SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, May 31, 2012

Nak Jual Barang Pun Agak-agak La....

Assalamualaikum


Mood sedikit kureng hari ni. Maybe sebab kaki sakit. Aku sekarang selalu sangat kena simpul biawak *ke simpul mengkarung?* time tido. Selalu kena time subuh la. Amat sakit ye. Siapa pernah kena tau la macam mana. Dah la laki aku kalau jadi camtu dia bangun, gosok-gosok mata, tanya 'kenapa?' lepas tu dia sambung tido. Bukan nak tolong urut kaki aku ke hapa. Masa pregnant dulu pun dia tolong tengok je. Ape la.


Semalam mak mertua aku cakap pasal water filter. Ada la kawan dia bawak 2 orang kawan-kawan datang bertandang. Konon nak tanya mak mertua aku punya 'ubat' dah abes ke. Ubat yang dimaksudkan adelah makanan berfungsi dari company MLM Z*****N ye. Diorang ni orang-orang Z*****N tu la.


Malam tu dia cerita la kat anak sulung dia iaitu kakak ipar aku n laki aku. Memang dia ada beli jugak air water filter tu berbotol-botol besar. Kononnye buleh menyembuhkan penyakit. Ini adelah selepas dibrainwash dek kawan-kawan dia tu la. Dia cerita la kawan-kawan yang datang tu suruh dia beli water filter tu. Kalau dia on je terus diorang akan datang pasang. Kalau ikutkan petang tu jugak diorang sibuk nak pasang.


Harga dia sampai almost 3k. Yang mak mertua aku tu excited la nak pasang. Beria la dia cerita kat anak dia kalau minum air dari water filter tu boleh hilang sakit bagai. Aku tolong dengar je la. Nak menyampuk karang kecik ati pulak orang tua tu sebab aku rasa kawan-kawan dia agak melampau.


Siap cakap kalau tak mampu nak bayar cash boleh sandar barang kemas. Lepas tu bayar bulan-bulan sampai settle then diorang akan pulang balik barang kemas tu. Kawan-kawan tu pulak boleh pesan jangan bagitau kat anak-anak. WTF la kan. Ada bau-bau ikan di situ. Nampak nau la ko nak mengencing mak mertua aku tu. Sebab diorang tau kalau bagitau kat anak-anak yang cerdik bijak pandai ni memang tak dibaginya la beli.


N memang betul pun. Membebel la kakak ipar aku semalam. Dia kata banyak lagi water filter yang lagi murah n lagi bagus. Siap tolong promote water filter tupperware lagi. Hahaha! Aku pun diam je tak nak la aku promote even aku ni ahli tupperware. Aku tengok mak mertua aku cuba la defend kawan-kawan dia tapi last-last diam sebab kakak ipar aku dah fire machine gun berdas-das.


Aku kesian gak tengok dia macam nak sangat water filter tu sebab percaya cakap kawan-kawan dia. Tapi selama dia minum air tu aku tengok sama jugak la kesihatan dia. Jalan pun tak berapa nak larat. Sekarang lagi la batuk tak berenti. Makan ubat yang dia beli tu pun dah berkotak-kotak.


Yang kawan dia pun 1 hal. Bawak kawan-kawan lain untuk brainwash mak mertua aku. Kawan dia tu senyap je pulak tengok member dia dok auta mak mertua aku suruh beli water filter tu. Kot ye pun nak untung jangan la tipu orang tua macam tu. Mentang-mentang la orang tua tu tak tau apa-apa. Percaya je bulat-bulat kata korang tu. Korang pun brainwash dia abes-abes ye.


Lepas ni kalau diorang datang lagi confirm kakak ipar aku tu bahasakan je. Selamat la korang. Selamat tinggal.



Wednesday, May 30, 2012

Aku Kebasahan

Assalamualaikum


Tergedik-gedik aku sejuk dalam opis ni. Dah duduk dalam opis beraircond dengan baju yang basah kuyup. Mana la tak sejuknya.


Alkisah baju aku basah kena hujan. Gara-gara nak makan sedap pi la makan luar bangunan opis ni. Kedai seberang jalan. Lepas makan je, dah bayar tetiba hujan lebat amat. Ada la brader kedai tu bagi pinjam payung. Tapi 1 payung berkongsi dengan staf aku dengan hujan yang lebat melampau. Seberang jalan nak melintas pun dah kuyup abes.


Baju spare ofkos la takde. Adekah perlu membeli belah baju semata-mata baju basah.


Ni kaki dah lenguh-lenguh sebab sejuk sangat ni. Belum tua lagi dah lenguh sana sini. Eh, muda lagi ke ai nih? Hahahaha! Bagi la can aku fefeeling muda rumaja.


Ok, sambung buat keja. Aku ni sekarang dah jadi feveret bos pulak. Apehal tah. Ke hulu ke hilir nak angkut aku. Apa-apa benda aku. Semua pun aku. 


*pengsan!*



Tuesday, May 29, 2012

Internet sangat jamban


Tengok tajuk maka ketahuilah bahawa aku tengah meroyan. Internet opis down. Internet hp pun sama je macam longkang.

Aku tengah banyak keja nak emel orang sana sini. Boleh pulak nak down kan.

Dah la tadi bos call tanya bila nak pi tengok hotel yang nak buat seminar tu. Aku call orang yang in charge kat hotel tu pulak takde. Return call pun tak. Confirm sat lagi main terjah je la.

Aku takde mood terus nak buat keja dah.

Posted via MyAndroid

Thursday, May 24, 2012

Super bz


Assalamualaikum

Aku bz yang amat sekarang. Tak cukup kaki tangan nak buat keja. Kalau kaki boleh tolong menaip n menulis memang aku dah guna kaki.

Ni pun aku update time dalam meeting. Bosan punya pasal. Mari godek hp. Lagi pun blog dah lama sendu je. Cerita macam haram sangat kan.

Dah la aku terkontang kanting lagi pasal abang misai pi johor lagi. Ai bang, kerap pi johor nampak *sambil bulat-bulat mata*

Jadi mebi sampai sabtu la aku dok melayan anak-anak sorang-sorang.

Next month aku dah start bz gila travel ke sana ke sini. Awal bulan pi sungkai. Tengah bulan pi ipoh. Pastu nak kena handle taklimat pulak hujung bulan. *pengsan*

Ni ntah bila meeting nak abes. Bosan weh.

Posted via MyAndroid

Tuesday, May 22, 2012

Masalah Mengantuk Melampau

Assalamualaikum


Aku kat opis. Buat keja la. Bukan membuta. Tapi mata dah mengantuk yang amat.


Ni la problem aku sekarang. Kuat benau mengantuknya. Tension tau sikit-sikit menguap. Dalam meeting jangan cerita la. Menguap memanjang. Bos pun sampai jelingan manja dah kat aku ni.


Tu tak apa lagi sebab tak bergerak kan. Ni time drive ok aku ngantuk gila babeng. Macam dah tak boleh ampun dah dia punya ngantuk tu. Nak kata tak cukup tido selalu aku memang tido awal la. Pukul 9 lebih je dah selamat belayar. Letak kepala kat bantal terus tertido tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Hana nak tunggang terbalik pun lantak kau la nak oiii....


Sangat merbahaya tau drive pastu mengantuk. Macam jumaat lepas aku kena pi opis lepas balik dari kursus hari Khamis tu. Nyaris sangat aku nak menyondol bontot lori. Dengan mata aku cuba bukak luas-luas. Tak jalan jugak.


Dengar radio sekuat hati pun macam tak ada effect je. Aku nyanyi sorang-sorang pun aku still ngantuk. Minum air pun sama je.


Macam mana la aku nak menyetelkan problem mengantuk ni. Karang orang tido atas katil kat rumah aku tido atas katil hospital pulak.


Tension!



Monday, May 21, 2012

Penat + Letih = Tido Paling Enak

Assalamualaikum


Sendu je blog aku lately ni kan. Aku bz sangat. Letih penat jangan cerita la. Letak je kepala kat bantal terus tertido. Hana nak tertonggeng ke hapa sebelah aku pun memang dah tak perasan dah. Kesian Amir dengan Hana. Amir pun semalam dok la borak-borak dengan aku tapi aku suruh tido pasal aku dah ngantuk. Sudahnya dia tido sambil pegang hp aku tengok video dia masa kecik.


Hana sekarang tengah tumbuh gigi dengan pesatnya. So, bila dia menenen dah rasa macam nak tercabut tetek aku bila dia main tarik-tarik. Gigi tajam bukan main woooo...


Budak berdua ni memang stok melekat dengan aku je. Amir nak mandi, nak susu, nak berak, nak kencing semua nak ummi. Aku mintak tolong abah dia buatkan susu melenting-lenting tak mau. Aduuuu... Apak eh lega la anak semua lari kat ummi.


Hana pun sama la jugak. Kalau aku ada, abah dia bagi susu dia tak mau. Nak ummi jugak. Aku nak makan pun kena pegang dia kat sebelah. Dengan dia sekali tumpang makan. Sekarang dah debab.


Ok la. Aku nak pi scan surat. Kejap lagi pengarah aku naik hantu pulak. Dia tak ada pun kat opis. Tapi aku malas nak tadah telinga dengar dia membebel. Huhuhu...


Selamat bekerja la semua ye.



Monday, May 14, 2012

Rindu Anak2


Assalamualaikum

Aku kat Sungkai. Kursus sampai khamis ni. Kalau ikut schedule sampai jumaat tapi semua kelas abes petang khamis. Tak kuasa la aku nak tunggu sampai jumaat semata-mata nak breakfast lepas tu check out.

Sekarang ni pun aku tengah tak senang duduk. Teringat anak-anak kat rumah. Amir no problem, bagi sebotol susu n bedtime story terus dia tido. Hana yang aku risau. Dia nak tido mesti cari aku menenen.

Rindu dengan bau anak-anak. Rindu bila hana tido peluk ummi.

Alahai... Sentimental pulak. Ingat anak-anak mula la nak mengalir air mata.

Hope adik n abang tido nyenyak malam ni. Sweet dreams sayang ummi. Tunggu ummi balik jumaat ni ye.

T_____T

Posted via MyAndroid

Friday, May 11, 2012

Discussion Seorang Diri Namanya Discussion Ke?

Assalamualaikum


Pagi ni membz lagi aku dengan meeting. Huuuuu... Tarik nafas kejap.... dan hembussss.....


Lepas tu kelam kabut buat keja. Timbalan aku time tengah makan tadi tetiba macam nak angin-angin aku tak datang buat discussion dengan dia pasal paperwork untuk buat taklimat kat luar. Potong selera aku nak makan.


Bila tahun la aku nak discuss kalau dia tak ada kat opis. Adekah aku perlu berdiscussion sorang-sorang dalam bilik dia. Kejap berlakon jadi timbalan kejap berlakon jadi diri sendiri. Macam orang sewel.


Tadi bila aku dah ke bilik dia nak berdiskusi dia pulak la kelam kabut nak balik amik anak segala. Suruh aku datang balik petang.


Buat buang peluh aku je.


Ni rehat lama ni bukan aku boleh rehat pun. Keja berlambak nak settle sebelum aku pi kursus next week. Kursus sampai seminggu. Bagus la tu. Balik keja huru hara la hidup kan.


Tetiba rasa lapar pulak sebab tadi makan tapi tak menghayati makanan. Ntah apa ada kat cafe tu.


Nak cari makan sat.



Thursday, May 10, 2012

Taklimat Time


Assalamualaikum

Aku kat kepala batas ni. Ada taklimat. Start pukul 9. Sebab dekat dengan rumah maka hari ni aku keluar pukul 8.

Tu pun dah risau kot aku la insan paling lambat. Sekali masuk bilik meeting aku orang pertama. Urusetia pun tak datang lagi.

Ni pun dok tunggu timbalan tak sampai lagi. Pengarah cuti kecemasan. Dah 3 hari. Anak masuk wad.

Balik ni boleh menyinggah pi kedai baby. Nak beli puting botol. Susah nak cari kat penang ni. Aku google ada dok jual dekat kedai baby kat sini. Dekat sangat dengan tempat aku bertaklimat. So, boleh beli.

Ok, mari kira concentrate dengan taklimat. Lain masa aku update.

Posted via MyAndroid

Wednesday, May 9, 2012

Hana 9 Months

Assalamualaikum


Baru lepas chair 2 meeting pagi ni. Berbuih dah mulut aku. Itu pun aku kasi settle cepat-cepat. Koser sangat aku nak mengabeskan masa untuk meeting yang meleweh-leweh. Penat woi bercakap ni. Macam nak luruh rahang aku.


This month n next month tahap kebizian aku sangat la melampaui batasan kemanusiaan. Ecewah... Over sangat perumpamaan tu. Tapi memang aku bz pun.


Disebabkan banyak keja maka bila balik je lepas mandi n makan aku terus pengsan. Hana tak nak tido pun aku paksa jugak dia kasi tido. Dah la sekarang dia menetek posisi melampau-lampau. Kejap tertonggeng. Kejap lagi naik atas badan. Kejap lagi terpusing-pusing. Amir takpe abah dia ada.


Oh, Hana sudah 9 bulan. Budak bertuah ini sangat la lasak. Tak nak dah orang dukung ni. Nak bebas kat lantai saje. Nampak abang n kakak sepupu dia sat lagi dia follow. Nampak Abang Amir main dalam bilik Tok pun dia follow. Apa Abang main itu yang dia nak.


Gigi sudah tumbuh sebatang. Cepat Hana ni tumbuh gigi. Amir dulu ngam setahun baru tumbuh. Lepas tu kalau geram pi gigit bahu aku. Sat lagi jangan dia time menenen tu dok gigit sudah le. Memang auto je tangan aku melayang karang.


Dah perasan nak bangun berdiri. Padahal berdiri dok pegang tepi-tepi kerusi lagi. Lepas tu kasi lepas tangan. Bedebub jatuh melalak.


Suka bergelak ketawa jugak. Orang lain gelak dia pun masuk korum.




Ok, sila telengkan kepala tengok gambar ni. Aku dah crop n betulkan tapi bila masuk sini jadi cenggini pulak.


Next week aku kursus seminggu macam mana la Hana nak tido. Tak sampai hati aku nak fikir. T____T





Tuesday, May 8, 2012

Amir Ni Kadang-kadang Drama Lebih

Assalamualaikum


Aku mengantuk. Macam tak cukup tido je. Padahal semalam sebelum pukul 9 aku dah selamat belayar dah. Amir dok berjoget apa celup apa celup kat depan Tok dia pun aku tak dengar dah.


Amir dah sihat. Hari Jumaat kan aku pi keja jugak. Sebab Khamis yang aku half day, petang tu dia dah boleh makan. So, aku assume Jumaat tu dia dah boleh makan macam biasa la.


Rupanya tak ye. Toksu cakap dia minum milo je. Susu pun tak nak. Malam tu macam-macam la aku umpan dia suruh makan. Idok le dia mau. Aku tengah buatkan susu pun dia pi dapur nangis-nangis pi tolak botol tu. Nasib tak terbalik. m(><)m Heee.... Geram je aku tapi sabor je la budak dah sakit kan.


Time dia tido je aku sumbat mulut dia dengan susu. Ehhhhh.... Boleh pulak minum. Tak pulak rasa sakit. Disebabkan dia tak makan langsung siang tu aku ulang buat susu 3 kali. Dah la abah dia tak ada. Ke Johor. Sabtu baru balik. Maka aku la terkontang kanting melayan kerenah si Amir.


Hari Sabtu still tak nak makan. Belikan nasi lemak lauk sosej pun tak sentuh. Menangis tunjuk mulut. Lagi parah bercakap pun tak nak. Hmmm... Hmmm... Hmmmm... Itu je la bunyi kalau aku tanya. Pening terus kepala ummi ni. ⊙_☉


Tengahari tu adik n kakak ipar aku datang rumah. Amir takut sikit dengan adik ipar aku. Disuruh minum abes sebotol susu. Lepas tu adik ipar aku suap nasik abes sepinggan. Hooooo.... Lega sungguh kepala otak ummi dia. Siap boleh bergelak ketawa n bercakap tak berenti. Dah ok la tu.


So, lepas sepupu dia balik aku tidokan la Amir. Bangun tido boleh dia start tak bercakap balik. Tak faham sungguh aku.


Esoknya hari Ahad pun dia tak nak makan. Susu semua still tak nak minum. Jenuh aku memikior apa la nak buat dengan budak sorang ni. Abah dia balik pun dia buat tak bercakap.


Tengahari tu lepas aku masak nasi aku masak pulak spageti. Aku yang nak makan sebenarnya. Hahaha! Tapi Amir pun suka jugak. Buat la spageti carbonara. Kuah yang pantas lagi senang dah tentu la kuah dalam tin kan. Try ni nak tengok Amir nak makan ke tak.


Huaaaaaa!!!! Abes sepinggan spageti. Terus mulut macam bertih kena goreng. Pokpek tak berenti. Tetiba pulak ajak abah pi cari baju Boboiboy dengan Ben10. Hahahahaha!
 (─‿‿─)


Macam-macam kerenah si Amir sekarang ni. Rasanya nak tarik perhatian la tu. Almaklum la, semenjak ada adik ni dia rasa macam tak ada orang kisah kot.


Balik ni mesti Amir tak berenti dok cerita dia buat apa kat rumah Toksu.



Monday, May 7, 2012

Bz... Bz... Bz.....

Assalamualaikum


Aku bz tahap nak bernapas pun nak kena tahan. Serius ok.


Hari ni bz kena interview amik sambilan. Sat lagi kena draf email untuk pengarah. Lepas tu lagi kena cari quotation untuk print borang. Quotation lagi untuk buat kursus. Quotation untuk buat taklimat.


Next week seminggu kursus. Then kena jadi Ketua AJK Promosi untuk sesi dialog dengan pelanggan.


Pitam..... (╥﹏╥)

Dah la pagi tadi aku huru hara. Ye ye je laki aku tu kan janji nak hantar n amik anak pi rumah pengasuh masa kat Langkawi hari tu. Sekarang aku tengok aku jugak yang ngantor. Kereta aku dia block dengan kereta dia. Aku ingat lepas mandi dia terus nak ubah kereta sebab aku dah lambat. Tapi tak keluar-keluar bilik. Hangiiiinnnnnn la bini dia nih.


Pi terjah dalam bilik tengah solat. Aduiii... Nak marah pun tak jadi dah orang tengah solat. Aku capai sendiri kunci kereta dia konon-konon nak alihkan. Tetiba dia keluar dari bilik. Tau la tu aku tengah agak berasap.


Mana janji manismu bang oiiii! Aku ni dah tunggang terbalik siapkan la budak-budak. Lepas tu tanya dia,


'Abang hantar bebudak kan?'


'Eh, ummi la hantar.'


m(><)m


Saje buat-buat lupa kan.



Friday, May 4, 2012

Melayan Ragam Amir

Assalamualaikum


Aku bz tapi disebabkan otak adelah sangat jammed tak tau nak start mana dulu maka mari kita start dengan blogging a.k.a meluah perasaan. Hahaha! Poyos sangat.


Aku penat sebenarnya ni. Kelmarin meeting dari pagi sampai petang. Semalam meeting dari pagi pun membawak ke petang. Tapi pukul 2 aku dah cabut balik rumah. Abang Misai yang kat Johor suruh aku balik tengok Amir. Sebab Toksu datang rumah cakap Amir mengadu lapar tapi tak boleh nak makan sebab mulut dia sakit.


Boleh pulak main pas-pas dari Penang ke Johor lepas tu balik Penang. Aku pun tak faham. Maybe diorang segan nak call aku. Tak apa la.


So, pukul 2 aku pecut balik. Pukul 3 sampai rumah Toksu tengok Amir terus meloncat keluar dari endoi nak balik dengan aku. Toksu cakap Amir menangis dari pagi. Makan minum semua tak nak. Dia nampak aku terus nangis lagi.


Tinggal Hana kat Toksu n terus bawak Amir pi cari klinik. Dalam kereta sekejap-sekejap dia nangis sebab gigi dok berlaga dengan bibir yang pecah. Ulser penuh 1 mulut. Mana dia nak makan.


Kat klinik doktor suruh bukak mulut tak nak pulak dibukaknya. Check tangan kot ada rashes. Sebab doktor takut HFMD. Tapi malam tadi aku check ada rashes kat kaki dia. Doktor bagi ubat titis kat mulut, antibiotik n demam. Terus bawak Amir pi jalan kat Tesco. Nak pujuk dia makan punya pasal. Kulit dia jadi kering sangat sebab minum pun tak nak.


Masuk Tesco nampak lolipop gedabak kat kedai buku dia nak. Aku pujuk pi tempat lain dia buat muka sedih pastu melalak. Beli la jugak. Pusing-pusing Amir tunjuk roti aku beli. Kalau tak dia melalak. Amir tunjuk milo kotak aku sauk jugak. Dia tunjuk mainan itik pun aku amik. Tapi dah sound awal-awal lepas aku beli semua ni dia kena makan. Buat muka kesian je.


Time nak bayar nampak pulak beg Angry Bird kat kedai luar tu. Amik pulak beg. Nasib la RM15 je Amir oiii... Kot tak botak kepala ummi ni.


Bawak Amir pi KFC. Suruh dia makan. Macam-macam la aku umpan. Mula-mula sapu ubat titis dulu. Melalak dia 1 KFC tu sebab sakit. Dia nak coleslaw aku suap pun melalak jugak. Sudahnya aku biarkan aje. Agaknya dah lapar sangat dia amik sudu suap sendiri. Mula-mula merengek lepas tu laju je menyuap. Dah oke la tu. Siap abes setengah bekas milo dia minum.


Balik rumah dia makan nasik bertambah-tambah. Lega sikit aku tengok. Tapi time tido malam dia dok meracau sana sini. Susu pun sebotol je dia minum.


Hari ni pagi-pagi dah nangis tunjuk mulut. Aku dah la banyak benda nak kena buat kat opis. Ingat nak angkut la dia ke opis aku. Tapi Amir cakap,


'Tak nak. Opis ummi ada lipas.'


Hahahaha! Semalam aku beli ubat gegat nak letak kat kabinet opis sebab ada lipas kecik-kecik dok berumah kat kabinet tu. Aku bagitau kat Amir. Boleh pulak dia ingat.


Maka Amir dok rumah Toksu saje. Jangan la hari ni dia nangis lagi macam semalam n tak nak makan. Pengsan aku nak kena half day lagi. Dah la jenis bos yang aku pun tak tau nak cakap macam mana anak demam pun suruh jugak datang attend meeting mengarut dia tu. Keja je dah banyak tertunggak dek meeting yang meleweh-leweh aku nak kena siapkan lagi.


Haish....


Pening ah macam ni.



Thursday, May 3, 2012

Melampau Bz

Assalamualaikum


Taip selaju kepala keretapi ETS. Ada meeting sat lagi.


Banyak gambar nak up kan tapi semedang la aku ada meeting. Isnin yang patut aku cuti aku datang opis semata-mata sebab meeting yang kesudahannya kalau aku tak datang pun tak apa. Serius aku adelah amat hangin. Aku datang pun sebab SMS menikam kalbu oleh bos. Sangat sarkastik. Nak je aku reveal tapi karang tetiba ada orang mengadu pulak kan. Hahaha! Takpe, nanti aku story mori.


Semalam lagi la. Ada meeting. Ingat separuh hari je. Drag sampai ke petang oke. Dari pukul 8.30 pagi start meeting n abes pukul 4.45 petang. Aku sampai tersengguk-sengguk dalam bilik meeting tu. Kalau orang cakap masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku ni hape pun tak masuk telinga dah.


Bila dah terlampau banyak meeting so keja tak bersettle la. Ayat bos aku, pandai-pandai la cari masa buat keja. Ada rasa nak lempang orang tak? Kuasa sangat aku nak bawak keja balik rumah. Kalau bos tanya aku cakap je tak sempat. Balik rumah adelah masa untuk 2 orang budak comel yang menggeramkan.


Oh, laki aku takde kat rumah. Malam tadi ke Johor pulak. Sabtu baru balik. Keja punya pasal. Aku cakap sampai bersembur ayaq liuq pun tak ada gunanya.


Amir pulak dalam mulut dia pecah-pecah. Lelangit sampai ke lidah la pecah. So, susah nak makan. Makan sikit sakit. Minum susu sakit. Tapi sedut air ais laju pulak ye.


Ok, aku nak blah ke bilik meeting. Masuk lambat kena duduk depan. Tak nak aku. Hahaha! Oke, bahbai!