SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, April 28, 2009

Aku sudah hangen 1 badan semalam

Pagi-pagi dah panas. Kedekut aircond betul lah ofis aku ni. Kot ye pun nak jimat karan jangan lah tengahari baru nak on aircond. Berkepam lah ketiak aku nanti. Nasib baik tak lupa tonyoh deodorant. Tak memasal ada aroma dalam bilik ni karang.

Semalam aku sudah hangen 1 badan. Adik aku lah ni. Dia tak siap assignment. Dalam pukul 6 siap, itu dia janji kat aku. Ok lah, sebagai kakak mithali aku pun tunggu lah dia sampai pukul 6. Mithali sangat lah kau. Huhuh! Tapi adakah sudah lajak sampai pukul 7. Aku dah penat banget menunggu. Isk..

Ok, pukul 7 kita orang keluar opis. Adik aku ni memang. Dia pulak yang emo lebih-lebih kan sebab mulut aku dah menceceh dia suka tangguh-tangguh kerja. Tu lah, aku suruh buat assignment kau tido. Aku sekeh kang, haaaa!!!

Pukul 7 tu dia cakap hantar aje dia pi Giant. Kunun-kunun dia nak tunggu bas kat sana lah nak pi fakulti. Dia ingat bas Rempit KL tu ikut benau lah jadual. Harus tunggu sampai pukul 8 pun belum tentu ada. Pukul berapa pulak kau nak balik. Ingat aku tak risau ke balik lewat malam sorang-sorang. Dah lah zaman sekarang ni macam-macam benda jadi. Kejam-kejam aku ni tak sampai hati jugak aku. Aku kan baik. Sila tampar muka aku kerana memuji diri sendiri.

Aku pun hantar lah dia. Aku ingat sekejap aje. Meleret sampai pukul 8 lebih pulak. Apakah yang kau lakukan adikku...... Rupanya dia baru nak print assignment dekat CC. Sempat lagi dah emo-emo tu dia pau aku RM5 sebab duit dia dah yillek! Hampes! Lepas tu nak lari-lari pulak pi bilik lecturer.

Sampai rumah dah pukul 9 suku. Balik tu memang aku penat nak mati lah. Hangen 1 badan lagi. Adik aku yang bertuah ni pulak buleh ketawa-ketawa story kat housemate aku apehal kita orang ni balik lewat. Nak aje aku silambam kan kau. Huuuuu....

Aku masuk bilik capai towel terus pi mandi. Ah, aku dah penat. Aku nampak bantal dengan katil aje dah. Mata tu kalau boleh sendal dengan batang mancis memang aku dah buat. Tak boleh nak bukak mata dah ni. Sempat lah aku makan roti dengan tuna 3 keping, makan ubat lepas tu tebabow! Melanding atas katil. Tido tanpa menghiraukan sekeliling. Pukul berapa aku tido pun aku tak perasan dah.

Sumpah! Lepas ni kalau adik aku buat macam tu lagi memang aku wushu kan sekali.


No comments: