada kawan untuk main play station sama-sama n tanam-tanam pokok kat luar rumah.

So, barang-barang baby sudah kebiru-biruan di sana sini. Sebelum ni pun memang banyak aku beli kaler biru. Instinct sangat kuat untuk mendapat boboy.


Time scan tu sangat terharu n excited oke. Tengok baby gerak-gerak. Bukak-bukak mata. Senyum kat ummi. Kan baby kan?


Kalau nak tengok baby bukak mata n senyum boleh tengok vid kat bawah ni. Comeeeelllll sangat-sangat. Rasa nak geget-geget. Ahahahaha!



Pagi yang tak best!

Macam aku dah bagitau semalam. Hari ni aku ada meeting. Buhsanova okek. Dah lah aku kena present. Mencik!


Isnin pun aku kena present. Tapi officer yang handle meeting Isnin tu tak bagitau pun dia nak buat meeting. Setakat hands on memo jek. Lepas tu tak bagitau pun aku kena present. Aku dapat tau pun dari orang lain. Mangkuk kan?


Lepas tu semalam boleh tanya aku,


'Tau kan Isnin ni ada meeting. Awak kena present. Tau kan?'


Ha'ah. Hotak kau lah. Nasib baik aku tau dari orang lain. Slide pun aku dah siapkan. Apesal ntah berat sangat mulut tu nak inform awal-awal. Badan pun berat macam lah bilik dia dengan bilik aku jauh berbatu-batu.


At least hantar email pun tak apa lah. Ini setakat memo mintak hadir. Lepas tu apa agenda pun aku tak tau. Aku ni presenter yang ke berapa pun aku pulak yang terhegeh-hegeh nak kena tanya.


Mood sangat tak baik lah lately ni. Ada je yang buat aku angin twister.


Aku nak prepare untuk meeting sat lagi. Ada masa aku update lain. Tata!




Thursday, June 25, 2009

Yellow Butterfly

Waahhhh... Malas... Malas....


Ada meeting jap lagi. Esok pun ada meeting. Isnin depan pun ada meeting. Apa jadah lah diorang ni asek buat meeting je. Bila kerja aku nak siap macam ni.


Cecece... Membebel dalam ni buleh lah. Cuba depan bos. Senyap je. Hahahaha! Ala, kalau aku bercakap pun bos aku tak nak dengar pun pendapat aku. Diaaaaaa jugak yang betul. So, better i keep my mouth shut je lah.


Aku nak tunjuk menda alah ni...




Ahahaha... Cumel tak?


Masa Abang Misai datang hari tu aku dok tergedik-gedik lah dekat dia.


Aku : Abg... Syg nak tu.... (sambil tunjuk dalam kereta orang)

Abang Misai : Apa?

Aku : Nak tu.... (tunjuk lagi) Benda yang gedik-gedik tu.

Abang Misai : Ooooo... Yang tu ke? Abg baru je beli untuk adik abg hari tu.

Aku : Nak jugak... Nak jugak... *mengada-ngada terlebih*

Abang Misai : Nanti lah abg belikan untuk syg.




Heeee... Tersengih aku sampai nampak gusi-gusi. Tapi rama-rama tu aku beli sendiri jek. Dekat Pasar Pagi Seksyen 13. Harga seploh hengget.


Apa benda orang panggil tu? Flip flap?


Mula-mula aku ingat flip flop. Tapi flip flop tu selipar kan.


Aku pi pasar pagi tu mula-mula nak cari beg je. Nak letak barang nak bawak pi hospital nanti. Tapi terjebak lak beli flip flap tu. Ramai orang jual. Nampak comel aje benda tu goyang-goyang gedik-gedik. Tapi malam-malam tak gerak lah sebab guna tenaga solar.


Dah dapat 1 rama-rama. Aku ingat nanti nak beli lagi. Yang bunga-bunga n kartun-kartun lak. Nak buat koleksi.


Kalau pasal beli benda tak berfaedah nombor 1 aku ni. Hahahaha!




Wednesday, June 24, 2009

Bontot tergeliat.. Ades...

Pungkoq sakit.


Boleh gitu?


Tapi betul. Sakit.. Nak gerak sikit rasa macam nak patah tulang vontot ni. Start sakit masa jalan kat Giant semalam lah.


Gatai pi menenggong nak tengok barang kat rak bawah. Kan dah tergeliat bontot tu. *ada ke bontot tergeliat?*


Ohoo... Semalam aku half day lagi. Pi buat scan 3D kat Vision College Kelana Jaya tu. Sampai sana dalam pukul 3.15. Dalam 3.30 dah abes scan. Lepas tu dah tak tau nak buat apa n sementara tunggu adik aku abes kerja aku dengan housemate aku jalan-jalan kat Giant seksyen 13. Dok shopping barang untuk masak-masak.


Semalam makan malam adalah siakap steam dan lala sambal. Tapi bukan aku masak. Sebab aku tengah tak rajin.


Sudah nampak cheese burger or hotdog ye. Hehehe... Tapi cuba korang pulak teka. Hadiah tekaan yang betul adalah bercuti ke rumah sendiri bila-bila masa korang nak. Muahahahaha!


Nantilah aku update pic baby aku yang suka sangat nganga mulut. Ada ke amoi tukang scan tu nampak-nampak je muka anak aku dia kata,


'Wahhh... hidung baby you besar la.'


Ewah.. Ewah... Sempat kau kata anak aku hidung besar ek. Ni nak kena check ni, aku yang hidung besar ke, Abang Misai yang hidung besar. Ahaks!


Tak kisah lah, baby hidung besar ke, kecik ke. Umi sayang jugak kat baby. Comeeeellll sangat tengok baby semalam. Baby senyum je tengok umi dengan Aunty Ina kan.


Semalam housemate aku lah yang teman since husbandku tak ada di sini. Sob..sob...


Ada dapat cd gambar baby ni. Ok lah tu. Kira boleh jugak dok tengok dengan Abang Misai nanti.


Ok, nak sambung kerja sat. Banyak pulak kerja minggu ni. Nak pitam aku. Dah lah tengah sakit kepala dengan tiba-tiba. Tensi betul.




Tuesday, June 23, 2009

Pokok bunga tanda cinta

Sila geli-geli baca tajuk kat atas. Huhuahauahua!


Sabtu lepas aku pi rumah Maksu aku kat Damansara Damai dengan Abang Misai n adik aku. Lama dah tak jenguk Maksu aku tu since aku kawen sampai lah perut dah terboyot ni. Karang kecik hati lak kan. Dah lah dia yang merewang segala time aku kenduri.


So, aku pun gagah lah ke sana since dah ada driver nak tolong bawak. Itu pun jenuh nak pujuk sebab laki aku ni jenis tak suka duduk rumah orang lama-lama. Bontot dia macam ada bara api. Panas semedang.


Maksu aku ni jenis rajin masak. Amik order buat kek segala. Aku sebelum datang tu bukan main lagi macam buat order kat kedai. Nak ayam golek, nak pizza, nak spagetti. Ayam golek tu pasal time kenduri aku kempunan sebab akak katering tu tertinggal ayam golek aku kat rumah dia. Waaaaa!!!!


Jadi Sabtu lepas adalah sesi membalas dendam terhadap ayam golek. Nak dekat sekor lah aku balun. Sodapppp!!!! Petang makan pizza lak. Huhuhuhu... Balik pun Maksu bekalkan sekor lagi ayam golek. Haaaa... Tergolek terus aku makan.


Sebelum ayam golek tu siap Abang Misai dah menggeletis nak keluar dari rumah. Saje je tau orang tua ni. Kebetulan Damansara Damai tu kan dekat dengan Sungai Buloh. Sungai Buloh kan banyak nursery.


Laki aku tu menggelupur lah nak pi nursery. Dia nak cari pokok bunga Cempa Telur. Ntah apa benda aku pun tak tau. Dia kata kat Penang tak ada. Dia pulak pernah cari pokok-pokok bunga dekat dengan Pusat Kusta Sungai Buloh tu. So, aku biarkan aje. Bagi laki aku tu puas hati.


Balik aje dari rumah Maksu malam tu masa dalam kereta aku tanya lah, jumpa ke pokok yang dia nak sangat tu. Dia kata dah jumpa. Tapi kekdahnya aku lah kena jaga dulu sementara nak tunggu dia amik aku bawak balik kampung time aku start cuti nanti.


Boleh lah nak harap setakat bini dia yang malas ni nak tolong siram-siram. Taruk baja ke, tolong cantas ke mintak maap lah ye wahai suamiku.


Abang Misai : Nanti syg tolong tengok-tengok pokok bunga abg tau. (Ni masa dalam kereta)

Aku : Ye lah. Syg tengok-tengokkan. Tapi setakat tengok aje lah ye. Hehehe...




Sampai rumah n turun dari kereta,



Abang Misai : Syg boleh tolong abg angkat tak? Ada 2 pokok la.

Aku : Abg beli 2 pokok ke? Syg igt 1 je. Besar ke?

Abang Misai : Tak lah. 1 tu kecik je.

Aku : Kalau kecik ok la. Kalau besar syg tak larat.



Bukak-bukak je boot kereta.....



Abang Misai : Nah... Ni abg hadiahkan untuk syg.

Aku : Erk??? (terkebil-kebil)



Hamik ko. 1 pasu kecik pokok bunga ros.




Abang Misai : Kan syg selalu cakap dengan abg syg nak bunga kan. Haaa.. Ni abg bagi. siap dengan pokok sekali. So, sentiasa ada bunga untuk syg.


Laki aku ni macam perli jek. Berfikiran jauh betul. Huhuhuhu... Sebelum ni aku selalu dok menggeletis mintak bunga kat Abang Misai.Sebab since kitorang kenal aku tak pernah dapat bunga. Jadinya menggedik lah aku asal aje nampak kedai bunga.



'Nak bunga... Nak bunga.... Bila abang nak belikan bunga untuk sayang...'


Haaa...Kan dah dapat. Dengan pokok bunga sekali dia bagi aku.





Sekarang dengan automatiknya aku terpaksa jadi rajin jaga pokok. Aku biar mati kering kang kecik hati laki aku. Penat-penat bagi tapi tak reti jaga lak.


Hari Ahad tu jugak aku pi Giant cari penyembur air. Sebab pokok tu dalam pasu kecik je jadi aku malas nak siram. Maka kaedah menyembur adalah lebih afdal. Siap dengan lapik pasu aku beli. Takut air menjejes keluar abes 1 rumah aku berlemuih karang.

Penyembur kaler purple yang aku beli semata-mata gigih nak jaga pokok.



Tengah tak sabar tunggu bunga ros tu kembang. Boleh letak tepi telinga ala-ala orang dulu-dulu tu. Hahhahaha!

Cepat lah kembang ye bunga...





Gula adalah tinggi kerana Aunty Rosie tersayang

Semalam aku half day sebab ada check up kat klinik gomen.


Sebenarnya habis awal jek. Dalam pukul 3.15. Tapi larat lah sangat aku nak balik opis tu. Kalau dekat sebelah klinik je tak apa. Ini nak kena drive pulak lagi ke Glenmarie tu. Lepas tu terhegeh-hegeh nak cari parking lak. Ada dalam pukul 4 lebih baru masuk opis balik.


So, daripada aku dok memenatkan badan baik aku balik aje rumah terus. Sebab rumah aku belakang klinik je. Hahahha...


Oooo... Semalam gula dalam urine aku GREEN ye. Ades... Confirm sebab sebelum datang tu aku makan roti sapu kaya Aunty Rosie 2 keping. So gula dalam badan pun mencanak.


Aku lapar sangat lah. Dah lah meeting habis lambat. Bantai makan koey teow goreng pun tak hilang lapar. Dalam pukul 12 lebih aku makan lah roti pulak. Siapa-siapa yang makan kaya Aunty Rosie tu mesti tau camne manis dia kan. Hohohoh...


Betul-betul sebelum masuk klinik aku bantai makan karipap pulak. Memang lah benda-benda yang menyebabkan gula dalam badan tu lambat nak proses. Dah lah semalam payah benor aku nak kencing. Berapa lama aku dok bertapa dalam toilet tu.


Pasti orang lain yang tunggu turn tu hangen sebab aku dok lama-lama macam toilet tu aku punya. Hakhakhak... Aku pulak boleh lupa semalam ada check up so air masak pun tak banyak aku minum.


Abang Misai berapa kali dah membebel sebab aku jenis tak suka minum air. Huhuhu...


Ni tak serik-serik lagi. Nak makan roti dengan kaya Aunty Rosie lagi ni. Pasal banyak lagi roti dengan kaya tu. Karang membazir.


Membazir tu kan amalan syaitooooonnnnn....



Huauahauhaua...


Ni la aunty rosie yang telah menyebabkan urine test aku jadik hijau.



Monday, June 22, 2009

Kalau aku dah kata wrong number tu wrong number la bangang! Nak kena tampor?!!!!

Baru lepas breakfast. Lambat kan. Sebab tadi ada meeting. Ntah apa-apa topik pun aku tak amik port. Perut dah bunyi-bunyi dengan baby dah tendang-tendang mintak makan tapi terpaksa lah tahan.


Aku tengah hangen dengan ada 1 nombor bongok ni. Bukan 1, sekarang dah jadi 2. Sebab asek call aku even aku kata wrong number.


Memang tahap menyesakkan hidup. Time aku nak tido pun call. First aku jawab tu aku tanya lah nak cakap dengan siapa. Dah lah sepatah haram pun aku tak faham kau cakap apa. Bangang!


Aku : Nak cakap dengan siapa?

Mangkuk : Hello... Hello...

Aku : Sorry lah, wrong number.

Mangkuk : Are u Malaysian. I'm Myanmar.



Eiiii..... Dah lah warga asing. Aku cakap Melayu tak paham, cakap Inggeris pun tak paham. Call lagi banyak kali. Nak kena penampo jepun agaknya.


Tak tau lah mana mangkuk ni dapat nombor aku. Dah gersang sangat ke? Asal dengar suara perempuan ingat aku kerja mengangkang. GRO kat kelab melambak-lambak kat Penang tu tapi aku jugak kau nak kacau dah kenapa?!


Lupa nak inform, nombor tu nombor utara. So, aku suspect kat Penang lah. Negeri mana lagi yang banyak warga-warga asing kalau tak negeri yang banyak kilang kan.


Kalau aku tau lah ada sesiapa yang dok pedajal jual nombor aku kat mamat warga asing tu memang aku doa hidup kau tak aman n dapat sakit kulit sampai jadi monster. *ntah apa-apa je lah doa aku nih*


Pulak tu time aku nak tido pun sibuk kacau lagi. Aku cakap aku nak buat report polis pun bangang jugak dok call lagi. Nak suruh aku cakap bahasa Myanmar confirm lah aku tak tau.


Tadi pulak time aku dalam meeting room naik lagi nombor yang sama. Lepas tu aku reject. Naik pulak nombor lain. Aku reject pun tak paham bahasa jugak.


Apesal cipan sangat ek perangai. Kalau dah orang reject tu maknanya tak nak cakap lah. Ingat aku ni dah tak ada kerja lain ke nak layan call kau dengan bahasa yang aku tak paham.


Harghhhhhh!!!! Hangen!!!!!




~~Selamat Hari Abah~~

Ahad lepas Hari Bapa. Hmmm... Tak calling-calling wish dekat Abah. Tak apa. Nanti aku beli hadiah sebab birthday Abah pun dah dekat.


Sebab selalu kalau call ke rumah Abah memang jarang ada. Suka benau pi opis siapkan kerja kata dia. Rajin Abah ni. Anak dia je yang tak ikut perangai Abah. Ahahahha...


Aku boleh lah dikata anak manja Abah. Sebab tak boleh kena marah dengan Abah. Kalau kena marah confirm demam.


Masa kecik Abah memang jarang marah anak-anak dia except anak dia ni tak dengar cakap memang baran Abah naik lah. Pernah gak lah merasa kena kejar dengan cangkul. Huhuhu...


Ada sekali tu Abah mintak tolong bukak kan lampu toilet untuk adik aku tapi gatal apa ntah aku dengan kakak aku malas nak buat. Abah terus naik angin.


Abah tak nak cakap dengan aku. Bila aku cakap dengan Abah lepas tu Abah buat tak tau jek. Kecik hati i nih. tsk... tsk.... T_T


Esoknya hamik kau. Demam panas terus aku. Gilo tak. Ahahaha! Terus balik kerja petang tu Abah belikan bihun sup. N borak-borak dengan aku. Kakak aku jaki je sebab masa tu Abah pun tak cakap dengan dia jugak. Tapi kakak aku dengan Abah masa tu hati kering sket. 6 bulan tu tak cakap dengan Abah.


Teringat masa kecik kalau Abah bawak keluar jalan-jalan. Abah biarkan anak-anak dia makan dulu lepas tu bila kami ni tak habis baru lah Abah makan. Masa tu hidup tak senang sangat sebab Abah sorang je yang kerja n kerja pun jadi kerani je. Macam nak menitik air mata kalau teringat.


Kalau dengan Mama aku berapa kali kena marah tak demam. Kebal semacam jek. Akekeke...


Apa pun Selamat Hari Bapa untuk Abah tersayang sebab membanting tulang besarkan kami 8 beradik.




Untuk Abang Misai pun Selamat Hari Bapa. Sebab tak lama lagi kita dapat baby. Esok baru tau girl ke boy sebab esok nak pi scan.


Abang Misai balik Penang pagi semalam. So semalam aku agak sentimental lepas tu terus jadi malas nak update blog sebab air mata menjejes aje turun. Dok lah berkurung dalam bilik.



Dekat arwah Abah Mertua tak sempat nak ucap sebab arwah Abah meninggal awal tahun lepas sebelum sempat tengok kami bernikah. 1 family Abang Misai cakap aku ni menantu kesayangan arwah sebab arwah dah planning nak sambut menantu dia ni besar-besaran. Tapi tak sempat arwah nak tengok.


Aku pernah jumpa arwah sekali masa raya. Masa tu baru bertunang. N arwah memang happy sangat masa tu.


Masa arwah meninggal pun aku tak sempat balik sebab masa tu baru start kerja kat Shah Alam n tengah ada kursus. Mintak excuse tapi bos tak bagi.


Apa pun aku doakan yang terbaik untuk arwah Abah mertua. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para Solihin. Amin....




So, kepada semua bapa-bapa n bakal jadi bapa Selamat Hari Bapa aku ucapkan.



Friday, June 19, 2009

Happy Day

Aku bangun awal hari ni. Sebab Abang Misai datang. Yeaayyyy!!!


Pukul 6 pagi tadi dia sampai. Tapi aku dah tak boleh tido dari pukul 4 *excited hubby nak datang*. Sebab Abang Misai kata dia naik bas pukul 11.30 malam. Congak-congak mesti lah dalam pukul 5 dia dah sampai. Selalu pun macam tu lah.


Tapi bas yang dia naik tu tergedik-gedik asek stop banyak kali. Driver ngantuk kot. Tak apalah. Biar lambat asal selamat. Jangan kau ngantuk-ngantuk gagah nak drive jugak. Aku terajang aje kalau macam tu.


So, fikiran jahat aku telah mula berfungsi. Untuk meng'half' day kan diri hari ni. Wakakakakaka!


Siapa-siapa cari aku lepas jam punch card tu bunyi boleh blah nama kau Dollah. Aku tak ada kat opis lepas aje jam pukul 12.15 karang. Pedulik hape aku.


Mau pulang untuk memasak buat husband terchenta. Abang Misai teringin pulak nak makan ayam masak steam bila aku cakap aku makan benda alah tu hari tu. Siapa yang mengandung entah. Dia pulak yang mengidam bukan main.


Ayam aku dah perap malam semalam. Balik kerja semalam terus berdesup ke Giant cari ayam n bahan-bahan nak masak. Rajin kan aku. Hehehehe.... So, balik ni terus je masuk periuk kukus tu pastu tunggu masak je sementara Abang Misai pi Solat Jumaat.


Ok, mari kita siapkan kerja. Supaya senang di kemudian hari.


Happy!!! Happy!!!

Pic from Google



~~Mood gumbira. Lalalala~~



Thursday, June 18, 2009

Kenyangnya hari ni..

Aku dah macam ular sawa kekenyangan... Alhamdulillah...


Lunch hour tadi mengekor staf aku ke rumah makcik dia. Ada makan-makan sempena cousin dia dapat masuk U. Ada laksa, mee goreng, puding jagung dengan kuih apa ntah aku tak tau nama dia. Buah tembikai lagi.


So, aku makan laksa saje. Itu pun banyak diorang bubuh untuk aku. Makan untuk 2 orang lah katakan.


Mee goreng aku tak makan sebab perut dah sendat. Kuih muih tu aku rasa lah sikit. Siap tapaukan lagi takut aku kempunan. Memang lah baby murah rezeki hari ni.


Pic aku tak snap. Apa jadah pi rumah orang nak snap pic makanan lak. Huhuhu...


Balik opis lak ada McD yang adik aku pesan kat orang suruh beli. Lupa nak cancel. Ingat kot tadi tak keluar pi mana-mana. Tu yang memesan McD tu. Aku telah terpengaruh iklan Big Mac dalam TV tu. Cisss....


So, kerja aku mengunyah fries pulak kat opis ni. Nak makan burger tu tak larat lak. Balik karang lah aku makan. Tapi fries dah sejuk tak sodap. Keras kejung je haa...


N belakang aku amat sakit ye... Padan muka kat diri sendiri. Kerja asek lah nak berjalan merata-rata. Kan dah sakit.



Hutang tag dari Mummy Sunshine selesai sudahhhh....

Okeh, disebabkan esok Abang Misai akan datang ke Shah Alam maka aku dengan hati gumbira dan bersemangat rakan muda telah menyelesaikan tag dari Mummy Sunshine ni. Hehehe... Mari layan jiwang bersama aku. Huhu...


1.siapa name teman hidup anda?
-Abang Misai... Ahahaha... Siapa nak tau nama sebenar sila tanya kat emel. Muahaha! Sebab Abang Misai tak tau aku blogging nih. Karang dia google nama dia kuar blog ni mati la aku.


2.berikan 3 sbb anda pilih dia
- Tengok dia ni jenis family man. Dia anak tunggal laki n jaga his mom. So pastilah dia boleh jaga aku juga.
- Sebab aku bertungkus lumus mengorat dia. huahuaha...
- Saya sayang dia. ^_^


3.sebab tertentu anda sayang sangat same dia
- Sebab dia pun sayang i. Of course lah i pun sayang bangat sama dia.


4.senaraikan 3 perkare yg anda buat bile rindu pada dia
- calling-calling... sms... video call
- tengok pic yang dok letak dalam hp
- golek-golek atas tilam sambil peluk en. mickey yang Abang Misai bagi...


5.berikan ciri ciri fizikal yang ade pada die
- tinggi
- tak kurus, tak gemuk.
- kulit dia hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam tetap i nampak sweet je gitu... huhuhu....


6.ape yg kamu buat jika ex-couple dia tibe2 contact dia
- Berani kau nak contact dia??? Aku siat-siat kulit kau karang. Haaaa.... Garang nih! Jangan nak ngengada contact laki aku ek. Sape suruh kau tinggalkan dia dulu???


7.apa pendapat kamu dalam memilih pasangan
- Pilih tu jangan pandang fizikal saje. Tapi tengok jugak hati budinya. N yang penting dia sayang sama kamu.


8)sape sasaran tagged ni
- Miss Ally
- Puan Intan Aizan
- Mummy Yat
- Miss Yan *aku nak gak tag ko even ko tak suka. muakakaka!*
- Miss Benz *sonyap yo ekau nih skarang*
- Siapa yang baca sila buat sekarang jugak! *paksa la kunun*


Wednesday, June 17, 2009

Akhirnya yang ditunggu telah tiba

Okeh, sangat menggedik dan menggelupur excited.


Macam barang tu aku yang nak guna. Muahahaha!


Jeng... Jeng....


Masih di dalam kotak ye.



Ini dia... Botol susu yang aku tunggu-tunggu....

Berbalut lagi.







160 ML



260 ML



Botol tu baru sampai tadi pukul 12.30. Time aku tengah busy-busy buat kerja. Tiba-tiba staf aku masuk bilik bawak kotak kat atas tu. Patutnya sampai semalam tapi company tu baru hantar kat kurier company semalam kan. So, dapat lah hari ni.


Abes segala kerja aku tinggal n belek-belek kotak tu. Hahahhaa!


Time tu jugak lah keluarkan segala botol. Siap ceraikan satu-satu. Konon-konon quality check lah.


Ingat nak snap pic dengan botol susu tadi *konon-konon perasan model* tapi kensel. Muka aku tengah sememeh dengan hingus meleleh ni. Snap-snap karang terkeluar hingus pulak.


Ok lah, aku nak mamam ni.


Dah pukul 2.30 baru gatal pungkoq nak makan. Macam opis ni aku punya je. Huahuahaua!


Sila maafkan saya ye encik bos sebab orang yang saya kirim makanan tu yang lambat.
*sambil buat muka mintak simpati*


Dush kat dahi tu sekali!



Sesi belajar bawak kereta di pagi hari

Pagi yang mencabar dan mengecutkan perut hari ni. Huwarghhh!!!!


Hari ni keluar pi kerja awal k. Sebab adik ai nak practice bawak kereta. That's why lah mak buyung ni seram sejuk je rasa. Hahaha!


Sungguh tak confident dengan adik sendiri macam kan aku mula-mula bawak kereta dah terer macam Shumacher. *betul ke eja nama tu?*


Pukul 6.30 dah semangat tu keluar dari rumah. Sebab time tu tak banyak kereta kan. So, agak-agak kurang sikit rasa seriau. Macam aku masa mula-mula bawak kereta pi kerja lah. Pukul 6.30 dah keluar rumah. Sampai opis ternganga sorang-sorang. Ngeh.. Ngeh...


Dari rumah agak ok lah adik aku bawak. Tapi aku kat sebelah keras macam batu. Yang aku seriau dia ni keluar simpang kalau dah tengok kereta tak tengok depan pulak. Ada yang disondolnya divider kat depan tu. Aku punya mulut pasti lah dah menceceh-ceceh.


Tak apa lah, saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. Huhuhu....


Yang paling lawak kereta termati kat traffic light sampai 3 kali merah baru dia lepas. Traffic light kat situ kejap je hijau dia. N kat situ kawasan macam berbukit sikit. Aku dah bagitau ye. N dia lak kaki jenis macam keras. Bila angkat clutch je angkat laju-laju. Mau kereta tak termati kat situ.


Aku dah rasa macam nak tepuk-tepuk je kaki dia tu kasi lembut sikit. Berapa kali cakap dah, angkat clutch tu slow-slow. Lepas tu main-main minyak. Ingat bawak auto ke?


Kereta belakang pastilah bengang n hon semedang. Kami hanya buat muka tak bersalah di situ walaupun agak malu sebenarnya. Hehehehe....


Sampai kat opis lak problem time nak masuk parking. Huuuu... Terkeluar petak lah. Dia masuk laju je k. Nasib baik tak ada kereta kiri kanan. Kalau tak confirm dah tersagat kereta sebelah. Berapa kali betulkan tak betul jugak. Last-last aku yang betulkan. Huauahaua...


So, pagi tadi kami adalah orang pertama sampai opis. Clap! Clap!


Dapat je masuk opis terus aku sambung tido. Dah lah running nose makin kronik ni.


Kot hidung aku boleh berlari macam ni lah gayanya kot.

Pic dari Google


Tuesday, June 16, 2009

Keja aku hari ni lap hingus jek

Sroottt... Sretttt... Sroootttt... Sreeeetttttt....


Tu je lah kerja aku dari pagi tadi sampai sekarang. Sampai makan nasik pun siput babi lagi laju aku rasa. Sebab sekali menyudu sekali lap hingus meleleh.


Aku dok pesan tapau kat adik aku jek. Nasi goreng USA. Sangat banyak penuh 1 polisterine tu. Sedap lah kot sebab aku main telan je. Deria rasa kurang menangkap kesedapan nasik tu.


Lupa nak amik gambar nasik tu tadi. Sebab pala otak dah ting tong.


Ni pun tengah tak senang nak buat kerja sebab sikit-sikit tangan dok lap hidung.


Ni mana botol susu aku pun tak sampai-sampai lagi ni. Tak menyabor dah mak buyung ni nak belek-belek.


Broadband dah boleh guna. Aku dengan suara sengau ni tadi pi call careline pakcik Celcom tu. Adakah kata payment aku dah received tapi kalau dah kena bar n buat payment selain dari opis Celcom seminggu baru diorang sambung line balik.



Ewah-ewah!! Banyak cantik servis korang ek. Siap pesan lagi kalau dah kena bar n dah bayar thru other than Celcom centre kena call bagitau. Baru lah boleh guna.


Macam aku tak ada kerja lain lah nak beramah mesra dengan korang punya customer service tu.


Isk... Ni apesal rasa macam ngantuk pulak ni.
*alasan malas nak buat keje... nguahahaha*




Tunggu delivery botol susu

Running nose... Bukan hidung aku berlari tapi macam selsema lak.


Dengan tekak sakit. Bersin sampai tersembur hingus-hingus *hish*. Ades...


Hari ni MAM feeding bottle yang aku beli online semalam akan sampai. Gigih semalam email tanya macam-macam kat company yang jual tu. Nasib baik company dekat Shah Alam jugak.


Ikut email tu diorang nak deliver hari ni. Ok, sama-sama kita tungguuuuuu!!!!


Aku beli yang promotion punya. 2 kecik, 2 besar anti colic feeding bottles. Adik aku nak bagi present kat kakak aku yang tengah preggy jugak. Advance kakak aku ni. Anak sulung berjalan pun tak reti lagi bulan 10 ni nak dapat no 2. Nasib baik dah dapat kerja kat kampung.


Macam aku ni entah bila nak dapat transfer. Hati pun still berbelah bagi nak bawak baby ke nak tinggal kat kampung. Kalau bawak, if aku ada kerja luar siapa nak jaga pulak. Isk....


Semalam makan ayam masak steam lagi. Hehe... Tapi aku tak makan banyak la. Selera agak kureng sebab deria bau ni macam terganggu kan. So deria rasa ni pun ikut lah terganggu. Rasa tawar je apa kes.


N Celcom broadband aku masih di bar lagi. Celcom adalah beruk! Haaaa... Kan aku dah marah... Kalau hari ni still sama pasti lah orang yang jawab fon aku dekat careline tu akan menerima kata-kata indah dari aku.


Aku nak kemas meja jap. Dah macam sarang tikus.



Monday, June 15, 2009

Ayam masak steam

2 hari tak bukak blog ni. Ingat nak online lah weekend hari tu tapi Celcom broadband aku kena bar pulak sebab aku lambat bayar bil. Hampeh!


Pagi semalam aku pi bayar kat BSN but still diorang ni bar lagi. Bukan main lagi kalau nak bar tu laju je. Bila dah bayar macam siput sedut lak servisnya. Nak suruh aku call lepas tu marah-marah baru lah, 'Ok Cik, sejam lagi Cik dah boleh online'. Banyak lah korang.


Aku memang nak bayar dari hari Jumaat lagi. Tapi kad BSN aku pulak gatal nak cip rosaklah, tak boleh baca lah dekat ATM machine tu. Nak aje aku bakar. Sampai tiga-tiga ATM machine tu pulak reject kad aku. Bongok!


So, hari Ahad aku pun dengan gigih guna pemadam pensil tu dok sental cip kad ATM aku. Siap baca Bismillah segala lah. Biar boleh guna. Hari Ahad mana lah ada pusat servis Celcom nak bukak. Aku pulak dah biasa bayar dari ATM machine tu jek. Ingat nak pi tukar kad BSN tu sekali tapi BSN dah tak bukak pulak hari Ahad. Sejak bila diorang tutup ni hah! Selalu ada aje.


Nasib baik selepas kegigihan aku menyental cip tu dah boleh guna balik. But still ada 1 machine tu reject gak kad aku.


Hari Sabtu aku tak pi mana. Dok menapir kat rumah sebab badan tak berapa sihat. Hari ni pun still tekak aku rasa berpasir je. Tido malam pun bernafas ikut mulut *ternganga* sebab hidung aku tersumbat.


Disebabkan hari Jumaat tekak aku gatal miang nak makan ayam masak steam so lepas balik dari opis terus ke Giant sec 13. Beli sikit barang baby lepas tu terus beli ayam n segala bahan nak masak. Nan cheese entah ke mana, ayam tandoori pun terbang ke langit.


So, pagi Sabtu lepas adik aku bersihkan ayam n sediakan bahan aku lah orangnya yang jadi tukang perap. Adik aku nak pi kenduri. Ayam tu pulak perap dalam 4 jam gitu. Beginilah rupanya....



Lepas adik aku balik dari kenduri je terus dia tolong steamkan ayam tu. Ahahahaha... Aku tunggu hasil je. Teruk betul mak buyung ni kan. Dia mengidam pastu dera orang lain pulak.


Petang Sabtu yang hujan lebat n sejuk tu kami makan ini.....

sayur tu layu sket pasal adik aku termasukkan awal. huhu...









Sedap weh!!!! Marbeles!


Petang ni mau masak ayam masak steam lagi sebab ada lagi half ayam yang belum masak. Bila dah suka tu itu je lah yang dok sental makan.


Lupa nak bagitau, resepi aku cilok dari blog ini.... *Pandai-pandai lah search ye* Banyak resepi dalam ni. Kalau rasa nak try sila lah. Tapi aku ada la alter-alter resepi tu. Aku tambah stok ayam dengan kicap sotong sket.


Sedap... Yummy... Yummy.... *meleleh ayaq liuq*



Hari Ahad aku ke Tesco. Beli barang-barang baby. Nanti aku update apa barang dah beli ek. Aku cari botol susu BPA-free tu kat sec 9. Hampeh tak ada pulok! Dah kena beli online.


Baby pun dah makin aktif sekarang. Sebab baby dah makin besar so dah start lah aku rasa sakit bila dia bersommersault dalam tu. Kena siku dek baby pun rasa senak. Adududu... N buat aku nak terkencing sokmo.



K. Nanti aku update lain. Banyak keja nak buat nih.




Salam Takziah buat Mama Elly

First n foremost aku nak ucapkan salam takziah buat kawan sekolah rendah aku Zaleha@Elly n husband atas kehilangan baby twin yang dikandungnya.


To Elly, be strong. Allah S.W.T lebih sayangkan Muhammad Azam Zuhaily dan Muhammad Azam Zuhairy. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin...


Anak-anak Elly akan menunggu Elly di syurga nanti. Hope Elly tabah menghadapi dugaan ni ye.


Aku faham perasaan Elly sebab aku pun tengah preggy n tak sabar nak jumpa baby.


Siapa-siapa nak ucapkan takziah sila lah berkunjung ke blog Elly or husbandnya.



Al-Fatihah untuk arwah Muhammad Azam Zuhaily dan Muhammad Azam Zuhairy.




Friday, June 12, 2009

Teringin nan cheese ayam tandoori dan air kelapa muda

Lapar... Tapi tak larat pulak nak keluar dari opis.


Kedai makan pun jauh.



Isk.. Isk...



Sudahnya aku makan ini....




Kalau Abang Misai tau ni jenuh lah dia membebel marah. Risau anak dia tak cukup zat dalam perut.


Kira ok lah aku makan jugak. Kalau tak makan lagi haru.


Tiba-tiba pulak aku teringin nak makan roti nan cheese. :p~~


Semuanya sebab aku terbaca entry siapa ntah time blog hopping tadi.


Haruslah petang ni lepas balik kerja pi mencari roti nan cheese. Makan pulak dengan ayam tandoori. Perghhhh!!!!


Cepat lah pukul 5. Saya mau makan nan cheese.....


Lagi satu aku teringin benau nak minum air kelapa muda. Sangat-sangat lah teringinnya. Tanya kat mama dia bagi green light. Ok je. Tapi bila tanya Abang Misai n dia pi tanya kat kakak n mak dia diorang tak bagi. Sikit aje boleh. Banyak tak boleh.


Sikit mana cukup. Tak puas lah. Huhuhuhu....



Berapa bulan preggy baru boleh minum air kelapa ek? Sangat teringin ni....




3D scan next 2 weeks

Semalam dan hari ini adalah hari yang amat aman dan tenteram pada aku kat opis.


Sebab encik bos yang suka ulang alik masuk bilik aku tak ada. Dia coootiiiii!!!!! Yeehahahaaa!!!!


Maybe penat sangat kot pangku tugas bos besar kat opis yang pi kursus dekat sebulan maka dia pun nak berehat lah jugak. Asek ke hulu ke hilir susah hati sangat takut aku tak siapkan kerja sampai letih. Kuikuikui... Saya pekerja cemerlang lah bos. Jangan lah risau. *up diri sendiri melampau-lampau*




Semalam aku dah buat appointment untuk 3D scan. Yeaaayyyyy!!!!


So, baby dah tak boleh nak menyorok lagi. Kalau tak nampak jugak confirm dia nak buat surprise. Oh, 3D scan tu aku akan buat kat Vision College kat Kelana Jaya. Mana-mana expecting mother yang rasa nak tengok baby dalam womb lebih clear buleh lah ke sini. Tapi time weekdays saje.


Prices for the 3D scan adalah RM60 saje n diorang akan bagi CD sekali *boleh buat kenangan*. N masa call buat appointment tu dia bagitau dia scan untuk tengok muka n sex. Tak adalah sampai nak menilik 1 badan baby kan. *aku dah macam duta Vision College pulak*


Appointment date aku adalah 23 Jun 2009, hari Selasa. Pi dengan housemate kot. Sebab aku adalah amat bangang jalan di luar Shah Alam. Thanks to Miss Amie yang terangkan bout direction nak pi sana. Hope aku tak mengalami kesesatan dan menemui cahaya yang benar itu. Huhuhuhu....


Pi dengan housemate saje ye. Abang Misaiku di kampung. Gigih bekerja mencari sesuap rejeki untuk anak isterinya ni. *sob...sob... dah mula nak sedey lah ni* Tak apa lah. Ada CD kan. Boleh lah aku buat-buat excited lagi sekali bila tengok dengan dia pulak. T_T



22hb aku ada appointment dengan klinik gomen. So, Isnin n Selasa aku half day lah. Lepas tu 24hb ada meeting pulak. Memang masak lah aku nak kena buat slide minggu depan sebelum aku berjimba half day 2 hari.


Lapar lah. Tak sempat nak breakfast kat rumah tadi. Nak pi buat milo panas lah. Lepas tu cicah dengan biskut. Ada siapa-siapa mau join?




Thursday, June 11, 2009

Perangai orang depan rumah ni memang sakai

Pagi-pagi aku dah sakit perut. Huuuu... Tapi yang sakit hatinya sakit perut rasa macam nak menunaikan hajat tapi apa pun tak nak keluar.


2-3 kali ulang alik pi toilet barulah ok. Selamat menunaikan hajat yang tertunggak.


Haaa... Aku dah sound budak depan rumah hari jumaat lepas malam lepas balik kerja. Berjaya akhirnya. Muahahaha! Tapi nak kata budak pun tengok muka masing-masing macam dah tua bangka.


Tapi aku sound dengan penuh hemah ye. Tak adalah aku menjerit tarik rambut segala tu.


Mula-mula tu housemate aku yang beria kata nak menunggu orang depan tu keluar rumah. Konon-konon dengar je bunyi kunci grill tu kena bukak menggelupur lah kita orang nak pi bukak pintu jugak.


Sebab orang bujang depan rumah ni spesies kalau time dia tengah bukak pintu n time tu jugak kita orang pun keluar mencicit tak cukup tanah lari masuk dalam rumah biar pintu rumah ternganga. Ntah apa-apa pe'el aku pun tak tau.


Macam lah kita orang ni nak rogol dia. Chet! Kalau hensem macam Arjun Rampal ke, Brad Pitt *dah tua pun still ensem* berselera jugak lah aku. Ini perut masing-masing macam gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati. Huuuu... Tak hengen kami-kami ni berselera untuk merogol anda-anda sekelian.


Kebetulan pulak nak dijadikan ceritera sorang mamat ni tertinggal barang ke hapa ntah dok menjerit-jerit luar pintu mintak tolong member dia bawak keluar malam tu. Memang mintak kena sound lah tu gamaknya.


Aku pun memang laju je pi bukak pintu. Pintu rumah pulak jenis boleh teropong orang luar tu kan yang ada lubang mengintai tu so memang nampak clear lah mamat tu dok tercongok depan pintu.


Bukak-bukak je pintu tetiba mamat tu lesap. Pintu rumah dia orang macam biasa lah, ternganga. Dengan sampah tepi pintu tu elok je lagi duduk kat tepi tu. Mamat ni pakai ilmu ghaib ke hapa kejap benor hilangnya.


Berkat kesabaran aku tunggu sebab aku tau dia memang nak pi keluar terjengul jugak lah mamat tu kat pintu tu. Nak pi dating kat mapelei kot.


Yang housemate aku yang beria sangat nak sound ni pulak tetiba macam kecut segala-gala, macam ala-ala 'alah, nantilah kita sound'.


Oh, no... no...no.... Tak ada nanti-nanti bagiku. Chewah!!! Tak tahan aku tengok ulat tu bercanda ria depan rumah ni.

So, ini lakonan semula k,



Aku : Dik, mintak tolong sikit boleh tak?

Mamat : Tolong? Eh, boleh. Boleh. *sambil tersengih-sengih perasan aku nak ngorat dia kot*

Aku : Tolong buang sampah tu boleh tak? Ulat dia dah masuk dalam rumah kitorang lah. Tolong ek.

Mamat : Ooo... Ye ke? *sambil tersipu-sipu* Sori lah ye.

Aku : Timer kasih....


Lepas tu terus aku tutup pintu mengintai dari lubang kecik tu. Haaa... Engkau.... Geli geleman nak mengangkat sampah tu bawak turun. Pegang kat hujung-hujung plastik je. Tau pulak geli. Dok menternak ulat depan rumah tak geli pulak.


Amacam, berhemah tak aku tegur? Sangat berhemah kan. Baik kan aku. Sopan kan aku. Anak sape lah ni? Huahuahauahua!


Tapi malam semalam mamat-mamat depan ni buat perangai macam sakai. Konon-konon nak perli lah, jerit-jerit depan pintu rumah masa member diorang ni nak keluar.



'Buang sampah woi! Buang sampah!'


Amboi... Amboi... Ada telur pulak korang ni ye. Selalu kecut. Aku tak bukak pintu boleh lah kau nak jerit-jerit depan pintu tu macam beruk. Sendiri punya salah pun nak perli-perli orang ke? Buruk betul perangai.


Tak lama tu dengar lagi. Macam orang gila. Memang beruk mat yeh betul. Terus housemate aku pulak jerit,


'Penternak ulat sampah woi!!!!!'



Haaaaa... kau.... Diam terus tak bersuara.



Ada jugak orang perangai macam ni. Dah tau hidup tu berjiran pandai-pandai lah. Aku tak heran kau nak buat apa pun. But pliz lah.... Kalau dah sampai ulat sampah korang masuk rumah orang lain apa kes.


Tak reti nak respek orang lain langsung. Salah sendiri lepas tu lagi mau perli-perli bila orang dah tegur. Kira ok lah aku tegur baik-baik. Macam lah kau duduk sorang aje dalam dunia ni. Dah lah tu, awak tu bukannya kecik lagi. Sekor-sekor dah boleh jadi bapak orang dah. Lagi nak buruk perangai.


Tu nasib baik aku tegur elok-elok. Aku naik darah karang aku report je terus kat polis. Kira mengganggu ketenteraman awam jugak tu kan.





Wednesday, June 10, 2009

Nikmat kalau dapat tido barang sepicing dua

Berpinau-pinau bijik mata ni.


Kalau boleh terkeluar dari soket ni dah lama tergolek kat lantai kot.


Perlu merehatkan mata seketika. Tapi apa yang aku nak pandang. Nak cuci mata pun tak ada makhluk hensem nak lalu. Ada ke orang hensem dalam opis ni??


Mengantuk pun ada...


Huarghhhh!!!!


Tido jap lah.


Jangan bos datang cari sudah ler. Tak larat nak layan time-time break ni.


Idea pun tengah tak ada. Nanti aku taip lain. Daaaaa.....


Tuesday, June 9, 2009

Balik lah!

Aku nak balik dari opis pukul 8 jap lagi.


Tak larat dah weh. Tadi dah call HQ mintak hantar lambat sikit.


Member kat negeri lain pun tak hantar lagi. Kira aku mulia jugak lah sebab call bagitau HQ.


Nak cakap dengan orang yang suruh hantar report tu tak ada lah pulak. MC dah 2 hari.


Lepas ni aku pulak nak MC.


Jangan mintak benda merepek-repek dekat aku lagi.


Aku nak balik.


Tak tahan opis dah bau rokok. Budak-budak laki ni pun hamlau betul merokok dalam opis.


Nak aje aku sumbat lubang hidung tu dengan abu rokok.


Busuk tau tak!



Sleepy weepy day

Mengantuk yang amat....


Hasil daripada bertapa kat opis sampai pukul 10 malam dengan makhluk terlebih bijak laksana yang pegang kunci tapi balik dulu sampai aku, adik aku n sorang staf aku tak tau nak kunci pintu macam mana.


Bila call haram tak berjawab. Sengaja tak jawab ke apa tak tau pulak.


Sudahnya dengan ke'geniusan' kami bertiga ni dapat jugak lah keluar dari opis dengan cara kunci pintu dari dalam n keluar ikut emergency exit. Nasib baik ada emergency exit. Kalau tak mau ada yang terjun ikut tingkap.


N yang sakit hatinya, dah tau dapat call dari opis punya banyak boleh pulak tak return call. Tak ke nama nak menimbulkan carutan yang kurang enak tu? Sampai aku balik rumah pun tak ada return call. Siap tinggal sms pun buat derk aje.


Menimbulkan kemarahan di situ oke.


Hari ni nak sambung kerja semalam coz report nak kena submit hari ni. Dengan big boss dari HQ nak datang chair meeting apa jadah ntah. Malas aku nak turun. Report yang nak submit hari ni tu dia jugak yang nak.


Macam tak ada kerja lain aku nak jadi door girl menyambut-nyambut orang ni.


Eh, siapa-siapa duduk Shah Alam?


Pagi tadi tu jerebu ke kabus ek?


Aku dah lah bangun-bangun dah terbau asap. Ingatkan rumah terbakar. Aku rasa macam jerebu je.


Tido malam pun panas je. Aircond tahap suhu 16 darjah Celcius pun aku tak rasa apa. Ke kulit aku yang tebal macam tenggiling?




Monday, June 8, 2009

Check up time!

Sengalnya belakang badan nih.....


Aku kat opis lagi dengan jayanya. Pekerja cemerlang lah katakan. Huhuhuhu...


Tadi pi check up kat klinik. Hmmm... So, result from the check up macam ni lah,

Berat : 66.5kg (naik 2kg. Normal la tu)

Hb : 12.3 (amat bagus kata nurse. Ngehehe...)

BP : 122/77 (aku pun tak reti baca. nurse pun tak kata apa-apa. ok la kot)


So, kesimpulannya aku ok, Alhamdulillah, sihat walafiat. Baby pun tak ada masalah. Rasa lemah gemalai tu sebab aku yang mengada-ngada kot. Muahahaha! Stress ok kerja macam kerbau ni.


Nurse tu ajar kira berapa kali baby gerak. Cukup 10 kali kena catat dalam buku sampai pukul berapa yang cukup 10 tu. Nurse tadi baik n amat ramah. Bagus.... Tak adalah aku rasa nak sekeh aje kepala macam selalu tu.


Masa check heart beat baby lak nurse tu sempat tanya apa aku sapu kat perut. Sebab dia kata perut aku cantik. *kembang lubang hidung tahap serombong kapal jap* Aku jawab sapu olive oil jek. Dia kata bagus lah sebab tak pecah.


Tapi tak mau lah bangga diri sangat. Baru 7 bulan. Tiba-tiba nanti keluar stretch mark tu tak mengilai aku. Selulit kat peha pun dah macam belang rimau jangan nak perasan lah stretch mark tu tak keluar. Huhuhuhu.... *hope tu tak adalah*


Nurse pun dah suruh buat preparation barang-barang baby. Suruh letak barang yang nak bawak pi hospital siap-siap dalam kereta. Aku baru beli sikit je barang pun. Hari tu Abang Misai datang tak beli apa pun.


Masa balik kampung tu je ada lah beli baju 3 pasang kot.


Tapi minggu lepas adalah aku beli barang macam wet tissue tu, minyak baby n segala benda untuk travel.


Nak kena check balik lah segala checklist. Dah lah aku jauh dari family. Dibuatnya tiba-tiba nak terberanak awal *doa-doa tak lah kan* semua barang dah siap dalam kereta kan.


Sempat lah jugak aku tanya nurse tu boleh ke cabut gigi time pregnant ni. Nurse tu kata depend lah. Kena check dulu. Aku ingat nak cabut lah geraham ni. Mengganggu aku nak makan dengan nikmat sebab sakit. Apa jadah kunyah guna gigi depan. Macam rabbit dah aku rasa. But sebab aku rushing nak balik opis tadi so aku rasa next week kot baru nak pi.


Lagi 2 weeks kena datang check lagi dekat gomen.


Ok lah. Aku nak siapkan kerja ni. Tak siap karang ada pulak aku berumahtangga dekat opis.


Lepas tu Abang Misai pun mesti mengamuk sebab aku balik lewat-lewat malam.


Macam lah kalau aku balik rumah boleh peluk-peluk dia. Huhuhu....





Lomah badan

Badan sangat lemah hari ni. Tak taulah kenapa....


Rasa macam melayang-layang jek.


Dah lah jap lagi ada meeting. Bos tanya apa soalan pun karang confirm aku macam blur nak jawab.


Dari semalam lagi badan ni lemah.


Semalam pi check up kat swasta. Hari ni pi check up kat gomen. Kalau dah badan lemah gemalai ni rasa macam kurang darah kot.


Semalam pun doktor kata BP aku rendah. Dah tahap-tahap border aje gitu.


Scan tengok baby. Baby ok. Plasenta kat atas n kepala dia kat bawah.


But baby still menyorok tak nak tunjuk toot dia. Jenuh lah doktor tilik. Alahai, anak ummi ni. Kenapa lah pemalu sangat. Dah kena beli baju kaler selamat untuk girl dengan boy.


Ingat nak pi scan 3D tapi ntah bila boleh pi. Dah lah kena drive sendiri. Dalam keadaan tak larat pulak ni. Huuuwaaaaa!!!!


Ok lah. Aku nak prepare untuk meeting. Nak goreng apa yang patut kalau bos tanya karang. Sebab mood adalah tiada langsung untuk bekerja.


Tapi kena kerja jugak sebab nak kena submit report sengal by tomorrow.



Friday, June 5, 2009

Budak rumah depan yang sangat pengor!

Eish... Aku marah lah!


Budak-budak bujang depan rumah aku ni nak kena sound agaknya. Geram betul aku dengan perangai hudus diorang ni.


Nak tau kenapa aku marah?


Pasal diorang ni pengotor tahap cipan oke.


Sampah diorang memang lah diorang buang dalam plastik. Ok lah, baguslah tu kan. Tapi problem yang menyakitkan jiwa raga kita orang 1 rumah ni sebab diorang ni tak reti nak bawak turun sampah tu buang dalam bin besar kat bawah tu. Main lambak aje depan rumah.


Kita orang kan sewa rumah flat. Tingkat 4 pulak tu. Jenis yang kalau nak buang sampah kena turun sendiri ke bawah. Tak ada yang jenis-jenis ada terowong buang sampah kat setiap tingkat tu.


Stok-stok kena exercise memejalkan otot punya ni. Kena turun. kalau rumah paling atas tu nasib lah. Rumah aku pun dah 2nd last atas pun. Paling atas tingkat 5.


Pulak tu kalau dia biarkan sampah depan rumah diorang tu 1 hari ok lagi. Tapi ni dah dekat seminggu kat situ. Dah lah rumah kat sini jenis pintu mengadap pintu tu.


Kalau dah nama seminggu kat situ confirm lah menarik perhatian cik lalat. Lipas pun seronok jugak. So, bila dah ada lalat hurung memang tak lama lah lepas tu ada ulat sampah kecik-kecik kaler putih tu dok menari menguit-nguit keluar dari plastik tu. *GELI NAK MATI*


Tadi tengahari aku balik rumah sebab ada orang nak betulkan aircond. And sampah tu still kat situ. N ulatnya dah makin gemuk. Huuuuuwwaaaaa!!!!! Gelinya aku!!!!!


Aku ingatkan diorang dah buang lah sampah tu since dah berulat. Mata buta ke hapa tak notice sampah tu dah berulat-ulat. Kalau ulat tu dok merayap kat rumah kau je tak apalah. Ni dok berpesta bawah rak kasut aku pulak.


Orang nak betulkan aircond tu pun dah geli geleman aje tengok. Aku nak tolong angkatkan sampah tu? Pliz lah... Geli..... Ulat sampah oke bukan ulat buah. Banyak pulak tu.


Yang aku pelik bin ajaibnya diorang ni jenis buang sampah sendiri-sendiri kot. Sebab hari tu ada lah 1 kotak penuh dengan barang nak buang n 1 plastik kecik. Tapi benda alah yang 2 tu dah tak ada. Dah kena buang. But sampah yang 1 ni dibiarnya pulak jadi sarang ulat. Padahal sampah yang tu paling awal sekali ada depan rumah diorang nih.


Balik ni kalau still ada lagi memang aku nak sound lah. Aku sanggup tunggu depan rumah. Sebab dah tak tahan aku. Banyak kali dah buat perangai macam manusia zaman batu tu. Ingat alam flora nak tolong naik rumah angkat sampah kau ke???? Ke nak tunggu ada bidadari turun dari langit tolong kemas sampah busuk tu.

Bidadari pun boleh muntah hijau terkeluar isi perut lah tengok sampah-sampah tu.


Tadi pun sebelum balik opis aku dah sapu depan rumah aku n semua habuk-habuk aku tabur depan rumah budak-budak ni dengan ulat-ulat tu aku sedekah balik depan rumah diorang. Tak ada masa aku nak bela ulat. Jijiks!


Kalau tak faham bahasa jugak lepas ni aku nak tampal notis macam ni....



Memang tahap bodo piang lah kalau still buat perangai hudus dan budus tu.



Pengor betul!