SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, April 10, 2009

Kegatalan melanda!

Haaaa... Jangan fikir bukan-bukan pulak ok. Bukan gatal yang menggedik nak mengorat orang ke apa. Tapi perut ni haa...

Huuuu... Sangat gatal kerana perut yang semakin membesar. Aku rasa macam nak garu-garu sesedap rasa. Ni dah merah-merah dah ni. Ini lah akibat perut yang cuba men'stretch'kan dirinya.

Ni pun tengah gatal tangan nak garu-garu ni. Hudus lah perut aku nanti. Dia dah jadi macam orang kena ruam.

Macam mana nak hilangkan aaa??? Ke memang tak nak hilang sampai perut dah besar to the max?

Setakat ni aku just sapu minyak zaitun. Petua kakak ipar aku tak bagi ada stretch mark. Betul ke tak aku pun tak tau lah. Aku tonyoh aje. Pagi tadi sebelum pi kerja aku sapu lotion safi balqis. Boley ke sapu lotion?? Kasi sejuk sikit n hilang gatal-gatal. Tak adalah tangan aku gatal sangat nak menggaru. Nanti luka dah tak comel tau.

Malam time nak tido tu rasa macam tak nak pakai baju aje. Sebab baju tu menyebabkan gatal-gatal makin bermaharajalela. Tapi karang terkejut pulak orang masuk bilik tengok aku buat aksi tak berbaju ni.

Selalu kat rumah aku selak baju bagi perut rasa angin pun housemate aku dah takut nak tengok. Hahahaha! Dia kata ngeri. Dengan perut yang bergolak-golak sebab baby tendang sana sini.

Tapi perut yang macam ni pun orang kata kecik jugak lagi. Alah, baru 5 bulan. Siap ada cleaner indon kat tempat aku ni cakap,

"Kecil ya perutnya udah 5 bulan pun. Aku dulu 5 bulan perutnya udah besarrrrrr!" Baca dengan intonasi bibik oke.

Hahaha! Tak kisah lah besar ke kecik ke asalkan baby sihat walafiat. Esok nak pi klinik buat check up. Scan lah kot. Hope buleh lah nampak cheeseburger ke hotdog. Muahahaha! Sebab aku nak shopping barang baby pulak.

Hari Isnin lepas baru aje survey botol susu. Siap search internet lagi. Nak cari yang non BPA punya botol. Brand MAM. Sudah ku jumpai di seksyen 9. Hujung bulan ni haruslah sambar botol tu. Ingat nak terus beli aje hari tu tapi tu lah, sebab tak tau lagi baby girl ke boy jadi aku tangguhkan dulu. Sebab ada dua kaler aje. Biru dengan pinky. Ada yang jual sekali 2 botol tu pun dua-dua kaler yang sama. Macam mana lah? Kalau kaler lain-lain memang aku dah beli aje.

Mahal pun tak apa aku nak beli jugak sebab tak membahayakan baby. Keselamatan penting ye anak-anak. Lagi satu botol ni anti-colic. Itu yang aku teruja tu. Rasa macam nak nyanyi lagu Ella.



Ini lah botol susu MAM tu. Pic ni curik dari web MAM Malaysia. Hehe...


Lagi satu aku nak beli fish oil. Yang kapsul lah kan. Sebab orang kata elok untuk perkembangan otak baby n mencantikkan kulit baby. Kawan kat ofis ni suggest Neurogain PB. Nanti lah. Weekend ni survey dekat farmasi. Biodex pun aku ada makan jugak. Tak sedap pun telan aje. Huhuhu....

Aku banyak sebenarnya nak story mory ni. Tapi tunggu dulu lah. Banyak kije lor sikalang. Isk... Isk... T_T

Tata!

2 comments:

Ina said...

hi im ur silent reader. our due date beza 3 hari je kot n i think kiter sebaya :) during my 1st pregnancy ada juga gatal2 kt perut smpi terjaga mlm cz gatal ya amat. b4 tat i guna lotion n minyak zaitun. rupa2nya i allergic dgn olive oil tu n lotion tu pn xsesuai. i suggest u guna stretch mark cream or oil khas utk pregnant lady. i suggest u jgn garu gatal2 tu cz nnt akan berparut takkan hilang. i skrg ada parut2 tp nasib baik sket2 je n fortunately gatal2 tu xpenah kena lg dah. hope this kelps. take care :)

amiys said...

ina - oo.. ye ke... ntah2 i pun allergic olive oil tu kot... sebab dia jadi gatal2 tu pas 2 hr i sapu olive oil tu... dis week dh stop pakai tp gatalnye Ya Rabbi! dia jadi bintik2 merah... tgn ni kdg2 gatal gak nak garu... kene bli cocoa butter gak la tu gamaknye... thanks 4 da info ye... same2 la kite timang baby nnti. ^_^