Hari ni aku keluar awal sikit dari opis before lunch. Dalam pukul 12.40 gitu. Bukan curi tulang walaupun aku memang suka curi2 tulang ni. Hahaha!
Adik aku dari Melaka tu call kata dia dah sampai Shah Alam. Nak menyumbat barang kat rumah aku. Maklum lah, rumah aku tu kan store tempat simpan barang time cuti semester. Minggu depan adik aku yang dekat sini pulak simpan barang-barang dia.
Siap bawak sekali awek dia datang tu. Kunun-kunun nak mintak restu nak berchenta dari kakak-kakak tersayang. Yang awek dia ni tersipu-sipu pulak jumpa bakal kakak ipar. Kalau jadi lah kahwin dengan adik aku tu. Belajo pun tak abes lagi berchenta bukan main lagi korang ye! Cuba ikut contoh macam aku ni. Hahaha! Perasan lah kamu. Padahal bf bersepah time study. Abang Misai aje ingat aku baik gila tak ada bf. Mati aku kalau dia baca blog ni. Huhuhu!
Lepas sesi punggah memunggah selesai adik aku balik ke Melaka balik. Bukan banyak mana pun barang dia. Eksyen je lebih mamat nih nak tunjuk marka dia. Chet! Hujung minggu ni dia datang Shah Alam balik then terus balik ke Penang.
Aku pun terus ke PKNS. Adik aku yang kerja n dok sekali dengan aku ni nak amik handphone yang dia hantar servis minggu lepas. Kesian... Screen handphone dah gulap gulita. Nak baca sms pun haram tak dapat. So, aku parking lah depan SIRIM sebab confirm dalam PKNS tu tak ada parking time-time lunch hour.
Tak sempat aku keluar kereta datang lah 3 orang mamat ni approach aku. Seriau jugak. Kau orang nak merompak ke apa???
Well, rupa-rupanya nak promote pasal kereta punya safety ni. Bila aku tanya dia orang ni promote barang ke tak ngaku pulak. Ingat aku budak sekolah rendah ke. Ceh.... Siap demo macam mana orang boleh bukak kereta aku tanpa alarm berbunyi. Ingat aku kagum lah tu. Cerita punya cerita punya cerita dengan aku yang buat muka mama bosan kat situ, *dah lah lapar gila* tiba-tiba mamat sorang ni tanya soalan yang aku rasa nak tempeleng muka dia kat situ. Amat bodoh oke.
Mamat promoter : Ok lah, boleh saya tau akak dah kawen ke belum?
Aku : Hello, nampak tak perut aku nih??!!! Apa punya bengong awak nih???
Haaaa... kan dah kena bengong dengan aku sekali. Direct aje aku sound. Punya lah besar perut aku ni kau tanya lagi soalan bangang macam tu. Abes ingat perut aku saje-saje nak membuncit ke? Ke ingat perut aku naturally buncit?? Dah lah panggil aku akak. Tak memikat hati betul.
Kau dah terkulat-kulat kat situ lepas aku bengongkan. Padan muka!
Mamat promoter : Ala, sorry lah kak. Tak perasan.
Banyak kau punya tak perasan. Aku pakai baju putih pulak tu. Memang sah-sah lah menonjol perut aku tu. Dah 6 bulan. Bukan baru 2 bulan. Ngok ngek kepala senget betul. Bajet aku nak tarik balik kata-kata bengong tu kot. Tak adanya.
Tengah dia dok membebel lagi tiba-tiba hujan lebat turun. Ah, selamat aku. Kena pulak ada payung dalam kereta aku kan.
Aku : Sorry lah, payung ada 1 aje. Awak berdua berhujan lah ye.
Hahahahaha! Best betul dapat kenakan orang. Adik aku dah gelak-gelak aje. Sudahnya tak sempat dia orang nak promote barang tu. Aku dengan adik aku terus chow ke PKNS.
Tak ada masa aku nak layan orang tanya soalan bodoh kat aku.
SaYa SayaNg AnDa :)
Wednesday, April 29, 2009
'Akak dah kawen ke belum?'
Hari ni balik kampung. Yippie!!
Lapar...
Pagi tadi breakfast sebelum pi kerja makan sandwich 3 keping. Lepas tu sampai sekarang tak makan lagi. Menggigil pulak kebuluran.
Hari ni balik kampung. Makanya mood adalah baik.
Semalam aje macam hampeh sikit. Adik aku membuat lawak kambing gurun lagi sekali. Rupanya ada lagi 1 assignment dia yang tak siap. Semalam melarat aku tertonggok kat opis sampai pukul 8 tunggu dia siapkan assignment.
Balik rumah terus pengsan tak sedar diri dah atas katil. Lepas mandi jangan harap lah aku nak tengok tv ke hapa. Tido adalah benda yang paling bermakna semalam.
Ikut kan hati memang aku tinggal aje dia kat opis sorang-sorang. Balik lah kau sendiri. Konon-konon nak wushu pun ada tapi macam yang aku cakap aku kan baik. So, aku tak buat apa-apa tindakan melainkan aku tenung dinding sampai tembus ke bilik sebelah. *tipu*
Bosan nak mati aku tunggu. Sampai abes kerja aku siap boleh tido-tido dalam bilik opis tu. Pun dia tak siap jugak kerja. Degil budak ni. Suka buat kerja last minit. Bila kena marah kuat merajuk pulak.
Ok lah, aku nak korek-korek kotak biskut. Gila tak boleh tahan dah tahap kelaparan.
Tuesday, April 28, 2009
Kepala pusing
Aku pening. Lagi sorang adik aku buat kepala aku pusing.
Esok aku nak balik kampung. Dia pulak baru hari ni nak inform kat aku dia nak mintak tolong amik barang kat Melaka esok. Ini adik aku yang study kat Melaka lak.
Isk... Nak aje aku sekeh kan jugak. Tak boleh ke bagitau awal-awal. Suka sangat last minit. Lepas tu buat plan dengan adik laki aku sorang lagi kat kampung suruh dia datang Shah Alam esok n amik barang dia kat Melaka guna kereta aku. Aku takde hal lah nak guna kereta ke apa. Tapi adinda-adinda ku, dinda tahu ke jalan-jalan kat Shah Alam ni.
Beria lah yang adik aku tu nak datang dari Penang lepas tu nak hantar aku ke stesen komuter petang esok. Macam tau aje jalan nak balik dari stesen komuter tu kan. Ntah esok kalau datang pun pukul berapa kau nak sampai ke Shah Alam.
Lepas amik barang dari Melaka n hantar ke Shah Alam macam mana pulak kau orang nak balik Penang adik-adik oi. Nak naik bas dari rumah aku? Hari tu pun dah salah turun kat Kelang. Ada aku terajang pulak budak berdua ni. Aku suruh tunggu aku balik dari kampung tak nak pulak.
Heeeee.... Geramnyeeeeeeee!!!!!!
Aku sudah hangen 1 badan semalam
Pagi-pagi dah panas. Kedekut aircond betul lah ofis aku ni. Kot ye pun nak jimat karan jangan lah tengahari baru nak on aircond. Berkepam lah ketiak aku nanti. Nasib baik tak lupa tonyoh deodorant. Tak memasal ada aroma dalam bilik ni karang.
Semalam aku sudah hangen 1 badan. Adik aku lah ni. Dia tak siap assignment. Dalam pukul 6 siap, itu dia janji kat aku. Ok lah, sebagai kakak mithali aku pun tunggu lah dia sampai pukul 6. Mithali sangat lah kau. Huhuh! Tapi adakah sudah lajak sampai pukul 7. Aku dah penat banget menunggu. Isk..
Ok, pukul 7 kita orang keluar opis. Adik aku ni memang. Dia pulak yang emo lebih-lebih kan sebab mulut aku dah menceceh dia suka tangguh-tangguh kerja. Tu lah, aku suruh buat assignment kau tido. Aku sekeh kang, haaaa!!!
Pukul 7 tu dia cakap hantar aje dia pi Giant. Kunun-kunun dia nak tunggu bas kat sana lah nak pi fakulti. Dia ingat bas Rempit KL tu ikut benau lah jadual. Harus tunggu sampai pukul 8 pun belum tentu ada. Pukul berapa pulak kau nak balik. Ingat aku tak risau ke balik lewat malam sorang-sorang. Dah lah zaman sekarang ni macam-macam benda jadi. Kejam-kejam aku ni tak sampai hati jugak aku. Aku kan baik. Sila tampar muka aku kerana memuji diri sendiri.
Aku pun hantar lah dia. Aku ingat sekejap aje. Meleret sampai pukul 8 lebih pulak. Apakah yang kau lakukan adikku...... Rupanya dia baru nak print assignment dekat CC. Sempat lagi dah emo-emo tu dia pau aku RM5 sebab duit dia dah yillek! Hampes! Lepas tu nak lari-lari pulak pi bilik lecturer.
Sampai rumah dah pukul 9 suku. Balik tu memang aku penat nak mati lah. Hangen 1 badan lagi. Adik aku yang bertuah ni pulak buleh ketawa-ketawa story kat housemate aku apehal kita orang ni balik lewat. Nak aje aku silambam kan kau. Huuuuu....
Aku masuk bilik capai towel terus pi mandi. Ah, aku dah penat. Aku nampak bantal dengan katil aje dah. Mata tu kalau boleh sendal dengan batang mancis memang aku dah buat. Tak boleh nak bukak mata dah ni. Sempat lah aku makan roti dengan tuna 3 keping, makan ubat lepas tu tebabow! Melanding atas katil. Tido tanpa menghiraukan sekeliling. Pukul berapa aku tido pun aku tak perasan dah.
Sumpah! Lepas ni kalau adik aku buat macam tu lagi memang aku wushu kan sekali.
Monday, April 27, 2009
Ahad yang ajaib
Abes pun ngam-ngam pukul 5. Tapi apehal aku kat ofis lagi??? Adik aku lah ni. Dia kena hantar assignment hari ni. Siap lecturer call tu. Hoh, ngeri aku kalau macam tu. So, kena lah aku tunggu dia siapkan segala assignment dia. Then, hantar dia pi fakulti n tunggu dia submit benda alah tu.
Perut aku sakit ni. Nak berak tapi tak boleh. Semalam pun aku tak berak. Berapa hari dah ni? Penuh toksik dah dalam badan ni. Adoi laaaa.... Takkan nak makan julap pulak. Ada aku berumah tangga dalam toilet. Hish... Tak mau lah.
Baru ingat hari ni nak balik cepat n relax-relax. Lalalala... Tapi harapan itu telah musnah. Tsk.. Tsk... T_T
Ye lah, semalam aku terlebih rajin pada hari Ahad. Ajaib tak? Mana tak rajinnya... Baju dah penuh dalam laundry bag. Seminggu punya stok tak basuh. Thank god ada washing machine. Auto pulak tu. Jadinya aku menyumbat aje lah dalam mesin. Tekan button start n tunggu aje untuk disidai. Oh, itu baru bab basuh baju. 2 round aku basuh baju semalam oke. Mesin 8kg pun tak mampu nak tampung baju aku yang berlonggok tu. Bukan baju aku sorang sebenarnya. Adik aku ni pun sama. Pagi-pagi buta weekend dia dah tak ada kat rumah. Pi driving class. Aku lak dah berbulu mata tengok baju yang menimbun tu. Penat tau nak sidai.
Baju yang nak lipat lain pulak. Yang ada dalam mesin tengah basuh tu dah satu hal. Yang berlonggok atas kerusi yang dah kering memang dah macam gunung Kinabalu. Haruslah dilipat. Semak wei bijik mata nih. Kesian housemate aku. Dapat sorang housemate yang amat semak mata memandang. Ah, aku peduli apa! Hahahaha! Yang penting memang weekend aje aku selesaikan semua kesemakan di hadapan mata.
Lepas tu aku kemas bilik pulak. Bilik dah macam dilanda tsunami. Dengan cadar terbarainya. Dengan bantal bersepah atas lantai. Mickey Mouse yang Abang Misai bagi pun terlondeh-londeh seluar. Oh, aku tak buat aksi tak senonoh dengan Mickey Mouse tu ok. Tapi makhluk tu memang macam tu. Asek kena tendang dengan aku sebab tu seluar terlondeh. Ingat aku ni gila seks sangat ke sampai bernafsu dengan patung Mickey Mouse. Heeee... Aku masih waras.
Pokok bunga yang ada dekat balkoni belakang tempat sidai kain pun aku siram. Mana-mana yang dah kering aku buang. Gila lama aku tak tengok banyak pulak yang dah mati. Yeee... Aku bukan pencinta pokok-pokok menghijau macam laki aku. Siap ada taman depan rumah. Macam-macam pokok bunga dia tanam. Pokok dalam pasu pun aku tak terjaga. Dekat kampung pun aku adalah pencinta lalang yang tegar sebab malas nak berkebun. Huuuuuu....
Malam semalam terus aku tak boleh tido. Padahal badan dah penat semacam. Penat aku bergolek-golek macam ayam golek. Tapi buntang jugak bijik mata ni. Dalam pukul 12 baru aku tertido. Selalu pukul 9 lebih dah selamat belayar.
Hari ni maybe tido awal kot. Time kerja memang aku macam tu. Nampak sangat pemalas kerja punya orang. Muahahahahaha!
Ades, sakit perut lah pulak. Nak pi berak lah. Wuwuwuwu....
Busy memeetingkan diri sepanjang hari senin
Pagi tadi ada meeting sampai pukul 11 lebih. Lepas tu rushing pi amik kereta dekat pusat servis. Petang ni ada meeting lagi.
Meeting aje lah kerja aku. Tak nak masuk karang bos mula lah cari aku. Tapi bila aku tercatuk dalam meeting tu macam tak ada kena mengena aje dengan aku. Ah, bosan... Bosan...
Oh, aku pi warehouse sale hari Sabtu lepas. Tak ada benda sangat aku beli pun. Set comforter baby dengan t-shirt untuk Abang Misai. Nanti lah aku update gambar. Buat hadiah birthday dia yang baru aje lepas. Cabutkan harga lepas tu bungkus kasi cantik-cantik. Hadiah jugak kan. Hahaha!
Ramai betul makhluk kat warehouse sale tu. Luckily masa aku datang tak ramai sangat sampai kena tunggu turn nak masuk kan. Tapi time nak berjalan tu berlaga bontot lah jugak dengan orang sekeliling. Nak menyelit tempat mekap dengan perfume aku tak sanggup. Kena queue pulak. Ah, tak kuasa lah. Macam dekat sekolah aje rasa nak beratur-beratur ni. Bukan aku pakai sangat mekap pun. Pi kerja pun main tenyeh bedak baby aje.
Lepas pi warehouse sale duit aku abes dekat Giant seksyen 13 tu. Haaa... Konon-konon tak nak shopping. Last-last keluar jugak duit. Ntah apa yang aku beli pun aku tak tau. Sekarang dah kebuluran sementara nak tunggu duit gaji bulan depan. Gila betul! Tak cukup zat pulak aku nanti.
Aku nak makan lah. Panas pulak bilik aku ni. Air cond ni tak function ke apa?! Siapkan report jap lagi nak meeting wei!!!!
Saturday, April 25, 2009
Jom abeskan duit lagi
Hari ni pagi-pagi aku dah melangut kat tempat servis perodua. Kereta aku tu baru aje servis bulan 2 hari tu. Belum pun sampai 15 ribu KM.
Tapi brake dah bunyi-bunyi macam ngilu-ngilu tu. Sakit telinga aku ni. Kalau pagi n time hujan lagi lah menjadi-jadi perangainya. Tapi bila aku nak hantar ke tempat servis tu tiba-tiba bunyi hilang. Ah, mangkuk lah kan. Mesti orang kat tempat servis tu kata aku tipu. Tapi dari time aku hantar bulan 2 tu memang dah bunyi-bunyi gitu.
Abang Misai pulak jenis rajin bebenor godek n belek kereta. Selain daripada belek bini dia. Miakakaka! Apehal melucah ni woi! So, time dia datang hari tu dia betulkan hon kereta aku yang dia gatal-gatal tukar. Ada ke hari tu aku nak hon kawan aku kuar bunyi macam "kepeh-kepeh". Bunyi kentut aku lagi kuat la dei! Nasib baik tak ada siapa dengar. Kot tak mesti aku dah pecut laju-laju. Huhuhu...
So, dia check lah segala minyak hitam semua. Aku mana reti. Guna kereta aje aku reti. Tukar tayar lagi lah aku tak tau. Tayar spare kat belakang guna angin pun aku tak pernah isi pasal tak pernah amik tau. Hahaha! Kalau tayar pancit dengan tayar spare aku pun tak berangin gamaknya.
Maka Abang Misai telah dapat mendetect bahawasanya minyak hitam telah meleleh kuar. Bocor ke hapa tak ketahuan pulak aku. Dia suruh lah aku hantar pi tempat servis n tanya. Alang-alang tanya pasal minyak hitam tu aku tanya sekali pasal brake kereta tu.
Ah, kesudahannya lusa, hari Isnin aku kena datang balik. Sebab hari ni ramai benau makhluk kat pusat servis tu. Dah lah bukak half day aje. So, dia orang just check minyak hitam. Aku tengok macam tak ada buat apa pun. Saje lah tu nak buat syarat tengok-tengok kereta aku. Nasib baik free of charge. Kalau menda alah tu setakat tengok-tengok pun kau nak charge ada aku simbah minyak hitam kat korang lak kang.
Kalau tengok tajuk macam tak ada kena mengena je dengan cerita kat atas. Hauhauhau! Atas tu mukadimah aje. Ahahaha!
Sebenarnya hari ni aku dengan adik aku dah plan nak pi warehouse sale. Metrojaya buat warehouse sale dekat stadium seksyen 13 Shah Alam. Jadi marilah kita beramai-ramai pi ke sesi mengabeskan duit gaji yang baru aje dapat kelmarin. Aku dah promo Metrojaya free pulak ni.
Kalau tak jadi pi hari ni aku pi esok kot. Esok last. Harapan untuk dapat sisa-sisa warehouse sale aje lah kalau pi esok. Dia orang start 22hb hari tu. Tapi aku kerja. Even dekat dengan opis aku malas nak menyinggah. Tak ada masa aku penat-penat balik kerja nak bershopping. Dah lah gaji pun belum masuk masa dia orang start tu. Better balik rumah n membongkang lagi best.
Aku pi pun just nak tengok barang-barang baby. Kalau ada yang berkenan di hati baru lah aku borong.
Aku nak tido jap ah. Petang karang baru pi. Tengahari tengah panas remang ni tak hingin lah aku. Dah lah hitam. Makin hitam pulak karang. Dah tak boleh nak berlagak dengan Abang Misai aku cerah sikit dari dia. Ahahaha!
Friday, April 24, 2009
Kekembungan perut
Semalam menyumpah orang sakan kan. Haaaa... Hari ni dapat balik kat aku.
Padan muka pada diri sendiri! Hahahaha!
Perut aku tengah sakit ni. Dari petang semalam lepas balik kerja. Masuk angin aku rasa. Kembung semacam aje.
Tu lah, gatal sangat makan keropok ikan satu plastik besar dengan tamak haloba tak jemput orang lain. Habiskan sorang-sorang pulak tu. Terima lah padahnya.
Dah tak selesa aje rasa ni. Belah atas perut, betul-betul kat bawah breast ni rasa mencucuk-cucuk. Masuk angin lah tu kan. Apa ubatnya kembung perut ni? Takkan lah nak sapu minyak angin. Berangin anak aku karang.
Aku risau jugak tapi baby ok aje menendang-nendang. Nak terkencing aku sekali dia bagi flying kick.
Dah! Dah!
Aku nak buat kerja ni. Kalau aku rajin aku celapak lagi ke sini.
Tuesday, April 21, 2009
Penimbang berat yang menipu!
Lama aku tak update kan.
Pada siapa-siapa yang rajin click-click blog aku ni sori lah ye. Busy sangat pulak sekarang. Ecewah! Macam ramai beno peminat. Perasan mak nenek!
Hari Jumaat lepas Abang Misai datang menjenguk bini dia yang makin bulat ni. Huhuhu... Bulat ke? Ada orang kata aku makin kurus. Baru semalam Abang Misai balik Penang. Oh... Amat rindu... Sila jangan geli... Muahahaha....
Petang semalam pi check up dekat klinik gomen. Dah lah memang tunggu turn tu lama. Datang pukul 2 sah-sah lah balik pukul 5.
Hasil yang aku dapat pulak sangat menyakitkan jiwa. Hohoho..
Nak tau kenapa? Aku kena bebel dengan nurse pulak.
Ok lah, biasa kalau datang klinik gomen ni prosedur dia letak buku merah yang dah letak no giliran dalam bakul. Lepas tu tunggu lah dalam setengah jam untuk timbang berat.
Tapi aku amat geram dengan penimbang kat klinik tu. Busuk!!!!! Memang berbeza gila dengan result kat klinik swasta yang aku pi. Kat klinik swasta tu berat aku naik dengan cantiknya oke. Kat klinik gomen macam haram! Dia orang ni tak pernah buat calibration ke dengan alat penimbang dia orang tu haaa???!!!!
Masa aku check kat swasta berat aku masa 1st check up 60kg. Gumuknya saya... Then, 2nd check up adalah 57.5kg. Masa ni memang aku tak lalu makan n asek lah muntah-muntah. Minum air pun muntah. Nasib baik turun sikit aje. Sebulan lepas tu, 3rd check up 58.5kg n my last check up kat swasta adalah 60.5kg.
Kat gomen pulak lain result timbang dia. 1st 59.2kg. Itu selang one week lepas check kat swasta yang masa berat aku 57.5kg tu ye. 2nd lak 60.4kg. Pun selang one week dari check kat swasta. Yang bulan 4 ni sampai 63.4kg! Baru aje seminggu lepas check kat swasta berat 60.5kg. Apakah boleh naik dekat 3kg dalam masa seminggu?! Aku makan tak adalah banyak sangat pun.
Aku buat derk aje lah. Tapi masuk-masuk aje bilik nurse tu haaa kan dah kena bambu. Dengan Hb rendah. 10.3 saje. Itu memang aku tak kisah lah kan pasal aku mana reti check-check darah sendiri-sendiri ni. Memang tahan aje lah telinga kena bebel. Tapi bila masuk bab berat ni aku mula confused. Dia kata berat aku naik mendadak sangat. Patutnya naik sekilo aje. Takkan sebab aku makan lamb chop hari Sabtu tu menyumbang kepada 3kg?
Aku agak musykil ye sebabnya baru hari Ahad tu aku gigih mendaki Bukit Cahaya Sri Alam dengan Abang Misai. Alah, yang nama dia dulu Bukit Cerakah tu. Yang kat Seksyen 8 Shah Alam tu. Saje lah gatal-gatal konon nak berjalan. Abang Misai lak tiba-tiba gatal nak tengok kawasan hutan. Padahal dah gondol aje Bukit Cerakah tu. Panas nak mati siot jalan-jalan kat situ. Bukan dalam hutan selalu sejuk aje ke? Kata pun kawasan bukit kan?
Peluh-peluh jangan cerita lah. Bau badan aku wangi lagi bau orang baru bangun tido tak mandi kot. Tapi jalan tak jauh mana lah. Setakat 200 meter aje. Penat sebab daki bukit aje yang lebih pun. Lepas tu balik rumah terus membongkang sampai ke petang. Makan apa pun tak lalu. Malam tu baru lah pi makan.
Adakah sebab aku makan banyak pagi semalam so effect kat penimbang tu??? Semalam pagi aku makan roti telur sekeping masa hantar Abang Misai pi tunggu bas. Balik ofis ada taklimat n minum pagi adalah bihun. Aku makan lah sikit. Tengahari sebab taklimat tak habis lagi makanya lunch adalah yang disponsor oleh opis. Tapi aku makan setengah pinggan sajek nasi putih sebab perut tak selesa.
Dah lah lepas dia membebel tu dia check perut pulak. Nak dengar heart beat baby. Sekali device dia tu tak function. Jenuh lah perut aku kena tonyoh. Aku dah lah nak terkencing masa tu. Ada aku kencing atas katil tu karang. Mula-mula dia tonyoh-tonyoh tu aku relax lagi. Lepas tu ada ke patut dia tanya aku balik apesal tak dapat nak dengar heart beat anak aku. Ingat aku amik medic ke?
Nurse : Eh, kenapa tak dapat dengar bunyi jantung baby ni? Baby ada tendang-tendang tak?
Aku : Ada, laju aje dia tendang.
Lepas tu buat muka musykil depan aku.
Nurse : Hmmm... Benda ni tak ada bateri kot.
Adekah??!!!!
Nurse : Tunggu kejap. Saya pinjam bilik sebelah punya.
Lagi sekali lah perut aku kena tonyoh dengan gel yang sejuk tu. Huuuu... Penuh satu perut. But still tak dapat detect heart beat baby. Ah, sudah! Apehal pulak lah kan. Aku rasa aje anak aku sepak-sepak main bola ni. Dia panggil pulak sorang lagi nurse picit-picit perut aku. Kesian baby kena picit-picit. Dah dia kena picit pasti lah yang jadi mangsa tendangan dari dalam tu aku. Cis!!!
Still tak ada bunyi heart beat. Nurse tu dah buat muka pelik. Bongek lah!
Nurse 2 : Tak ada bateri jugak kot. Tadi sebelah pun pinjam kat sini.
Nurse 1 : Ooo... Ye ke?
Nurse 2 : Pi pinjam doktor punya lah.
Bontot koranglah wei!!
Dah pinjam doktor punya device tu baru lah dengar bunyi heart beat baby. Lega aku. Nak aje aku tampar muka sorang-sorang kan. Dah jenuh perut aku kena picit n tonyoh boleh pulak nurse tu tersengih-sengih.
Nurse : Kesian kat akak. Hehe...
Pala hotak kamu! Ingat tak sakit ke kena picit perut.
Nurse : Hmmm... Berat awak ni mendadak sangat naik ni. Darah pun rendah. Lagi 3 minggu datang balik. Kalau berat still naik awak kena minum air gula. Banyakkan makan bayam n hati n yang tinggi ion. Bla...bla...bla....
Air gula??!!! OH NOOOOOO!!!!!!
Tak maulah wei. Dah aku kena suspek kencing manis pulok. Apa kes? Ni yang aku tak suka ni. Hukhukhuk....
Disebabkan aku tak puas hati lepas aje balik dari klinik dengan tangan lenguh sebab kena inject terus aku ajak adik aku ke PKNS. Nak beli bayam untuk tambah darah. Lepas tu dengan rasa tak puas hati yang tinggi aku cari penimbang pulak. Satu penimbang tu telan duit aku doploh sen tapi tak keluar kad. Badigol sood betul! Satu lagi rosak pulak. Nasib baik ada lagi satu penimbang tu ok.
Fuuh kanan, fuuh kiri... Aku pun dengan mulut kumat kamit naik penimbang tu masukkan doploh sen n......
Berat aku 59.5 saje ok. Nampak benor lah penimbang mangkuk kat klinik tu dah buat aku kena bebel free. Cipan!!!!!
Tak puas hati betul ni. Hari ni aku nak pi timbang lagi. Aku tak mau minum air gula!!!!
Kat atas tu pic hati ayam yang aku masak pagi tadi bawak buat bekal pi ofis. Kunun-kunun nak tambah darah. Hakikatnya aku tak suka makan hati ayam. Huuuuuu......
Tuesday, April 14, 2009
Terlebih rajin pagi ni
Hari ni internet kat opis ni down gila-gila. Sebenarnya dari semalam lagi pun tak boleh guna. Apa pun tak buleh bukak. Aku online ni pun guna broadband. Adik aku bawak rupanya.
Semalam dari pagi sampai ke lunch hour tak duduk kat bilik. Pagi mula-mula ada meeting. Lepas tu pulak ada bacaan yasin dan doa selamat. Sejuk anak aku dalam perut dengar orang baca yasin beramai-ramai.
Jadinya lepas lunch lah baru aku ada dekat bilik. Bertungkus lumus semak claim anak buah n cancel mana yang patut. Aku memang kejam. Lalalala...
Kerja aku semalam memang makan dari pagi sampai petang. Pagi breakfast sandwich dua potong dengan kuih pulut panggang. Air teh yang sedap. Itu pasal ada meeting. Kalau tak selalu aku breakfast nestum dengan kuih beli kat luar aje.
Lunch pulak dah kata ada bacaan yasin dengan doa selamat kan. Pasti lah ada makan-makan gitu. Nasi campur. Ada sampingan pecal pulak. Tapi aku tak makan pecal. Tak berapa feveret. Petang aku melantak nasi impit dengan rendang kerang. Feveret i. Nasi impit dengan rendang kerang tu kawan aku bawak balik dari kampung dia. Kakak aku lah, gatal-gatal request. Dia kan preggy jugok. So, kunun-kunun mengidam lah. Nak manja-manja dengan kawan aku. Tapi mak kawan aku lah yang tolong masak. Thanks ye makcik. Sedap hingga menjilat siku.
Aku dah makin mengembang ni. Tolong!!! Baju kurung banyak dah tak muat. Kain dah ketat. Perut aku membesar dengan cepatnya sekarang. Wuuuuuu....
Semalam aku adalah kekenyangan. Tapi hari ni tak ada meeting apa-apa. Tapi pagi-pagi buta lagi aku dengan rajinnya bangun masak nasi goreng. Sila kagum. Hahahahaha! Sebab adik aku yang dekat kolej tu datang tido kat rumah. Kalau aku tak masak memang harapan lah dia nak masak kan. Ada yang keja dia makan meggi aje. Tak baik untuk kesihatan tau. Jadi aku lah bibik pagi-pagi buta hari ni.
Ok lah. Aku nak tengok apa kerja aku nak buat pagi ni. Banyak kerja betul semenjak dua menjak perut makin besor. Hish... tau lah nanti nak cuti lama kan. Jangan lah dera aku. Huhuhuhu...
Saturday, April 11, 2009
Merajuk!
Aku tengah merajuk dengan Abang Misai ni.
T_T
T_T
T_T
Ada ke tengah video call dengan dia lepas tu dia letak gitu je sebab aku buat muncung. Dia kata tak suka tengok aku buat macam tu.
Orang gurau aje lah!
Kecik hati tau sebab main letak gitu aje. Orang tengah nak bercakap lak tu.
Tak tau ke preggy mama ni sensitif feeling dia. Hamik ko!
Hari ni memang nak merajuk aje.
Sabtu yang tak best....
Kat rumah?
Salah!
Kat tepi tasik sambil mem'broadband'kan diri?
Apa jadah lepak tepi tasik dengan broadband???
Salah jugok!
Aku dekat,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
OPISSSSS!!!!!
Busuk kan. Hari-hari cuti ada dekat ofis. Hari yang sepatutnya aku dengan baby bersenang lenang berehat kat rumah.
Ini semua sebab budak-budak ni tak kesian kat aku. Uhuk... Uhuk...
Malas lah nak story pasal apa. Karang kebocoran rahsia pulak. Mati aku kena buang kerja. Hohohoho...
Lepas check up tadi aku pi makan dekat pkns jap lepas tu terus rush ke ofis. Sempat lagi nak blog sebab tak puas hati kena kerja hari sabtu.
Tadi buat scan. Tapi kan baby ni pemalu sangat-sangat. Ikut perangai abah dia. Dia main sorok-sorok sampai doktor tak dapat nak tengok baby boy ke girl. Dah lambat lagi lah angan-angan aku nak beli botol susu dengan baju kalerful. Kena lah beli nappies dengan barang-barang lain dulu. Aku excited nak beli baju ni!
Jenuh lah doktor pusing sana, pusing sini. Baby still tak nak tunjuk. Siap main pusing-pusing tunjuk belakang dia aje. Heeee... Pemalu betul anak umi ni.
So kenalah tunggu next month or the other next month. Hope dapat tengok by next month lah. Janganlah baby main sorok-sorok lagi sayang. Nak surprisekan umi dengan abah ek.
Inilah baby i yang pemalu tu. Dah 21 minggu.
Ok lah, aku nak sambung kerja. Kalau boleh nak balik cepat. Belakang badan sakit macam nak tercabut dah seminggu ni.
Friday, April 10, 2009
Kegatalan melanda!
Haaaa... Jangan fikir bukan-bukan pulak ok. Bukan gatal yang menggedik nak mengorat orang ke apa. Tapi perut ni haa...
Huuuu... Sangat gatal kerana perut yang semakin membesar. Aku rasa macam nak garu-garu sesedap rasa. Ni dah merah-merah dah ni. Ini lah akibat perut yang cuba men'stretch'kan dirinya.
Ni pun tengah gatal tangan nak garu-garu ni. Hudus lah perut aku nanti. Dia dah jadi macam orang kena ruam.
Macam mana nak hilangkan aaa??? Ke memang tak nak hilang sampai perut dah besar to the max?
Setakat ni aku just sapu minyak zaitun. Petua kakak ipar aku tak bagi ada stretch mark. Betul ke tak aku pun tak tau lah. Aku tonyoh aje. Pagi tadi sebelum pi kerja aku sapu lotion safi balqis. Boley ke sapu lotion?? Kasi sejuk sikit n hilang gatal-gatal. Tak adalah tangan aku gatal sangat nak menggaru. Nanti luka dah tak comel tau.
Malam time nak tido tu rasa macam tak nak pakai baju aje. Sebab baju tu menyebabkan gatal-gatal makin bermaharajalela. Tapi karang terkejut pulak orang masuk bilik tengok aku buat aksi tak berbaju ni.
Selalu kat rumah aku selak baju bagi perut rasa angin pun housemate aku dah takut nak tengok. Hahahaha! Dia kata ngeri. Dengan perut yang bergolak-golak sebab baby tendang sana sini.
Tapi perut yang macam ni pun orang kata kecik jugak lagi. Alah, baru 5 bulan. Siap ada cleaner indon kat tempat aku ni cakap,
"Kecil ya perutnya udah 5 bulan pun. Aku dulu 5 bulan perutnya udah besarrrrrr!" Baca dengan intonasi bibik oke.
Hahaha! Tak kisah lah besar ke kecik ke asalkan baby sihat walafiat. Esok nak pi klinik buat check up. Scan lah kot. Hope buleh lah nampak cheeseburger ke hotdog. Muahahaha! Sebab aku nak shopping barang baby pulak.
Hari Isnin lepas baru aje survey botol susu. Siap search internet lagi. Nak cari yang non BPA punya botol. Brand MAM. Sudah ku jumpai di seksyen 9. Hujung bulan ni haruslah sambar botol tu. Ingat nak terus beli aje hari tu tapi tu lah, sebab tak tau lagi baby girl ke boy jadi aku tangguhkan dulu. Sebab ada dua kaler aje. Biru dengan pinky. Ada yang jual sekali 2 botol tu pun dua-dua kaler yang sama. Macam mana lah? Kalau kaler lain-lain memang aku dah beli aje.
Mahal pun tak apa aku nak beli jugak sebab tak membahayakan baby. Keselamatan penting ye anak-anak. Lagi satu botol ni anti-colic. Itu yang aku teruja tu. Rasa macam nak nyanyi lagu Ella.
Ini lah botol susu MAM tu. Pic ni curik dari web MAM Malaysia. Hehe...
Lagi satu aku nak beli fish oil. Yang kapsul lah kan. Sebab orang kata elok untuk perkembangan otak baby n mencantikkan kulit baby. Kawan kat ofis ni suggest Neurogain PB. Nanti lah. Weekend ni survey dekat farmasi. Biodex pun aku ada makan jugak. Tak sedap pun telan aje. Huhuhu....
Aku banyak sebenarnya nak story mory ni. Tapi tunggu dulu lah. Banyak kije lor sikalang. Isk... Isk... T_T
Tata!
Tuesday, April 7, 2009
Hari huru hara
Aku mengalami keserabutan sekarang.
Borang-borang yang tak lengkap ni buatkan hidup aku huru hara.
Jadinya aku amat busy sampai tak sempat nak breakfast pun.
Nantilah aku update lain.
Thursday, April 2, 2009
Shopping yok!
Aku rasa macam tak ada energy hari ni. Letih... Lesu... Nak buat kerja pun macam tak larat.
Sebenarnya malas. ;p
Hahahaha! Tapi tak nak ngaku. Update blog rajin pulok!
Tapi kan aku rasa macam nak pi shopping. Yeeehaaaaaaa!!!! Mari membeli belah dan menghabiskan duit!!!
Aku nak beli baju lah. Baju aku semua dah kecik. *salahkan baju pulak*
Gilo! Mana ada baju mengecik. Aku yang dah makin kembang ni haaa.... Perut dah makin maju ke depan.
Seluar ada lah aku beli 2 pasang bulan lepas. Tahan lah kot sampai terberanak. Tapi baju yang tak beli lagi. Asek tangguh aje. Sekarang padan muka aku. Pi mana-mana pakai lah t-shirt besar. Kan dah tak jadi mama vogue. Huhu...
Yang dalaman pun nak kena beli baru jugak. Bra dah ketat oke. *tetek makin besar* Spenda pun nak kena beli baru.
Apa lagi yang nak tukar baru? Sandal ada lagi sepasang dalam kotak belum rasmi. Sandal Bata aje. Jadi sandal tak payah ngada-ngada nak beli lagi.
Barang baby pun dah boleh beli sikit-sikit. Tapi tak buat list pulak lagi. Gigih lah hujung minggu ni buat list barang-barang baby. Tak sabarnya... Barang baby kan comel-comel gitu. Hehehe...
Haaaaa... ok lah. Mau ke toilet. Asek nak terkencing aje hari ni. Pundi kencing ni sentiasa penuh pasal banyak minum air sebab nak hilangkan sakit tekak. Batuk tak baik lagi. Bennnnccccciiiiii!!!!!!
Wednesday, April 1, 2009
Aku yang mamai... Waaaa!!!
Waaaaaa!!!! Mencik!!!!
Aku dah salah beli tiket train ni....
Kakak aku ni pun lain kali cakap biar terang...
Aku dah lah tengah mamai sebab batuk non-stop. Huhuhuhu...
Beli online pulak tu. Dah kena beli lain. Tiket yang ni kena cancel. Kalau cancel pun tak dapat full refund.
Tak suke! Tak suke! Tak suke!
Tolong garu tekak aku, boleh?
Tekak aku masih lagi gatal merenyam macam apa. Tengah menaip pun boleh batuk-batuk. Aku tak makan dah ubat batuk tu pasal macam seriau kalau effect kat baby dalam perut ni.
Lagi tak best start dari hari aku batuk tu aku tak boleh tidur malam. Gila lah! Asal dah terlelap mula lah batuk macam apa. Sampai perit tekak ni haaa....
Semalam pun sama. Ingatkan dah kurang sikit. Tapi macam lagi teruk pulak. Aku tak boleh tidur langsung. Pagi-pagi kepala jadi sakit sebab tidur tak cukup. Adesss... Benci lor bila jadi macam ni.
Rasa macam nak aje aku cabut tekak aku ni kejap letak kat tepi. Boleh macam tu?
Kot tak pun nak garu-garu tekak guna garpu.Memang melampau punya angan-angan.
Aku dah makan strepsil nak kasi kurang sikit kegatalan tekak ni tapi amat lah hampeh. Iklan yang dalam tv tu semua dusta semata-mata oke. Tak adanya kau boleh jerit kat harimau sampai gugur belang-belang dia tu. Kena baham lagi ada gamaknya.
Setakat ni aku tibai hacks hitam. *aku tak pernah suka makan hacks hitam semenjak azali* Terpaksa aku hisap untuk mengurangkan kesakitan tekak.
Nak pi jumpa doktor pun malas pulak. Asyik muka aku aje yang menghadap. Ongkos nak jumpa doktor tu pun haruslah diambil kira kan. Memanglah doktor tu tak kisah nak jumpa aku sebab dia dapat duit banyak tapi aku kisah. Huhuhu....
Tapi kalau makin teruk ni nak tak nak kena pi klinik jugak.
Doa-doa malam ni dah boleh tidur dengan aman lah. Jangan lah batuk-batuk lagi. Tak larat lah.....
Kesian baby bergoncang-goncang dalam perut umi bila umi batuk-batuk. Sori ye baby. Umi tak sengaja. Huuuuu.....