Hari ni pagi-pagi aku dah melangut kat tempat servis perodua. Kereta aku tu baru aje servis bulan 2 hari tu. Belum pun sampai 15 ribu KM.
Tapi brake dah bunyi-bunyi macam ngilu-ngilu tu. Sakit telinga aku ni. Kalau pagi n time hujan lagi lah menjadi-jadi perangainya. Tapi bila aku nak hantar ke tempat servis tu tiba-tiba bunyi hilang. Ah, mangkuk lah kan. Mesti orang kat tempat servis tu kata aku tipu. Tapi dari time aku hantar bulan 2 tu memang dah bunyi-bunyi gitu.
Abang Misai pulak jenis rajin bebenor godek n belek kereta. Selain daripada belek bini dia. Miakakaka! Apehal melucah ni woi! So, time dia datang hari tu dia betulkan hon kereta aku yang dia gatal-gatal tukar. Ada ke hari tu aku nak hon kawan aku kuar bunyi macam "kepeh-kepeh". Bunyi kentut aku lagi kuat la dei! Nasib baik tak ada siapa dengar. Kot tak mesti aku dah pecut laju-laju. Huhuhu...
So, dia check lah segala minyak hitam semua. Aku mana reti. Guna kereta aje aku reti. Tukar tayar lagi lah aku tak tau. Tayar spare kat belakang guna angin pun aku tak pernah isi pasal tak pernah amik tau. Hahaha! Kalau tayar pancit dengan tayar spare aku pun tak berangin gamaknya.
Maka Abang Misai telah dapat mendetect bahawasanya minyak hitam telah meleleh kuar. Bocor ke hapa tak ketahuan pulak aku. Dia suruh lah aku hantar pi tempat servis n tanya. Alang-alang tanya pasal minyak hitam tu aku tanya sekali pasal brake kereta tu.
Ah, kesudahannya lusa, hari Isnin aku kena datang balik. Sebab hari ni ramai benau makhluk kat pusat servis tu. Dah lah bukak half day aje. So, dia orang just check minyak hitam. Aku tengok macam tak ada buat apa pun. Saje lah tu nak buat syarat tengok-tengok kereta aku. Nasib baik free of charge. Kalau menda alah tu setakat tengok-tengok pun kau nak charge ada aku simbah minyak hitam kat korang lak kang.
Kalau tengok tajuk macam tak ada kena mengena je dengan cerita kat atas. Hauhauhau! Atas tu mukadimah aje. Ahahaha!
Sebenarnya hari ni aku dengan adik aku dah plan nak pi warehouse sale. Metrojaya buat warehouse sale dekat stadium seksyen 13 Shah Alam. Jadi marilah kita beramai-ramai pi ke sesi mengabeskan duit gaji yang baru aje dapat kelmarin. Aku dah promo Metrojaya free pulak ni.
Kalau tak jadi pi hari ni aku pi esok kot. Esok last. Harapan untuk dapat sisa-sisa warehouse sale aje lah kalau pi esok. Dia orang start 22hb hari tu. Tapi aku kerja. Even dekat dengan opis aku malas nak menyinggah. Tak ada masa aku penat-penat balik kerja nak bershopping. Dah lah gaji pun belum masuk masa dia orang start tu. Better balik rumah n membongkang lagi best.
Aku pi pun just nak tengok barang-barang baby. Kalau ada yang berkenan di hati baru lah aku borong.
Aku nak tido jap ah. Petang karang baru pi. Tengahari tengah panas remang ni tak hingin lah aku. Dah lah hitam. Makin hitam pulak karang. Dah tak boleh nak berlagak dengan Abang Misai aku cerah sikit dari dia. Ahahaha!
SaYa SayaNg AnDa :)
Saturday, April 25, 2009
Jom abeskan duit lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment