Tekak aku masih lagi gatal merenyam macam apa. Tengah menaip pun boleh batuk-batuk. Aku tak makan dah ubat batuk tu pasal macam seriau kalau effect kat baby dalam perut ni.
Lagi tak best start dari hari aku batuk tu aku tak boleh tidur malam. Gila lah! Asal dah terlelap mula lah batuk macam apa. Sampai perit tekak ni haaa....
Semalam pun sama. Ingatkan dah kurang sikit. Tapi macam lagi teruk pulak. Aku tak boleh tidur langsung. Pagi-pagi kepala jadi sakit sebab tidur tak cukup. Adesss... Benci lor bila jadi macam ni.
Rasa macam nak aje aku cabut tekak aku ni kejap letak kat tepi. Boleh macam tu?
Kot tak pun nak garu-garu tekak guna garpu.Memang melampau punya angan-angan.
Aku dah makan strepsil nak kasi kurang sikit kegatalan tekak ni tapi amat lah hampeh. Iklan yang dalam tv tu semua dusta semata-mata oke. Tak adanya kau boleh jerit kat harimau sampai gugur belang-belang dia tu. Kena baham lagi ada gamaknya.
Setakat ni aku tibai hacks hitam. *aku tak pernah suka makan hacks hitam semenjak azali* Terpaksa aku hisap untuk mengurangkan kesakitan tekak.
Nak pi jumpa doktor pun malas pulak. Asyik muka aku aje yang menghadap. Ongkos nak jumpa doktor tu pun haruslah diambil kira kan. Memanglah doktor tu tak kisah nak jumpa aku sebab dia dapat duit banyak tapi aku kisah. Huhuhu....
Tapi kalau makin teruk ni nak tak nak kena pi klinik jugak.
Doa-doa malam ni dah boleh tidur dengan aman lah. Jangan lah batuk-batuk lagi. Tak larat lah.....
Kesian baby bergoncang-goncang dalam perut umi bila umi batuk-batuk. Sori ye baby. Umi tak sengaja. Huuuuu.....
SaYa SayaNg AnDa :)
Wednesday, April 1, 2009
Tolong garu tekak aku, boleh?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment