SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, April 21, 2009

Penimbang berat yang menipu!


Lama aku tak update kan.

Pada siapa-siapa yang rajin click-click blog aku ni sori lah ye. Busy sangat pulak sekarang. Ecewah! Macam ramai beno peminat. Perasan mak nenek!

Hari Jumaat lepas Abang Misai datang menjenguk bini dia yang makin bulat ni. Huhuhu... Bulat ke? Ada orang kata aku makin kurus. Baru semalam Abang Misai balik Penang. Oh... Amat rindu... Sila jangan geli... Muahahaha....

Petang semalam pi check up dekat klinik gomen. Dah lah memang tunggu turn tu lama. Datang pukul 2 sah-sah lah balik pukul 5.

Hasil yang aku dapat pulak sangat menyakitkan jiwa. Hohoho..

Nak tau kenapa? Aku kena bebel dengan nurse pulak.

Ok lah, biasa kalau datang klinik gomen ni prosedur dia letak buku merah yang dah letak no giliran dalam bakul. Lepas tu tunggu lah dalam setengah jam untuk timbang berat.

Tapi aku amat geram dengan penimbang kat klinik tu. Busuk!!!!! Memang berbeza gila dengan result kat klinik swasta yang aku pi. Kat klinik swasta tu berat aku naik dengan cantiknya oke. Kat klinik gomen macam haram! Dia orang ni tak pernah buat calibration ke dengan alat penimbang dia orang tu haaa???!!!!

Masa aku check kat swasta berat aku masa 1st check up 60kg. Gumuknya saya... Then, 2nd check up adalah 57.5kg. Masa ni memang aku tak lalu makan n asek lah muntah-muntah. Minum air pun muntah. Nasib baik turun sikit aje. Sebulan lepas tu, 3rd check up 58.5kg n my last check up kat swasta adalah 60.5kg.

Kat gomen pulak lain result timbang dia. 1st 59.2kg. Itu selang one week lepas check kat swasta yang masa berat aku 57.5kg tu ye. 2nd lak 60.4kg. Pun selang one week dari check kat swasta. Yang bulan 4 ni sampai 63.4kg! Baru aje seminggu lepas check kat swasta berat 60.5kg. Apakah boleh naik dekat 3kg dalam masa seminggu?! Aku makan tak adalah banyak sangat pun.

Aku buat derk aje lah. Tapi masuk-masuk aje bilik nurse tu haaa kan dah kena bambu. Dengan Hb rendah. 10.3 saje. Itu memang aku tak kisah lah kan pasal aku mana reti check-check darah sendiri-sendiri ni. Memang tahan aje lah telinga kena bebel. Tapi bila masuk bab berat ni aku mula confused. Dia kata berat aku naik mendadak sangat. Patutnya naik sekilo aje. Takkan sebab aku makan lamb chop hari Sabtu tu menyumbang kepada 3kg?

Aku agak musykil ye sebabnya baru hari Ahad tu aku gigih mendaki Bukit Cahaya Sri Alam dengan Abang Misai. Alah, yang nama dia dulu Bukit Cerakah tu. Yang kat Seksyen 8 Shah Alam tu. Saje lah gatal-gatal konon nak berjalan. Abang Misai lak tiba-tiba gatal nak tengok kawasan hutan. Padahal dah gondol aje Bukit Cerakah tu. Panas nak mati siot jalan-jalan kat situ. Bukan dalam hutan selalu sejuk aje ke? Kata pun kawasan bukit kan?

Peluh-peluh jangan cerita lah. Bau badan aku wangi lagi bau orang baru bangun tido tak mandi kot. Tapi jalan tak jauh mana lah. Setakat 200 meter aje. Penat sebab daki bukit aje yang lebih pun. Lepas tu balik rumah terus membongkang sampai ke petang. Makan apa pun tak lalu. Malam tu baru lah pi makan.

Adakah sebab aku makan banyak pagi semalam so effect kat penimbang tu??? Semalam pagi aku makan roti telur sekeping masa hantar Abang Misai pi tunggu bas. Balik ofis ada taklimat n minum pagi adalah bihun. Aku makan lah sikit. Tengahari sebab taklimat tak habis lagi makanya lunch adalah yang disponsor oleh opis. Tapi aku makan setengah pinggan sajek nasi putih sebab perut tak selesa.

Dah lah lepas dia membebel tu dia check perut pulak. Nak dengar heart beat baby. Sekali device dia tu tak function. Jenuh lah perut aku kena tonyoh. Aku dah lah nak terkencing masa tu. Ada aku kencing atas katil tu karang. Mula-mula dia tonyoh-tonyoh tu aku relax lagi. Lepas tu ada ke patut dia tanya aku balik apesal tak dapat nak dengar heart beat anak aku. Ingat aku amik medic ke?

Nurse : Eh, kenapa tak dapat dengar bunyi jantung baby ni? Baby ada tendang-tendang tak?

Aku : Ada, laju aje dia tendang.

Lepas tu buat muka musykil depan aku.

Nurse : Hmmm... Benda ni tak ada bateri kot.

Adekah??!!!!

Nurse : Tunggu kejap. Saya pinjam bilik sebelah punya.

Lagi sekali lah perut aku kena tonyoh dengan gel yang sejuk tu. Huuuu... Penuh satu perut. But still tak dapat detect heart beat baby. Ah, sudah! Apehal pulak lah kan. Aku rasa aje anak aku sepak-sepak main bola ni. Dia panggil pulak sorang lagi nurse picit-picit perut aku. Kesian baby kena picit-picit. Dah dia kena picit pasti lah yang jadi mangsa tendangan dari dalam tu aku. Cis!!!

Still tak ada bunyi heart beat. Nurse tu dah buat muka pelik. Bongek lah!

Nurse 2 : Tak ada bateri jugak kot. Tadi sebelah pun pinjam kat sini.

Nurse 1 : Ooo... Ye ke?

Nurse 2 : Pi pinjam doktor punya lah.

Bontot koranglah wei!!

Dah pinjam doktor punya device tu baru lah dengar bunyi heart beat baby. Lega aku. Nak aje aku tampar muka sorang-sorang kan. Dah jenuh perut aku kena picit n tonyoh boleh pulak nurse tu tersengih-sengih.

Nurse : Kesian kat akak. Hehe...

Pala hotak kamu! Ingat tak sakit ke kena picit perut.

Nurse : Hmmm... Berat awak ni mendadak sangat naik ni. Darah pun rendah. Lagi 3 minggu datang balik. Kalau berat still naik awak kena minum air gula. Banyakkan makan bayam n hati n yang tinggi ion. Bla...bla...bla....

Air gula??!!! OH NOOOOOO!!!!!!

Tak maulah wei. Dah aku kena suspek kencing manis pulok. Apa kes? Ni yang aku tak suka ni. Hukhukhuk....

Disebabkan aku tak puas hati lepas aje balik dari klinik dengan tangan lenguh sebab kena inject terus aku ajak adik aku ke PKNS. Nak beli bayam untuk tambah darah. Lepas tu dengan rasa tak puas hati yang tinggi aku cari penimbang pulak. Satu penimbang tu telan duit aku doploh sen tapi tak keluar kad. Badigol sood betul! Satu lagi rosak pulak. Nasib baik ada lagi satu penimbang tu ok.

Fuuh kanan, fuuh kiri... Aku pun dengan mulut kumat kamit naik penimbang tu masukkan doploh sen n......



Berat aku 59.5 saje ok. Nampak benor lah penimbang mangkuk kat klinik tu dah buat aku kena bebel free. Cipan!!!!!

Tak puas hati betul ni. Hari ni aku nak pi timbang lagi. Aku tak mau minum air gula!!!!

Kat atas tu pic hati ayam yang aku masak pagi tadi bawak buat bekal pi ofis. Kunun-kunun nak tambah darah. Hakikatnya aku tak suka makan hati ayam. Huuuuuu......

3 comments:

iNtAn aIzaN said...

alah kesiannyer :(
hampeh punya nurse...

tak tahulah Ezan if benda nie happen to me

take care dear

iNtAn aIzaN said...

lupa plak don't 4get to sign guestbook kite masa singgah rumah kita yer :)

AmiYs said...

intan - tu la.. rasa nak sepak aje nurse tu... sakit tau kene picit2... huhu... nnti klu kite singgah kite sign ye... ^_^