Hari ni internet kat opis ni down gila-gila. Sebenarnya dari semalam lagi pun tak boleh guna. Apa pun tak buleh bukak. Aku online ni pun guna broadband. Adik aku bawak rupanya.
Semalam dari pagi sampai ke lunch hour tak duduk kat bilik. Pagi mula-mula ada meeting. Lepas tu pulak ada bacaan yasin dan doa selamat. Sejuk anak aku dalam perut dengar orang baca yasin beramai-ramai.
Jadinya lepas lunch lah baru aku ada dekat bilik. Bertungkus lumus semak claim anak buah n cancel mana yang patut. Aku memang kejam. Lalalala...
Kerja aku semalam memang makan dari pagi sampai petang. Pagi breakfast sandwich dua potong dengan kuih pulut panggang. Air teh yang sedap. Itu pasal ada meeting. Kalau tak selalu aku breakfast nestum dengan kuih beli kat luar aje.
Lunch pulak dah kata ada bacaan yasin dengan doa selamat kan. Pasti lah ada makan-makan gitu. Nasi campur. Ada sampingan pecal pulak. Tapi aku tak makan pecal. Tak berapa feveret. Petang aku melantak nasi impit dengan rendang kerang. Feveret i. Nasi impit dengan rendang kerang tu kawan aku bawak balik dari kampung dia. Kakak aku lah, gatal-gatal request. Dia kan preggy jugok. So, kunun-kunun mengidam lah. Nak manja-manja dengan kawan aku. Tapi mak kawan aku lah yang tolong masak. Thanks ye makcik. Sedap hingga menjilat siku.
Aku dah makin mengembang ni. Tolong!!! Baju kurung banyak dah tak muat. Kain dah ketat. Perut aku membesar dengan cepatnya sekarang. Wuuuuuu....
Semalam aku adalah kekenyangan. Tapi hari ni tak ada meeting apa-apa. Tapi pagi-pagi buta lagi aku dengan rajinnya bangun masak nasi goreng. Sila kagum. Hahahahaha! Sebab adik aku yang dekat kolej tu datang tido kat rumah. Kalau aku tak masak memang harapan lah dia nak masak kan. Ada yang keja dia makan meggi aje. Tak baik untuk kesihatan tau. Jadi aku lah bibik pagi-pagi buta hari ni.
Ok lah. Aku nak tengok apa kerja aku nak buat pagi ni. Banyak kerja betul semenjak dua menjak perut makin besor. Hish... tau lah nanti nak cuti lama kan. Jangan lah dera aku. Huhuhuhu...
No comments:
Post a Comment