SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, April 29, 2009

Hari ni balik kampung. Yippie!!

Lapar...

Pagi tadi breakfast sebelum pi kerja makan sandwich 3 keping. Lepas tu sampai sekarang tak makan lagi. Menggigil pulak kebuluran.

Hari ni balik kampung. Makanya mood adalah baik.

Semalam aje macam hampeh sikit. Adik aku membuat lawak kambing gurun lagi sekali. Rupanya ada lagi 1 assignment dia yang tak siap. Semalam melarat aku tertonggok kat opis sampai pukul 8 tunggu dia siapkan assignment.

Balik rumah terus pengsan tak sedar diri dah atas katil. Lepas mandi jangan harap lah aku nak tengok tv ke hapa. Tido adalah benda yang paling bermakna semalam.

Ikut kan hati memang aku tinggal aje dia kat opis sorang-sorang. Balik lah kau sendiri. Konon-konon nak wushu pun ada tapi macam yang aku cakap aku kan baik. So, aku tak buat apa-apa tindakan melainkan aku tenung dinding sampai tembus ke bilik sebelah. *tipu*

Bosan nak mati aku tunggu. Sampai abes kerja aku siap boleh tido-tido dalam bilik opis tu. Pun dia tak siap jugak kerja. Degil budak ni. Suka buat kerja last minit. Bila kena marah kuat merajuk pulak.

Ok lah, aku nak korek-korek kotak biskut. Gila tak boleh tahan dah tahap kelaparan.



2 comments:

iNtAn aIzaN said...

warh..bestnye balik kampung

dpt jumpa che abe :)

p/s: dear, jgn lp ambik award kat blog Ezan k

AmiYs said...

Ezan - yeee... sgt seronok balik kpg jumpe che abe.. heheheh...

thanks 4 da award.. rasa mcm artis pulak...

ahahahaha... :):):)